3 Blog di mana penulis berkongsi penulisan dan pengalaman |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Pertambahan Blog yang muncul hari demi hari di seluruh dunia bukan hanya ribuan namun makan jutaan.
Realitinya jutaan Blog juga berhenti dikemaskini dan berlalu sepi.
Begitulah bidang penulisan atau apa sahaja.
Ada waktu ianya gemilang ada waktu ia suram dan ada waktu ia kembali naik, juga ada yang terus diam sampai mati.
Sebagai Blogger, menulis harus dilakukan setiap hari.
Menjadi aktiviti wajib.
Andai ditinggalkan sehari, makan minggu agak sukar untuk dikemaskinikan kembali.
Ia bukan mudah kembali mendapat idea penulisan.
Punyai idea, puas pula mencari gambar yang sesuai.
Ada waktunya menunggu gambar yang sesuai dan menarik menyebabkan artikel tidak dikemaskini.
Sekaligus ia agak tidak bagus diamalkan, di mana ia hanya akan merencatkan semangat penulisan.
Itu alasan mengapa menunggu gambar menarik bukan sesuatu yang bagus untuk diamalkan.
Menulis 3 Blog, dan mengemaskini 3 Blog bukan satu perkara mudah.
Ada masa Blog pertama ini dikemaskini setiap hari.
Ada waktunya Blog ke 2 dan ke 3 dikemaskini sebulan atau 6 bulan sekali.
Cuba dan berusaha untuk tidak membiarkan Blog ke 2 dan ke 3 mati, usaha untuk mencari dan menghasilkan artikel terbaru di 2 lagi Blog di bawah nukilan dan penulisan penulis diteruskan.
Selain Blog Keep Walking sebagai blog pertama,
Blog Wake Up & Be Awesome
Dan
Blog Life's Amazing
Juga adalah Blog cetusan ilham dan penulisan dari penulis yang sama.
Anda boleh melawati ke 2-2 Blog ini yang lebih mengkhususkan topik dan kategori tertentu.
Tidak seperti Blog Keep Walking (blog pertama) yang kerap dikemaskini, Blog ke 2 dan ke 3 ini jarang di kemaskini.
Ada waktunya hanya sebulan atau 3 bulan sekali sahaja ia dikemaskini.
Namun ia kekal dilawati oleh pembaca yang datang dari Google atau pembaca dari Blog ini.
Sebagai Blogger atau penulis Blog yang menjadikan bidang Blogging sebagai hobi utama, alhamdulillah bidang Blogging dan penulisan ini banyak mengajar penulis untuk membaca dan mencari pelbagai ilmu dan melakukan pelbagai aktiviti sebagai perkongsian di blog-blog ini.
Jika anda minat menulis dan ingin mempunyai Blog sendiri yang rajin di kemaskini, belajar menulis dari sekarang.
Tulis sikit-sikit dahulu, sama ada di Facebook, Twitter mahupun Blog.
Mungkin jika anda pemalu belajar menulis diari untuk tatapan sendiri.
Pilihan lain menulis catatan ilmu yang anda pelajari dalam buku catatan untuk rujukan anda.
Lambat laun anda sendiri akan bijak menulis dan menjadikan penulisan sebagai aktiviti harian yang lahir dari habit anda sendiri.
Belajar menulis apa sahaja, kemudian tapis apa yang ingin ditulis di media sosial.
Letak garisan 'privasi' dalam penulisan anda dan tulis apa yang wajar di kongsikan tanpa menjemput kontroversi.
Jauhkan penulisan negatif, mengutuk atau mengeji juga memuji diri sendiri.
Insyallah penulisan anda pastu akan di gemari, rajin berkongsi Info dan motivasi amat digalakkan.
Tiada penulis paling sempurna dan paling hebat yang lahir sendiri.
Ia lahir dari keberanian, kesungguhan dan komitmen yang tidak berbelah bagi.
Selamat menjadi penulis bagi yang terus menulis dan selamat mencuba dan belajar menulis bagi anda yang berimpian menjadi Blogger atau penulis.
Doakan jua untuk saya.
Terlalu banyak perkara yang ingin dilakukan dan dicapai dalam hidup ini oleh kebanyakan dari kita.
Semoga kita berjaya mencapainya.
Terima kasih.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan