Memaparkan catatan dengan label bisnes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bisnes. Papar semua catatan

Khamis, 14 Disember 2017

BELAJAR



Jika anda sukar mencari tapak menjual, anda boleh membina tapak online menjual di akaun sosial media anda atau menumpang di platform membeli belah online lain seperti Shopee, Lazada, 11street , Ebay atau Carousell

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Banyak perkara harus dipelajari. Bukan sekadar ikut-ikutan dan ditiru bulat-bulat semata-mata melihat individu lain Berjaya.

Dalam pelbagai pembacaan, banyak ditekankan bahawa nasib, rezeki dan perancangan serta perjalanan setiap individu atau syarikat berbeza-beza dengan apa yang dimiliki. Sama ada rangkaian network, modal, ilmu, kemahiran dan pelbagai lagi.

Ini termasuk dalam bidang penulisan, computer, perniagaan apa-apa pun, kecil, sederhana mahu pun besar.

Ada perniagaan bermula kecil dengan apa yang ada ditangan. Ada yang bermula kecil atas sebab ia suka-suka.

Ada yang menulis blog dan berblogging dan hanya menjual suka-suka sekadar pendapatan sampingan, ada juga individu yang suka mengembara dan bermain media social untuk menjual segala produk dan pengalaman pengembaraan di blog untuk menjana pendapatan harian.

Begitu hebat zaman digital ini. Kita boleh mengembara, mencari pengalaman namun kekal boleh berniaga dari satu tempat ke satu tempat. Caranya hanya mendapatkan contact dan hubungi sahaja mereka untuk segala pengeposan produk dan sebagainya dengan system mudah anda cipta sendiri sesuai keperluan dan gaya hidup anda.

Mudahnya berniaga dan membuat duit di zaman digital. Itu yang sering disimpulkan setiap kali membaca buku, status perkongsian dan maklumat mengenai buat duit di media social dan platform digital.

Paling utama sama ada kita bermula atau tidak.

Bayangkan hanya sekadar berkongsi idea masakan dan resepi di facebook dan di instagram. Kita mendapat tawaran untuk mengreview dan mengiklan produk masakan peniaga online lain. Bermula dengan peniaga kecil membawa kepada yang lebih besar dan besar.

Bermula dijemput menikmati makanan percuma dan beri review, kepada mendapat makan percuma dan bayaran istimewa.

Tidak hanya di facebook dan instagram. Menulis di blog juga telah lama diiklankan sebagai tempat mempromosikan pelbagai barangan . Malah bukan sekadar mendapat produk percuma malah pembayaran yang agak tinggi sesuai kedudukan blog di google dan sasaran pelanggan.

Tidak sekadar itu,  dengan memiliki akaun media sendiri, setiap dari kita mampu mengiklankan apa sahaja di akaun masing-masing, yang membezakan cara kita mendekati golongan sasaran dalam mewujudkan minat memiliki produk jualan kita itu.

Hari ini mungkin jumlah follower di setiap media social milik kita tidak sampai 1 juta, namun setiap peratusan dan chanel sebaran itu kekal berkemampuan menghasilkan lautan pelanggan.

Tidak semua manusia didunia ini bermain media social, namun pasti punyai sahabat dan ahli keluarga yang membaca dan melayari media social.

Lambat laun , dari mulut ke mulut dan kuasa mulut akhirnya akan membuka mata mereka yang berminat.

Melihat sejarah mereka yang Berjaya bermula dari kosong dan penuh kegagalan di permulaan , menunjukkan setiap dari kita mempunyai peluang cerah.

Dalam setiap semangat dan kerajinan pasti akan ada bayaran setimpal akan diberikan tuhan.

Teruskan berbuat sesuatu yang mengajar anda, meluaskan rangkaian anda.

Anda sendiri tidak tahu nasib anda pada akan datang.

Paling utama, berusaha, cari ilmu, rajin dan sentiasa positif.

Antara platform menjual dan membeli belah secara online di dunia yang popular ialah EBAY, ini artikel ringkas mengenai EBAY untuk anda rujuk



Tidak ketinggalan platform yang semakin mendominasi dalam dunia menjual dan membeli belah online iaitu Shopee. Artikel ringkas mengenai Shopee khas untuk bacaan anda  



Terima kasih.




Ahad, 19 November 2017

Awareness


Eksperimen ke 2 untuk produk seterusnya 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Apabila anda menulis dan cuba mempromosikan kesihatan terutama untuk bahan kegunaan harian. 

Ia antara perkara sukar diterima. 

Lebih-lebih lagi jika anda dari kumpulan pertama yang memperjuangkan perkara ini. 

Awareness adalah perkara paling sukar dan memakan masa yang lama. 

Iklan dan promosi untuk awareness lebih banyak berakhir dengan 'burn'  atau hangus. 

Itulah bayaran apabila anda tidak mengikut keperluan market dan dunia yang mengejar keputusan @ ' results'  cepat. 

Manusia zaman Milenia ini,  ingin kurus cepat,  putih cepat,  tanned cepat,  besar cepat dan semuanya cepat. 

Lebih hebat lagi segala iklan berbentuk ia dari bahan Semulajadi dan selamat semakin memenuhi ruang media sosial dan pengiklanan.

Paling sedih,  ada pelbagai produk yang menggunakannya iklan produk organik walaupun bahan-bahan yang digunakan amat mengecewakan. 

Ini termasuk produk organik keluaran farmasi popular. 

Agak sedih jika anda terpedaya tanpa membaca dan merujuk dengan jelas apa bahan-bahan yang digunakan.

Ketahuilah kebanyakan produk dipasaran hanya mengaburi mata pembeli dengan perkataan produk organik namun kebiasaannya hanya satu bahan organik di gunakan 90% bahan-bahan lain ialah bahan kimia yang kadang kala amat keras dan antara bahan karsinogen. 

Anda boleh mendapatkan arang yang berharga RM2, tumbuk sendiri. Namun anda tidak pernah tahu bagaimana arang itu dihasilkan. 

Anda boleh mendapat kapur makan dan percaya ia kapur dari bahan tradisional namun apabila anda membaca bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan kapur makan itu rupanya amat mengecewakan. 

Pelbagai tipu daya dalam bidang makanan dan produk kegunaan diri semakin sukar dipercayai berlaku dalam zaman serba pantas ini. 

Malah gula perang juga kini semakin banyak asalnya dari gula Putih namun hanya diperangkan demi mengaburi mata pembeli. 

Banyak perkara di dunia ini harus dengan ilmu dan dicari. 

Wajib rajin membaca dan tidak boleh memberi alasan. 

Santan di pasaran juga dikatakan ditambah bahan lain Untuk tahan lebih lama. 

Sungguh mengecewakan. 

Namun hidup tidak mengajar manusia terus kecewa tanpa mengambil tindakan. 

Ada perkara yang tidak boleh dielakkan,  kita harus terima. 

Namun kata cendekiawan selagi anda boleh elak.  Maka cuba elakkan dan lakukan yang terbaik. 

Dalam mempertahankan apa yang anda perjuangkan.  Passion amatlah penting. 

Anda perlu bersiap sedia dengan saluran lain untuk meneruskan hidup dalam memperjuangkan apa yang anda perjuangkan. 

Teruskan membaca dan menimba ilmu. 

Anda akan jumpa banyak perkara yang anda tak pernah terbayangkan sehingga untuk bercerita dan menerangkan anda tidak mampu. 

Hanya cukup untuk anda seorang yang faham. 

Untuk seterusnya,  akan ada beberapa produk terbaru akan diperkenalkan. 

Eksperimen terus dijalankan. 

Eksperimen pertama kurang menjadi. 

Beberapa produk baru juga akan diperkenal dalam minggu ini,  insyallah. 

Harapnya ia mendapat sambutan hebat dan memberi anda kepuasan dalam menggunakan ia dengan selamat dan insyallah berkesan. 

DOA dan fikir hanya yang baik-baik dan terbaik. 

Terima kasih. 




Sabtu, 11 November 2017

Produk Terbaru


Eksperimen ke 3 untuk produk terbaru akan datang 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Terus berusaha eksperimen, Trial dan error.

Insyallah produk terbaru akan mula dipromosikan pada minggu hadapan.

Selaras dengan konsep makanan untuk kulit yang mengambil ilham Info yang pernah di Baca di salah sebuah buku keluaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang,  hanya di galakkan makanan sahaja di sapu di wajah dan tubuh,  maka konsep ini di guna pakai untuk barisan produk pertama keluaran By QK.

Di masa ini hanya produk berunsur makanan sahaja di perkenalkan.  Perancangan masa hadapan 3 atau 5 tahun lagi hanya akan jelas seiring respon dari para pelanggan dan pengguna produk By QK Ini.

Pihak produk By QK akan cuba sedaya upaya mencari ilmu,  ilham dan membuat pelbagai eksperimen lagi untuk produk dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Tentu sekali perancangan ini ada untuk produk seterusnya.

Istimewa untuk keluaran By QK ia hanya diperbuat dari bahan makanan.

Anda tidak perlu risau jika anda atau kanak-kanak mahupun anak anda tertelan atau termakan produk ini,  berbanding produk berasaskan bahan kimia lain ( Hair Gone bahan asas dari kapur makan,  ia satu-satunya bahan yang agak bahaya untuk kanak-kanak jika termakan atau termasuk mata).

Mencari ilham dan ilmu dari diary yang penuh Info semenjak remaja,  termasuk segala buku dan catatan simpanan juga buku terbaru dan Info perkongsian pelbagai pihak.

Pelbagai eksperimen di cuba untuk mendapatkan hasil paling terbaik,  baru ia dipersembahkan untuk di perkenalkan di Blog ini.

Untuk hari ini,  eksperimen ketiga dilakukan setelah hampir sebulan pelbagai idea dan eksperimen dilakukan.

Setiap bahan-bahan makanan yang sesuai ditanam di Tanah dan cuaca Malaysia ini,  disatukan  dalam satu produk dan disesuaikan untuk setiap bahagian tubuh.

Insyallah beberapa eksperimen tambahan akan dilakukan lagi untuk hasil terakhir agar ia memuaskan hati semua pihak.

Semoga ia dipermudahkan.


Terima kasih.





Pelaburan


Memasuki tahun 2018 segala perancangan mula disusun dan dikemaskini 

Pelaburan

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Realiti dalam belajar dan menambah ilmu. 

Ketika insan lain mungkin mengeluarkan duit untuk perkara lain. 

Anda harus mengeluarkan ia untuk pelaburan ilmu dan perniagaan anda. 

Ada yang menghabiskan beribu untuk menyertai bengkel penulisan. 

Juga mengeluarkan beribu untuk membeli buku-buku rujukan. 

Menghabiskan wang untuk membeli kuota Internet mendalami setiap bacaan Blog,  jurnal,  kajian dan sebagainya.

Segelintir mereka yang mula berniaga mengeluarkan banyak modal untuk pelbagai perkara dari kecil hingga besar. 

Itulah pengorbanan.  Terpaksa meninggalkan cinta untuk pelaburan seperti Saham @ Share,  digital currency @ mata wang digital seperti bitcoin dan euthereum (maaf belum di luluskan oleh Malaysia) dan pelbagai lagi sama ada makanan kegemaran mahu pun membeli belah pakaian dan bercuti. 

Ada waktunya duit cukup untuk bercuti namun masa tiada untuk menggali ilmu dan mengkaji. 

Kadangkala penulisan dihentikan sementara untuk mencari ilmu dan idea serta bahan lain untuk perkongsian ilmu dan pengalaman. 

Penulis sendiri ada waktunya mencari idea untuk penulisan dan produk serta perniagaan seterusnya selain ilmu dalam menulis dan membina Branding serta Start up. 

Banyak sebenarnya pengorbanan yang harus dilakukan dan kita hanya boleh memilih satu dua. 

Paling utama ilmu adalah Investment paling utama untuk diri. 

Pengalaman dalam mencari ilmu dan melihat sekeliling insyallah amat membantu dalam pelbagai perkara. 

Satu perkara yang wajib di pelajari,  cabaran itu membawa kita lebih waktu untuk berfikir dan mencari idea yang bagus untuk masa hadapan. 

Tanpa cabaran agak mustahil untuk kita melakukan sesuatu yang baru. 

Sedangkan membina Blog,  setakat design yang anda hanya perlu pilih dan masukkan kotak yang telah tersedia punya cabaran apakah lagi perkara lain. 

Dari satu cabaran ke cabaran yang lain adalah satu nikmat penggambaran yang sukar diterjemahkan. 

Semoga penulis sendiri diberi peluang menulis dan menterjemah ke bentuk paling mudah dihayati oleh pembaca sehingga setiap insan dapat merasai pelayarannya. 

Pelbagai perkara boleh dipelajari seiring masa dan apa yang kerap kita lakukan. 

Apa yang sering kita lakukan dan fikir itu akan menentukan siapa kita seterusnya. 

Tiada erti terlambat atau gagal. 

Paling utama anda tidak pernah putus asa dan berhenti mencuba. 

Memegang pesanan Puan Guru Ainon Mohd,  berlari dan fokus dalam trek sendiri. 

Tidak perlu ikut dan pandang pelari lain.  Bimbang tersadung dan tidak fokus. 

Jalan terus. 

Dalam Zaman millennium ini,  ikan pecut akan terus berlari,  ikan perlahan akan ketinggalan. 

Maka pecutan harus dilakukan namun dalam strategi yang betul. 

Diizinkan tuhan kita akan berjumpa rakan dan kumpulan kolaborasi yang betul,  anda hanya perlu buat apa yang anda perlu lakukan dari sekarang. 

Perkara lain serahkan pada Tuhan. 

Terima kasih 



Eksperimen


Eksperimen kedua untuk produk seterusnya.  Trial & Error itu biasa. 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Kecintaan kepada makanan semenjak kecil. 

Pencinta produk Semulajadi semenjak remaja namun sering tertipu dengan iklan produk Semulajadi atas asbab langsung tidak tahu membaca bahan-bahan kandungan dan percaya 100% kepada iklan.

Masih segar di ingatan,  ketika menuntut ilmu keluar senarai nama produk yang mengandungi bahan anti kanser dari beberapa jenama popular di Malaysia,  saya berhenti menggunakan beberapa jenama tersebut namun tidak sangka jenama yang kononnya dari bahan Semulajadi dari negara seberang juga sama.

Begitu kehidupan,  banyak yang akan dilalui dan semakin dipelajari apabila rajin membaca dan memerhati serta memberi peluang memperbaiki diri dan menambah ilmu setiap hari.

Belajar banyak perkara dari buku dan pendedahan dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang,  akhirnya minat pada produk tubuh dan kecantikan Semulajadi semakin kuat. 

Maka pelbagai produk tubuh hasil dari bahan makanan terutamanya diperkenalkan.

Namun tentu sekali ia bukan mudah seperti dijangka dan dilihat. 

Pelbagai ilmu dan eksperimen dijalankan. 
Ia ada ujian yang menggugat iman dan semangat. 
Eksperimen demi eksperimen. 

Paling penting misi dan impian di tunaikan. 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang sentiasa memudahkan dan memberi jalan yang semakin lancar untuk produk seterusnya. 

Asalnya produk lain dahulu ingin di hasilkan namun formula dan eksperimen masih kurang berjaya dan lebih banyak formula dan kesesuaian bahan dan jumlah kandungan masih belum ditemukan,  maka produk terbaru lain di hasilkan terlebih dahulu.

Alhamdulillah tuhan memberi ilham yang agak lancar untuk produk terbaru ini. 
Sekaligus insyallah memenuhi Target dan impian untuk produk seterusnya sebelum memasuki tahun baru 2018.

Unruk anda dan pengguna produk dari hasilan Semulajadi by QK sebelum ini,  beberapa produk baru akan muncul dalam minggu hadapan. 

Nantikan kemaskini terbaru di Blog ini,  Facebook dan instagram juga whatapps. 

Terima kasih atas kepercayaan anda kepada Blog ini juga produk hasilan by QK Ini. 

Saya menggunakan ia dahulu di tubuh saya sebelum ia lulus untuk dipasarkan. 

Terkenal sebagai berkulit sensitif, insyallah produk ini sesuai untuk semua. 


Terima kasih. 










Formulasi Produk


1st Eksperimen :- Hanya bahan-bahan terbaik untuk segala kandungan produk
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Setahun mula serius untuk mengetengahkan produk natural dan semulajadi sebagai bahan utama untuk produk kegunaan diri harian. 

Maka pelbagai ilmu di cari dari setiap sudut,  tidak sekadar membaca di buku atau di mana sahaja,  bercakap,  berbual dan mengenal segala sifat bahan,  belajar melalui pengalaman mereka yang lebih tua,  uji kaji dan eksperimen. 

Hasil pada diri dan tubuh sendiri. 

Akhirnya terhasil produk Semulajadi dari ilham diri sendiri. 

Menggunakan hanya bahan makanan bermutu tinggi.  Bergred premium dan semulajadi.  Itu prinsip  asas untuk produk pertama hasilan QK.

Ketika ini terdapat beberapa produk masih dalam eksperimen,  Try dan error selain dapatan kajian lain. 

Pengalaman belajar,  ada bahan makanan tidak sesuai pada musim tertentu seperti musim panas di Malaysia ini walaupun ia bahan dari tanah Malaysia juga. 

Ingin disesuaikan ia mestilah di pakai dalam dos tertentu dan masa tertentu sesuai kulit dan suhu badan individu. 

Eksperimen pada tubuh dan diri sendiri yang berkulit dan bersuhu sensitif mengajar banyak perkara. 

Sifu dan mentor yang ramai juga pelbagai rujukan turut membantu. 

Dengan pertambahan pengguna yang mula mempercayai produk natural, terutama anda yang menggunakan produk BY QK,  pihak by QK akan terus mencari idea dan mengetengahkan produk terbaru kami dari semasa ke semasa kepada anda. 

Untuk batch pertama produk tubuh dan kecantikan semuanya adalah dari bahan makanan. 

Atas dasar pengenalan dan mendidik maka produk by QK ketika ini masih menggunakan bekas kecil untuk trial set untuk setiap produk keluaran sehingga satu masa pihak QK akan mengemaskini pembungkusan dan label. 

Buat masa ini fokus by QK ialah kepada formula dan kandungan bahan juga untuk hasil terbaik untuk pengguna produk ini. 

Dalam proses ini,  kami memohon anda mendoakan kejayaan kami dan semoga kami terus berjumpa formula terbaik untuk produk-produk dibawah hasilan kami. 

Insyallah beberapa produk terbaru akan dihasilkan sebelum tahun baru 2018 ini dan diperkenalkan kepada anda. 

Produk yang turut boleh dipakai sesiapa sahaja baik anak kecil atau wanita mengandung. 

Tentu sekali mereka yang berkulit dan bertubuh sensitif,  malah mereka yang sakit. 

Doakan kejayaan pihak QK. 


Terima kasih. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...