Memaparkan catatan dengan label Jamu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jamu. Papar semua catatan

Rabu, 18 Januari 2017

Petua Untuk Rahim Lemah & Sukar Mengandung



Kulit dalam buah delima yang melindungi isi buah delima

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Musim delima Mesir dan Turki kini melanda Negara. 

Tentu ramai antara anda menyukai buah delima yang terkenal sebagai 'SUPER fruit'  dan buah sunnah ini. 

Delima amat popular sebagai buah yang amat bagus untuk kaum wanita. 

Ia membunuh parasit dan candida serta tinggi anti oksida. 

Bagus untuk kesuburan rahim dan kewanitaan. 

Sebiji buah delima kaya dengan pelbagai khasiat dari biji,  isi sehingga ke kulit buah delima. 

Tiada satu pun dari Pokok delima tidak dibuat ubat. 

Pokok delima,  dahan,  daun, pucuk delima semuanya mempunyai kelebihan tertentu dalam perubatan. 

Untuk artikel ini saya berkongsi khasiat dan keistimewaan kulit dalam buah delima. 

Bahagian dalam yang berwarna putih dan seolah berbentuk sarang lebah. 

Tahukah anda bahawa bahagian ini juga boleh di makan dan di buat ubat atau jamu? 

JAMU ramuan untuk menguatkan dan menyuburkan rahim ini diberitahu oleh ibu saya yang pernah menonton tanyalah ustaz tv9 bertahun tahun dahulu.  Sebelum tahun 2012 ibu saya telah berkongsi ramuan ini. 

Amat mudah caranya. 

Bahan-bahan yang di perlukan :-

Sebiji kulit dalam buah delima
2 cawan air bertapis tapi bukan air RO (mineral boleh) 
2 sudu madu asli tanpa tambahan gula


Cara-cara membuat :-

1. Rebus kulit dalam buah delima bersama 2 cawan air dalam periuk tanah (seeloknya)  atau periuk biasa. 

2. Gunakan api kecil,  sehingga air bertukar secawan. 

3. Tunggu sejuk dan tambah madu asli sebelum diminum. 

Jangan lupa selawat dan baca ayat AlQuran yang patut seperti Al-Fatihah,  ayat kursi ,  bismillah 5 dan ayat nabi zakaria. 


Amalkan diet yang sihat. 

Dari penceritaan ibu saya.  

Perempuan yang disahkan mandul oleh doktor,  ada yang boleh mengandung bila konsisten mengamalkan ramuan ini setelah sekian lama. 


Semoga ilmu ini bermanfaat bagi anda yang membacanya. 

Terima kasih. 



Sabtu, 30 Julai 2016

JOM BUAT JAMU ASLI SENDIRI

gambar hiasan
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ini adalah artikel sambungan link ini 3 RESEPI JAMU MUDAH

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda RESEPI JAMU ASLI ATAU HOME MADE yang saya ambil dari facebook Suzy Honey Herbs dan saya lihat banyak lagi pages facebook lain menyiarkan resepi yang sama.

Berikut antara bahan jamu mudah yang anda boleh buat sendiri.

1.  Jamu Air Rebusan  Serai dan Halia.
      - 3 batang serai segar.
      - 4cm halia  atau 2 ketul halia bara atau bentong

Diketuk kedua-dua bahan tersebut kemudian direbus  dengan 3 gelas air  sehingga menjadi 1gelas air . Tunggu air menjadi suam kemudian diminum. 

Jamu ini sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa  letih dan mengalami lenguh-lenguh badan,  kolestrol  tinggi  dan sakit urat saraf.   Disyorkan minum selepas makan di siang hari. Dan diamalkan 2-3 kali seminggu.

2.  Jamu Air Rebusan Daun Sireh 
      - Daun  sireh 3 ke 5 helai. 
Di rebuskan  dengan 3 gelas air dan biarkanhingga ia menjadi 1 gelas. Biarkan suam dan di minum.
**Tambahan : boleh dicampurkan dgn bunga  cengkih 3 kuntum.

Jamu ini sesuai untuk menghilangkan bau badan dan memulihkan segala penyakit  berkaitan urat dan sengal-sengal badan. 

Jamu Rebusan ini seeloknya di amalkan setiap seminggu  ke 10 hari sekali. 

3 . Jamu Air Rebusan Daun Sireh dan Daun Inai
       - Sediakan 3 ke 5 helai daun sireh.
       -  Dan Segenggam  daun Inai.
 Kedua-dua bahan direbus  bersama 3 gelas air dan sehingga menjadi 1 gelas air. Tunggu hingga suam dan minum.

**Air Rebusan  ini spaling sesuai digunakan  bagi perempuan  yang mengalami  keputihan dan lendiran yang banyak.  Juga berbau. Daun inai bersifat tajam. Amalkan sekali sebulan sahaja.

Jamu rebusan ini sesuai di amalkan  selepas haid. 

4. Jamu Air Rebusan Halia Serai cengkih dan kunyit
     -  2 /  3 batang serai di ketuk
     -  3cm halia  (tua/muda).di ketuk
     -  2cm kunyit di ketuk
     -  sedikit  kulit kayu manis / bunga  
        cengkih /bunga lawang
      - daun pandan sehelai
      - sedikit  gula batu.
        *** gula batu lebih bagus digantikan dengan
        madu jika suka.

****Rebusan  ini seeloknya di ambil setiap kali sebelum atau selepas haid. 
Cukup sekali sebulan sahaja diamalkan dan diminum.
Bagi mewangikan kewanitaan  anda dan menyegarkan badan. 

Segala resepi  dan ramuan di atas , anda boleh amalkan mengikut  kepada keperluan dan kesesuaian badan anda.

Segala ramuan jamu-jamu ini tidak disyorkan diamalkan setiap hari. Sila pastikan amalan dan aturan mengikut  keperluan badan sendiri dan kesesuaian tubuh.

Ini adalah amalan untuk  penjagaan  kesihatan  terutama  bagi menjaga  dalaman badan dan menyegarkan  urat saraf. Membuang toksid dan lemak serta 1001 khasiat.

Untuk tambahan ilmu dari Ice atau Siti Aishah Nona Roguy, bagi wanita yang bergelar isteri, anda harus rajin-rajin meruang faraj.

Buat rendaman faraj dengan air sireh 2kali seminggu. Juga digalakkan bertanggas padah hari ke 6-13 period atau HAID.

Digalakkan rajin-rajin menikmati herba dan jamu.

TERIMA KASIH ATAS MEREKA YANG BERKONGSI INFO ASAL INI.

Terima kasih.


Jumaat, 11 Disember 2015

JAMU SELEPAS PERIOD





Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada pembaca blog saya yang tersayang.

Kaum melayu terkenal dengan jamu untuk kaum wanita dan kaum lelaki.

Jamu yang terkenal sebagai antara bahan untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan serta awet muda ini di amalkan beribu tahun dahulu oleh nenek moyang kita.

Tetapi di zaman ini sukar untuk mendapatkan jamu asli dan tanpa steroid serta selamat untuk di makan.

Mujurlah terdapat banyak perkongsian di media sosial bagaimana cara membuat jamu yang mudah untuk anda dan golongan muda untuk amalkan.

Di bawah ini adalah antara ramuan perkongsian jamu dari FACEBOOK pemilik asal yang saya tidak ketahui, tetapi seperti biasa saya tetap mengolah mengikut kefahaman saya segala keterangan mengenai jamu ini , khasiat serta penyediaannya.

Jamu ini adalah JAMU KHAS UNTUK GADIS ATAU WANITA SELEPAS HAID ATAU PERIOD.

Bahan-bahan 

1. Halia (sebesar ibu jari)
2. Kunyit (sebesar ibu jari)
3. Serai (2 batang)
4. daun pandan (2 helai)
5. Gula perang atau madu (secukup rasa)
6. Air mineral atau bertapis (3 cawan)

Tambahan bahan mengikut keperluan

** Daun Sireh (2 helai) jika menghadapi masalah keputihan

*** Manjakani (1 biji) untuk mereka yang telah berkahwin

Cara penyediaan

1. Rebus semua bahan-bahan.  (Bahan-bahan tadi boleh di potong atau di hiris mengikut citarasa)

2. Pastikan dari 3 cawan air yang di masak tadi menjadi 1 cawan air rebusan sahaja.

3. Setelah air suam anda boleh minum air rebusan ini.

4. Ramuan sebenar anda tidak perlu kisar bahan-bahan tadi dengan air tetapi itu terpulang kepada anda jika rajin, anda boleh kisar bahan-bahan yang telah di rebus tadi kemudian di tapis untuk di minum.


Khasiat JAMU SELEPAS HAID ATAU PERIOD UNTUK WANITA DAN GADIS INI antaranya ialah :-

1. Membantu membersihkan rahim
2. Membantu mengeluarkan angin dalam tubuh
3. Mengurangkan risiko kanser, insyaallah
4. membantu memecahkan lemak.
5. Turut membantu mengurangkan bau badan
6. Membantu masalah kemaluan berbau

PERHATIAN

1. Pastikan anda minum jamu ini betul-betul selepas haid atau period anda betul-betul kering.
2. Minuman ini tidak sesuai untuk wanita yang mengandung atau hamil.
3. Amalkan minuman ini sebulan sekali.
4. Saya lebih mengesyorkan minuman ini di minum selepas 2-3 hari haid atau period anda telah kering.


Selamat mencuba.

Terima kasih.






Khamis, 5 November 2015

JAMU UNTUK MENGHILANGKAN MASALAH PERUT BUNCIT DAN ANGIN DALAM BADAN


antara bahan yang digunakan ialah bawang putih
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ini satu lagi resepi JAMU HOME MADE atau buatan sendiri yang mudah dan saya temui dalam facebook.

Maaf saya sendiri tidak tahu resepi asal jamu ini milik siapa.

Ini antara bahan-bahan untuk JAMU HILANGKAN PERUT BUNCIT

Bahan-bahan Jamu

1. 15 Biji Lada Hitam
2. 4 Ulas Bawang Putih
3. 3 inci Halia Muda
4. 3 Sudu Halba

Cara Membuat  Jamu 

Kisar semua bahan di atas atau tumbuk halus.

Isi dalam mangkuk dan bulat-bulatkan seperti jamu yang di jual.

Lebih elok jika anda gumpal-gumpal atau buat sebesar guli.

Makan sebiji sehari.

Lebihan jamu boleh simpan di dalam bekas dan simpan dalam peti ais untuk tahan lebih lama.

Selamat mencuba bagi mereka yang menghadapi masalah perut buncit .

Jamu ini juga sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah angin dalam badan berdasarkan bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan semulajadi yang mudah didapati dan terkenal dengan khasiat ini amat sesuai untuk anda amalkan dan lebih menjimatkan kos serta selamat.

Terima kasih atas resepi jamu hebat ini.

Terima kasih.


Khamis, 29 Oktober 2015

KHAS UNTUK WANITA : 3 RESEPI JAMU BUATAN SENDIRI

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini khas untuk Kaum wanita PETUA UNTUK WANITA DI DALAM PANTANG .

Bagi kaum wanita yang risau untuk mengamalkan jamu di dalam pantang sama ada takut anak terkena penyakit kuning, risaukan kandungan steroid atau bahan bahaya, atau sedang menyusukan anak, anda boleh mengamalkan membancuh atau membuat jamu sendiri.

Jamu home made ini amat mudah untuk di buat , hanya perlukan bahan yang mudah didapati dan murah. Sila cuba.


1. Jamu Untuk Mereka yang sedang menyusu bayi.

Bahan- bahan

1. Kunyit
2. Halia
3, Manjakani
4. Asam jawa
5. Madu

Cara Membuatnya :-

Rebus manjakani , kunyit dan halia.

Kemudian blend ketiga-tiga bahan yang telah di rebus tadi.

Campurkan dengan asam jawa dan madu.

Siap untuk di minum.

Baki boleh di simpan di dalam peti.

Amalkan selama 3 hari berturut.

Sesuai juga diamalkan oleh ibu yang menyusukan bayi.

***Resepi jamu ini dari Puan El Zarim.


2.  Jamu Dara untuk Kaum Wanita 

Bahan-bahan diperlukan 

1. Daun sireh 30helai
2. 1 cawan isi cekur
3. 1 cawan kunyit hidup
4. 4 cm halia
5. Asam jawa secukup rasa
6. Air masak bertapis atau air mineral 1.5liter
7. Gula Organik (jika suka untuk menambah rasa) atau gantikan dengan madu

Cara Membuatnya 

Kisar semua bahan di atas.

Tapis dan minum.

Lebihan boleh disimpan di dalam peti dan di minum setiap pagi.

Selamat mencuba.

** Resepi Jamu Khas untuk wanita ini adalah dari Puan Zam Zariah

3.   JAMU UNTUK MENAMBAH TENAGA DAN DARAH (amat baik untuk tubuh dan kulit)

Bahan-bahan diperlukan

1. 1 biji ubi bit merah sederhana besar
2. 1 biji lobak sederhana besar
3. 1 biji tomato
4. Sebatang daun saderi

Cara membuatnya :-

Kisar semua bahan.

Tapis dan boleh di minum.

Juga boleh di simpan di dalam peti dan di minum tiap hari.

** Resepi  Jamu atau Jus di atas adalah dari YM Dr. Tunku Zaidar

Ini sahaja antara perkongsian resepi atau bahan MEMBUAT JAMU ASLI KHAS UNTUK WANITA.

Semoga artikel ini berguna untuk mereka yang tercari-cari bahan-bahan untuk membuat jamu sendiri khasnya kaum ibu dan wanita.

Terima kasih.

*** INI SAMBUNGAN SETERUSNYA JOM BUAT JAMU SENDIRI

Anda boleh melawati satu lagi Blog khas untuk Panduan Wanita dan penyusuan termasuk resepi pelbagai jenis jamu Homemade dan mudah di bancuh dan dibuat sendiri di Blog ini LIFE 'S AMAZING.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...