gambar hiasan |
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda RESEPI JAMU ASLI ATAU HOME MADE yang saya ambil dari facebook Suzy Honey Herbs dan saya lihat banyak lagi pages facebook lain menyiarkan resepi yang sama.
Berikut antara bahan jamu mudah yang anda boleh buat sendiri.
1. Jamu Air Rebusan Serai dan Halia.
- 3 batang serai segar.
- 4cm halia atau 2 ketul halia bara atau bentong
Diketuk kedua-dua bahan tersebut kemudian direbus dengan 3 gelas air sehingga menjadi 1gelas air . Tunggu air menjadi suam kemudian diminum.
Jamu ini sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa letih dan mengalami lenguh-lenguh badan, kolestrol tinggi dan sakit urat saraf. Disyorkan minum selepas makan di siang hari. Dan diamalkan 2-3 kali seminggu.
2. Jamu Air Rebusan Daun Sireh
- Daun sireh 3 ke 5 helai.
Di rebuskan dengan 3 gelas air dan biarkanhingga ia menjadi 1 gelas. Biarkan suam dan di minum.
**Tambahan : boleh dicampurkan dgn bunga cengkih 3 kuntum.
Jamu ini sesuai untuk menghilangkan bau badan dan memulihkan segala penyakit berkaitan urat dan sengal-sengal badan.
Jamu Rebusan ini seeloknya di amalkan setiap seminggu ke 10 hari sekali.
3 . Jamu Air Rebusan Daun Sireh dan Daun Inai
- Sediakan 3 ke 5 helai daun sireh.
- Dan Segenggam daun Inai.
Kedua-dua bahan direbus bersama 3 gelas air dan sehingga menjadi 1 gelas air. Tunggu hingga suam dan minum.
**Air Rebusan ini spaling sesuai digunakan bagi perempuan yang mengalami keputihan dan lendiran yang banyak. Juga berbau. Daun inai bersifat tajam. Amalkan sekali sebulan sahaja.
Jamu rebusan ini sesuai di amalkan selepas haid.
4. Jamu Air Rebusan Halia Serai cengkih dan kunyit
- 2 / 3 batang serai di ketuk
- 3cm halia (tua/muda).di ketuk
- 2cm kunyit di ketuk
- sedikit kulit kayu manis / bunga
cengkih /bunga lawang
- daun pandan sehelai
- sedikit gula batu.
*** gula batu lebih bagus digantikan dengan
madu jika suka.
****Rebusan ini seeloknya di ambil setiap kali sebelum atau selepas haid.
Cukup sekali sebulan sahaja diamalkan dan diminum.
Bagi mewangikan kewanitaan anda dan menyegarkan badan.
Segala resepi dan ramuan di atas , anda boleh amalkan mengikut kepada keperluan dan kesesuaian badan anda.
Segala ramuan jamu-jamu ini tidak disyorkan diamalkan setiap hari. Sila pastikan amalan dan aturan mengikut keperluan badan sendiri dan kesesuaian tubuh.
Ini adalah amalan untuk penjagaan kesihatan terutama bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan urat saraf. Membuang toksid dan lemak serta 1001 khasiat.
Untuk tambahan ilmu dari Ice atau Siti Aishah Nona Roguy, bagi wanita yang bergelar isteri, anda harus rajin-rajin meruang faraj.
Buat rendaman faraj dengan air sireh 2kali seminggu. Juga digalakkan bertanggas padah hari ke 6-13 period atau HAID.
Digalakkan rajin-rajin menikmati herba dan jamu.
TERIMA KASIH ATAS MEREKA YANG BERKONGSI INFO ASAL INI.
Terima kasih.
Untuk tambahan ilmu dari Ice atau Siti Aishah Nona Roguy, bagi wanita yang bergelar isteri, anda harus rajin-rajin meruang faraj.
Buat rendaman faraj dengan air sireh 2kali seminggu. Juga digalakkan bertanggas padah hari ke 6-13 period atau HAID.
Digalakkan rajin-rajin menikmati herba dan jamu.
TERIMA KASIH ATAS MEREKA YANG BERKONGSI INFO ASAL INI.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan