Antara pilihan penganti nasi putih yang lebih sihat |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Ada banyak pendapat mengenai diet dan pemakanan.
Namun yang terbaik ialah yang paling sesuai diikuti oleh tubuh dan cara hidup sendiri dalam mencapai keseimbangan untuk kesihatan dan tidak menimbulkan stress dan tekanan..
Begitu juga dalam hal nasi mahupun beras.
Ada pendapat mengatakan nasi itu ialah makanan ruji terbaik dan tanpa Gluten. Juga ada pendapat nasi adalah makanan tidak bagus untuk otak dan kesihatan.
Malah dalam pendapat mengenai perbezaan antara beras putih dan beras perang juga masih terdapat perbalahan termasuk antara khasiat beras perang dan beras rebus.
Masih terdapat perbezaan pendapat mengatakan beras perang jauh lebih baik dari beras rebus dan ada pendapatan bertentangan yang mengatakan beras rebus lebih baik.
Sebagai manusia biasa, yang ada mempunyai sekelumit ilmu, umpama mencecah jari di tengah lautan dan air yang setitik itulah ilmu yang ada maka, setiap pendapat diterima dan dihormati.
Pilihan seterusnya menyesuaikan diri dengan pemakanan yang sesuai selera dan Budget dan Perlahan-lahan mengajar tubuh menyesuaikan dengan menu dan makanan terbaik sesuai tubuh sendiri.
Setiap individu berbeza tubuh dan berbeza khasiat makanan yang diterima walaupun makanan itu paling popular untuk kesihatan dan terkenal baik.
Itu antara alasan kukuh mengapa anda tidak perlu mengikut individu lain dalam diet atau menu atau pilihan hidup kerana setiap tubuh dan penerimaan amat berlainan termasuk dari segi perubatan Semulajadi.
Berbalik kepada diet dan pemakanan.
Bagi anda yang sering memberi alasan nasi menyukarkan untuk kurus.
Juga bagi anda yang keliru sama ada nasi itu bagus atau tidak. Tinggi gula dan karbohidrat untuk tubuh yang tidak baik, anda boleh Perlahan-lahan mengurangkan porsi bahagian nasi dalam diet anda tanpa perlu meninggalkan nasi secara terus dan menyebabkan stress pada diri dan emosi anda.
Jika dahulu dari beras putih anda bertukar beras rebus kemudian ke beras perang.
Kini masa untuk anda menukar ke beras liar atau wild Rice.
Pilihan lain, quinoa, caus-caus, millet, buckwheat dan sebagainya.
Namun untuk terus melompat secara mendadak meninggalkan beras tentu agak sukar bagi sesetengah individu.
Begitu juga tentu ada yang sayangkan tubuh pejal mereka kerana nasi dipercayai mampu membantu membina 'muscle' sekaligus otot ditubuh untuk lebih padat dan kejap.
Itu alasan mengapa tubuh dan daging penduduk asean dan makan nasi amat berbeza dengan daging yang kurang pejal dari negara mat salleh.
Saya mencuba high energy multi grain rice yang terdiri dari 10 campuran pelbagai biji bijian termasuk beras liar, beras hitam, beras perang, quinoa, millet, barley dan sebagainya.
Hanya membeli ia untuk 1 kilogram untuk melihat perbezaan dalam diet, namun saya masih kekal menikmati nasi putih biasa bukan rebus masakan ibu saya yang lebih banyak berbanding masakan sendiri.
Namun tentu sekali saya cuba berikhtiar untuk cuba menikmati nasi jenis ini yang saya kira agak kurang kenyang berbanding nasi putih yang berkanji itu.
Malah ketika menikmati nasi jenis ini kepuasan ia amat berbeza dengan nasi putih.
Namun itu memang biasa untuk makanan dan masakan sihat.
Anda boleh mendapatkan beras ini di kedai organik atau Jaya grocer serta pasaraya terpilih termasuk Aeon yang menawarkan pilihan produk sihat dan organik untuk mencuba.
Sekurang-kurangnya ini alternatif untuk mereka yang sekejap yakin nasi menggemukkan dan sekejap rasa tidak kerana ramai yang kurus dengan makan nasi.
Begitu juga dengan golongan yang masih keliru nasi ialah makanan sihat atau tidak.
Ini sahaja perkongsian untuk artikel dalam kategori diet dan pemakanan untuk anda.
Terima kasih.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan