Khamis, 17 Ogos 2017

Mohon Kekuatan


Menu makanan sihat dan kurang sihar

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Satu perkara harus di akui,  lagi lama menunda lagi sukar bermula. 

Apabila telah bermula,  terus fokus tanpa terjebak dengan anasir luar lain. 

Jalan Terus.  Jangan masuk track lain. 

Bermula dengan diet Ekzema yang agak ketat.  

Alhamdulillah ia berjaya selama 3 bulan. 

Namun Perlahan-lahan ia semakin kecundang seiring kesembuhan. 

Kini amat sukar untuk memulakan kembali diet sihat ekzema tersebut. 

Ada sedikit kesal kerana bermula hanya sedikit ingin rasa, akhirnya perkara itu menjadi habit. 

Maka jika anda sudah meneruskan diet sihat,  diet tanpa gula atau bahan proses sila teruskan dan pekakkan telinga. 

Apabila anda bermula kembali kepada benda yang tidak sihat.  Percayalah agak sukar untuk berhenti. 

Kini saya mengumpul kekuatan,  beberapa bulan ini asyik kecundang. 

Ia lebih setahun saya menikmati makanan sesuka hati. 

Ia,  diet saya jauh tidak sihat berbanding tanpa apa-apa kesedaran ketika ekzema tidak pernah menyerang dulu. 

Namun,  kini setelah sembuh saya masih ada sedikit kesal kerana merosakkan diet saya dan tidak pandai mengawal nafsu dalam menikmati makanan. 

Ia tidak salah sekali sekala menikmati makanan.  Tidak perlu salahkan diri. 

Namun jika semakin kerap dan seolah lupa diri dan asyik tidak berjaya kembali ke niat asal diet sihat dan Eat Clean rasanya kesalahan itu harus di tanggung dan rasa bersalah wajib ada kerana merosakkan tubuh sendiri sedang anda tahu kesan ia di masa akan datang. 

Maka,  saya berdoa dan berharap semoga saya diberi kekuatan. 

Namun ketika ini otak saya masih  berfikir ingin menikmati makanan luar atau tidak bersama sahabat saya esok. 

Mohon keraskan hati dan beri hak pada tubuh sendiri untuk menikmati makanan sihat setelah hampir 40 tahun asyik makan makanan mengarut. 

Semoga saya kuat. 


Aaminn. 

Juga untuk anda yang menyimpan impian dan semangat 
 yang sama. 


Terima kasih. 



Resepi Mudah :- Kacang Botak


Kacang Botak 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Untuk anda yang mengidam menikmati sesuatu yang bergoreng yang mudah dan enak, selain cekodok dan pisang goreng anda juga boleh menukar snack anda kepada kacang botak.

Ia kacang panggang lebih sihat,  anda boleh menukar minyak sawit kepada minyak kelapa untuk versi yang jauh lebih sihat.

Minyak kelapa terkenal dengan khasiat yang tersendiri.

Berikut adalah bahan-bahan dan cara membuat Kacang Botak mudah ini.

Bahan-bahan Kacang Botak

Bahan A (Bahan Tumbuk)
3 ulas Bawang Putih
6 sudu gula perang
Setengah sudu kecil garam Pink himalayan
** pastikan tumbuk sebati

2 biji telur
Tepung gandum
Kacang tanah (basuh dan toskan awal-awal supaya kering)

Cara Membuat Kacang Botak

1. Pecahkan 2 biji telur dalam besen.
2. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk ke dalam besen berisi telur.  Gaulkan. Biar sebati.
3. Masukkan kacang tanah yang telah di basuh dan betul-betul kering ke dalam besen tadi.  Gaul bagi sebati dan keliling semua kacang.
4. Masukkan tepung gandum sedikit-sedikit,  kemudian gaul lagi kacang bagi sebati.
Lebih mudah anda gunakan ayak.  Sambil ayak kacang di dalam ayak,  anda masukkan tepung sikit demi sedikit bagi lekat banyak tepung tapi kacang nampak sebiji-sebiji terasing dan tidak bercantum.
5. Letakkan kacang yang telah dilumuri tepung ke dalam besen lain dan goreng dengan minyak panas.
6. Goreng hanya sekejap sahaja.
7. Lihat warna berubah putih anda terus angkat. Jangan tunggu sehingga kuning.
8. Jangan lupa guna tapis dan alas tisu.

Kacang tanah ketika panas rasa agak mentah,  seperti kurang masak.  Namun apabila sejuk ia akan masak sendiri.

Selamat Mencuba resepi Mudah versi sihat ini.

Terima Kasih.





Rabu, 16 Ogos 2017

KHASIAT LIMAU KASTURI


Baki limau kasturi yang dibeli tempoh hari 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Limau kasturi atau nama popular calamansi adalah buah yang popular sebagai bahan masakan di Filipina.  Namun ia amat mudah didapati di Malaysia dan ada golongan yang menjadikan buah limau kasturi ini sebagai jeruk yang hanya perlu di cicah dan di makan bersama garam.

Untuk anda yang sering menikmati oren dan sukakan oren yang tinggi khasiat Vitamin C.  Berita baik untuk anda.

Tidak perlu risau lagi dengan kandungan racun yang tinggi dari buah import itu.

Anda kini boleh menggantikan oren dengan pilihan lebih baik dan selamat.  Paling utama lebih murah iaitu buah limau kasturi.

Pelik tapi benar dari bacaan saya rupa-rupanya calamansi atau buah limau kasturi ini dikatakan lebih bagus dari buah Oren yang amat popular dan menjadi kegemaran ramai itu.

Buah limau kasturi ialah antara buah paling sihat,  ini antara alasan mengapa buah oren jauh ketinggalan berbanding buah limau kasturi ini.

Terdapat pelbagai Khasiat & KEBAIKAN Buah Limau Kasturi antaranya :-

1. Sebagai penambah rasa dalam masakan termasuk sup dan sambal.

2. Minuman yang menyegarkan tekak.

3. Mandian untuk menyegarkan tubuh.

4. Bau yang melegakan stress dan tekanan.

5. Melawaskan pembuangan najis.

6. Melegakan sembelit.

7. Mengurangkan masalah kulit seperti jerawat, bintik hitam dan pelbagai masalah kulit lain.

8. Amat bagus sebagai rawatan sakit tekak.

9. Di gunakan sebagai remedi batuk dengan campuran madu asli.

10.  Tinggi kandungan vitamin C dan antioksidan.

11. Bagus untuk otak.

12. Membantu mengurangkan berat badan.

13. Membantu dalam rawatan gigitan serangga.

14. Turut digunakan dalam rawatan demam.

15. Menguatkan gigi dan tulang.

16. Menguatkan antibodi tubuh.

17. Mengurangkan risiko selesema.

18. Bagus untuk pesakit asma.

19. Sebagai pencuci rambut dan muka,  juga mewangikan rambut dan tubuh.

20. Menghindari masalah bintik di wajah,  jerawat dan masalah kulit lain.

21.Bagus untuk rambut mewangi kan dan hilang kelemumur.

22. Menghilangkan bau badan dan ketiak.

23. Membantu menanggal kotoran degil di pakaian namun elakkan  baju berwarna putih.

Amat mudah menikmati limau kasturi dalam pemakanan dan diet sihat seharian anda boleh menjadikan limau kasturi sebagai tambahan dalam air minuman,  di perah ke dalam makanan seperti ikan bakar   dan makanan laut lain,  di perah ke dalam sambal dan pelbagai lagi


Limau kasturi tinggi kandungan  vitamin C maka tunggu apa lagi,  sila dapatkan limau kasturi di pasar dan pasaraya berhampiran anda.

Tinjauan saya di bandar Kuantan sebiji limau kasturi anggaran harga dalam 10 sen.

Terima kasih.




Tempat Makan Best Di Kuantan Part 46 :- Cendol Kuali Papa Sweet


Kedai Cendol Kuali Papa Sweet ini beroperasi di rumah

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini 


Jika sebelum ini saya berkongsi tempat Makan Pizza Seni yang enak terletak di Cenderawasih Kuantan. 

Tempat Makan kali ini juga berada di kawasan sama dan berdekatan Pizza Seni Bidadara iaitu di Cenderawasih. 

Cendol Kuali Papa Sweet terletak di dalam perumahan Cenderawasih dan lokasinya di rumah hujung lorong perumahan ini. 


Lama tunggu kita makan dulu
 Ketika sampai,  kami melihat ramai masih menunggu giliran.  Meja masing-masing masih belum di angkat kuali yang telah selesai di makan. 

Kami bertanya meja sebelah,  mereka telah lebih 10 minit menunggu Order namun tiada siapa datang melayan. 

Bayangkan ambil Order pun belum,  maka kami berfikir tentu enak sekali cendol disini sehingga begini sekali sambutan.  Maka tidak hairan ia Viral. 

Sambil menunggu pekerja disini mengambil Order,  kami menikmati Pizza Bidadara yang baru di beli di kawasan berdekatan sini sahaja. 

Antara Menu Cendol Kuali Papa Sweet pilihan kami
Kami memesan 4 cendol,  2 cendol durian,  1 cendol buah dan 1 cendol ais krim juga 1 ais krim kon. 

Seperti yang diagak menu kami sampai lewat.  Maklumlah ramai orang. 

Cendol Kuali Papa Sweet,  cendo buah,  cendol ais krim dan cendol durian 
Akhirnya menu pilihan kami sampai. 

Lihat pada persembahan,  nampak santan dan kuah yang cair. 

Saya berkata,  ini bukan cendol ni macam ABC je. 

Dan seperti agakan dari cara hidangan memang rasa cendol ini tidak seperti yang di viralkan. 

Namun kami positif.  Mungkin kerana tidak terduga dengan Viral dan stok bahan mentah mungkin tidak cukup maka rasa cendol yang Viral itu berubah seratus peratus. 


Makan durian dan buah-buahan sahaja
 Realitinya cendol ini langsung tidak luak di nikmati oleh kami. 

Hanya buah sahaja yang kami makan. 

Mungkin tidak sangka akan sambutan yang diberikan,  cendol ini dari segi perkhidmatan dan rasa untuk beri 1 bintang pun rasa seperti masih tidak sesuai. 

Agak sayang dengan sambutan yang diberikan rasa dan perkhidmatan amat mengecewakan. 

Wajah kena paksa makan

Mungkin nasib kami ketika pergi pada hari Ahad lepas kurang bernasib baik. 

Namun anda boleh mencuba cendol VIRAL,  Cendol Kuali Papa Sweet ini.  

Harga cendol ini dalam RM8-RM10 satu kuali kecil. 

Pujian tetap diberikan kepada pemilik atau peniaga Cendol Kuali Papa Sweet ini.

Dalam kesibukan,  wajah dan layanan pemilik lelaki yang bersongkok dan wanita yang bertudung labuh ini amat lembut,  sopan dan beradab.

Tiada langsung wajah penat atau masam ketika melayan kami,  apa lagi sebarang dengusan.

Kebersihan kedai ini juga saya berikan 5 bintang.  Tersusun,  kemas dan langsung tiada kotoran di lantai atau meja.  Bukan mudah untuk melakukan ini semua dalam keadaan pelanggan yang ramai. 

Bagi anda yang ingin ke Cendol Kuali Papa Sweet  ini,  berikut ialah alamatnya.


https://g.co/kgs/rpvgwa



14, Lorong Bukit Setongkol 27, Taman Cenderawasih Indah, 25200 Kuantan, Pahang, Malaysia


Selamat Mencuba. 

Terima kasih. 




Kawal Diri Makan Di Luar


Ada masa makan di luar bersama keluarga,  ada masa bersama rakan-rakan. 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Masih belum berjaya Eat Clean. 

Keluarga dan rakan-rakan sibuk ajak menemani mereka menikmati makanan di luar. 

Ikutkan hati ingin sahaja saya membawa bekal sendiri sambil memerhatikan sahaja mereka makan. 

Namun,  saya sendiri tidak kuat dan ingin merasa juga apa rasa masakan dan makanan yang digemari mereka ini. 

Maka ketika saya menemani keluarga menikmati cendol, ketika itu saya berpuasa qadha. 
Hanya bergambar bersama cendol buah-buahan untuk gambar tempat Makan Best. 

Ketika keluar bersama sahabat saya,  saya kerap memberitahu KFC dan McDonald's yang bergoreng saya elakkan.  

Boat Noodles dan Sushi King boleh di maafkan lagi. 

Di Boat Noodles saya hanya memilih 3 mangkuk kecil Mee dan menikmati hanya satu bekas kuih mini kecil ala tepung pelita. 

Tiada air yang di pesan.  Saya hanya menghirup sedikit minuman sahabat saya oleh kerana sahabat saya asyik menceritakan betapa sedap air di Boat Noodles. 

Di Sushi King.  Saya memilih hanya Sushi nasi petak yang berharga RM2 tanpa ayam goreng atau daging atau salmon (apa sahaja),  juga Sushi dari tauhu manis. 

Cukup 3 piring.  Baru sahaja menikmati Sushi tempoh hari adik ipar belanja tak perlu saya mengharu - birukan diet yang ada.

Jika dahulu sering saya mendengar dan membaca komen keluhan sukar berdiet atas ajakan rakan-rakan dan keluarga.  Nampaknya kini giliran saya menghadapi isu yang sama.

Namun sejujurnya saya sendiri ingin keluar dan bergembira.

Maka,  bagi mengurangkan makanan tidak sihat yang saya nikmati,  saya mengurangkan porsi yang biasa saya makan kepada jauh lebih sedikit dari dulu.

Sebelum berdiet lebih sihat.  Berpuluh piring Sushi saya boleh habiskan termasuk Mee sup.

Namun kini perlahan-lahan saya berubah.

Anda boleh terus diet drastik jika anda berkemampuan.

Tidak perlu ikut insan lain.

Bagi saya,  saya diet perlahan-lahan dan didik tubuh saya perlahan-lahan.

Jika waktu menghadapi  ekzema dahulu memang saya diet drastik dan ia memang agak tertekan pada mulanya.  Namun ia berubah menjadi kesukaan saya.

Namun saya tidak kuat seperti mereka yang lebih kuat,  maka saya terjerumus kembali kepada diet kurang sihat.

Masih ingin kembali ke track yang lebih sihat dan jauh sihat dari ketika mengharungi TSW atau ekzema dahulu.

Saya pasti akan cuba berikhtiar untuk berjaya mencapai impian saya itu.  Insyallah.

Doakan saya.

Terima kasih.




Sabtu, 12 Ogos 2017

Antara Roti Vegan Organik Terbaik


Roti Sprouted Organik Coklat dari NHF
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Sebelum ini saya pernah berkongsi antara Roti pilihan terbaik untuk diet anda di tajuk 


Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda peminat roti coklat dan kismis,  tanpa perlu menyapu apa-apa di atas roti atau menyediakan air panas,  anda boleh menikmati roti ini begitu saja.

Rasa roti organik ini sedap dan tidak manis. 

Tidak seperti roti Sourdough,  roti ini masih menggunakan yis namun bukan yis komersial. 

Roti ini adalah roti Sprouted keluaran syarikat penjual barangan kesihatan dan organik terkenal NHF. 

Harga roti ini RM11.70. 
Dalam bungkusan besar iaitu 2 x ganda roti sourdough biasa yang saya beli di kedai organik. 

Ia tanpa raw cane sugar untuk roti versi untuk diabetes  dan menggunakan Brown sugar untuk roti ini. 

Tentu sahaja roti ini dari bahan organik terpilih. 

Ia juga sesuai dinikmati oleh mereka yang sedang mengamalkan diet vegetarian. 

Roti ini tanpa pengawet dan anda harus menyimpan ia di dalam peti ais. 

Roti ini dijual di kebanyakan kedai organik dan juga kedai NHF. 

Tidak seperti roti komersial yang anda boleh lihat penuh dengan bahan-bahan yang mengelirukan dan tidak sihat. 

Roti ini jauh sihat dari roti komersial.

Sesetengah individu akan menghadapi isu perut kembung dan sebu, loya dan sakit tekak jika kerap menikmati roti komersial.

Malah roti komersial juga antara salah satu faktor kesukaran menurunkan berat badan jika anda kerap menikmatinya. 

Anda boleh Perlahan-lahan menukar ke roti lebih sihat dan terus kepada roti yang lebih sihat. 

Setiap diet sihat harus di lalui secara berperingkat tanpa memaksa diri sehingga stress. 

Lama-kelamaan anda sendiri akan lebih menitik beratkan diet yang jauh lebih sihat dari hari ini seiring kesedaran dan usia. 

Tunggu apa lagi jika anda menjumpai kedai yang menjual roti ini anda boleh mencubanya. 


Terima kasih. 




Rabu, 9 Ogos 2017

MEE SOBA ORGANIK TANPA GARAM


Organic Cha Soba Green Tea Noodles 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Saya pernah menulis mengenai satu produk Ramen Organik yang tinggi sodium atau garam dalam artikel sebelum ini

Ramen Organik

Ia, antara makanan sihat pilihan ramai kini lebih kepada mencari organik, sihat dan tanpa garam.

Malah ada yang mencari produk organik tanpa telur,  produk tenusu dan Gluten.

Untuk artikel ini saya ingin berkongsi dengan anda produk Mee Soba (mee terkenal Jepun)  iaitu Soba teh hijau.

Kebiasaannya terdapat banyak perisa mee Soba termasuk lobak,  bayam,  labu dan pelbagai lagi.

Bagi anda yang inginkan pilihan  lebih sihat tanpa garam anda boleh pilih produk organik Cha Soba dari jenama Hakubaku ini.

Saya membelinya baru-baru ini secara atas talian (online)  di website Signature Market di mana ketika itu harga promosi di tawarkan hanya RM6.90.

Saya ada menulis pengalaman dan Review pembelian saya secara Online di Signature Market di artikel

Beli Belah Online di Signature Market

Bahan-bahan yang digunakan 

Hanya bahan-bahan organik dan sedikit bahan sahaja yang digunakan.

Tidak seperti produk komersial lain yang penuh dengan senarai bahan yang mengelirukan produk ini tertulis semua bahan yang pasti semua kenali.

Pesanan pakar kesihatan,  beli produk yang anda jelas apa yang digunakan.
Jika anda tidak tahu apa bahan itu,  digalakkan Google atau pilih sahaja produk yang anda lebih kenali dengan lebih dekat untuk di beli dan digunakan.

Pilihan lain anda boleh membeli pelbagai jenama Food processor murah untuk membuat Mee sendiri,  namun jika anda kekurangan masa anda boleh beli sahaja asalkan diet anda lebih sihat.

Selain menggunakan bahan yang yang lebih selamat.
Produk  Organic Cha Soba ini juga mendapat sijil Halal,  sijil Kosher,  sijil Organik dan tidak ditambah garam.

Saya percaya terdapat banyak lagi produk organik yang tidak ditambah garam yang dijual.
Ia sama ada anda terus mencari atau pilih sahaja yang paling dekat dengan anda.

Semoga artikel ini memberi anda Info untuk merancang diet sihat anda.

Terima kasih.







Pengalaman Membeli Belah di Signature Market


Komunikasi dan perkhidmatan yang pantas dari Signature Market dan Ninja Van
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini

Beli Produk Semulajadi di Signature Market

Setelah selamat membeli produk Soba Noodle Organik dan terpilih untuk mendapatkan percuma Chocolate Chips cookies yang di tawarkan untuk promosi 3 hari belian dari 4-6 Ogos lalu melalui belian secara Online.

Akhirnya belian saya dari Signature Market selamat tiba hari Selasa (semalam).

Untuk info saya membeli produk ini pada hari Ahad.

Pada hari Isnin pagi saya menerima Email dari Signature Market memaklumkan bahawa cookies saya sedang di masak (produk cookies ini dimasak segar dari dapur) dan akan diposkan kepada saya segera.

Saya mengandaikan ia akan sampai dalam seminggu,  atas asbab promosi menarik Signature Market ini.

Ingin ditegaskan disini Signature Market sentiasa membuat promosi baru seperti yang kerap dibaca di Facebook dan instagram sponsored yang sering lalu depan mata saya ketika saya melayari Facebook dan instagram.

(Semalam,  saya lihat ada promosi RM1 untuk belian pertama untuk Mix Nut yang berharga Rm20,  selain itu promosi harga Rm8 untuk pelbagai kekacang juga berlangsung)

Paling istimewa Signature Market turut mengadakan promosi istimewa percuma 3 bulan ahli Signature Market.

Untuk info anda bayaran untuk menjadi ahli Signature Market setahun ialah RM200.

Wajar promosi ini di ambil sebelum ia tamat, Sekurang-kurangnya anda ada 3 bulan untuk membeli belah dengan harga potongan ahli sehingga 50% di Signature Market.

Anda tidak perlu risau dengan perkhidmatan Signature Market ini.

Perkhidmatan Signature Market ini cukup pantas.

Saya membeli produk pada hari Ahad,  terima Email pemberitahuan snack dan produk saya siap di packing berserta reference box saya dari Ninja Van pada hari Isnin.

Pada hari Selasa,  saya selamat menerima bungkusan ini.

Servis dari Ninja Van juga harus di puji.

Dari SMS yang dihantar memaklumkan barang saya dalam perjalanan dan Email memaklumkan ketibaan menunjukkan komunikasi yang mantap.

Saya memberi 10 bintang untuk servis Ninja Van apabila di minta untuk kaji selidik.

Anda juga harus melakukan perkara yang sama.  Rajin mengisi soalan kaji selidik,  ini akan membantu masyarakat menerima perkhidmatan lebih baik.  Jika tidak bagus,  sila maklumkan pengalaman anda,  mereka pasti akan  tingkatkan perkhidmatannya dan masyarakat termasuk kita sendiri akan mendapat manfaatnya.

Malah saya juga akan memberi 10 bintang jika Signature Market juga melakukan kaji selidik untuk perkhidmatan mereka.

Selain saya,  ibu saya turut mendaftar menjadi ahli Signature Market.

Saya juga turut menggalakkan kakak saya dan sahabat saya yang lain menjadi ahli.

Sebagai insan biasa,  ramai antara kita memberi alasan tidak punya masa untuk membeli belah bahan makanan lebih sihat.

Dengan pelbagai Website dan kedai Online shopping yang muncul ia lebih memudahkan masyarakat untuk membeli belah terutama jika ia disertakan perkhidmatan penghantaran percuma.

Anda juga lebih mudah merancang untuk membeli berpandukan Budget dengan harga paparan yang ditawarkan dan diskaun menarik.

Tidak semua produk Semulajadi mahal.
Anda bukan perlukan portion yang terlalu banyak untuk sekali makan.  Sekurang-kurangnya ia akan mengajar anda makan dalam porsi lebih kecil dan berjimat cermat.
Pilihlah produk yang sesuai Budget anda.

Ada produk kurang RM10 dan ada yang lebih RM30.

Anda harus bijak memilih.

Sekian sahaja artikel ini.

Saya akan berkongsi Website dan kedai shopping makanan sihat lain yang menarik selepas ini.

Terima kasih.





Isnin, 7 Ogos 2017

Masih Cuba Eat Clean


Antara Menu Cheat Day minggu lepas
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Benarlah kata orang tua,  apa bila ingin dan berniat sesuatu simpan saja dalam hati.

Apabila sudah berjaya melakukannya barulah anda hebohkan kepada insan lain.

Begitu juga dengan Eat Clean.  Setelah mengemaskini status di instagram,  Facebook dan tentu sahaja Blog.

Sungguh bijak tuhan merencana,  kereta menghadapi kerosakan ketika ingin membeli stok makanan organik dan hari ini saya masih berfikir menu Eat Clean yang perlu saya makan sementara menunggu kereta disiap di baiki.

Berhadapan dengan pelbagai status yang lalu lalang di Facebook,  bahaya terlalu tinggi karbohidrat yang boleh menambah gula dalam tubuh, dan menggalakkan diet kurang nasi atau meninggalkan nasi membuatkan saya gelabah sebentar.

Namun apabila saya tersedar saya perasan,  apabila meninggalkan nasi,  agak mudah diet saya ke laut berbanding menikmati nasi.

Namun itu tidak bermakna makan nasi dalam jumlah yang banyak saya persetujui namun bagi saya cukuplah suku pinggan nasi dan lainnya lebihkan sumber sayur dan protein.

Bagi saya nasi jauh lebih baik dari makanan proses lain kecuali anda berjaya mendapatkan keledek manis Jepun organik sebagai ganti dan dibakar dengan suhu rendah.

Pilihan lain penganti nasib yang mengenyangkan anda boleh cuba jagung atau quinoa.

Kuah asam pedas masakan ibu dan ikan panggang hasil air tangan saya 
Atas alasan tiada roti Sourdough dibeli maka saya hanya menikmati roti gandum dan roti putih jenama Gardenia juga roti sourdough jenama Gardenia. 

Ia,  saya tahu ia roti proses komersial yang masih tinggi bahan tidak bagus untuk tubuh.  Saya tetap menikmati ia, lama tidak makan roti Gardenia rasanya.  Tahun ini saya hanya menikmatinya di rumah kakak saya dan adik lelaki saya dan kini di rumah keluarga saya. 

Tentu sahaja saya akan meletakkan sasaran untuk berhenti menikmati roti ini apabila saya sudah bersiap sedia dengan stok makanan yang sesuai dan lebih sihat. 

Ia saya terpaksa rela menikmati karipap Frozen dan temosa Frozen.  
Realitinya apabila makan makanan bergoreng memang susah untuk berhenti mengunyah. 
Memang sedap.  Tidak cukup karipap,  temosa, keropok lekor dan keropok keping juga kerepek pisang saya nikmati. 

Itu saya benci jika kononnya hanya ingin merasa. Setelah masuk mulut memang tidak sedar sepinggan habis dan di tambah lagi dengan stok baru lebih panas. 

Ia saya ingatkan bercakap sahaja manusia tidak sedar sudah masuk azan waktu solat,  rupanya apabila menikmati makanan enak dan anda telah lama mengawal diri apabila makan memang lagi lupa diri. Fahamlah saya ungkapan itu. 

Ramen Organik kekal saya nikmati apabila malas.  Itulah saya apabila mood tiada. 

Teringat ketika sakit TSW dan ekzema dahulu. 
Pandang makanan tidak sihat pun  tiada selera walaupun  kek coklat atau Brownies. 
Maklumlah berpantang makan dan sakit. 

Kini mentanglah sudah sembuh,  saya semakin sambil lewa. 

Itu akibat apabila lidah sudah terbiasa kembali dengan diet tidak sihat,  sukar meninggalkan habit ini. 

Jika anda masih di dalam segmen diet sihat dan diet ekzema teruskan lah. 

Jangan terikut mereka yang telah sembuh. 

Saya sendiri tengah mencuba kembali ke pangkal jalan untuk menikmati masakan sihat. 

Semalam,  tengah hari saya menikmati nasi putih biasa dan asam pedas masakan ibu saya.. Tentu sekali gula Putih,  garam putih dan perencah HILAL di gunakan untuk menyedapkan masakan. 

Mujur ibu saya turut menambah kacang bendi. 

Saya hanya rajin memasak ikan bakar.  Oleh kerana serbuk kunyit di dapur saya tahu dari campuran bahan lain bukan, 100% kunyit asli maka saya hanya menyapu garam sahaja pada ikan selar segar sebelum membakarnya. 

Ia rupa ikan bakar ini tidak menyelerakan tanpa serbuk kunyit.  Namun setelah di tambah serbuk lada putih organik dan perahan jus limau kasturi ia menjadi lebih enak. 

Ulam pucuk gajus turut di nikmati bersama nasi putih ini. 
Mungkin menu tengah hari saya bukan menu Eat Clean sepenuhnya namun ia bagi saya tetap boleh diterima sebelum betul-betul Eat Clean. 

Petang saya dan keluarga menikmati masakan arab di restoran Arab kegemaran kami. 

Hari ini tentu saya masih berdoa dan ingin berusaha untuk Eat Clean. 

Ketika hari minggu dan bersama keluarga saya agak sukar menolak, bukankah itu detik bersama keluarga. 

Namun jika anda sakit dan mempunyai sakit serta antibodi lemah lebih baik anda jauhkan diri untuk menikmati masakan di luar dan bawa bekalan anda sendiri.  Ini lebih bagus dan selamat. 

Untuk saya,  buat masa ini.  Ini cara saya lebih-lebih lagi tempat Makan Best adalah antara kategori yang di persembahkan di Blog ini. 

Semoga makin banyak restoran dan tempat Makan sihat wujud di Kuantan dan di Malaysia ini. 

Alangkah indah jika ia benar-benar terjadi. 

Tentu lagi indah hari minggu dan makan luar bersama keluarga. 

Salam sayang dari saya. 

Terima kasih kerana terus meminati setiap artikel di Blog ini. 

Terima kasih. 




Yang Membahagiakan



Keledek Manis Jepun organik  antara makanan yang membahagiakan.  Bukan mudah untuk dapat stok keledek Jepun ini di kedai organik.  Apa lagi jika berjaya menanam sendiri. 


Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Setiap insan berlainan rasa bahagia pada setiap sesuatu. 

Namun untuk gembira anda harus mencari sesuatu perkara kecil yang mengembirakan anda. 

Kegembiraan walau pun kecil adalah ubat untuk menyembuhkan penyakit dan mengelakkan stress sekaligus menghalang penyakit mudah singgah di tubuh. 

Bagi saya menikmatinya makanan sihat terutama buah-buahan dan sayur-sayuran organik yang saya tahu di tanam sendiri oleh orang tersebut dan diberikan kepada saya adalah satu kebahagiaan. 

Malah masakan sihat yang dimasak sendiri dan insan yang dipercayai lebih hebat dari segi ilmu kesihatan dalam memasak juga adalah hadiah yang menggembirakan saya. 

Ini termasuk sayur-sayuran organik yang ditanam sendiri dan tumbuh subur dan dihadiahkan untuk saya. 

Makan masakan di luar juga adalah detik membahagiakan bersama keluarga dan insan tersayang. 

Begitu juga percutian yang membahagiakan tidak kira di mana dan ke mana sahaja. 

Perkara paling mudah untuk bahagia namun agak malas saya lakukan ialah memakai Original Body Scrub dan kemudian menyapu minyak kegemaran sebelum tidur. 

Sebulan sekali belum tentu saya berjaya melakukannya.  Namun memakai Original Body Scrub 3 hari sekali amat mudah,  untuk menyapu minyak di tubuh itu yang paling sukar di lakukan.. 
Mungkin yang sukar di lakukan itu adalah yang membuatkan ia menjadi satu kegembiraan apabila saya berjaya melakukannya. 

Sahabat saya adalah manusia yang paling gembira jika beliau dapat mencukupi masa tidur beliau dan anak beliau tidak meragam ketika malam. 

Lain pula dengan rakan saya yang amat gembira jika dapat mencuci muka dengan bersih sebersihnya di waktu malam dan memakai semua produk kecantikan malam beliau. Atas alasan beliau kerap tertidur tanpa mencuci muka dengan betul-betul bersih dan memakai rejim penjagaan kulit malam yang betul. 

Ada insan yang mengembirakan bercuti ke mana sahaja.  Ada yang mengembirakan apabila Bercucuk tanam dan hasilnya mengembirakan. 

Beruntunglah mereka yang mudah gembira dengan perkara kecil. 

Hidup akan menjadi lebih mudah jika kita mencari sesuatu yang membuatkan kita gembira. 

Perkara utama untuk mewujudkan perasaan gembira ini pastinya bersyukur dengan apa yang sedikit dahulu. 

Kemudian barulah kita akan semakin bersyukur dan bersemangat dengan perkara yang lebih besar. 

Bersyukur dan gembira berkaitan dengan emosi dan juga stress dalam tubuh yang boleh menyembuhkan penyakit dan menghindari penyakit dari datang. 

Apabila kita sentiasa mengfokuskan apa yang menggembirakan dan kita miliki,  kita tidak punya masa mencampuri dan memikirkan hal orang lain sekaligus mengelakkan perkara negatif berlaku dalam pergaulan dan kehidupan. 

Rancang lah apa perkara yang anda boleh lakukan sendiri.  Biar perkara itu kecil namun memberikan kegembiraan walaupun hasilnya kecil. 

Biar ada benda dari tiada langsung dan paling penting kegembiraan dan kesyukuran tak akan mungkin boleh di beli. 

Blogging dan membaca serta menambah ilmu juga antara perkara yang mengembirakan. 

Maka ketika ini saya sedang bergembira menulis artikel untuk di kongsi kan bersama pembaca Blog ini. 

Selamat memulakan hari anda yang indah. 

‌Terima kasih. 




Ahad, 6 Ogos 2017

Hari Minggu


Makan bersama keluarga di hari minggu hitea cum dinner.  Actually dah pukul 6 lebih pun still di Kuantan ni terang benderang macam tengah hari coz cuaca panas membahang.  Alhamdulillah tak kemarau. 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Percayalah,  hari minggu,  hari makan bersama keluarga baik di rumah mahupun di luar.
Agak sukar untuk menolak.

Ketika TSW atau ekzema dahulu,  saya masih makan bersama keluarga namun dalam kuantiti yang sedikit.

Namun seiring kesembuhan semakin menjadi-jadi menu pilihan di luar.

Hari ini seperti biasa saya keluar menikmati masakan luar di restoran makanan Arab bersama keluarga.

Pilihan jus mangga enak.  Rasa jus mangga manis tentu sekali di tambah gula. Oh,  terlupa pesan tanpa gula dan kurang gula.. Maklumlah ini antara restoran kegemaran saya dan ibu bapa.

Antara pilihan menu selamat ialah Lamb Kebab.
Sengaja saya mohon tukarkan kentang goreng dengan salad sekaligus menjadi 2 bahagian salad di dalam pinggan hidangan.

Masakan arab jika ia menggunakan minyak sapi tulen dan minyak zaitun asli dari tanah Arab ia adalah menu masakan sihat dan menguatkan tubuh.

Dengan syarat ia tidak di tambah ajinomoto.

Jika anda bernasib baik anda akan berjaya berjumpa restoran Arab yang menggunakan semua resepi asli.

Tidak seperti restoran India yang menghidangkan mutton (kerbau tua atau kambing tua),  restoran Arab kebiasaannya menghidangkan daging kambing di bawah usia 2 tahun.

Anda boleh lihat dari segi daging kambing yang lembut dan enak yang di hidangkan di restoran Arab.

Daging kambing tidak seperti daging lembu komersial yang kebiasaannya dari daging lembu import dan dari dalam kotak serta sejuk beku.

Daging lembu di katakan tidak bagus untuk kesihatan kecuali lembu itu Grass Feed iaitu makan rumput.  Ketika ini lembu Grass Feed dari Australia itu semakin kerap di gunakan untuk masakan Steak termasuk di Me'nate dan di Melantak Steak Hub Melaka.

Namun perbezaan dari segi kesihatan tentu sekali daging kambing menguatkan tubuh dan membantu memanaskan badan serta mencantikkan kulit.

Tidak seperti lembu yang kemungkinan di cucuk hormon.  Kambing dikatakan menolak hormon atau suntikan yang suntik di tubuh mereka dengan sendiri. Itu keistimewaan kambing yang ramai tidak sedari.

Ada pendapat mengatakan daging kambing panas dan tidak sesuai untuk pesakit darah tinggi namun ada pandangan yang menyangkal pendapat ini.

Anda boleh sahaja pilih antara kedua pendapat ini berpandukan tubuh dan ilmu anda sendiri.

Jika anda menikmati makanan di luar jika makanan goreng boleh di elakkan,  mohon elak.

Dan jika anda bertanya saya,  tentu sekali masakan arab atau masakan barat seperti Lamb Chop antara pilihan saya.

Jika anda peminat ayam pilih sahaja chicken grill atau chicken Kebab.

Selamat bekerja untuk anda yang bekerja.

Mari kita cuba Eat Clean esok walau pun stok makanan sihat saya makin kehabisan dan masih tidak sempat dibeli.

Terima kasih.



Roti Gardenia Sourdough Komersial


Roti Sourdough Gardenia dan Mentega Anchor 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Jika anda mengikuti instagram Qisya Khadeeja dan membaca setiap caption yang dipaparkan tentu anda tahu ketika ini kereta saya tidak dapat digunakan kerana sedang dibaiki.

Maka segala pembelian stok makanan sihat tergendala sekaligus tergendala niat untuk Eat Clean.

Ia, harus di akui perancangan Eat Clean saya tidak berjaya sehingga hari ini.  Saya asyik menikmati makanan 'ntah apa-apa'.

Seiring dengan kesukaran mendapat makanan yang lebih sihat dan Budget yang bukan sedikit untuk makanan sihat,  antara yang boleh di lakukan ialah menukar kepada yang lebih sihat.

Antara roti yang lebih sihat dalam konteks komersial dan mudah di dapati ialah roti jenama popular Gardenia.

Sungguh bijak cara jualan Gardenia yang mempamerkan nilai GI ( Glycaemix Index) roti di bawah jenama Gardenia.

Antara yang lebih sihat ialah roti Gardenia bungkusan unggu dan hijau berbanding bungkusan putih.

Selain itu untuk menggantikan roti yang mempunyai Sourdough,  roti multi grain &  seed yang di tambah Sourdough komersial turut di perkenalkan.

Ia,  harus diingatkan ia tetap Sourdough komersial.  Namun untuk yang tiada pilihan atas alasan susah ingin mendapatkan stok sihat dan juga mereka yang mempunyai isu Budget roti sourdough Gardenia antara pilihan yang lebih sihat berbanding roti Gardenia lain.

Untuk mentega yang lebih sihat,  jika anda sukar mendapatkan jenama Kerry Gold atau President anda boleh mendapatkan Mentega paling mudah di dapati iaitu jenama Anchor.  Pilih Mentega Unsalted.  Pilihan lain jenama Tartura atau West Gold.  Ia lebih murah untuk anda yang menghadapi isu kekurangan Budget.

Ingatlah apa yang kita nikmati biar berpada walaupun ada waktu selera memang menjadi-jadi.

Pastikan anda kerap menikmati buah-buahan,  jika isu harga buah-buahan yang melambung tinggi terutama buah tempatan,  anda boleh sekadar amalkan air perahan limau KASTURI yang juga cukup tinggi dan kaya khasiat.

Pilihan buah tempatan lain ialah jambu batu dan pisang.

Ini sahaja perkongsian sedikit Info untuk anda.


Terima kasih.



Sabtu, 5 Ogos 2017

Beli Produk Makanan Semulajadi di Signature Market


Email belian dari Signature Market 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Selamat berhujung minggu. 

Jika anda mengikuti instagram Qisya Khadeeja anda pasti tahu ketika ini stok makanan saya kehabisan kerana kereta saya insyallah siap di baiki pada minggu hadapan. 

Maka pada hari ini saya mengexplore media sosial dan berjumpa dengan Signature Market.  Satu website membeli belah produk natural untuk makanan dan keperluan harian. 

Istimewa untuk hari ini saya menggeledah Website ini dan berjumpa promosi yang sedang dijalankan oleh Signature Market ini di mana promosi ini 

1. Anda beli produk dengan diskaun menarik. 

2. Percuma kos pengeposan 

3. Percuma Chocolate chips cookies (sehingga stok habis) 

3. Percuma keahlian Signature Market selama 3 bulan di mana anda boleh mendapatkan sehingga 50% diskaun harga ahli. 

Saya hanya membeli noodle yang berharga RM6.90 sahaja
 Istimewa ketika ini Signature Market mengadakan promosi harga rendah bagi produk tertentu walaupun anda belum mendaftar sebagai ahli. 

Saya hanya membeli noodle atau bihun soba dengan harga promosi RM6.90 dan saya mendapat percuma Chocolate Chips cookies,  juga keahlian percuma selama 3 bulan serta kos penghantaran percuma.  Semua ini hanya dengan bayaran RM6.90. 

Jika lokasi anda jauh dari tempat membeli belah produk natural dan semulajadi serta organik,  lebih baik anda membeli stok yang lebih banyak ketika harga promosi. 

Untuk belian akan datang anda harus membeli Sekurang-kurangnya Rm100  untuk mendapat kos penghantaran percuma bernilai RM10. 
Keahlian Signature Market untuk 3 bulan percuma yang membolehkan anda menikmati diskaun  sehingga 50%
Tunggu apa lagi,  sila lawati Website  Signature Market Di link di bawah 


Dan mula melihat setiap produk yang di tawarkan. 

Jangan bimbang.  Segala keterangan produk turut disertakan. 

Hanya klik nama produk dan segala kandungan dan perincian produk diberikan dengan jelas. 


Selamat membeli belah Online. 

Terima kasih.

Ini kisah pengalaman Membeli Belah di Signature Market saya

Pengalaman Pertama Membeli Belah di Signature Market





Khamis, 3 Ogos 2017

Kekal Blogging


Gambar 'sunburn'  beberapa bulan lepas
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Sejujur nya,  dengan tambahan Blog yang kian meningkat maka untuk Blog anda kekal di Google dan kekal di minati dan di baca anda harus aktif mengemaskini setiap artikel. 

Bayangkan berjuta Blog baru wujud setiap tahun di seluruh dunia,  yang membezakan mereka yang kekal memberi maklumat bermanfaat dan kekal mempunyai pembaca setia sekaligus di sukai Google. 

Menjadi seorang Blogger,  walaupun  setakat separuh masa dan suka-suka dan hanya hobi namun pasti ada kayu ukur bagi memastikan ia bukan satu pembaziran dan memberi manfaat. 

Google umpama satu lautan luas,  banyak kapal yang anda tidak akan nampak,  ada yang terus tenggelam langsung tidak di jumpai. 

Maka jika anda tidak pandai mengapung diri anda di lautan luas agak sukar untuk anda terus hidup. 

Seperti nafas yang harus sentiasa di hirup di ruang udara di atas lautan,  begitu juga setiap artikel ia umpama nafas untuk anda terus berada di lautan bagi membangunkan anda terus hidup. 

Maka mengemaskini artikel setiap hari adalah oksigen yang amat bermakna bagi meneruskan kehidupan di lautan atau di medan Blogging. 

Satu perkara yang harus anda ingat ketika menulis,  jika anda telah punyai idea teruskan sahaja menulis. 

Jika suatu waktu dahulu saya menunggu waktu Internet ada baru saya akan kemaskini artikel baru namun ia bertukar dengan berkorban membeli gb Internet semata-mata untuk mengemaskini Blog dan memaparkan artikel baru. 

Seiring kematangan dan pandai mengawal nafsu,  saya terus mengemas kini artikel baru di ruang note pad saya di handphone untuk lebih mudah dan esoknya ketika line Internet di kemaskini saya terus salin ke dashboard Blogger dan publish. 

Ia ada hikmah mengapa laptop saya rosak satu waktu dahulu sehingga saya terpaksa mengemaskini Blog di telefon bimbit.  Itu hikmahnya. Jika ia tidak pernah terjadi,  kemungkinan besar saya masih kekal mengemaskini Blog di laptop sekaligus menjadi alasan Blog ini tidak di kemaskini. 

Kini,  di mana sahaja saya berada saya boleh mengemaskini Blog ini walaupun ketika itu saya berada di bank mahu pun  pejabat pos atau di dalam kereta dalam perjalanan bercuti. 

Istimewanya setiap ujian dan apa yang berlaku dalam hidup pasti ada hikmah dan hadiah istimewa tuhan di sebaliknya. 

Sama ada kita mampu melihatnya atau tidak.

Sebagai manusia kita hanya kurang sabar dalam menunggu waktu yang sesuai hadiah paling besar yang tuhan sediakan untuk kita. 

Maka ketika menulis atau melakukan sesuatu dan anda kecewa,  ingatlah berapa kali kecewa anda itu sentiasa digantikan dengan sesuatu yang jauh bernilai berbanding kekecewaan anda. 

Ingat lagi detik laptop saya rosak dan tidak berfungsi.  Hanya tuhan yang tahu kekecewaan itu. 

Namun alasan tidak akan berguna tanpa melakukan sesuatu.  Setiap cabaran harus anda sahut untuk berjaya. 

Kini laptop saya telah lama dibaiki dan boleh digunakan. 

Namun saya lebih suka mengemaskini melalui telefon bimbit di mana sahaja. 

Tidak seperti laptop yang memerlukan WiFi Internet,  handphone saya cukup sahaja Internet yang di beli.

Laptop memerlukan Internet yang banyak jika saya ingin menggunakan WiFi saya harus ke McDonald's atau membeli Internet dalam gb yang lebih banyak berbanding handphone yang beratus kali ganda lebih jimat. 

Benar,  Tuhan sentiasa membantu hambanya dari pelbagai sudut yang tidak di jangka,  asalkan kita terus positif dan tidak berputus asa. 

Kini sebelum tidur,  sedang menunggu solat Isyak di tikar sembahyang,  saya boleh mengemaskini Blog dan artikel bila-bila masa dengan tersenyum gembira. 

Hati saya gembira tanpa rasa boring tidak tahu ingin buat apa. 

Apa lagi yang lebih bermakna selain menulis artikel untuk Motivasi bersama. 

Terima kasih untuk anda yang terus setia mengikuti Blog ini. 

Apa guna saya menulis sejuta artikel jika ia tiada pembaca yang membacanya dan memberi manfaat kepada mereka dan dunia. 


Terima kasih sekali lagi. 

Dan alhamdulillah. 


7 KHASIAT BIJI SELASIH dan perbezaan Khasiat Biji Selasih dan Chiaseed


Biji selasih yang di rendam dan boleh di minum 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Sering di war-warkan dengan khasiat biji Chia atau Chia seed.

Saya ada berkongsi khasiat biji Chia atau Chia seed ini di artikel

Khasiat dan Kebaikan Biji Chia @ Chia Seed.

Ramai yang terlupa bahawa biji selasih atau basil Seed yang telah lama di amalkan oleh nenek moyang kita di Malaysia turut mempunyai pelbagai khasiat yang banyak.

Malah biji selasih ini juga amat mudah di dapati.  Tidak perlu direndam terlalu lama,  1 minit sudah kembang dan boleh di minum.

Paling penting anda boleh mendapatkan biji selasih di kedai runcit dari serendah RM2 malah kurang.

Untuk maklumat, ini antara 7 Khasiat Biji Selasih sebagai Info kita bersama.

Antara KHASIAT BIJI SELASIH.

1.  Tinggi Khasiat
Antara kandungan dalam biji selasih ialah karbohidrat,  vitamin,  mineral,  lemak dan juga fiber.

2.  Membantu Mengurangkan Berat Badan
Biji selasih juga tinggi kandungan fiber sekaligus membantu memberi rasa kenyang yang lebih lama sekaligus membantu anda yang ingin mengurangkan berat badan.

3.  Mengurangkan panas badan dan sakit tekak.
Jika anda menghadapi masalah panas badan atau sering berada dalam cuaca terik  dan mengalami masalah tekak kering,  anda boleh mencampurkan 2 sudu biji selasih dalam minuman air kosong atau mineral anda bagi mengurangkan masalah panas badan dan tekak kerap haus.

4. Membantu penghadaman yang lebih sihat

Biji selasih turut membantu dalam menghadapi masalah sembelit,  Perut kejang dan ketidak keselesaan perut.  Hanya minum air yang ditambah biji selasih.

5. Sebagai remedi rawatan kulit

Pertama kali membaca maklumat ini,  biji selasih jika di tambah di dalam minyak kelapa atau minyak Semulajadi membantu menyelesaikan masalah kulit seperti ekzema,  psoriasis atau boleh juga ditambah ke dalam campuran lulur tubuh Semulajadi anda.  Anda perlu tumbuk atau Kisar dahulu biji selasih itu sebelum di tambah di dalam minyak yang sesuai untuk masalah kulit anda.

6. Mengurangkan sakit kepala

Jika anda terasa cuaca amat panas atau panas kepala,  migrain atau tekanan di kepala anda boleh menikmati segelas minuman biji selasih untuk mengurangkan pelajar tekanan dan melegakan kepala anda.  Biji selasih yang berfungsi sebagai penyejuk tubuh amat sesuai untuk mengurangkan sakit kepala.

7. Untuk kecantikan rambut

Pernah seseorang  memberitahu rambut yang sering gugur adalah kerana tubuh yang panas kerana banyak toksin. Toksin ini juga boleh naik ke kepala dan menjadi panas selain kekurangan zat penting lain. Berita baik untuk anda, untuk menyejukkan kulit kepala,  biji selasih turut membantu.  Selain itu kandungan dan sumber khasiat dari sumber protein,  vitamin K dan zat besi yang terdapat di dalam biji selasih juga membantu rambut untuk sihat dan bersinar dari akar lagi.


Merujuk kepada jawapan salah seorang sifu saya iaitu En.  Nizam seorang herbalist dan usahawan Bio Shifax.

Ini PERBEZAAN Utama BIJI SELASIH dan BIJI CHIA @ CHIA SEED.

Secara umumnya kedua-dua biji selasih @ basil seed dan Chiaseed adalah makanan kaya fiber,  mineral,  vitamin dan antioksidan serta prebiotik.

***Secara umum Khasiat BIJI SELASIH  untuk individu.

 Biji selasih adalah makanan anti virus,  anti radang yang berkesan,  bagus untuk detoks usus,  ginjal,  detoks darah,  untuk darah pekat yang sering menikmati makanan bertoksid, masalah plaq,  masalah paru-paru,  sebagai makanan anti kanser,  mengurangkan risiko penyakit auto imun,  gastrik,  angin dalam badan juga infeksi Viral.

Jika anda atau sesiapa sahaja menghadapi masalah demam,  selesema,  batuk,  tonsil,  keradangan,  kanser,  sembelit,  jangkitan virus atau campak.  Biji selasih lebih digalakkan untuk digunakan di dalam pemakanan seharian berbanding Chia Seed.

Malah jika anda mengamalkan diet kurang sihat yang kaya asid di dalam badan dan darah,  darah kotor dan pekat dan sering menikmati daging proses serta lemak Trans dan makanan bergoreng Biji Selasih juga amat bagus untuk diet seperti ini.

Jika anda menghadapi masalah kencing kurang lawas dan batu karang juga biji selasih lebih ' berkuasa' berbanding Chiaseed atau biji Chia.

Keistimewaan Biji Chia atau Chiaseed

Chia seed lebih fokus kepada tenaga tubuh badan. CHIA SEED kaya kandungan B komplex,  segala asid amino perlu,  asid lemak perlu.  CHIA SEED juga bagus untuk kekuatan jantung,  paru-paru dan tulang.

Chiaseed kaya kalsium dan magnesium serta nutrien lain.  Khasiat di dalam Chiaseed lebuh kepada untuk menguatkan darah dan boost hemoglobin (berkaitan darah).

Kesimpulannya anda boleh mengamalkan kedua-duanya dalam diet pemakanan anda.

Namun,  sebagai bonus anda boleh pilih untuk menambahkan yang mana satu untuk diet anda hari ini sesuai aktiviti dan pemakanan serta tubuh anda sendiri.


Semoga artikel dan Info ini bermanfaat untuk anda.

Terima kasih.




Selasa, 1 Ogos 2017

Belajar Branding


Print screen dari instagram,  Facebook,  dan Facebook messenger

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Antara sifu yang sering saya ikuti di Facebook ialah Puan Ainon Mohd.

Saya pasti mereka yang aktif Facebook dan berminat dalam bidang keusahawanan merupakan follower beliau.

Antara ilmu yang kerap di kongsi oleh Puan Ainon Mohd di Facebook beliau sama ada Facebook peribadi atau Pages kebanyakannya mengenai ilmu keusahawanan.

Malah Puan Ainon Mohd juga mempunyai sekolah keusahawanan sendiri yang digelar Ainon Business School.

Antara yang saya pelajari dari Facebook Puan Ainon Mohd ialah mengenai Branding.

Betapa jika anda ingin memperkenalkan diri di media social anda harus aktif dan memperkenalkan diri.

Dari branding ini,  anda akan semakin bijak memperkenalkan diri kepada Channel yang akan anda gunakan untuk mempromosikan produk anda pada masa akan datang.

Malah dalam ilmu keusahawanan yang di ajar oleh ABS ia lebih kepada ilmu perniagaan kolaborasi bukan ilmu persaingan seperti ajaran sifu sebelumnya.

Berbalik kepada ilmu Branding yang di ajar oleh beliau dalam Facebook tentunya tidak sama dengan ilmu yang di ajar secara terperinci secara dalam kelas atau berhadapan juga seminar yang diperkenalkan oleh ABS,  maka tentu saja individu seperti saya agak kurang dalam ilmu ini.

Setakat membaca sekali dua ringkasan atau rumusan ringkas manakan sama dengan ilmu yang lebih mendalam mengenai Branding.

Lama telah berazam aktif Facebook dan Linkedln serta Twitter nampaknya setakat ini saya lebih aktif di Blog dan instagram,  Facebook agak jarang untuk saya berkongsi status dan Info,  hanya link dari Blog sahaja yang sering saya kongsi kan sekali sekala.

Melihat progress branding yang cuba saya lakukan seolah ia masih lagi samar.

Mesej di Facebook jelas menunjukkan saya masih dalam proses untuk mencari arah apa branding sebenar yang ingin saya tunjukkan baik di dalam Blog, Facebook dan instagram.

Melihat kepada setiap komen dan status di Facebook Puan Ainon Mohd bukan saya seorang yang menghadapi kesukaran ini.

Benarlah tiada apa yang mudah di dunia ini.

Masih banyak yang perlu saya perbaiki dan perkemaskan dalam memperkenal imej saya dan branding yang cuba saya perkenalkan dan memastikan ia wujud.

Antara sifu yang sering di war-warkan oleh Puan Ainon Mohd ialah Seth Godin,  jika anda juga berminat dengan branding dan tribe yang di perkenalkan oleh mazhab ABS dan Seth Godin ini anda boleh mengikuti setiap ilmu yang di kongsi di Facebook milik Puan Ainon Mohd dan juga kumpulan ABS Holding yang saya kira amat popular di Facebook di kalangan golongan muda usahawan.

Malah jika anda berada di Kuala Lumpur dan kawasan sekitar pihak ABS sering mengadakan kursus dengan bayaran yang berpatutan.

Jika anda aktif Facebook dan rajin membaca.

Singgah dan Follow la Facebook Puan Ainon Mohd dan rakan-rakan beliau.

Banyak perkara yang anda akan pelajari.

Saya masih lagi terus belajar dan tentu terlalu banyak kekurangan dan kelemahan harus saya perbaiki lagi.

Doakan semoga impian dan kejayaan sentiasa bersama.

Terima kasih.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...