Sabtu, 30 September 2017

Berusaha Keras Untuk Diet Sihat


Antara menu yang dinikmati 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Benar kata pakar,  3 bulan anda menjaga pemakanan sihat,  namun satu hari anda mencuba makanan tidak sihat yang penuh perasa yang enak,  amat sukar untuk anda kembali ke rentak diet sihat kembali. 

Sekali anda Cheat day atau cheat menu, ia akan berulang.  Begitulah kuasa pemakanan proses yang diletakkan bahan untuk menjadikan otak sukar menolak makanan ini. 

Anda perlu punyai kesedaran cukup tinggi,  jangka masa yang lama untuk tidak menikmati hidangan proses ini,  barulah anda akan betul-betul berubah dengan syarat anda menjauhi daripada segala makanan ini langsung. 

Itu perkara yang agak sukar dilakukan terutama persekitaran anda penuh dengan golongan yang suka makan dan suka membeli makanan proses ini. 

30 kali ditawarkan makan,  anda boleh menolak. 

Masuk 100 kali ditawarkan dan dibelanja,  tentu anda termakan juga maklumlah makanan ada cop Halal. 

Begitu hidup.  Walaupun anda mula merasakan makanan proses kegemaran anda dulu tidak sesedap dulu akibat lidah yang jarang menikmati makanan itu,  namun makanan lain anda masih mampu masukkan ke mulut. 

Jika satu waktu dulu biskut oreo sebungkus anda boleh nikmatnya seorang,  hari ini 2 keping anda sudah rasa terlalu manis. 

Jika dulu Mee sup gerai kegemaran terlalu enak,  hari ini anda rasa terus sakit kepala akibat MSG yang di masukkan ke dalam resepi. 

Namun anda tetap menikmati makanan lain yang juga berproses dan tidak berkhasiat. 

Ada waktu kesedaran datang dalam sehari dua dalam seminggu. 

Ada masanya hanya sebulan sekali kesedaran itu datang. 

Sukar untuk melawan jika anda tidak kuat memotivasikan diri sendiri. 

Pilih kawan yang ingin mengamalkan hidup dan pemakanan sihat. 

Di media sosial ikuti mereka yang kuat dan bersemangat diet dan mengamalkan Life Style atau cara hidup sihat. 

Jauhkan dari mereka yang asyik mengajak anda makan percuma terutama makanan proses. 

Untuk aktiviti keluarga agak sukar menolak,  namun ia pasti jarang berlaku, sebulan sekali belum tentu.   

Saya seperti insan lain,  semangat masih ada.  

Namun ada waktu melihat coklat percuma saya lemah. 

Dapat tart Nutella percuma berpuluh ketul saya nikmati. 

Belum kira pelbagai coklat lagi. 

Namun alhamdulillah saya makan namun berjaya mengawal dari makan berpuluh ketul seperti dulu. 

Biar Ada progres,  sikit pun cukup dari langsung tiada. 

Saya dan anda harus terus kuat untuk kesihatan sendiri. 

Hari ini masih berazam untuk cuba Eat Clean dan di harapnya akan berterusan dalam jangka masa panjang insyallah. 

Maka mula tanam semangat ingin membeli stok makanan sihat. 

Semoga berjaya. 

Mari kita doa sama-sama. 

Terima kasih. 




Wanita, Fibroid dan Cyst


Pemakanan sering dikaitkan dengan penyakit 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ketika melayari Facebook,  sering saya melawati status yang menunjukkan carta kenaikan penyakit di dunia.

Bukan itu sahaja,  penyakit kanser dan gout serta kencing manis juga sering di kemaskini di status memberitahu kaum kerabat sahabat di Facebook mengalaminya termasuk golongan muda.

Lupakan sebentar penyakit 3 serangkai yang popular di Malaysia itu.

Kini setiap kali Dato Dr.  Hamid Arshat mengemaskini status tentu ia mengenai pembedahan pesakit wanita yang dirawat beliau.

Melihat komen yang beratus hampir beribu.

Ramai pesakit yang menghadapi masalah ketidaksuburan,  hormon tidak stabil,  cyst,  Fibroid,  kanser rahim dan kanser payudara serta pelbagai jenis penyakit berkaitan wanita.

Sehingga kini tidak diketahui apa punca penyakit ini.

Terlalu banyak faktor di bangkitkan termasuk faktor persekitaran,  stress,  pemakanan,  baka,  penggunaan bahan kosmetik dan dandanan diri termasuk ubat dan pil perancang.

Namun meneliti segala nasihat pelbagai doktor,  dan perkongsian Dato Dr Hamid Arshat di Facebook dan dikongsi oleh Doctor Zubaidi ini jelas menunjukkan betapa penyakit ini semakin kronik di kalangan wanita dan semakin bertambah dan menjadi-jadi.

Malah saya pernah melihat status facebook rakan-rakan saya yang memaklumkan anak mereka semuda 12 tahun ada yang telah mempunyai cyst di rahim dan di bedah.

Belum kira wanita muda yang menghadapi Fibroid ketika mengandung juga semakin menunjukkan kenaikan kes dan semakin kerap dijumpai.

Berikut saya sertakan nasihat dari Dato Dr Hamid Arshat yang turut di kongsikan oleh Doctor Zubaidi di Facebook beliau.

Amalkan buah-buahan segar dan sayur-sayuran segar dalam pemakanan dan kurangkan makanan proses
Saya ingin kongsikan tip-tip dari Dr Hamid Arshat, Pakar Sakit Puan dan Perbidanan yg terkenal.

"LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN PENGARUH HORMON ESTROGEN PADA WANITA

Punca sebenar bagi penyakit2 yang berkaitan dengan peranakan wanita seperti ketumbuhan fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara tidakalah diketahui .

Baka memainkan sedikit peranan, tapi punca2 sekitaran saperti kelemahan immunity, toksin, dan hormone estrogen yang berlebihan dalam tubuh badan wanita serta ketidak seimbangan antara hormone estrogen dan progesterone lebih berperanan dalam ketumbuhan tersebut

Dalam keadaan biasa, hormone Estrogen adalah sangat penting bagi fungsi2 edaran haid, kesuburan, kehamilan, sifat2 kewanitaan, kecantikkan,  fungsi2 seks, bentuk badan dan lain2..

Tindakan2 estrogen terhadap tisyu2 biasanya diesimbangkan oleh hormon kedua wanita iaitu hormon Progesteron, yang hanya dikeluarkan jika wanita mengalami penetasan telur/ovulation. Banyak situasi yang menyebabkam wanita  tidak mengalami penetasan telur / ovulation.

Oleh itu, kekurangan hormone Progesteron boleh menyebabkan hormone Estrogen bertindak sewenang-wenangnya.

 Beberapa situasi yang menyebabkan hormon Estrogen meningkat ialah kegemukan atau obesity. Lemak- lemak yang berlebihan boleh menggalakkan pembentukkan estrogen serta pengurangan Progesteron.

Selain daripada kilang telur, sumber lain bagi estrogen ialah kilang adrenal yang terletak di atas buah pinggang.  Wanita – wanita yang mengalami masalah pembengkakan ovary seperti Polycystic ovaries Syndrome (PCOS) juga sering mengalami masalah hormon Estrogen yang berlebihan dan kekurangan hormone Progesteron.

Oleh itu, saya cadangkan  beberapa langkah untuk mengawal tindakan atau pengaruh Estrogen agar ketumbuhan yang dinyatakan di atas dapat dikurangkan. Estrogen dibentuk dari cholesterol melalui rangkaian tindakan biokimia, dan enjim aromatase diperlukan.

Langkah2 mengawal estrogen.

1, Kekalkan berat badan ketahap yang sesuai mengikut kiraan BMI kerana kegemukan boleh menggalakkan penghasilan Estrogen yang berlebihan.

2.Lakukan senaman kerana senaman mempunyai pelbagai faedah di antaranya dapat mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron

3.Mengawal stress.  Selain boleh meningkatkan hormone cortisol/steroid, stress juga mempunyai pelbagai pengaruh yang boleh mengancam kesihatan wanita.  Ia juga meningkatkan tahap Estrogen.
Oleh itu, ambillah langkah- langkah mengawal stress  seperti membaca Al-Quran, solat, berzikir, berselawat ,bersenam selama 30 minit sehari, yoga dan yang paling mudah adalah dengan melakukan deep breathing exercise.
Deep breathing exercise ini boleh dilakukan di mana- mana setiap satu atau dua jam. Ini dapat menenangkan fikiran dan sekaligus dapat mengimbangkan hormon Estrogen dan Progesteron.

Pengambilan makanan yang berkhasiat.

 Ada beberapa jenis makan yang bertindak mengawal tahap Estrogen iaitu:

4.Buah delima/ promegranate
Pengambilan buah delima atau mengamalkan jus delima setiap hari akan memberi pelbagai faedah kesihatan. Antaranya ialah  mengawal tekanan darah, mengurangkan arterosclerosis dan juga boleh mencegah/ mengurangkan risiko sakit jantung.
Seterusnya, ia juga bertindak sebagai anti-estrogen dengan mengawal enzim yang digelar aromatase enzim yang biasanya menggalakkan peningkatan Estrogen.

5.Sayur- sayuran
Sayur- sayuran seperti brokoli, kobis, bunga kobis, sawi dan bayam mempunyai kandungan chlorophyll yang  bertindak mengawal penghasilan hormone Estrogen. Ia juga mengandungi sterol yang memang bertindak mengawal pembentukan Estrogen.

6.Minyak zaitun (Extra virgin olive oil)
Minyak zaitun ini jika diamalkan setiap hari, ia boleh mengawal tahap Estrogen dalam tubuh wanita melalui satu kandungannya yang digelar lutreopin yang juga mengawal /menindas tindakan enzim aromatase (enzim yang bertanggungjawab dalam penghasilan estrogen)  di mana sekaligus mengawal penghasilan hormone Estrogen yang berlebihan

7. Cendawan
Cendawan yang dikatakan boleh mencegah enzim aromatase ialah cendawan butang atau cendawan Shitake yang bukan sahaja mencegah penghasilan Estrogen, ia juga boleh mengawal kanser.

8. Biji anggur (grapeseed)
Biji anggur mengandungi pelbagai bahan resveratrol dan lain- lain polyphenol yang banyak mempengaruhi kesihatan manusia.  Di antaranya ialah, mencegah penyakit jantung dan angin ahmar. Ia juga bertindak mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita.

9.Chia Seed
Chia seed merupakan bahan yang berguna untuk mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita.  Begitu juga flexseed.  Chia seed mengandungi omega 3 yang tinggi di samping vitamin – vitamin lain juga yang mempunyai faedah dalam kesihatan wanita.

10. Oats
Oats adalah makanan yang sering diambil pada waktu sarapan. Ia juga diketahui mengandungi bahan steroidal saponins untuk mencegah tindakan enzim aromatase yang seterusnya menggalakan penghasilan Estrogen.

11. Buah – buahan citrus
Buah buahan citrus seperti lemon,limau kasturi, limau bali, limau nipis di samping mangandungi vitamin C,dan anti-oksidan,  ia juga mengandungi unsur anti-estrogen
Minum air limau kasturi (2 biji ), sebiji limau nipis atau sebiji lemon diperah juz kedalam segelas air suam dan dicampur satu sudu madu. Amalkan setiap hari.

12. Bawang- bawang
Bawang banyak digunakan sebagai rencah dalam makanan kita. Di samping megandungi bahan- bahan yang mengandungi anti-oksidan ,ia juga boleh mencegah serangan sakit jantung.  Ia juga mengandungi  bahan dipanggil quercetin, sejenis flavonoids yang mengurangkan tahap Estrogen dalam badan.

13. Kunyit
Kunyit mengandungi banyak khasiat Kesihatan di antaranya dapat mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita.  Mengamalkan kunyit/perahan air kunyit 2-3 kali seminggu dikatakan baik untuk mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron

14. Algae ( spirulina/ chlorella)
Algae diketahui ada kesan mengawal pembentukan Estrigen dalam badan. Algae boleh diamalkan untuk mengimbangkan hormon wanita.

15. Makanan – makanan fermented
Makanan fermented daperti Tempe, yogart, kimchi, diketahui mempunyai pelbagai faedah  dan juga berbillion bacteria baik untuk badan dan melawan bacteria yang berbahaya untuk usus kita. Ia juga mempunyai kesan anti - Estrogen

16.Minyak kelapa Dara
Minyak kelapa dara diketahui mempunyai kesan anti-Estrogen

17. Bawang Putih
Bawang putih mempunyai pelbagai kesan untul mengawal peredaran darah dan mengurangkan risiko sakit jantung dan angin ahmar. Ia juga mempunyai kesan anti – Estrogen.

18. Daun Kuchai
Daun Kucai juga mempunyai bahan – bahan yang bertindak sebagai anti-Estrogen.

19. Berries (black berries, blackcurrant, mulberry)
Berries mengandungi bahan anti-oksidan dan juga flavonoids yang banyak faedahnya terhadap kesihatan  tubuh badan wanita.  Di samping itu juga ia bertindak sebagai anti-Estrogen

Ambillah langkah-langkah untuk mengimbangkan hormone serta mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita agar penyakit-penyakit  seperti fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara dapat dikawal di samping mengambil langkah- langkah lain untuk mengawal penyakit-penyakit tersebut."

Semoga bermanfaat.

Dalam status perkongsian Doctor Zubaidi di Facebook yang di ambil dari perkongsian status dan nasihat Dato Dr Hamid Arshat jelas menunjukkan keprihatinan kedua-dua doktor ini bagaimana isu ini menjadi semakin biasa dan kebimbangan mereka mengenai isu ini.

Sebagai wanita mahupun lelaki kesihatan amatlah penting,  lebih-lebih lagi wanita menjadi tempat lahirnya zuriat dan keturunan keluarga seterusnya.

Melihat gaya pemakanan zaman moden yang penuh perisa dan hipster serta pewarna menakutkan ia pasti sesuatu yang menimbulkan kebimbangan.

Dalam menuju arus kemodenan sama-sama kita saling mengingati satu sama lain agar tidak terus terbabas dalam gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat.

Sama-sama kita semua berusaha ke arah hidup dan pemakanan lebih sihat.

Jauhi stress,  hindari persekitaran yang membebankan,  nikmati makanan sihat dan halal.

Rajin melakukan aktiviti,  tanam sendiri walaupun anda terpaksa Bercucuk tanam di dalam pasu sebagai langkah mudah untuk anda menikmati herba dan sayur bebas racun yang senang didapati.

Semoga kita semakin kuat dan gagah untuk perkasakan semangat untuk menjaga kesihatan sesama kita.

Terima kasih.




Jumaat, 29 September 2017

Resepi Mudah :- Lempeng Pisang Gandum Penuh


Lempeng pisang gandum penuh
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Ia bukan mudah untuk kekal dalam menjalani pemakanan sihat atau Eat Clean.

Terlalu banyak halangan,  jika punya Budget dan stok makanan,  masa menjadi punca untuk memasak dan menyediakan menu sihat.

Punyai masa,  Budget pula menjadi isu.

Punyai semangat memasak dan Budget bekalan bahan mentah tiada di pasaraya dan pelbagai lagi isu yang tidak mampu dielakkan.

Untuk kali ini,  perkongsian artikel resepi kali ini adalah menu sihat paling mudah.

Tinggi serat dan gula asli serta mudah dimasak.

Hanya dapatkan pisang dan sebiji telur sahaja.

Di syorkan telur selenium atau telur organik sahaja.

Berikut bahan-bahan dan cara mudah untuk membuar Lempeng Pisang Gandum Penuh

Resepi Lempeng Pisang Gandum Penuh 

Bahan-bahan 

1. Pisang pilihan digalakkan berangan atau emas
2. Sebiji telur 
3. Setengah sudu kecil minyak sapi tulen (optional untuk tambahan lemak sihat) 
4. Tepung gandum penuh (jika anda mengamalkan diet tanpa gluten sila tukarkan ke tepung kelapa atau tepung badam) 
5. Kelapa muda parut (optional @resepi diatas tiada kelapa parut) 
6. Garam Pink himalayan 

Cara Membuatnya 

1.  Lenyek pisang sehingga hancur. 
2. Masukkan sebiji telur.  Kacau sehingga sebati.  Masukkan garam,  kacau lagi. 
3. Masukkan sedikit minyak sapi tulen. Kacau lagi. 
4. Masukkan sedikit tepung demi sedikit. 
5. Pastikan bancuhan sederhana cair (tidak pekat sangat atau keras). 
6. Masak atas Non stick pan dengan api perlahan. Ambik sesenduk bancuhan dan buat bulatan dalam kuali. 
8. Paling-palingkan dengan cermat. 
9. Angkat hidangkan panas. 
10. Hias dengan buah-buahan dan sos kegemaran anda yang sihat. 

Di hidang dan di makan panas. 

Nikmati ia dengan menu sihat lain
Menu Lempeng Pisang Gandum Penuh ini sesuai dijadikan sarapan pagi atau petang.

Sebagai snek sebelum anda melakukan aktiviti sukan dan aktiviti lasak atau post work out.

Pisang yang manis Semulajadi akan mengurangkan keinginan anda kepada makanan manis lain.

Malah pisang adalah dari gula asli yang bukan diproses.

Menikmati Lempeng Pisang Gandum Penuh membuatkan anda lebih kenyang dan tahan lapar lebih lama.

Pastikan anda menikmati Lempeng Pisang Gandum Penuh ini bersama buah-buahan sihat atau salad untuk menu sihat yang jauh lebih baik.

Selamat Mencuba dan menjalani diet dan pemakanan yang jauh lebih sihat.

Terima kasih.



Air Mandian Herba Mudah


Campuran daun pandan dan daun limau purut di rebus dalam periuk tanah
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Selain berlulur,  memakai Skrub atau mandi susu. 

Anda boleh mencuba mandian herba untuk menyegarkan badan. 

Paling istimewa ia amat mudah di buat sendiri di rumah. 

Hanya sediakan bahan-bahan asas sesuai kegemaran anda. 

Dan anda boleh jadikan ia sebagai mandian atau penyegar badan selepas mandi. 

Berikut cara penyediaan mandian herba mudah ini. 

MANDIAN HERBA HOME MADE MUDAH

Bahan-bahan 

BAHAN A
Daun pandan segar
Daun limau purut segar
Kulit buah limau purut
Serai


BAHAN B
** beberapa kuntum bunga melur segar
Jus Perahan buah limau purut

Cara-cara Menyediakan MANDIAN Herba 

1. Rebus semua bahan-bahan A dengan air berlapis dalam periuk tanah. 
2. Tunggu hingga air mendidih 2-3 x.  
3. Tutup Periuk tanah dengan penutup. 
4. Biarkan suam atau dingin. 
6. Campuran campuran bunga melur segar dan jus Perahan buah limau purut kedalam baldi. 
7. Isi bahan-bahan dalam dan air dalam periuk tanah tadi ke dalam baldi berisi 5  cebok air. 

Anda boleh menjadikan mandian ini sebagai mandian atau penyegar badan (selepas berlulur). 

** jika tiada bunga melur segar dan limau purut juga tidak apa.  Gunakan sahaja daun pandan dan daun limau purut atau bahan yang ada sahaja. 

Mandian ini bukan sahaja menyegarkan badan malas mewangikan tubuh dan mengurangkan tekanan. 

Anda boleh menggunakan mandian ini sempena mandi sunat Jumaat,  di hari cuti,  berpantang atau selepas haid. 

Mandian ini juga membantu mengurangkan toksin didalam tubuh. 

Jika anda ialah pengguna Original Body Scrub by QK,  anda boleh menjadikan air rebusan ini sebagai bancuhan Skrub anda dan biarkan ia direndam semalaman.

Original Body Scrub by QK 
Bagi pertanyaan dan pembelian produk Original Body Scrub by QK Anda boleh terus whatapps ke

016 276 2636 

Original Body Scrub by QK  Di perbuat hanya dari bahan semula jadi bermutu tinggi menggunakan bahan lulur Semulajadi turun temurun. 

Anda boleh membaca semua artikel mengenai Original Body Scrub by QK Ini di link di bawah

ORIGINAL BODY SCRUB by QK


Selamat Mencuba Original Body Scrub by QK Dan Mandian herba mudah ini.

Terima kasih.



Khamis, 28 September 2017

Terus Menulis


3 Blog di mana penulis berkongsi penulisan dan pengalaman 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Pertambahan Blog yang muncul hari demi hari di seluruh dunia bukan hanya ribuan namun makan jutaan.

Realitinya jutaan Blog juga berhenti dikemaskini dan berlalu sepi. 

Begitulah bidang penulisan atau apa sahaja. 

Ada waktu ianya gemilang ada waktu ia suram dan ada waktu ia kembali naik, juga ada yang terus diam sampai mati. 

Sebagai Blogger,  menulis harus dilakukan setiap hari. 

Menjadi aktiviti wajib. 

Andai ditinggalkan sehari,  makan minggu agak sukar untuk dikemaskinikan kembali. 

Ia bukan mudah kembali mendapat idea penulisan. 

Punyai idea,  puas pula mencari gambar yang sesuai. 

Ada waktunya menunggu gambar yang sesuai dan menarik menyebabkan artikel tidak dikemaskini. 

Sekaligus ia agak tidak bagus diamalkan,  di mana ia hanya akan merencatkan semangat penulisan. 

Itu alasan mengapa menunggu gambar menarik bukan sesuatu yang bagus untuk diamalkan. 

Menulis 3 Blog,  dan mengemaskini 3 Blog bukan satu perkara mudah. 

Ada masa Blog pertama ini dikemaskini setiap hari. 

Ada waktunya Blog ke 2 dan ke 3 dikemaskini sebulan atau 6 bulan sekali. 

Cuba dan berusaha untuk tidak membiarkan Blog ke 2 dan ke 3 mati,  usaha untuk mencari dan menghasilkan artikel terbaru di 2 lagi Blog di bawah nukilan dan penulisan penulis diteruskan. 

Selain Blog Keep Walking sebagai blog pertama, 


Dan 


Juga adalah Blog cetusan ilham dan penulisan dari penulis yang sama. 

Anda boleh melawati ke 2-2 Blog ini yang lebih mengkhususkan topik dan kategori tertentu. 

Tidak seperti Blog Keep Walking (blog pertama)  yang kerap dikemaskini,  Blog ke 2 dan ke 3 ini jarang di kemaskini. 

Ada waktunya hanya sebulan atau 3 bulan sekali sahaja ia dikemaskini. 

Namun ia kekal dilawati oleh pembaca yang datang dari Google atau pembaca dari Blog ini. 

Sebagai Blogger atau penulis Blog yang menjadikan bidang Blogging sebagai hobi utama,  alhamdulillah bidang Blogging dan penulisan ini banyak mengajar penulis untuk membaca dan mencari pelbagai ilmu dan melakukan pelbagai aktiviti sebagai perkongsian di blog-blog ini. 

Jika anda minat menulis dan ingin mempunyai Blog sendiri yang rajin di kemaskini, belajar menulis dari sekarang.

Tulis sikit-sikit dahulu,  sama ada di Facebook, Twitter mahupun Blog.

Mungkin jika anda pemalu belajar menulis diari untuk tatapan sendiri.

Pilihan lain menulis catatan ilmu yang anda pelajari dalam buku catatan untuk rujukan anda.

Lambat laun anda sendiri akan bijak menulis dan menjadikan penulisan sebagai aktiviti harian yang lahir dari habit anda sendiri.

Belajar menulis apa sahaja,  kemudian tapis apa yang ingin ditulis di media sosial.

Letak garisan 'privasi'  dalam penulisan anda dan tulis apa yang wajar di kongsikan tanpa menjemput kontroversi.

Jauhkan penulisan negatif,  mengutuk atau mengeji juga memuji diri sendiri.

Insyallah penulisan anda pastu akan di gemari, rajin berkongsi Info dan motivasi amat digalakkan.

Tiada penulis paling sempurna dan paling hebat yang lahir sendiri.

Ia lahir dari keberanian,  kesungguhan dan komitmen yang tidak berbelah bagi.

Selamat menjadi penulis bagi yang terus menulis dan selamat mencuba dan belajar menulis bagi anda yang berimpian menjadi Blogger atau penulis.

Doakan jua untuk saya.

Terlalu banyak perkara yang ingin dilakukan dan dicapai dalam hidup ini oleh kebanyakan dari kita.

Semoga kita berjaya mencapainya.


Terima kasih.






Makanan Sebenar


Pisang lemak manis adalah antara jenis pisang kampung yang enak dan sihat 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Zaman moden ini anda akan berjumpa dengan pelbagai buah dan tumbuhan yang telah di ubai suai genetik. 

Jika dahulu anda tidak pernah berjumpa dengan Nenas berwarna merah jambu,  kini anda boleh memegang Nenas berwarna Pink atau merah jambu kegemaran gadis ini di hadapan mata. 

Bagi sesetengah individu (golongan) ,  asalkan ia buah dan boleh dimakan sudah cukup syarat untuk dinikmati. 

Namun bagi sesetengah individu yang sensitif mereka hanya memilih yang original atau Semulajadi atas dasar paling asas dan permulaan iaitu buah-buahan yang bukan kawin,  Hybrid,  atau bukan GMO. 

Termasuk untuk sayur-sayuran,  malah golongan ini ketika membeli kuih atau ais krim hanya memilih kuih tanpa warna baik buah melaka berwarna putih,  putu piring berwarna putih dan ais krim coklat bukan ais krim berwarna. 

Kebiasaannya golongan 'cerewet'  ini hanya menikmati buah melaka yang berwarna hijau hanya jika mereka pasti warna tersebut datang dari daun pandan. 

Sesetengah dari golongan ini hanya membeli putu piring berwarna kuning jika pastu kuning itu memang datang dari kunyit bukan pewarna kuning. 

Golongan pemilih makanan sebenar atau Real food juga lebih suka membeli pisang emas atau pisang lemak manis berbanding pisang montel atau canvendish. 

Mereka amat mengambil berat mengenai makanan sebenar atau Real food. 

Mereka meneliti di mana buah dan sayur-sayuran kampung sebenar dan makanan sebenar. 

Bagi mereka setiap benda yang dinikmati harus datang dari sumber sebenar malah ada sesetengah individu yang lebih sensitif hanya memilih makanan organik bebas 100% Dari Bahan kimia. 

Malah jika jiran sebelah memberi buah yang ditanam sendiri namun di tabur bahan kimia atau disiram air sabun mahupun di tabur ajinomoto untuk kesuburan tanaman, ia tetap tidak dinikmati dan diberi kepada keluarga lain. 

Begitu teliti sekali golongan ini menjaga makanan yang masuk ke dalam tubuh.

Jika anda pernah membaca diet Yahudi Ortodoks atau tahu mengenai persijilan Kosher anda akan sedar terdapat golongan yang amat sensitif mengenai cara penyediaan dan cara tanaman serta cara belaan dan sembelihan binatang.

Kini bukan sahaja golongan Yahudi ortodoks cerewet memilih makanan, malah semakin ramai golongan intelektual mendalami ilmu pemakanan sebenar ini dan memilih diet pemakanan sebenar dalam kehidupan. 

Tidak semua mampu hidup dengan menikmati makanan sebenar terutama dari segi harga dan kewangan. 

Malah kekangan waktu, keperluan tanah sendiri juga segala keperluan untuk perkara asas ini juga memerlukan kos yang banyak kecuali anda mempunyai sebidang tanah di kampung ilmu serta kerajinan dan kesungguhan yang kuat. 

Ada perkara yang kita mampu,  ada perkara yang tidak mampu dilakukan. 

Mungkin ada golongan yang membahaskan ke tidak kesungguhan anda.  Namun apabila ia melibatkan masa dan kekurangan wang,  ia sukar untuk diperjelaskan. 

Lebih-lebih lagi jika anda hidup berkeluarga dan langsung tiada sokongan. 

Namun,  itu bukan alasan untuk anda langsung tidak berubah.  Sedikit-sedikit lama lama akan lebih banyak perubahan besar yang anda akan mampu lakukan. 


Amat sukar berjumpa dengan mereka yang boleh berubah 100% sekelip mata. 

Baik dari segi diet,  agama,  kerajinan dan habit. 

Banyak perkara yang perlu ditambah dari hari ke hari terutama ilmu.  Baik ilmu akhirat mahu pun ilmu dunia. 

Bermula perlahan lahan,  hingga ia menjadi habit yang anda tidak boleh tinggalkan. 

Berazam untuk melakukan segala yang lebih baik dari pelbagai segi akan membantu anda dari langsung tidak berubah. 

Kajian menunjukkan apabila anda rajin membaca,  menambah ilmu,  secara perlahan anda akan berubah. 

Terima kasih. 




Nasi oh Nasi


Beras parboiled Basmathi @ beras rebus Basmathi antara pilihan beras terbaik

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Semakin kerap membaca kajian mengenai beras atau nasi. 

 Terpaksa akur kajian demi kajian yang menunjukkan nasi boleh meningkatkan gula atau glukos dalam darah dan ia terdiri dari makanan 'strach' atau karbohidrat berkanji. 

Malah perkara lain yang perlu diberi perhatian,  kandungan arsenik juga dikatakan banyak terdapat di dalam beras. (Padi adalah tanaman yang menggunakan banyak air,  dan dikatakan arsenik itu dibawa dari air). Contoh beras kurang arsenik antaranya dari Pakistan dan India.  

Jangan tinggalkan nasi atau beras terus. Nasi atau beras tetap bagus dalam pembentukan 'muscle'  atau otot yang membuatkan tubuh anda kejap dan berotot. 

Namun masih banyak pendapat mengatakan nasi tinggi glukos atau gula yang jika kerap dinikmati dan menjadi menu utama setiap kali santapan,  ia boleh meningkatkan kadar gula di dalam darah sekaligus menyebabkan kencing manis terutama jika anda kerap menikmati beras putih biasa dan kurang melakukan aktiviti.

Jika anda juga dari kalangan keluarga yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis.  Anda perlu mengurangkan porsi hidangan nasi dalam diet anda. 

Masih dalam perbahasan mengenai beras putih dan beras perang.  Hasil tinjauan dan pembacaan setakat ini menemukan bahawa beras rebus lebih bagus dari beras perang.

Beras rebus yang juga dikenali sebagai LOW GI Rice atau beras rendah GI dikatakan jauh lebih bagus dari beras perang yang sering di war-warkan dalam diet untuk penurunan berat badan.

Beras perang lebih tinggi dari segi serat dan kekenyangan.  Namun beras rebus lebih rendah GI (glysemix Index)  yang dikaitkan dengan kadar gula dalam darah.

Malah dikatakan beras perang lebih tinggu serat berbanding beras rebus atau beras parboiled.

Bagi golongan yang tidak mampu meninggalkan nasi,  adalah dinasihatkan untuk menikmati nasi bersama lebih banyak sayur-sayuran hijau bersama protein.

Ini adalah dibimbangi karbohidrat atau kanji dalam nasi lebih tinggi berganda jika anda lebih banyak menikmati nasi berbanding sayur-sayuran atau sumber probiotik lain.

Tambah sumber probiotik hebat seperti tempoyak,  budu atau belacan.  Juga mungkin sayur jeruk yang di buat sendiri.

Nasi tidak digalakkan untuk pengidap kencing manis dan mempunyai sejarah kencing manis. Untuk sekali seminggu pengambilan dibenarkan.  Namun lebih bagus jika pengambilan nasi dikurangkan lagi ke sekali sebulan.

Anda tidak mampu menyangkal hakikat ini bahawa kekerapan menikmati nasi dalam kadar yang banyak (seeloknya suku nasi,  separuh sayur-sayuran dan protein) akan menyebabkan kenaikan gula di dalam darah terutama jika anda bukan individu yang aktif.

Ingin ditegaskan disini,  meninggalkan nasi namun menukarkan ke menu lebih kurang sihat adalah sesuatu yang lebih teruk.

Meninggalkan nasi kemudian anda menikmati makanan bergoreng,  keropok atau biskut akan lebih meninggikan gula dalam darah kerana makanan seperti ini tidak mengenyangkan malah menyebabkan anda mungkin lebih ketagih dan lapar kerana anda inginkan rasa mengunyah.

Nasi atau beras diakui antara makanan paling mengenyangkan.  Andai anda mampu,  anda boleh menukarkan nasi kepada buah-buahan manis yang lebih mengenyangkan yang kaya vitamin dan galian lain.

Sebelum anda berfikir meninggalkan atau mengurangkan beras atau nasi dalam diet anda.

Pastikan pilihan gantian anda jauh lebih baik.

Beras atau nasi tidak bersalah jika anda mengamalkan diet nasi yang sedikit atau segenggam bersama jumlah sayuran dan ulam yang jauh lebih banyak.

Untuk pilihan beras yang lebih baik dari beras rebus.  Tiba masa, anda boleh memikirkan dan mendalami informasi mengenai wild Rice atau beras liar.


Terima kasih.


Selasa, 19 September 2017

Kesan Negatif Media Sosial


Media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram mempunyai kesan sampingan tersendiri 


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Zaman millennium ini,  social media adalah antara medan manusia berhubung. 

Tidak dinafikan social media banyak membantu dari segi promosi dan perhubungan. 

Malah ada yang bertemu jodoh dan bidang rezeki bermula dari media sosial. 

Namun dalam baiknya media sosial serta kuasa media sosial. 

Tetap terkandung kesan buruk yang tidak disedari. 

Antara paling ketara,  ialah ketagihan untuk melayari media sosial. 

Jika anda tergolong golongan yang kecewa kerana gambar atau status anda kurang mendapat like dan ketagih like dan komen maka anda antara yang terkena sindrom social media effect.

Selain itu tingkah laku anda yang 24 jam bersama telefon bimbit dan asyik melayari Facebook dan instagram untuk mengetahui update terbaru malah mengulang melayari benda yang sama dalam satu hari juga bermaksud anda mengalami ketagihan media sosial yang serius. 


Lebih dasyat lagi jika bangun sahaja dari tidur perkara pertama yang anda lakukan ialah melayari social media juga adalah tanda ketagihan anda di tahap melampau. 

Ramai yang sibuk melayari media sosial sehingga terlupa jalinan hubungan sebenar yang terjalin di dunia luar.

Jalinan hubungan di media sosial tidak seperti yang anda gambarkan. Ramai individu yang tertipu dengan hubungan dan folower yang ramai baik di Facebook,  instagram mahupun Twitter. 

Realitinya hubungan seperti ini mungkin mengakibatkan anda kehilangan kehidupan sebenar dan hidup dalam dunia media sosial yang kebanyakannya adalah 'drama'  semata-mata. 

Andai anda langsung tidak boleh tidak mengemaskini status mengenai perasaan anda dan apa yang sedang anda lakukan dalam sehari dan ketagih melakukannya. 

Ini jelas menunjukkan anda ketagihan perhatian dan mengalami kesan buruk dari penggunaan sosial media. 

Malah anda akan tertekan jika mengalami kesukaran ketiadaan line Internet atas alasan tidak dapat melayari laman web dan sosial media. 

Harus ditekankan disini ia berbeza dengan media sosial yang anda gunakan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan perniagaan dan kerjaya anda. 

Terdapat KPI dalam penggunaan Facebook dan sosial media lain terutama dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan. 

Untuk perkara berkaitan perniagaan dan perkhidmatan dan melibatkan imej perniagaan dan jenama,  ia tidak dikira untuk kes ini. 

Perkara paling ketara kesan negatif dari sosial media ialah anda membezakan hidup anda dengan insan lain dalam Facebook,  instagram,  twitter dan sebagainya. 

Tidak cukup itu,  anda juga turut membezakan personaliti pasangan anda dengan pasangan lain dan membuatkan hubungan realiti terjejas hanya kerana paparan di sosial media. 

Paling ditakuti,  ketagihan media sosial juga boleh mengakibatkan perasaan cemburu dan dendam yang boleh membawa bencana dan bahaya kepada pihak lain dan diri sendiri. 

Malah kajian juga menunjukkan mereka yang kerap melayari sosial media sering mengalami depresi yang melampau. 

Harus diingatkan disini.  Tidak semestinya anda mempunyai ramai kawan di social media menunjukkan kehidupan sosial anda semakin bagus dan anda mempunyai ramai sahabat. 

Rakan di sosial media adalah rakan visual yang tidak sesekali akan sama dengan rakan di dunia realiti. 

Jika anda masih kekal tidak mampu berenggang dengan sosial media anda, sila lakukan sesuatu. 

Tidak salah mempunyai sosial media terutama jika anda inginkan kemas kini berita dan ilmu tertentu namun pastikan ia tidak mengakibatkan ketagihan sehingga privasi anda turut terganggu dan mengakibatkan anda depresi. 

Banyak artikel yang ditulis kesan bahaya sosial media. 

Antara artikel popular adalah di link berikut



Semoga kita semua bijak dalam menggunakan teknologi media sosial.

Harus diakui setiap benda ada baik dan buruk. 

Kita sama-sama ambil yang baik dan berusaha tinggalkan yang buruk. 

Terima kasih. 




Masa untuk DuckDuckGo


Laman web DuckDuckGo melalui telefon bimbit 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Penguasaan sesuatu syarikat akan mengakibatkan monopoli sekaligus mengancam pihak lain yang bergantung kepadanya. 

Ini juga berlaku kepada Google. 

Sebuah enjin carian dan syarikat Internet yang memonopoli enjin carian dan pelbagai lagi. 

Semakin kerap muncul kontroversi mengenai Google di artikel dalam kebanyakan Blog kesihatan dan kesedaran. 

Antara artikel yang popular ialah artikel di link di bawah 


Seiring penguasaan,  monopoli Google dan pergantungan billion pengguna kepada Google,  semakin banyak kontroversi yang perkembangan yang agak tidak sihat untuk pengguna setia Google. 

Artikel sebelum ini turut menceritakan 40 laman web yang dihilangkan dalam carian Google. 

Tentu anda sendiri sedar,  tentu ada 'udang di sebalik batu'  jika perkara seperti ini terjadi dan cuba disorokkan. 

Anda boleh membaca artikel mengenai perkara ini di link di bawah yang ditulis khas di Blog ini


Tahukah anda dikatakan bahawa Google kini dikatakan bekerjasama dengan institut atau syarikat dadah dalam mempromosikan ubat untuk mengurangkan depresi atau tekanan dengan menggunakan dadah?. Anda boleh membaca Info selanjutnya dengan lebih mendalam di artikel di link ini 


Google juga dikatakan menggunakan teknologi menjejak penggunaan pengguna Google dari segi carian, Email dan sebagainya yang datang dari produk Google termasuk penggunaan Internet dan sosial media. 

Mungkin bagi sesetengah individu ini perkara biasa. 

Lebih menyenangkan kerana pihak Google memahami kehendak pengguna carian berdasarkan pengalaman penggunaan sebelum ini,  namun ada banyak perkara 'besar' yang akan dikembangkan dengan perkara yang mungkin kecil bagi pendapat sesetengah pihak. 

Agak tidak selamat bagi anda yang mementingkan privasi dan kesan jangka panjang dan masa hadapan yang langsung tiada privasi dan kuasa monopoli. 

Sebagai pencegahan dan mengurangkan kuasa monopoli,  masa untuk anda mula menggunakan enjin carian DuckDuckGo. 

Ini adalah alamat  laman web carian  bagi DuckDuckGo 


Anda boleh terus ke enjin carian ini dan meletakkan enjin carian ini terus di bahagian desktop dan terus install browser DuckDuckGo di telefon bimbit anda. 

Malah jika anda melayari laman web DuckDuckGo. 

Ayat pertama yang akan anda baca ialah

We don’t store your
personal information. Ever.

Our privacy policy is simple:
we don’t collect or share any
of your personal information.


Sesuatu yang harus disyukuri dan tidak boleh diambil mudah. 

Sebagai Blogger yang menggunakan Blogger sebagai medan menulis Blog. 

Tidak disangkal lagi ada perkara yang memberi keuntungan harus digunakan seperti membuat duit melalui penulisan Blog dengan kewujudan Google Adsense yang membayar dalam mata wang USD. 

Ia tidak bermakna anda meninggalkan terus Google. 

Ia bermaksud anda harus bijak dalam menyoal dan memilih yang terbaik untuk masa hadapan dan jangka panjang sekaligus melindungi privasi dan kepentingan anda di masa akan datang. 

Jika anda rasa ia penting,  mula menggunakan enjin carian DuckDuckGo segera menggantikan Google. 

Saya telah menggunakan carian ini dan ia tidak kurang lebih dari enjin carian Google. 


Semoga artikel ini membantu membuka sedikit mata anda untuk mengetahui bahaya monopoli dan mengapa privasi amat penting.

Dan sesiapa privasi amat penting,  anda akan mengakuinya apabila ia terjadi pada anda. 

Terima kasih. 







Selasa, 12 September 2017

Berita Dunia Kesihatan Holistik ( Semulajadi )



Perkongsian link artikel di Facebook Qisya Khadeeja 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Dunia Kesihatan sering berubah. 

Info dan kajian baru semakin di kemaskini. 

Semakin banyak hasil kajian menunjukkan kebaikan makanan Semulajadi dan lemak yang baik. 

Malah kajian terbaru juga menunjukkan bahawa kopi yang sering di war-warkan tidak bagus kerana kafein juga semakin menunjukkan betapa penting kopi asli sebagai minuman untuk kesihatan.  

Tinggalkan sebentar bab hasil kajian terbaru dan keajaiban setiap ciptaan tuhan. 

Untuk artikel kali ini lari dari artikel yang sering di kongsi di Blog ini, ini berita yang harus anda peminat bab kesihatan ketahui. 

Mengenai apa yang terjadi dalam dunia Holistik atau kesihatan Semulajadi yang semakin menjadi-jadi diterima oleh masyarakat dunia terutama di kalangan intelektual dan terpelajar terutama golongan Milenial.

Malah dapatan kajian dan kaji selidik tahun 2016 menyenaraikan hampir 100 doktor paling berpengaruh di Amerika Syarikat kini di kalangan doktor Holistik Yang semakin menggalakkan pemakanan dan rawatan Semulajadi. 

Tahukah anda,  kini di carian Google mengenai rawatan secara Semulajadi dan pemakanan kesihatan asli semakin di 'sembunyikan'  di Google. Ini termasuk Blog-blog kesihatan doktor  Holistik berpengaruh di Amerika Syarikat.

Malah penulis sendiri pernah melakukan carian dan berjumpa artikel yang bertahun di baca namun ketika merujuk di link jurnal kajian.  Jurnal kajian itu telah hilang.  Sama ada ia telah dibuang atau tidak lagi valid itu di luar pengetahuan penulis,  namun perkara itu tidak terjadi sekali dua.

Sebagai peminat Blog kesihatan mungkin tiba masanya anda terpaksa mengingati sepenuhnya nama penuh laman web atau Blog kesihatan yang anda gemari dan percayai,  bimbang selepas ini jika anda Google ia tidak lagi di temui di carian Google.

Untuk rujukan link artikel Link Kesihatan dan pelbagai lagi yang di sorok dan di hilangkan di carian Google anda boleh merujuk artikel di link ini  https://www.healthnutnews.com/bookmark-this-over-400-links-google-doesnt-want-you-to-visit/

Tidak cukup dengan alamat Blog dan laman web yang di 'sembunyikan'  dan dihilangkan oleh Google,  lebih menggemparkan lagi kini semakin ramai pejuang pemakanan dan rawatan Holistik meninggal dunia dalam 18 bulan lepas terutama pejuang ternama.  Malah jumlah ini kini meningkat kepada 30 orang. Anda boleh membaca mengenai beberapa nama pejuang dan kesihatan Holistik yang meninggal dunia di artikel di link ini http://yournewswire.com/holistic-author-big-pharma-dead/.

Terdapat pelbagai perkara dan berita yang berlaku di dunia kesihatan Holistik.  Namun tidak ditulis dan dipaparkan di media sosial dan media massa.

Malah ada banyak perkara yang mungkin luar dari pemikiran untuk difikirkan.

Jika anda adalah pembaca setia dan pemerhati yang tajam anda tentu lebih dari tahu permainan pelbagai industri besar di akhir zaman ini.

Rajinlah membaca,  mencari maklumat untuk diri anda dan orang tersayang.

Terima kasih.



Ahad, 10 September 2017

Tempat Makan Best Di Kuantan Part 47 :- Salon Du Chocolat


Salon De Chocolat yang baru di buka di Capital Mall atau East Coast Mall

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini di link 


Baru sahaja di buka pada minggu lepas di Capital Mall atau East Coast Mall Kuantan,  seperti dijangka bulan pertama pembukaan Cafe coklat,  Salon De Chocolat ini di penuhi dengan ramai pelanggan yang beratur menunggu giliran masing-masing dengan kepenuhan setiap meja dengan pelanggan yang ingin mencuba menu di Cafe coklat pertama Kuantan dan baru di buka ini. 

Kakak saya telah mencubanya minggu lepas bersama anak saudara saya dan minggu ini (semalam)  giliran kami menikmati menu coklat di Cafe coklat terbaru di Kuantan ini. 

Bergambar bersama ahli keluarga 
Kami tiba dalam jam 12, Cafe ini hampir penuh.  Dalam 12.30 Cafe ini penuh dan mula ramai pelanggan beratur menunggu giliran di luar. 

Menu tiba dalam 20 minit ke setengah jam. 

Kakak saya dan ahli keluarga yang lain memilih sos coklat biasa dan saya memilih dark Chocolate atau coklat hitam sebagai sos pilihan. 

Antara Menu pilihan
 Kakak saya dan anak saudara sukakan sos coklat biasa yang bagi saya amat manis. 

Saya menggemari sos dark coklat disini.

Pujian harus diberikan untuk sos coklat ini kerana ia boleh dikatakan memenuhi citarasa saya. 

Saya memilih Brownies crepe dan sos dark chocolate. 

Adik lelaki saya dan isterinya juga mengatakan perkara yang sama sos dark chocolate dan Brownies crepe Ini juga sedap. 

Kakak saya tidak menyukainya,  berbanding saya. 

Antara Menu minuman kegemaran 
Minuman disini biasa sahaja.  Jus buah semahal Rm15 dan hanya dari blender biasa bukan cold press.  Agak tidak berbaloi membeli jus buah disini. 

Minuman Signature dari Cafe ini,  juga manggo Smoothie dan air pepsi

Adik saya Firdaus memilih minuman Signature Cafe ini di mana ia dihias dengan donut dan whip Cream. 


Coklat cake disini biasa sahaja
 Kami mencuba menu kek disini. 

Rasa kek ini agak mengecewakan dan terlalu biasa. 

Sesungguhnya jauh enak kek coklat lava Domino's lagi bagi kami.  Malah harganya juga jauh murah. 

Pujian harus diberikan kepada Brownies crepe dan crepe dengan sos biasa kerana kami menggemari menu ini. 

Harris dan menu kegemaran 
Menu buah celup disini dengan sos coklat dikatakan bolehlah,  termasuk waffle. 

Anda boleh mencuba menu ini untuk keluarga anda,  namun jika anda tanya pendapat saya,  saya kekal dengan pilihan sos dari coklat gelap atau dark coklat yang jauh lebih enak. 


Saya bersama Brownies crepe kegemaran 
 Jika ditanya pendapat peribadi,  Cafe coklat ini masih tidak dapat menandingi rasa sedap kafe coklat Dip n Dip namun dari segi harga tentu jauh lebih mahal Dip n Dip maka Cafe coklat ini kekal menang dari segi harga dan sesuai rasa yang di tawarkan. 

Firdaus dan Signature drink di Cafe ini
Jika anda berada di Kuantan,  anda boleh membawa keluarga anda ke sini sebagai pilihan untuk pengemar coklat.

Jumlah menu dalam Rm243
 Jumlah keseluruhan menu kami dalam RM243 termasuk GST dan service charge. 

Kembali dari coklat Cafe sekali lagi kami menikmati Brownies yang dibeli oleh kakak saya dari anak sepupu kami yang dijual di area Kuantan dan berdekatan Balok. 

Brownies coklat dengan limpahan strawberi menjadi dessert kami seterusnya. 


Brownies coklat dengan limpahan mewah strawberi 

Tunggu apa lagi jika anda pengemar coklat dan ingin meraikan sambutan istimewa bersama keluarga dan insan tersayang.

Cafe coklat ini boleh dijadikan pilihan. 


Terima kasih. 

** ini sambungan artikel seterusnya 






Khamis, 7 September 2017

Cara Guna Original Body Scrub


Original Body Scrub dan gambar bawah Zara anak saudara saya bergambar bersama Original Body Scrub bersama campuran hampas kopi tenum 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Produk paling saya sukai ialah Original yang Scrub. 

Carboness Powder saya hanya gunakan jika saya rajin membuat Oil Pulling atau ketika merasakan gigi semakin kuning. 

Antara bahan yang paling mudah untuk di buat campuran dalam Original Body Scrub ialah hampas kopi tenum yang menjadi pilihan saya sebagai minuman panas kegemaran. 

Selain itu hampas teh sama ada teh hijau atau terkini teh hitam Sabah menjadi campuran paling mudah dan kegemaran dalam Original Body Scrub ini. 

Untuk kulit sensitif seperti saya.  Limau nipis agak kurang sesuai kecuali saya inginkan kesegaran selepas berpeluh seharian dan untuk 6 bulan sekali ia boleh diterima pakai untuk digunakan ditubuh saya. 

Original Body Scrub ialah Skrub atau lulur Home made. 

Ia di Kisar dan dihasilkan mengikut jenis kulit. 

Kulit normal lulur atau Skrub ini lebih kasar bentuknya. 

Untuk kulit berminyak juga begitu. 

Untuk kulit halus dan sensitif kisaran Original Body Scrub memang amat halus sekali. 

Ini untuk kesesuaian kulit masing-masing kerana semua antara kita adalah berbeza. 

Maka berikut adalah cara guna Original Body Scrub. 

1. KULIT BERMINYAK

Rendam 2 Sudu Besar Original Body Scrub dalam botol atau bekas bertutup. Pastikan ia dalam bentuk paste.

Digalakkan anda menambah jus limau nipis atau belahan limau nipis.  (1/2 biji limau nipis untuk lelaki dan 1/4 untuk wanita). 

Biar semalaman. Di galakkan untuk anda memakainya di waktu malam ketika mandi petang atau malam. 


** setelah pemakaian beberapa kali dan kulit anda terasa kering.  Sila sapukan minyak bersesuaian dengan kulit anda sebagai sapuan sebelum tidur. 

SAPU SECARA MEMBULAT.  UTAMAKAN BAHAGIAN TAPAK KAKI ANDA DAN BAHAGIAN KETIAK. 

Jangan gosok terlalu kuat.  Sedang dan perlahan seumpama mengurut tubuh. 

Bahagian lipatan juga sila gosok perlahan bimbang ia menjadi semakin gelap dan kusam akibat gosokan yang kuat. 

Penggunaan selang sehari dibenarkan. 



2. KULIT NORMAL

2 sudu Original Body Scrub direndam semalaman. Jadikan seperti paste. 

Jika anda suka anda boleh campur kan 1/3 jus limau nipis dalam Original Body Scrub  anda. 

Anda wajib menyapu minyak ditubuh selesai mandi.  Skrub ini digalakkan digunakan pada waktu malam dan minyak juga harus di sapu pada waktu malam. 

Penggunaan 2-3 kali seminggu di syorkan. 



3. KULIT SENSITIF @ HALUS 

1  sudu Original Body Scrub direndam semalaman.  Lebih lama lebih bagus.  Anda boleh simpankan bancuhan didalam peti untuk simpanan lebih satu malam. 

Tidak dibenarkan menambah jus limau dalam campuran. 

Pastikan campuran Original Body Scrub cair dan tubuh dibasahkan sedikit air baru sapu ke tubuh anda. 

Sapu sekadar atas angin sahaja. Terutama di bahagian lipatan tubuh. 

** penggunaan hanya sekali seminggu sahaja disyorkan bergantung kesesuaian kulit anda. 



4. KULIT KERING

1 1/2 sudu besar Original Body Scrub di campur air dan di rendam semalaman. 

*****BAGI KES KULIT TERLAMPAU KERING sahaja. 
SILA Buang air rendaman (pastikan Original Body Scrub telah lembut dan sedikit berair)  campurkan dengan sesudu minyak zaitun asli atau minyak kelapa. 

Basahkan tubuh dan sapu campuran Original Body Scrub ini ke tubuh. 

Selepas mandi sapukan minyak asli ke tubuh. 

ORIGINAL BODY SCRUB dibenarkan digunakan hanya untuk seminggu sekali sahaja untuk kulit kering. 

Untuk kulit yang amat kering hanya 10 hari sekali. 



Semua kulit dibenarkan untuk menambah hampas kopi,  teh hitam,  teh hijau,  teh Rooibos. 

Serbuk arang hanya dibenarkan tambah dalam Original Body Scrub untuk kulit berminyak sahaja. 

** Carboness Powder ialah serbuk arang. 



Original Body Scrub dibuat dari bahan makanan,  Semulajadi dan selamat. 

Malah jika termakan ia tidak akan menjadi racun dalam tubuh. 

Anda boleh mendapatkan produk Original Body ini dari serendah Rm8.50 ke RM30 sahaja.. 

Sebarang pembelian dan pertanyaan produk Original Body Scrub ini anda boleh terus whatapps ke

016 276 2636 


Anda juga boleh membaca pelbagai Info mengenai Original Body Scrub ini di Blog ini di bawah label atau kategori Skrub. 

Selamat Mencuba bagi anda yang baru mencuba. 

Jutaan Terima kasih kepada pelanggan yang membeli dan menggunakan produk ini. 

Didoakan agar anda semua berpuas hati dan amat menyukai produk Original Body Scrub ini. 

Terima kasih. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...