Memaparkan catatan dengan label RED LIPS 💋. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RED LIPS 💋. Papar semua catatan

Rabu, 7 Mac 2018

BAGAIMANA BIBIR HITAM DAN KERING TERJADI? INI PENYEBAB MASALAH BIBIR DAN CARA MENGURANGKAN BIBIR KERING DAN KEMBALI MERAH.




Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Masalah bibir kering, kusam dan hitam bukan sahaja dialami oleh kaum wanita tidak terkecuali kaum lelaki.

Antara punca kekeringan bibir ialah kurang air dan diet yang kekurangan nutrient selain cara hidup yang tidak sihat.

Penggunaan bahan kosmetik termasuk pencuci muka yang terkena bahagian bibir, penggunaan gincu dan alat kosmetik lain dibibir termasuk lip balm yang mengandungi bahan petroleum dan bahan kimia keras termasuk punca kepada masalah bibir hitam, kering dan lebam.

Penggunaan penghawa dingin, angina dari kipas atau alam sekitar, turut mengeringkan bibir. Pelbagai factor lain termasuk merokok dan pengaliran darah yang tidak lancar turut menyebabkan masalah bibir hitam dan kering ini.
Seiring factor usia dan antioksidan yang semakin menurun, bibir lebih mudah kelihatan kering dan pucat.

Antara petua turun temurun bagi mengatasi masalah bibir pucat, kering dan hitam ialah penggunaan sapuan madu dibibir pada waktu malam sebelum tidur.

Pastikan pemilihan madu asli bukan proses dan tanpa campuran gula atau bahan lain yang disapu dibibir kerana kajian menunjukkan di pasaran 90% madu yang dijual adalah tiruan.

Untuk anda yang ingin mendapatkan produk rawatan bibir asli dari madu asli mentah dan campuran bahan makanan lain yang membantu melembabkan bibir, merawat bibir, mencegah bibir kering dan mengurangkan bibir lebam dan pucat anda boleh mencuba LIPS TREATMENT VS LIPS TINT dari set RED LIPS yang di ilhamkan dari bahan makanan.

Ia diperbuat dari bahan makanan yang selamat. Namun oleh kerana ia adalah dari 100% bahan makanan asli makan ia bukan produk tahan lama seperti produk komersial.

Berikut ialah 10 fakta-fakta mengenai LIPS TREATMENT VS LIPS TINT dari RED LIPS set yang perlu anda tahu sebelum berniat mengamal dan menggunakan produk ini.


1. Diperbuat dari madu mentah, maka anda harus berhati-hati dengan makanan yang tidak sesuai dimakan bersama madu seperti buah tembikai jika anda memakai produk ini pada waktu siang. Ini dikecualikan jika anda hanya memakai produk ini diwaktu malam sebelum tidur.


2. Produk Lips Treatment VS Lips Tint sesuai dipakai pada bila-bila masa, dengan syarat ia tidak dicampur dengan produk mengandungi bahan kimia sintetik lain seperti gincu bibir, lips balm, lips gloss dan sebagainya. Anda harus memakai ia sahaja tanpa produk lain, jika tidak adalah disyorkan anda memakai Lips Treatment VS Lips Tint ini pada waktu malam sebelum tidur sahaja.


3. Lips Treatment VS Lips Tint ini sesuai digunakan sebagai sapuan pada bibir sebagai lips tint. Anda harus memakai ia berulang kali untuk mendapatkan warna merah sebenar.


4. Tidak perlu risau jika anda ingin menikmati makanan, anda boleh terus menikmatinya kecuali makanan itu mempunyai kesan lain jika dicampur madu seperti tembikai atau ubat-ubatan tertentu.


5. Penggunaan jangka masa panjang dan konsisten produk Lips Tint VS Lips Treatment ini akan membantu bibir anda kembali merah dan lembab. Ia memerlukan masa panjang bukan pantas kerana ia bermula dari merawat. Pemberhentian produk bibir kimia akan mempercepatkan kesan pemulihan dan mencantikkan bibir.


6. Oleh kerana ia adalah produk semulajadi tanpa pewarna sintetik, tanpa perasa tiruan, tanpa pewangi, tanpa penahan dan tanpa pengawet, produk ini hanya tahan selama 2 bulan sahaja. Anda perlu meletakkan produk ini didalam peti sejuk untuk tahan lama.

7. Produk Lips Tint Vs Lips Treatment tidak boleh tidak dibuka penutupnya lebih dari 3 hari. Ini kerana untuk pengeluaran gas, bimbang roll on ia meletup keluar kerana proses penapaian atau proses semulajadi itu sendiri. Anda harus pastikan ia dibuka setiap hari, elakkan dari cuaca panas, sebaiknya ia diletakkan dalam kawasan berhawa dingin seperti didalam pejabat. Jika anda bekerja diluar adalah tidak disyorkan anda membawa lips tint vs lips treatment ini dikawasan luar. Anda digalakkan menggunakan lips tint vs lips treatment ini pada waktu malam sahaja. Ini kerana cuaca panas akan menyebabkan kesan fermentasi lebih cepat dan produk mudah rosak dan botol juga berisiko pecah oleh kerana kuasa dan keadaan panas.

8. Jika anda bekerja dipejabat, atau kereta anda bertinted gelap dan berpenghawa dingin yang kuat, Lips Tint VS Lips Treatment ini tidak berisiko beruap , anda boleh menggunakan ia dimana sahaja sebagai lips tint menggantikan gincu dan pelembab bibir anda.

9. Lips Tint VS Lips Treatment ini diperkenalkan dalam botol 10 ml namun isian produk ini dalam 3 - 4ml sahaja. Ia boleh digunakan selama 2 bulan dan insyallah mencukupi walaupun anda menggunakan ia setiap hari. Isian produk ini tidak boleh memenuhi botol untuk keperluan udara bagi mengelakkan risiko produk ini meruap kerana produk semulajadi tanpa bahan pengawet harus diuruskan ruang udara dan pembotolan juga pengurusan yang berbeza.

10. Pengeposan dan pembuatan produk LIPS TREATMENT VS LIPS TINT atau LIPS TINT VS LIPS TREATMENT dari Red Lips ini memerlukan paling minima 7 hari. Maka jika anda berminat, anda harus bersabar menunggu produk ini sampai ke pangkuan anda.

Untuk pembelian dan pertanyaan produk LIPS TINT VS LIPS TREATMENT dari Red Lips Set ini anda boleh terus hubungi dan What apps ke

016 276 2636

Konsultansi akan diberikan bagi setiap pembelian produk dari QK.

Terima kasih.







Isnin, 29 Januari 2018

PRODUK RAWATAN BIBIR SEMULAJADI DAN SELAMAT, PENYELESAIAN MASALAH BIBIR PUCAT, HITAM DAN LEBAM



PRODUK PERAWATAN BIBIR DARI BAHAN MAKANAN SEBENAR, LIPS TREATMENT VS LIPS TINT
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Masalah bibir bukan sahaja dialami oleh kaum wanita, namun kini turut menghantui kaum lelaki. 

Bibir hitam akibat penggunaan lipstik, penghawa dingin dan faktor usia bukan lagi perkara kecil dan semakin kerap dihadapi oleh pelbagai golongan dan usia.

Menggunakan lipstik atau gincu komersial yang dikatakan mengandungi pelbagai vitamin untuk merawat kulit namun sebenarnya mempunyai kandungan bahan kimia lain yang menyebabkan masalah bibir langsung tidak membantu. Malah bibir asal yang dahulu merah semakin pucat dan lebih teruk lagi jika masalah bibir kering dan lebam mula menjengah.

Cuba lihat bibir anda dalam cermin setelah bangun dari tidur tanpa sebarang sapuan balm bibir adakah ia merah atau pucat?.

Lihat kembali bahan-bahan kandungan yang digunakan dalam produk bibir anda dari lip balm, gincu atau produk perawatan bibir anda? adakah ia selamat? jika anda tidak tahu, anda boleh gunakan google untuk maklumat lanjut setiap bahan tersebut.

Di botolkan dalam botol kaca berkualiti tinggi menggunakan roller ball Stainless Steel
Lips Treatment Vs Lips Tint dari set RED LIPS ialah produk perawatan bibir berasaskan bahan makanan semulajadi 'real food' bukan pewarna pemakanan namun dari warna semulajadi makanan berasaskan tumbuhan.

Bahan utama produk ini tentu sekali madu mentah yang tinggi khasiat dan pelbagai vitamin dan bahan galian.

Ia bahan yang selamat kecuali anda ialah individu yang alergi kepada madu. Madu telah terkenal zaman berzaman sebagai antara bahan perawatan dalam kecantikan termasuk kecantikan kulit dan tubuh badan juga untuk perawatan bibir.

Dibancuh dan diperam dengan bahan makanan lain untuk hasil maksima, Lips Treatment vs Lips Tint ini didatangkan dalam botol kaca import berkualiti tinggi yang menggunakan roller ball diperbuat dari stainless steel untuk memastikan ia lebih selamat dan botol kaca tidak mudah leach.

Produk bibir tanpa bahan kimia bahaya, tanpa pewarna tiruan, tanpa paraben, tanpa pewangi, tanpa pengawet dan 100% semulajadi dan dihasilkan dari bahan makanan ini di perkenalkan dengan harga RM9.90 sebotol . Sila ambil perhatian isi kandungan produk ini hanya separuh botol untuk memberi ruang udara .

Anda boleh menggunakan produk perawatan bibir semulajadi dan selamat ini sebagai perawatan bibir dan sebagai lips tint (anda wajib memakai berulang kali dan sentiasa touch up untuk mendapatkan warna merah lebih jelas).

Sila pakai produk ini waktu malam sebelum tidur untuk kesan maksima.


Untuk Pertanyaan dan pembelian LIPS TREATMENT VS LIPS TINT ini anda boleh terus hubungi atau what apps terus ke

016 276 2636


Terima kasih.





Sabtu, 2 Disember 2017

Skrub Bibir Asli & Semulajadi



Skrub Bibir Red Lips 💋 hanya di perbuat dari bahan asli dan semulajadi 

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Bibir adalah antara anggota tubuh penting untuk menaikkan seri wajah selain sering ditumpukan ketika anda bercakap.

Kecantikan bibir sering dikaitkan dengan warna merah lembut Semulajadi dan lembab.

Baik lelaki mahu pun  perempuan,  kesihatan bibir semakin dipentingkan terutama mengelakkan ia dari lebam,  hitam,  kering dan mengelupas.

Ia bukan untuk menarik perhatian insan lain,  namun lebih untuk diri sendiri.

Bibir yang kering dan mengelupas menyebabkan ke tidak keselesaan sekaligus boleh menyebabkan ia berdarah dan luka.

Malah bibir yang sering kering dan mengelupas boleh menyebabkan warna bertukar lebam dan hitam sekaligus menyebabkan wajah menjadi seperti orang sakit.

Antara petua moden yang diberi ialah menyapu ubat gigi di bibir untuk bibir yang merah Semulajadi.

Sayang sekali jika anda tidak pernah tahu apa bahan-bahan yang terkandung dan digunakan  dalam ubat gigi.  Terlalu banyak bahan kimia dan kini anda ingin sapukan di bibir anda?.  Mohon Google dan fikirkan banyak kali.

Cara lain ialah Skrub Bibir anda dengan gula atau minyak zaitun asli.  Pastikan minyak zaitun asli dan gula yang tidak di bleach.

Pilihan lain,  anda boleh mencuba Lips Scrub atau Skrub bibir Red Lips 💋 ini.

Diperbuat dari campuran madu asli, raw atau mentah.

Di tambah bahan berkhasiat lain termasuk Roselle organik segar.  Diperap dan diadun untuk bibir merah sihat dan segar.

Anda digalakkan meletakkan atau menyimpan Lips Skrub atau Skrub Bibir ini didalam peti ais selepas digunakan..

Tiada bahan pengawet dan bahan penahan,  ia alasan kukuh untuk keselamatan dan kesihatan tubuh anda.

Gunakan 2x seminggu sahaja.

Untuk harga pengenalan,  Lips Scrub atau Skrub Bibir ini diperkenalkan dengan harga RM9.90 sahaja.

Untuk Pengenalan dan pemahaman produk,  anda boleh merujuk setiap artikel mengenai Red Lips 💋 di label dan kategori Red Lips 💋  di sini


Red Lips 💋


Bagi anda yang berminat dengan produk Lips Scrub atau Skrub Bibir Red Lips 💋 ini,  anda boleh terus menghubungi atau whatapps ke

016 276 2636 

Penerangan dan konsultasi percuma akan diberikan kepada pelanggan QK Products. 


Terima kasih. 




Rabu, 22 November 2017

Produk Perawatan BIBIR Terbaru :- RED LIPS 💋 LIPS TINT


LIPS TINT produk Semulajadi @ natural terbaru untuk merawat bibir dan memberi warna kepada bibir 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Beberapa kali membuat eksperimen untuk kegunaan diri sendiri terlebih dahulu. 

Dengan memilih jenis madu paling sesuai sebagai bahan asas produk bibir terbaru dari set RED LIPS. 

RED LIPS ialah rangkaian produk khas untuk PERAWATAN BIBIR

Ia diilhamkan untuk mereka yang mengalami masalah BIBIR.

Dari masalah bibir kering, bibir gelap,  bibir asyik mengelupas dan bibir hitam.  Insyallah produk dari rangkaian RED LIPS mampu membantu anda dalam penyelesaian masalah bibir.

Atas matlamat menyelesaikan masalah bibir yang dihadapi ramai golongan.

Maka untuk produk pertama RED LIPS,  LIPS TINT diperkenalkan kepada anda. 

Menggunakannya bahan asli sebagai campuran bagi mendapatkan warna dan khasiat terbaik untuk bibir,  produk ini diperbuat 100% dari bahan makanan asli dan semulajadi. 

Bahan pewarna hanya dipilih dari makanan organik terpilih. 

Dicampur dan diadun untuk satu jangka masa. 

Setelah eksperimen dibuat dalam beberapa tempoh waktu. 

Lips Tint  ini akhirnya terhasil. 

Berikut ialah antara kegunaan dan Kebaikan Lips Tint. 


KEBAIKAN DAN KEGUNAAN LIPS TINT 

1. Sebagai lips treatment untuk bibir anda.  Madu berkhasiat melembapkan dan ml lembut bibir. 

2. Mengembalikan warna Semulajadi bibir anda. 

3. Sesuai digunakan sebelum tidur dan dipakai ketika tidur untuk memulihkan dan merawat bibir anda. 

4. Dijadikan Lips Tint.  Anda tidak perlu lagi lips balm atau Lips gloss.  Lips Tint ini cukup memberi warna kepada bibir anda.  Anda hanya wajib rajin menyapu Lips Tint ini di bibir anda. 

5. Tiada kerisauan tentang bahan kimia lagi di bibir anda. 

6. Anda juga akan bersyukur kerana bibir anda kurang gelap dan kurang mengelupas.  Paling penting jauh lembab dan tidak kering. 

7. Produk ini boleh dibawa kemana sahaja,  paling penting apabila anda sampai di rumah,  sila pastikan anda simpan di dalam peti ais. 

8. Jika anda tertidur dan terlupa simpan di dalam peti ais Lips Tint anda,  esoknya anda boleh melihat keadaan Lips Tint ini.  Jika ada buih kecil sedikit,  dan pejabat anda berpenghawa dingin kuat dan sejuk anda boleh membawa Lips Tint anda ke pejabat.  Namun jika anda sering berada di kawasan panas,  maka tidak sesuai Lips Tint yang mempunyai sedikit buih kecil ini dibawa ke kawasan panas.  Cuaca panas akan membuatkan bahan dalam Lips Tint meruap dan membuatkan botol mudah pecah.

9. Pengalaman sendiri,  Lips Tint yang tidak diletakkan dalam peti ais selama 3 hari berturut,  selamat digunakan asalkan Lips Tint berada dalam  cuaca sejuk atau dingin.  Jauhkan dari cuaca dan suhu panas. 

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai Lips Tint seterusnya. 

Ini ditegaskan disini beberapa faktor mengenai Lips Tint ini. 

1. Diperbuat dari bahan asas madu asli. Di tambah ekstrak tumbuhan untuk warna dan khasiat maka produk ini bukan produk tahan lama seperti produk bibir lain. 

2. Produk Semulajadi lebih kerap digunakan di bibir atau bersentuh dengan anggota tubuh akan lebih mudah rosak,  maka atas asbab ini bukan produk penapaian dan tanpa bahan kimia 100% baik kimia lembut atau keras ia wajib di simpan di dalam peti ais selepas digunakan. 

3.  Anda kekal boleh membawa produk ini ke mana-mana,  ke pejabat atau berjalan-jalan.  Anda hanya perlu pastikan,  pulang ke rumah anda menyimpan Lips Tint ini di dalam peti ais. 

4. Lips Tint ini diisi di dalam botol 10 ml sahaja. Namun isipadu kandungan Lips Tint lebih kurang separuh dari botol ini.  Dalam 5ml. Sila ambil perhatian,  ruang yang luas diperlukan untuk udara diambil oleh bahan Lips TInt ini.  Itu alasan kuat kenapa Lips Tint ini menggambarkan botol lebih besar dari isipadu sebenar. 

5. Belajar dari pengalaman dan pembacaan. Lips Tint ini akan berbuih jika cuaca terlalu panas atau sudah lama berada di luar.  Ia tidak akan berbuih jika usia produk baru seminggu dua.  Namun semakin lama semakin mudah berbuih.  Itu alasan mengapa kali pertama anda membeli produk ini anda wajib menyimpan ia di dalam peti ais.  

6. Sila beri masa 1 -  2 minggu untuk pemprosesan pembelian produk Lips Tint ini.

7.  Produk ini hanya tahan selama 2-3 bulan sahaja.  Selepas 3 bulan,  produk ini tidak boleh digunakan lagi. 

8. Menggunakan produk semulajadi memerlukan ketabahan dan semangat yang tinggi.  Anda harus banyak bersabar menunggu kesan baik dari penggunaan jangka panjang produk Semulajadi. 

9. Anda harus tahu bahawa produk Semulajadi sering berwarna berlainan dan tidak tetap.  Ini terpulang dengan keadaan campuran makanan yang digunakan. Ada waktu warna produk lebih gelap dan ada waktu lebuh terang. Produk Semulajadi ialah produk tanpa penstabil,  penyatu mahu pun pengawet.

Menggunakan botol kaca bermutu tinggi dan roll Ball dari stainless steel ia jauh selamat dari botol plastik. 


Untuk harga pengenalan Lips Tint ini diperkenalkan dengan harga RM9.90. 

Pembelian dan pertanyaan produk beserta konsultasi sila whatapps ke

016 276 2636 


Setiap pengguna produk di bawah label By QK akan diberi konsultasi dan di monitor secara peribadi. 


Terima kasih. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...