Ahad, 16 April 2017

Jaga Anak Saudara..


Aktiviti dalam minggu yang sama
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Berstatus bujang belum tentu anda tidak perlu menjaga kanak-kanak.. 

Banyak pengalaman dan perkara yang di pelajari. 

Puas memujuk anak saudara berkongsi makanan bimbang membazir,  namun tetap di turut rasa hati ingin plate,  menu atau pinggan berbeza akhirnya membazir dan ibu saudara harus menghabiskan sisa makanan anak saudara seterusnya ibu saudara yang mengalami kenaikan berat badan.

Jika sebulan sekali itu di kira okey,  namun jika setiap minggu dan hampir 2-3 hari dalam seminggu akhirnya anda akan faham mengapa sesetengah ibu bapa setelah mempunyai anak mempunyai isu berat badan bertambah. 

Saya bernasib baik setiap kali berat bertambah saya akan cuba menyedarkan diri sendiri namun ada waktu saya terlupa. 

Ini alasan mengapa diet sihat saya sentiasa lari.  Untuk mendidik anak saudara menikmati makanan sihat agak sukar,  maklumlah lidah mereka telah biasa dengan cita rasa mereka sendiri. 

Pernah beberapa kali mengorder makanan lebih sihat di restoran atau kafe namun ia berakhir hampir tidak disentuh langsung makanan tersebut. 

Pelbagai lagi perkara dipelajari dalam menjaga 2 orang dan kadang kala 3-4 orang anak saudara sekaligus. 

Mohon lupakan kasut tinggi atau wedges tinggi.  Anda akan terpaksa memimpin atau mendukung anak saudara anda dan bermain kejar-kejar sekali sekala. 

Makeup mohon lupakan.  Di cuaca panas terik,  melayan perangai dari seorang ke seorang dan menjaga anak Saudara seorang diri.  Anda akan faham betapa kecantikan Semulajadi itu amat bererti.  Begitu. 

Pengalaman menjaga anak saudara mengajar anda hormat kepada tanggungjawab dan kepenatan ibu dan bapa.  Bersyukurlah anda masih bujang dan cukup tidur. 

Gembiralah ketika anda boleh berjalan seorang diri atau bersama rakan bersama HIGH heel atau ke shopping complex bersama anak saudara anda yang tidak berkejaran kesana ke mari.  Anda antara insan bertuah. 

Namun jika anda terpaksa berkasut dan berselipar nipis anda wajib berterima kasih kepada anak saudara anda atas perangai dan didikan mereka yang membolehkan kaki anda berehat dari memakai wedges tebal dan kasut tinggi. 

Belajar untuk reda membazir jika anak saudara anda tetap berdegil untuk memilih menu sendiri.  Maklumlah lain anak saudara, lain citarasa. 

Agak bahaya jika asyik anda yang harus menghabiskan menu yang dibazirkan oleh anak anda. Tidak sedar berapa banyak gula yang masuk ke tubuh anda. 

Pengalaman saya yang tidak menikmati jus yang ditambah gula namun jika bersama anak saudara segala jus mereka terpaksa saya habiskan atas alasan satu jus bernilai rm5-8.  Minumnya tidak sampai sesuku gelas akhirnya saya sendiri yang bertambah berat badan.  Belum kira segala kek dan dessert lain.  Memang lari diet terutama hampir setiap minggu kami keluar bersama- sama. 

Namun bonus untuk saya,  sekurang kurangnya ia ingatan untuk saya mengajar diri saya agar tidak lupa diri dan jangan terus makan dan minum hanya untuk mengelakkan pembaziran.  Kesihatan saya sendiri dan berat saya juga harus saya utamakan.

Selain risiko kenaikan berat badan,  risiko sunburn juga tinggi.  Realiti kanak-kanak memang suka bermain dan beraktiviti di luar. Maka bersuka ria lah dan tenang sahaja jika kulit anda sentiasa sunburn.  Percayalah sunburn itu seksi.

Tiada alasan untuk anda tidak menjaga dan membawa anak saudara anda berjalan jalan dan beraktiviti bersama anda. Namun pastikan kesihatan dan diet anda tidak terlajak jauh. Untuk mengelakkan kulit anda sunburn,  rajin kan diri memakai lidah buaya.  

Hari minggu bukan sahaja hari untuk bersosial,  juga hari untuk keluarga. 

Terima kasih. 




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...