Khamis, 28 September 2017

Nasi oh Nasi


Beras parboiled Basmathi @ beras rebus Basmathi antara pilihan beras terbaik

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Semakin kerap membaca kajian mengenai beras atau nasi. 

 Terpaksa akur kajian demi kajian yang menunjukkan nasi boleh meningkatkan gula atau glukos dalam darah dan ia terdiri dari makanan 'strach' atau karbohidrat berkanji. 

Malah perkara lain yang perlu diberi perhatian,  kandungan arsenik juga dikatakan banyak terdapat di dalam beras. (Padi adalah tanaman yang menggunakan banyak air,  dan dikatakan arsenik itu dibawa dari air). Contoh beras kurang arsenik antaranya dari Pakistan dan India.  

Jangan tinggalkan nasi atau beras terus. Nasi atau beras tetap bagus dalam pembentukan 'muscle'  atau otot yang membuatkan tubuh anda kejap dan berotot. 

Namun masih banyak pendapat mengatakan nasi tinggi glukos atau gula yang jika kerap dinikmati dan menjadi menu utama setiap kali santapan,  ia boleh meningkatkan kadar gula di dalam darah sekaligus menyebabkan kencing manis terutama jika anda kerap menikmati beras putih biasa dan kurang melakukan aktiviti.

Jika anda juga dari kalangan keluarga yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis.  Anda perlu mengurangkan porsi hidangan nasi dalam diet anda. 

Masih dalam perbahasan mengenai beras putih dan beras perang.  Hasil tinjauan dan pembacaan setakat ini menemukan bahawa beras rebus lebih bagus dari beras perang.

Beras rebus yang juga dikenali sebagai LOW GI Rice atau beras rendah GI dikatakan jauh lebih bagus dari beras perang yang sering di war-warkan dalam diet untuk penurunan berat badan.

Beras perang lebih tinggi dari segi serat dan kekenyangan.  Namun beras rebus lebih rendah GI (glysemix Index)  yang dikaitkan dengan kadar gula dalam darah.

Malah dikatakan beras perang lebih tinggu serat berbanding beras rebus atau beras parboiled.

Bagi golongan yang tidak mampu meninggalkan nasi,  adalah dinasihatkan untuk menikmati nasi bersama lebih banyak sayur-sayuran hijau bersama protein.

Ini adalah dibimbangi karbohidrat atau kanji dalam nasi lebih tinggi berganda jika anda lebih banyak menikmati nasi berbanding sayur-sayuran atau sumber probiotik lain.

Tambah sumber probiotik hebat seperti tempoyak,  budu atau belacan.  Juga mungkin sayur jeruk yang di buat sendiri.

Nasi tidak digalakkan untuk pengidap kencing manis dan mempunyai sejarah kencing manis. Untuk sekali seminggu pengambilan dibenarkan.  Namun lebih bagus jika pengambilan nasi dikurangkan lagi ke sekali sebulan.

Anda tidak mampu menyangkal hakikat ini bahawa kekerapan menikmati nasi dalam kadar yang banyak (seeloknya suku nasi,  separuh sayur-sayuran dan protein) akan menyebabkan kenaikan gula di dalam darah terutama jika anda bukan individu yang aktif.

Ingin ditegaskan disini,  meninggalkan nasi namun menukarkan ke menu lebih kurang sihat adalah sesuatu yang lebih teruk.

Meninggalkan nasi kemudian anda menikmati makanan bergoreng,  keropok atau biskut akan lebih meninggikan gula dalam darah kerana makanan seperti ini tidak mengenyangkan malah menyebabkan anda mungkin lebih ketagih dan lapar kerana anda inginkan rasa mengunyah.

Nasi atau beras diakui antara makanan paling mengenyangkan.  Andai anda mampu,  anda boleh menukarkan nasi kepada buah-buahan manis yang lebih mengenyangkan yang kaya vitamin dan galian lain.

Sebelum anda berfikir meninggalkan atau mengurangkan beras atau nasi dalam diet anda.

Pastikan pilihan gantian anda jauh lebih baik.

Beras atau nasi tidak bersalah jika anda mengamalkan diet nasi yang sedikit atau segenggam bersama jumlah sayuran dan ulam yang jauh lebih banyak.

Untuk pilihan beras yang lebih baik dari beras rebus.  Tiba masa, anda boleh memikirkan dan mendalami informasi mengenai wild Rice atau beras liar.


Terima kasih.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...