Rabu, 30 September 2015

KHASIAT UBI BIT MERAH

UBI BIT MERAH ORGANIK HANYA RM1.50 SEBIJI

Saya baru mengenali UBI BIT MERAH pada tahun ini.

Juga baru belajar menikmati UBI BIT MERAH sebagai jus , saya tidak pernah belajar menikmatinya sebagai ubi atau sebagai hidangan makanan atau sebagai campuran di dalam salad.

Walau bagaimana pun saya telah mendengar tentang KEHEBATAN UBI ini semenjak tahun 2013 lagi, ia di beritahu oleh beautician ZAI BEAUTY FORMULA bahawa YM DR. TUNKU ZAIDAR amat menggalakkan untuk membuat jus UBI BIT MERAH yang dicampur lobak merah, saderi dan tomato, kisar , tapis dan simpan di dalam peti ais. Amalkan minum jus ini untuk kecantikan kulit dan kesihatan tubuh badan.

Tahun 2015 ini akhirnya saya berjaya menemui UBI BIT MERAH ORGANIK dan menikmati ia sebagai jus. Rasa UBI BIT MERAH ini sedikit pahit dan rasa tanah, ia memerlukan campuran yang betul untuk menikmatinya.  Resepi YM DR. TUNKU ZAIDAR adalah antara resepi yang bagus untuk dicuba, walau saya sendiri tidak penah mencuba resepi penuh beliau.

Ini antara KHASIAT UBI BIT MERAH yang perlu anda ketahui untuk mula mengamalkan JUS UBI BIT MERAH ini.

1. Membersihkan Hati dan Ginjal serta Hempedu

Ubi bit sesuai sebagai bahan detoksifikasi ia membersihkan racun dan meneutralkan radikal bebas di dalam tubuh.

Campuran jus campuran ubi bit merah , lobak merah dan timun adalah jus terbaik untuk membersihkan ginjal dan hempedu dari lambakan racun di dalam kedua organ penting tubuh ini.

2.Membunuh sel tumor atau sel kanser

Ubi bit merah amat kaya dengan kandungan antioksidan, ia sekaligus di percayai boleh membunuh sel kanser dan mengurangkan risiko kanser.

3. Memperkuatkan kapilari darah dan fungsi darah amat bagus untuk wanita

4. Juga memperkuatkan sistem peredaran darah dan sistem kekebalan tubuh.

5. Mengatasi anemia dan memperbanyakkan sel-sel darah merah.

Kandungan ZAT BESI yang tinggi dalam UBI BIT MERAH dan warna merah gelap ubi bit cukup untuk mengaktifkan sel darah merah dan mengenerate sel darah merah dengan mengaktifkan bekalan oksigen dalam tubuh sekaligus menghidupkan sel-sel darah merah yang diperlukan tubuh.

Khasiat ini sekaligus amat bagus untuk kaum wanita dan gadis.

6. Menguatkan stamina dan tenaga dan nafsu syahwat

7. Membantu mengurangkan kolesterol dalam tubuh

8. Mengurangkan masalah pencernaan

9. Sebagai pewarna makanan dan pewarna asli untuk gincu bibir serta sebagai tambahan dalam inai untuk warna rambut yang cantik.

10. Membantu menurunkan tekanan darah sekaligus menyihatkan jantung dan pembuluh darah.

Walaupun mengandungi ubi bit merah mengandungi karbohidrat, anda tidak perlu risau kerana ubi bit ini rendah kalori.

Selain karbohidrat, ubi bit merah ini mengandungi asam folat, kalium, serat, vitamin c, magnesium, triptofan, zat besi, tembaga (kedua-dua ini bagus untuk sel darah merah) , fosfor, caumarin dan betasianin.

Ubi bit juga mengandungi NITRAT yang juga terdapat pada sayur-sayuran hijau yang bagus untuk menurunkan tekanan darah amat bagus untuk mereka yang mengidap darah tinggi.

Walau bagaimana pun ,Ubi bit merah  juga dikatakan mengandungi oksalat. Jika di ambil berlebihan boleh menyebabkan pembentukkan kristal. Mereka yang menghadapi masalah buah pinggang atau hempedu tidak digalakkan menikmati ubi bit ini.

Terima kasih kepada google atas semua info ini.

Anda boleh menikmati JUS UBI BIT MERAH DAN LOBAK MERAH seperti saya di sini JUS CAMPURAN UBI BIT MERAH DAN LOBAK MERAH



Selasa, 29 September 2015

BLOGGER : SURAT PENGESAHAN ALAMAT GOOGLE ADSENSE SELAMAT DI TERIMA


Alhamdulillah.akhirnya kelmarin SURAT PENGESAHAN ALAMAT DARI GOOGLE ADSENSE akhirnya saya terima.

Alangkah gembiranya hati saya, kerana saya amat risau sekiranya Ibu saya tidak tahu dan terbuang surat penting tersebut.

Mujur saya telah berulang kali mengingatkan Ibu saya bahawa saya akan menerima surat dari Google Adsense beralamat di USA.

Seperti yang dimaklumkan oleh GOOGLE ADSENSE pada notis di dashboard AKAUN ADSENSE , saya hanya perlu memasukkan NO PIN yang di beri sahaja.

Semudah itu.

Alhamdulillah kerana ia di permudahkan.

Hari ini saya menambah satu lagi email sebagai admin akaun GOOGLE ADSENSE saya iaitu akaun pertama saya yang asyik di tolak oleh adsense dahulu.

Sejak mendalami ADSENSE dan merujuk pelbagai blog saya mula mengetahui wujudnya , pemain ADSENSE.

Banyak yang saya pelajari.

Ada PEMAIN ADSENSE yang menjual AKAUN ADSENSE sebuah dengan harga paling rendah RM1000 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Ringgit Sahaja).

Harga RM1000 itu adalah ketika RM masih lagi  di BAWAH RM4 untuk USD1.

Kini dengan kenaikan matawang USD , harga sebuah AKAUN ADSENSE semakin meningkat.

Bayangkan jika anda MEMPUNYAI AKAUN ADSENSE.

ANDA BOLEH MELETAKKAN IKLAN ADSENSE YANG DIBAYAR DIDALAM USD di seberapa banyak BLOG yang anda Miliki.

BAYANGKAN JIKA BLOG ANDA DIBANJIRI OLEH RAMAI PENGUNJUNG DARI SELURUH DUNIA.

Setiap paparan dan KLIK ITU dibayar oleh ADSENSE dalam mata wang USD.

Saya masih tidak faham perjalanan seorang PEMAIN ADSENSE dan PAKAR ADSENSE dalam menghasilkan banyak akaun ADSENSE dan menjualnya.

Tetapi tentu sekali saya berminat untuk mendalami ilmu yang amat bernilai itu.

Saya juga mendapat tahu ada PEMAIN ADSENSE yang mampu memiliki pendapatan dari USD20 RIBU ke USD30 RIBU sebulan dengan ADSENSE.

Hebat kan?

Walau bagaimana pun untuk mencapai tahap sebegitu , tentu terlalu banyak ilmu dan taktik yang perlu di pelajari.

Doakan saya terus berjaya dengan ADSENSE.

Saya juga seperti insan lain yang mengimpikan menjadi PEMAIN ADSENSE berjaya seperti PLAYER-PLAYER UNDERGROUND yang lain.

Doakan.


Terima kasih dan Assalammualaikum.




Khamis, 24 September 2015

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDULADHA





Assalammualaikum wbt.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDULADHA untuk semua umat Islam di seluruh dunia.

Mohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran kata saya yang menyingung atau mengasari anda selama saya menulis di blog ini atau di blog-blog lain.

Semoga kita belajar berkorban untuk mereka yang lebih susah dan mereka yang menyayangi kita serta yang kita sayangi.

Hargailah pengorbanan mereka yang telah berkorban untuk kita sebelum kita lahir sehingga kini.

Hidup ini bukanlah mengenai diri kita sahaja, tetapi juga mengenai insan lain dan makhluk Allah yang turut menumpang seperti kita di bumi Allah ini.

Walau apa pun yang ingin kita capai, kita tidak akan terlepas untuk melakukan pengorbanan, samaada dari segi masa, tenaga dan wang ringgit malah kadang-kala perasaan sendiri.

Walau apa pun jangan sekali-kali anda putus asa dengan kehidupan anda, kerana tanpa pengorbanan kita tidak akan mungkin berjaya dalam perhubungan, kasih sayang, jalinan siratulrahim atau perniagaan mahupun cita-cita dan impian kita.

Jauhi sifat tamak dan penting diri . Jangan selalu mengungkit pengorbanan kita terhadap anak-anak, suami, isteri, ibu, ayah , keluarga ,kawan-kawan, kekasih dan sebagainya.

Setiap apa yang kita lakukan dan korbankan hari ini pasti ada balasannya di dunia atau pun akhirat.

Tahniah buat anda yang melakukan korban pada tahun ini.

Juga tahniah untuk mereka yang sering berkorban untuk kebahagiaan insan lain atau makhluk sejagat.

Selamat Menyambut Hari Raya Eiduladha.

Maaf Zahir dan Batin.






Rabu, 23 September 2015

KHASIAT BUAH ANGGUR

buah anggur dan buah epal hijau adalah buah yang boleh didapati sepanjang tahun dan bila-bila masa di Malaysia

BUAH ANGGUR adalah buah kegemaran ramai golongan termasuk kanak-kanak.

Terdiri dari pelbagai warna dan jenis, anggur di nikmati tidak kira musim di negara ini. Anda boleh membeli buah anggur di pasar-pasar atau pun di pasaraya.

Berikut adalah antara KHASIAT BUAH ANGGUR :- 

1. BUAH ANGGUR terdiri dari nilai nutrisi yang mengandungi karbohidrat, gula, serat diet, lemak, protein, thiamine , riboflavin, niacin, pantothenic acid, Vitamin B, Folate, Vitamin B12, Vitamin C, Vitamin K, Kalsium, Besi, magnesium, marganese, Fosforus , potassium, sodium dan zink.

2. BUAH ANGGUR ialah buah yang rendah lemak dan memberi banyak faedah dalam mengurangkan penyakit kardiovaskular.

3. Hanya mengandungi 70% kalori untuk setengah cawan . BUAH ANGGUR kaya dengan KHASIAT VITAMIN C , potassium dan serat.

4. Resveratrol yang terdapat dalam kulit buah anggur dikatakan boleh mengurangkan risiko kanser payudara, kanser hati, kanser usus dan penyakit jantung.

5. Kandungan vitamin dan nutrisi lain yang terdapat di dalam buah anggur menjadikan buah anggur adalah antara super fruit yang tinggi anti oksida dan amat bagus untuk kecantikan kulit dan kesihatan tubuh.

6. Anti oksida yang tinggi ini sekaligus membantu mengurangkan radikal bebas dan membantu mengurangkan proses penuaan.

7. BIJI BUAH ANGGUR dikatakan 50 kali ganda lebih efektif berbanding VITAMIN E kerana kandungan anti oksida didalamnya yang turut membantu melembabkan kulit.

8. DAUN BUAH ANGGUR yang kaya dengan polyphenols turut membantu dalam pembuangan toksin di dalam tubuh badan.

9. Buah anggur yang dikeringkan akan bertukar menjadi kismis yang amat terkenal  sebagai makanan sunnah dan bagus untuk kecerdikan serta tinggi anti oksida serta antara makanan kecantikan kulit. Anda boleh membaca khasiat dan kebaikan kismis untuk kulit di link  dan artikel ini 10.KHASIAT KISMIS UNTUK KECANTIKAN KULIT.

10. Di dalam AL-QURAN, BUAH ANGGUR telah disebutkan sebanyak 14 kali. Ini menunjukkan bahawa BUAH ANGGUR memiliki khasiat luar biasa dan pelbagai kegunaan lain.

11. BUAH ANGGUR juga mudah dicerna. Dikatakan BUAH ANGGUR merah dan buah anggur hijau mempunyai khasiat yang sama.

12. Di dalam buku PENGUBATAN PERNAFASAN TALBAH , beliau berkata BUAH ANGGUR  dapat mengubati batuk, mengsucikan darah, membersihkan usus, pencernaan dan ubat bagi pernafasan samaada dimakan atau dibuat jus. Jus buah anggur dikatakan boleh mengubati buasir, gangguan pencernaan, batu ginjal dan gangguan hempedu.

13. JUS ANGGUR membantu mengubati pesakit insomnia dan membantu tidur yang lebih nyenyak.

14. JUS ANGGUR juga bagus bagi penyembuhan batu karang atau ginjal.

15. BUAH ANGGUR juga dikatakan menguatkan jantung, dan memperbaiki serta menperkuatkan sel-sel tubuh badan.

16. Buah anggur juga boleh membantu mengurangkan risiko serangan jantung, mengurangkan kolesterol tubuh,  mengatasi masalah sembelit, mengurangkan urid asid sekaligus membantu menjaga kesihatan buah pinggang, mengurangkan risiko kanser payu dara, mengurangkan risiko alzhemeir, mengurangkan jangkitan penyakit yang disebabkan virus kerana kandungan anti virus didalamnya dan mengurangkan pelbagai risiko kanser.

Tunggu apalagi, jika anda tidak tahu ingin menikmati apa, anda boleh menikmati anggur kering atau kismis atau beli sahaja buah anggur segar jika anda mempunyai lebih budget (anggur segengam berharga dalam RM3 , lebih berbaloi dari anda membeli makanan yang tidak berkhasiat)


Terima kasih.





Selasa, 22 September 2015

MENGHIDAPI EKZEMA ? - GUNA SABUN PENCUCI PAKAIAN UNTUK EKZEMA


Ini adalah sambungan artikel sebelumnya di link ini. UBAT DAN SUPPLEMENT MENGHARUNGI EKZEMA ATAU TOPICAL STEROID WITHDRAWAL

Bagi anda yang sedang mengharungi EKZEMA atau TOPIKAL STEROID WITHDRAWAL , banyak pantang larang yang perlu anda harung untuk ENAM BULAN PERTAMA dari segi diet atau pemakanan serta cara hidup.

Ini termasuk juga penggunaan kosmetik, barangan rumah seperti sabun basuh, pewangi dan sebagainya.

Perkara pertama selain DIET anda boleh menukar pencuci pakaian anda atau pencuci pinggan mangkuk anda kepada pilihan-pilihan yang lebih selamat iaitu:-

1. Tukarkan pencuci pinggan mangkuk dan pakaian anda kepada SOUP NUT  atau BUAH LERAK, link mengenai SOUP NUT atau BUAH LERAK dan cara membuat pencuci pakaian dan pencuci pinggan mangkuk alami terdapat artikel dan link ini BUAT PENCUCI PINGGAN MANGKUK DAN PENCUCI PAKAIAN SENDIRI . Ia jauh lebih semulajadi dan selamat.

2. Pilihan kedua anda boleh menggunakan SODA BIKARBONAT atau BAKING SODA sebagai PENCUCI PAKAIAN dan PENCUCI PINGGAN MANGKUK anda. Anda boleh membeli SODA BIKARBONAT atau BAKING SODA ini dengan harga kurang RM5 sekilo di kedai-kedai yang menjual barangan membuat kek dan biskut. Ia jauh lebih murah dari anda membeli SODA BIKARBONAT peket kecil di pasaraya. Ini adalah artikel dan link mengenai kegunaan SODA BIKARBONAT untuk info anda SEJUTA KEGUNAAN BAKING SODA.

3. Selain BAKING SODA atau SODA BIKARBONAT anda juga boleh menggunakan CUKA PUTIH atau CUKA TIRUAN sebagai PENCUCI PAKAIAN anda atau PELEMBUT FABRIK bagi pakaian anda. Saya menggunakan kedua-dua sekali untuk mencuci pakaian saya.

Untuk basuhan pertama GUNAKAN SODA BIKARBONAT atau BAKING SODA, untuk bilasan terakhir gunakan sahaja CUKA PUTIH atau CUKA TIRUAN sebagai PELEMBUT FABRIK SEMULAJADI dan tidak perlu membilas lagi. CUKA PUTIH atau CUKA TIRUAN juga boleh bertindak sebagai PENCUCI PAKAIAN SEMULAJADI selain PELEMBUT FABRIK SEMULAJADI.

4. Pilihan seterusnya GUNAKAN SABUN PENCUCI ORGANIK yang kini banyak terdapat di pasaraya dan farmasi juga kedai organik. Sekurang-kurangnya ia lebih selamat dari pencuci biasa yang tinggi kandungan kimia yang terdapat di pasaran.

5. Jika anda masih ingin menggunakan pencuci biasa pilih yang kurang kimia seperti jenama SUNLIGHT untuk membasuh pinggan mangkuk atau KAO ATTACK untuk mencuci pakaian.

Anda tetap LEBIH DIGALAKKAN menggunakan PENCUCI PAKAIAN dan PENCUCI PINGGAN MANGKUK SEMULAJADI jika anda boleh melakukan perubahan ini.

TERDAPAT BANYAK KESAN BURUK akibat dari PENGGUNAAN PELEMBUT FABRIK terhadap KULIT dan KESIHATAN anda termasuk TERHADAP BAYI.

BAHAYA DAN KESAN SAMPINGAN PELEMBUT FABRIK terdapat di artikel di link ini http://www.naturalnews.com/034617_fabric_softeners_toxic_chemicals_laundry.html .

Anda boleh menggantikan pewangi pakaian anda dengan ESSENTIAL OIL yang lebih selamat dan wangi. Titik sahaja dalam bilasan terakhir pakaian anda. (Gunakah cuka putih untuk bilasan kedua dan ESSENTIAL OIL untuk bilasan terakhir).

Apakah anda masih ingin MENGGUNAKAN PELEMBUT FABRIK ketika anda MENGHARUNGI TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) DAN MENGIDAP EKZEMA ?.

BAGAIMANA PULA DENGAN BAYI atau ANAK ANDA YANG KINI SEDANG MENGHIDAP DAN MENGHARUNG PERJALANAN MENYEMBUHKAN PENYAKIT EKZEMA DAN BERTARUNG DENGAN PROSES TROPIKAL STEROID WITHDRAWAL?.

Pilihan di tangan anda sendiri.

Untuk pilihan sabun pencuci pakaian dan pinggan mangkuk organik , boleh rujuk di artikel ini SABUN ORGANIK BAGI MASALAH EKZEMA

INFO seterusnya akan saya tulis dalam artikel selanjutnya.

Terima kasih dan Assalammualaikum.



Sabtu, 19 September 2015

MARI BERCUCUK TANAM


benih kailan, kangkung dan bayam hijau yang dibeli oleh saya di pasar dengan harga RM1 sahaja sebungkus

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Alhamdulillah atas segala kurniaan dari-NYA.

Seiring dengan keadaan ekonomi semasa serta kos penjimatan yang sentiasa disebut-sebut didalam media sosial dan sebagainya.

Menanam tanaman sendiri adalah amat digalakkan ketika dan waktu ini.

Selain ia kurang guna racun, anda juga boleh memilih menggunakan baja organik untuk tanaman anda. Lebih selamat jika kita sendiri yang menanam dan mengawasi tanaman.

Jauhi penggunaan racun serangga. Gunakan sahaja lebihan hampas teh atau lebihan air minuman anda sebagai baja untuk tanaman anda lebih subur. Selain itu air basuhan beras juga amat bagus untuk menyuburkan tanah.

Saya baru sahaja membeli benih sayur kailan , kangkung dan bayam hijau dengan harga RM1 sebungkus tempoh hari di pasar untuk ibu saya menanamnya.

Walau jenis tanah di perumahan saya bukan jenis tanah yang subur tetapi itu bukan alasan untuk tidak bercucuk tanam.

Bagi anda yang tidak mempunyai tanah dan tinggal di apartment atau kondo. Terdapat banyak cara untuk anda bercucuk tanam di dalam pasu dan balkoni rumah anda.

Anda boleh mengikuti perkongsian ramai yang mula bercucuk tanam di dalam pelbagai group di facebook. 

Gunakan sahaja butang carian 'search' di facebook anda untuk kata kunci cucuk tanam, tanaman, kebun, kebun bandar dan sebagainya, anda pasti akan melihat beberapa group cucuk tanam yang terdapat di facebook.

Ikuti sahaja group-group bercucuk tanam di facebook pilihan anda dan mula bercucuk tanam hari ini.

Anda tentu gembira dan berpuas hati bila melihat hasil tanaman dari titik peluh anda sendiri.

Malah banyak penjimatan yang akan dapat anda lakukan nanti.

Banyak kelebihan yang diperolehi dari bercucuk tanam sendiri, selain jimat wang, mengeluarkan peluh , makanan dan sayuran anda juga lebih sihat dan kurang kandungan kimia.

Sekaligus mengurangkan risiko untuk anda terkena penyakit.

Terima kasih dan Assalammualaikum.






Jumaat, 18 September 2015

KHASIAT BUAH NONA


buah nona yang ditanam ibu saya, kulit berwarna merah hati dan rajin berbuah. Alhamdulillah.

Pokok  BUAH NONA adalah POKOK YANG MUDAH DI TANAM. Anda hanya perlu menanam biji BUAH NONA sahaja dan insyaallah ia akan tumbuh subur dan rajin berbuah. Ibu saya jarang menyiram pokok BUAH NONA ini tetapi ia tetap hidup subur. Pokik BUAH NONA tidak seperti tanaman yang lain yang sukar hidup dan mudah mati.

Dibawah ini adalah antara khasiat BUAH NONA yang saya kumpulkan dari GOOGLE.

1.BUAH NONA dikatakan mampu menghasilkan sel darah merah.

2. BUAH NONA juga turut membantu mengawal tekanan darah.

3. Dengan menikmati BUAH NONA di pagi hari ia turut membantu merawat sembelit dan cirit birit.

4. Kandungan Magnesium yang tinggi di dalam BUAH NONA turut membantu mengurangkan penyakit reutmatisme dan arthritis. Dewasa ini ramai kalangan kita yang kekurangan magnesium.

5. Mineral Potassium di dalam BUAH NONA turut membantu mengurangkan kelemahan otot.

6. BUAH NONA juga mengandungi protein, kalsium, serat, zat besi, vitamin dan mineral.

7. Kandungan NIACIN di dalam BUAH NONA dikatakan dapat mengurangkan dan mengubati sindrom sakit saraf.


Terdapat beberapa jenis BUAH NONA antaranya yang berwarna hijau, hitam dan merah hati. BUAH NONA yang biasa saya nikmati ialah buah nona merah hati.

Dikatakan BUAH NONA ini mendapat permintaan sangat besar di Amerika Syarikat, malah ada pendapat mengatakan bahawa ISI BUAH NONA dan rasa buah nona hampir sama dengan durian belanda dan khasiat buah nona hampir sama dengan durian belanda. Wallahualam.

Selain isi, DAUN , Ranting BUAH NONA juga boleh digunakan sebagai ubat dan rawatan pelbagai penyakit termasuk kudis.

Tinjauan saya di pasar besar  mendapati harga sekilo BUAH NONA ini menjangkau RM12 sekilo bagi BUAH NONA yang berwarna merah hati.

Tunggu apa lagi, mula menanam dan nikmatilah BUAH NONA bermula hari ini.


Terima kasih.





Rabu, 16 September 2015

KUASA SOSIAL MEDIA


gambar atau imej diambil dari GOOGLE

Menjelang tahun 2020 , 85%  pembelian atau urusniaga  adalah melalui online seperti media sosial dan video. Itu kata-kata yang diucapkan oleh Presiden TeleSmart Communications.

Melihat pada tahun 2015 ini cukup kelihatan betapa KUASA MEDIA SOSIAL telah mengambil alih dunia pemasaran millenium ketika ini.

Seiring dengan keperluan semasa, dan pergerakan bumi yang semakin laju dan masa yang amat pantas, MEDIA SOSIAL satu-satunya medan yang mempermudahkan anda memperkenalkan diri anda seluruh dunia.

Oleh sebab itu IMEJ anda di media sosial amat penting, sila pastikan anda tidak memaparkan apa-apa status yang akan memberi impak tidak baik di laman sosial anda termasuk facebook , twitter , instagram atau blog.

Seiring dengan teknologi ini, bermula dengan minggu ini dan serta merta, saya akan menulis lebih banyak lagi artikel mengenai kerjaya saya sebagai perunding insurans dan takaful.

Tentang pengalaman saya di dalam karier ini, produk-produk pilihan mengikut keperluan anda atau sebagai ilmu yang boleh dikongsi untuk anda yang melayari blog saya ini.

Saya berharap perkongsian saya pada masa akan datang akan memberi lebih peluang untuk kita saling mengenali, mengetahui apa keperluan dan kehendak masing-masing.

Saya sendiri sebagai perunding insurans dan takaful, malah pernah bekerja sebagai pegawai bank yang bermula dari kerani sebuah bank terkemuka akan cuba berkongsi segala produk insuran dan takaful dari serendah RM50 sebulan dan juga produk-produk lain mengikut keperluan semasa anda.

Dalam zaman kemelesetan ekonomi yang dikatakan sedang dan bakal melanda ini, ramai golongan yang cuba mengurangkan perbelanjaan dan komitmen masing-masing.

Malah tentu ramai antara anda juga mencari kerjaya sampingan untuk menambah pendapatan isi rumah.

Tiada alasan yang boleh diberikan kerana setiap dari kita mesti menjalani hidup, sama ada ekonomi naik atau turun. Tiada alasan untuk berjaya dan terus melangkah.

Ramai golongan dewasa dan lebih tua dari kita telah mengharungi tahun kemelesetan ekonomi sebelum ini walau pun zaman kegawatan dan kemelesetan ekonomi nenek moyang kita dahulu tidak mempunyai talian internet, tetapi mereka tetap berjaya mengharunginya dan membesarkan ibu bapa kita sehingga lahirnya kita di dunia ini.

Dengan KUASA INTERNET dan MEDIA SOSIAL , terlalu banyak PELUANG BESAR yang berada di depan mata, impian untuk anda merentasi seluruh benua dunia juga tidak mustahil.

Membina identiti dan personaliti di dalam MEDIA SOSIAL dan mencetuskan BRANDING atau JENAMA DIRI SENDIRI yang bersih dan kuat serta kukuh bukan sesuatu yang mudah.

Tetapi anda boleh mulakan dari sekarang.

Tulis dan kongsi segala yang baik-baik di laman sosial anda sama ada facebook, pages , blog, twitter atau intagram.

Anda tidak tahu adakah NASIB anda akan gilang gemilang dengan keikhlasan anda nanti.

Bagi anda yang masih tidak punya media sosial sama ada facebook atau blog, mulakan dari sekarang. Tiada apa yang lambat untuk bermula dari tidak mencuba lansung.

Jika syarikat atau perniagaan memerlukan minima 3 tahun, blog atau media sosial lain juga tidak terkecuali.

Tiada apa yang mudah untuk berjaya.

Dengan masa yang begitu pantas ini. Mulakan sekarang!

Terima kasih.


Selasa, 15 September 2015

KHASIAT DAUN KARI


Pokok DAUN KARI memang mudah tumbuh subur jika di tanam. Terkenal di kalangan KAUM INDIA , daun kari juga menjadi antara bahan kegemaran dalam masakan kari untuk menghasilkan masakan kari yang lebih harum.

Bagi anda yang masih belum tahu KHASIAT dan KEGUNAAN DAUN KARI, ini perkongsian untuk kali ini .




KHASIAT DAUN KARI

1. Tinggi Antioksida kerana terdiri dari pelbagai vitamin  penting serta membantu mengurangkan tekanan oksidatif dan aktiviti radikal bebas.

2. Sebagai ubat merawat cirit birit.

3. Mengurangkan masalah kembung perut

4. Mengurangkan rembesan asid berlebihan, ulser peptik, disentri, kencing manis dan mengurangkan kolesterol.

5. Mempunyai sifat anti kanser kerana kandungan fenol di dalam DAUN KARI membantu memerangi penyakit kanser seperti leukemia, prostat dan kolorektal.

6. Membantu melindungi hati dengan kandungan tanin dan alkaloid carbazole yang terdapat dalam DAUN KARI. Sekaligus Daun kari turut melindungi hati dari penyakit seperti hepatitis dan sirosis.

7. DAUN KARI juga mengandungi pelbagai vitamin seperti Vitamin C, A, B dan E,

8. DAUN KARI juga mengandungi asid nikotinik.

9. Turut mengandungi sterol tumbuhan dan asid amino serta glikosida, flavonoid juga hampir tidak mengandungi lemak (0.1g bagi setiap 100gram daun kari).

10. DAUN KARI juga mengandungi bahan kimia termasuk alkaloid carbazole. Alkaloid Carbazole  tinggi antioksidan dan mempunyai ciri anti-mikrob dan anti serangga khususnya nyamuk.

11. Dikalangan kaum india, DAUN KARI digunakan sebagai ramuan bagi mengelakkan diabetes dan ubat kawalan kencing manis, ini tidak mustahil kerana DAUN KARI mempunyai ciri-ciri anti -hyperglycemic yang mengawal tahap glukosa darah.

12. DAUN KARI juga membantu mengurangkan kolesterol tidak baik seperti kolesterol LDL.

13. Antara keajaiban DAUN KARI ialah , sifat DAUN KARI yang membantu menguatkan akar rambut serta ia adalah ramuan terbaik untuk masalah rambut yang lain seperti rambut menipis, beruban dan bahan untuk rawatan menghitamkan rambut.

Bagi membuat pes daun kari untuk menghalang uban dan tonik rambut anda boleh rujuk artikel ini TIPS DAN PETUA ELAK UBAN DAN MENGHITAMKAN RAMBUT.

14. Kandungan Vitamin A yang mengandungi karotenoid yang berfungsi melindungi kornea mata turut membantu mengurangkan rabun malam dan pembentukan katarak.

15. Mengurangkan kesan kimoterapi dan radioterapi melalui kajian yang dilakukan, DAUN KARI juga menawarkan perlindungan sum-sum tulang dan mencegah radikal bebas menjadi aktif dalam badan.

16. DAUN KARI juga turut disyorkan sebagai rawatan untuk kes gastrousus kerana fakta menunjukkan DAUN KARI mempunyai sifat laksatif yang ringan. Campuran Jus DAUN KARI dan jus limau boleh digunakan sebagai rawatan perut kembung.

17. Penyelidikan telah membuktikan DAUN KARI berkesan dalam memerangi jangkitan bakteria dan kulat. Sekaligus ia setanding dengan antibiotik moden.

18. Selain untuk rawatan rambut dan masalah rambut daun kari juga boleh digunakan sebagai rawatan kulit termasuk rawatan luka terbakar, luka, lebam , radang kulit dan gigitan serangga. Malah daun kari juga cepat menyembuhkan penyakit diatas.


Selepas ini jangan memandang rendah lagi tumbuhan DAUN KARI ini, segala KHASIAT DAUN KARI ini amat berguna untuk tubuh dan kesihatan anda.

DAUN KARI juga adalah antara ramuan PENTING di dalam produk CRUNCHY FLAKES by QK , untuk keterangan lanjut mengenai produk ini, anda boleh membaca artikel ini SNEK LEBIH SIHAT

Maklumat didalam artikel ini hampir keseluruhan diambil dari artikel di link ini http://makanananda.blogspot.my/2014/08/khasiat-daun-kari.html


Terima kasih.



BLOGGER : IKLAN PopAds AKHIRNYA DI BUANG DARI BLOG




Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Dengan keadaan jerebu yang semakin teruk ini, saya sendiri merasa kurang selesa, apa lagi mereka yang mengidap asma dan kanak-kanak kecil. Semoga jerebu ini cepat berakhir.

Kelmarin saya akhirnya berpeluang, melihat sendiri iklan PopAds terpapar di blog saya. Baru saya faham bagaimana iklan POPADS ini berfungsi.

Untuk pengetahuan anda yang masih baru dengan POPADS , iklan PopAds ialah iklan berbentuk TERTINGKAP yang akan keluar dan menggalakkan pembaca blog untuk klik iklan tersebut serta menjawab soalan yang diberi.

IKLAN POPADS ini bagi saya amat MERIMASKAN.

Sebelum ini, sebagai pemilik blog ini yang memaparkan iklan POPADS saya tidak berpeluang melihat rupa bentuk iklan ini dan bagaimana ia dipaparkan.

Sebagai pemilik blog yang memaparkan IKLAN POPADS , hanya nota TETINGKAP dari PopAds sahaja yang keluar, mengatakan bahawa sebagai pemilik blog saya tidak akan melihat iklan POPADS di blog saya bagi menjamin kualiti iklan hanya untuk paparan pengunjung blog sahaja dan bagi menjaga kepentingan pengiklan agar pengiraan tidak termasuk kunjungan pemilik blog.


Saya berpeluang melihat sendiri iklan POPADS, ketika membaca blog saya ini melalui telefon bimbit saya. Iklan berbentuk tertingkap yang mempunyai banyak soalan dan agak "tersirat" itu, amat tidak digemari saya, dan saya berpendapat tentu sekali pembaca blog saya turut terganggu dengan iklan sebegitu.

Jika sebelum ini saya meletakkan iklan POPADS ini sebagai salah satu antara pendapatan pasif saya melalui blog di dalam artikel sebelum ini di link ini BUAT DUIT MELALUI BLOG DENGAN POPADS tetapi , pagi ini saya membuang iklan PopAds dari blog ini bagi memastikan pembacaan semua pembaca blog saya tidak terganggu sekaligus meningkatkan kembali kunjungan pembaca ke blog ini.

Iklan POPADS ini turut menyebabkan pengurangan jumlah pengunjung yang ketara di blog saya selama sebulan ini, saya percaya alasan iklan POPADS adalah antara penyebab pengurangan jumlah pengunjung ini seperti yang saya baca dalam artikel tulisan SIFU ADSENSE , TUAN HASRUL HASSAN di artikel ini TRAFIK BLOG OGOS 2015 MENDUKACITAKAN .

Sebagai PEMILIK AKAUN ADSENSE dan mempunyai IMPIAN MENJANA PENDAPATAN PASIF YANG TINGGI MELALUI ADSENSE , jumlah pengunjung blog amatlah penting.

Selama sebulan saya blog ini meletakkan IKLAN POPADS , pendapatan ADSENSE berpuluh kali ganda dari POPADS.

Tidak perlu tamak untuk menjana pendapatan melalui blog kerana blog anda terus dikunjungi kerana blog anda laju, isi yang padat dan bermaklumat serta mempunyai interaksi yang bagus dengan pengunjung.

Ini sahaja perkongsian pengalaman saya selama SEBULAN bersama iklan PopAds di blog ini. 

Saya tidak tahu pengalaman blogger popular lain dengan Iklan PopAds ini. 

Terpulang kepada anda untuk menilai , sama ada ia sesuai dengan blog dan pengunjung anda atau tidak. 

Pengalaman setiap blogger adalah berbeza.

Terima kasih kerana membaca entry ini. Salam sayang dari saya.

Assalammualaikum.



Jumaat, 11 September 2015

KHASIAT MINYAK KELAPA DARA ORGANIK @ Virgin Coconut Oil (VCO)

antara jenama minyak kelapa dara organik cold press pilihan saya

MINYAK KELAPA DARA ORGANIK COLD PRESS ialah BAHAN atau SUPPLEMENT yang wajib ada disetiap isi rumah.

Terdapat pelbagai kegunaan dan keajaiban MINYAK KELAPA DARA ORGANIK COLD PRESS yang kini digunakan diseluruh dunia sebagai UBAT DAN SUPPLEMENT AJAIB.

MINYAK KELAPA DARA ORGANIK digunakan sebagai sapuan kepada kulit untuk pelbagai masalah kulit dan juga sebagai makanan tambahan atau ubat untuk semua golongan termasuk bayi yang berumur setahun keatas, kanak-kanak , dewasa dan golongan tua serta pelbagai golongan pesakit.

Jika anda GOOGLE , VIRGIN COCONUT OIL anda akan mendapati terlalu banyak laman-laman web kesihatan di seluruh dunia MEMBICARAKAN KEHEBATAN DAN KEAJAIBAN MINYAK KELAPA DARA ORGANIK COLD PRESS ini.

Berikut adalah KEGUNAAN DAN KEBAIKAN SERTA KHASIAT MINYAK KELAPA DARA ORGANIK ATAU VCO untuk anda dan seisi keluarga.

1. MINYAK KELAPA DARA kebiasaannya adalah ORGANIK  kerana pohon kelapa hidup secara semulajadi. MINYAK KELAPA DARA mengandungi Vitamin E yang merupakan antioksidan yang bagus.

2. Dengan menjadikan MINYAK KELAPA DARA ORGANIK atau VCO sebagai supplement harian anda ia akan mengurangkan risiko penyakit jantung.

3. MINYAK KELAPA DARA ORGANIK juga membantu meningkatkan kadar metabolisme badan.

4. Turut membantu menurun dan mengekalkan berat badan ideal dengan cara dan amalan yang betul serta diet yang sihat.

5. MINYAK KELAPA DARA ORGANIK juga mempunyai sumber ANTI RADANG atau ANTI PARASIT . Ia mampu membunuh Virus, bakteria , kulat dan protozoa.

6. Minyak Kelapa Dara juga tinggi antioksidan semulajadi tanpa tambahan vitamin seperti minyak-minyak kecantikan lain di pasaran.

7. Lemak Tepu yang terdapat pada Minyak kelapa dara juga mempunyai rantainan sederhana dan mudah dihadam serta tidak membebankan organ pankreas.

8. MINYAK KELAPA DARA juga membantu menghalang pembentukan radikal bebas.

9. Dalam penghasilan Minyak Kelapa Dara , TRANS FAT yang bahaya tidak terhasil. TRANS FAT adalah  trans fatty asid yang beracun serta boleh membahayakan tubuh dan mendatangkan pelbagai penyakit.

10. Sumber semulajadi sebagai antivirus, antibakteria, antifungus dan anti protozoa.

11. Juga boleh digunakan sebagai pelindung kepada sinaran matahari semulajadi dan selamat.

12. Bahan makanan tambahan dan perlindungan untuk kelihatan awet muda, kerana MINYAK KELAPA DARA ORGANIK menghalang jangkitan kuman disamping mempercepatkan pembentukan sel baru pada kulit yang ketara.

13. Amat bagus untuk rawatan penyakit kulit termasuk EKZEMA @ EKSEMA dan PSORIASIS serta mereka yang sedang MENGHARUNGI TOPIKAL STEROID WITHDRAWAL (TSW).

14. Juga rawatan perlindungan untuk Kanser dan anti alahan atau histamine.

15. Mampu meningkatkan metabolisme badan kerana memberi makan kepada sel sekaligus menjadikan sel lebih bertenaga.

16. Juga membantu penyerapan vitamin dan mineral terutama untuk warga tua dan pesakit.

17. Sesuai untuk semua peringkat umur , dewasa, tua, kanak-kanak. Juga sesuai untuk mereka yang sihat sebagai makanan tambahan dan mereka yang berpenyakit sebagai ubat.

18. Amat sesuai sebagai rawatan untuk resdung, anti inflamasi, ekzema pada kanak-kanak , dewasa atau golongan tua. Juga sebagai rawatan masalah tiroid, rawatan untuk masalah kulit lain seperti jerawat, kedut , parut dan sebagainya.

19. Amat sesuai untuk rawatan rambut, kuku, siku dan tumit yang hitam, atau tapak kaki yang merekah.

20. Mengurangkan masalah hati kerana mengandungi asid lemak yang mengurangkan bebanan pada hati.

21. Juga rawatan yang baik untuk pesakit kencing manis dan diabetis kerana membantu mengawal kandungan gula.

22. Minyak kelapa dara juga amat bagus dalam rawatan masalah gigi, serta membantu menyerapkan zat-zat vitamin dan galian dalam tubuh sekaligus menguatkan tulang.

HARGA MINYAK KELAPA DARA ORGANIK adalah dari serendah RM19.90 untuk 250ml seperti gambar diatas.

Anda boleh mendapatkan MINYAK KELAPA DARA ORGANIK COLD PRESS di kedai organik, farmasi, pasaraya atau pun boleh membeli MINYAK KELAPA DARA ORGANIK ini di STOKIS COSWAY berdekatan.

Jadikan MINYAK KELAPA DARA ORGANIK sebagai ubat dan supplement untuk seisi keluarga.

Minyak kelapa dara juga sesuai diberi kepada kanak-kanak yang  aktif atau sedang demam untuk mempercepatkan penyembuhan.

Sila pastikan anda tidak alah kepada minyak kelapa dara sebelum mencubanya. Walau bagaimana pun, jarang terdapat mereka yang alah pada minyak kelapa dara.


Anda juga boleh melakukan OIL PULLING menggunakan MINYAK KELAPA DARA ORGANIK. UNTUK PELBAGAI MASALAH KESIHATAN DAN KECANTIKAN.

Belajar melakukan OIL PULLING disini INGIN GIGI PUTIH DAN SIHAT?

Untuk membuat ubat gigi sendiri dengan bahan semulajadi menggunakan MINYAK KELAPA DARA di artikel ini BUAT UBAT GIGI SENDIRI

Selamat Mencuba.


Terima Kasih.








Khamis, 10 September 2015

KHASIAT OAT

OAT ORGANIK PILIHAN SAYA BERHARGA RM6.90

Antara makanan pilihan terbaik adalah oat terutama ianya ialah OAT ORGANIK. OAT adalah makanan yang paling sesuai untuk semua peringkat umur dan bangsa. Ia diterima sebagai makanan permulaan bagi bayi dan orang tua. Malah ia amat sesuai sebagai bahan sampingan untuk dimasukkan kedalam bubur, nasi atau pun minuman kegemaran anda sama ada minuman panas mahu pun sejuk seperti smooties kegemaran anda.

OAT amat terkenal sebagai MENU BAGI GOLONGAN YANG SEDANG BERDIET ATAU YANG SEDANG DALAM PROSES MENGURANGKAN BERAT BADAN.

OAT sering diiklankan di television  sebagai MAKANAN TINGGI SERAT DAN MAMPU MENGURANGKAN KOLESTEROL DALAM BADAN. Sering anda akan melihat iklan betapa SERAT LARUT DALAM OAT yang sentiasa menjadi antara subjek UTAMA IKLAN bagi MEMPROMOSIKAN OAT.

Kini terdapat banyak pilihan makanan yang menggunakan oat sebagai ramuan utama sama ada , biskut, cookies, oat segera ,minuman 3 dalam 1 dan sebagainya.

Oat mengandungi pelbagai Khasiat, ANTARA KHASIAT OAT ialah :-

1 Bijirin OAT sesuai sebagai makanan IDEAL SEMUA PERINGKAT UMUR DAN MAKANAN PEPEJAL Permulaan bagi bayi dan juga orang tua.

2. OAT KAYA DENGAN SERAT  yang sekaligus membantu penghadaman dan penyerapan nutrien dalam tubuh ,sekaligus mencegah masalah ketidakselesaan perut seperti sembelit dan buasir.

3. OAT mengandungi lebih tinggi kandungan Kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink dan vitamin E berbanding gandum dan rai.

4. Beta Gluten di dalam oat membantu mengurangkan kolesterol di dalam tubuh.

5. OAT menghasilkan rasa kenyang yang lama sekaligus mengurangkan nafsu makan. Ia paling sesuai dijadikan makanan sarapan pagi sebelum memulakan aktiviti harian sebagai bahan tenaga yang diperlukan sepanjang hari.

6. OAT turut membantu mengurangkan tekanan darah tinggi serta mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung.

7. Dengan pelbagai pilihan MENU yang menggunakan OAT sebagai BAHAN paling mudah untuk sarapan, OVERNIGHT OAT adalah antara menu yang digemari ramai dan menjadi trend sarapan sihat ketika ini. Cara membuatnya juga amat mudah sekali, anda boleh membaca link ini untuk resepi mudah OVERNIGHT OAT RESEPI SIHAT DAN MUDAH : OVERNIGHT OAT

8. Kandungan KARBOHIDRAT yang terdapat pada OAT  dan digelar "FRUKTO-OLIGOSAKARIDA' mampu merangsang pertumbuhan BAKTERIA BAIK yang penting untuk merangsang KESIHATAN USUS.

9. OAT juga TINGGI KANDUNGAN MINERAL PENTING seperti mangan, selenium, dan magnesium) yang merangsang PENYERAPAN KALSIUM.

10. SERAT YANG TINGGI SERTA VITAMIN B1 di dalam OAT menjadikan OAT antara makanan atau supplement terbaik dalam menu seharian. Tambahkan oat dalam setiap menu hidangan anda termasuk ketika memasak nasi, membuat bubur atau dalam minuman anda bermula hari ini. Anda juga boleh mengoreng terung yang dicelup telur dan oat sebagai salah satu menu sihat anda yang sedap.


Pilih OAT YANG TERBAIK terutama OAT ORGANIK , yang tiada pengawet, tanpa GMO dan bahan perasa atau pewarna.

OAT Organik yang dibeli oleh saya hanya RM6.90 sahaja  dalam 500gram dibeli di kedai organik.

Mulakan hari anda dengan OAT dan ajari keluarga dan insan tersayang anda diet yang sihat.

Terima kasih.

*** JIKA ANDA SEDANG BERDIET DAN MEMENTINGKAN KESIHATAN, ANDA BOLEH MEMILIH ROLLED OAT , IA BIASANYA TIDAK MENGANDUNGI GULA DAN TIDAK MENGANDUNGI BAHAN PROSES LAIN. HARGANYA SAMA SAHAJA DENGAN OAT BIASA.




Selasa, 8 September 2015

KHASIAT BUAH DUKU


Buah Duku dan Buah Pisang adalah antara buah tempatan kegemaran saya

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Ketika ini adalah musim-musim terakhir buah-buahan tempatan yang akan habis pada bila-bila masa.

Selain BUAH RAMBUTAN yang kaya dengan pelbagai khasiat yang telah saya kongsikan didalam artikel ditajuk ini KHASIAT BUAH RAMBUTAN. BUAH DUKU juga mengandungi khasiat dan kelebihan sendiri.

Diringkaskan sahaja artikel ini. Berikut adalah antara KHASIAT BUAH DUKU :-

1.Tinggi Anti oksida

Kandungan Vitamin C yang terkenal sebagai antioksidan yang bagus untuk tubuh dalam melawan radikal bebas dan pelbagai penyakit turut terdapat dalam BUAH DUKU.

2. Buah Untuk Awet Muda

Kerana kandungan vitamin dan zat galian di dalam BUAH DUKU sekaligus ia membantu melawan radikal bebas, dan menjadikan tubuh dan badan lebih awet muda.

Vitamin C bukan sahaja berguna untuk melindungi protein lipid, asam nukleat dan karbohidrat malas ia juga boleh mengurangkan kerosakan radikal bebas di dalam tubuh.

3.Membantu Menguatkan GIGI

Buah Duku turut mengandungi fosfor dimana fosfor ini turut membantu gigi menjadi lebih kuat.

4.Turut Menjaga Kesihatan GUSI

Vitamin C juga membantu menjaga kesihatan gusi, dan BUAH DUKU amat tinggi dengan kandungan VITAMIN C.

5. Memperkuatkan Imunisasi Tubuh

Dengan kandungan Vitamin C yang tinggi, BUAH DUKU juga membantu memperkuatkan sistem kekebalan tubuh terutama bagi mereka yang sedang menjalani pemulihan dari penyakit tertentu.

6. Membantu Dalam Mengurangkan Berat Badan

Buah DUKU turut membantu tubuh untuk mendapatkan Carnitine. Carnitine akan mengarahkan molekul lemak ke sesebuah jaringan pembakaran lemak. Kebiasaannya , sesiapa yang sedang berusaha menurunkan berat badan, mereka harus kekurangan molekul lemak ini. Bagi mereka yang sedang berusaha menurunkan berat kekurangan molekul lemak ini akan menjadikan tubuh mereka mudah penat dan kurang tenaga.

7. Membantu Melancarkan Sistem Pencernaan

Kandungan serat yang tinggi didalam BUAH DUKU membantu dalam melancarkan pencernaan sekaligus turut membantu mengurangkan risiko kanser usus. 

Kandungan kalori, mineral serta zat besi didalam BUAH DUKU juga lebih tinggi berbanding buah epal dan buah jeruk manis.

8. Membantu memelihara kecantikan kulit

Kandungan VITAMIN E dalam BUAH DUKU membantu menjaga kesihatan kulit, dengan mengurangkan kesan penuaan, menghalus serta melembutkan kulit, membantu menjaga kelembapan kulit, melindungi kulit dari sinar matahari serta membantu penyembuhan luka.

9. Mengurangkan Kolesterol

Buah Duku juga turut membantu mengurangkan kolesterol didalam tubuh.

20. Membunuh cacing dalam usus

Biji BUAH DUKU turut membantu membunuh cacing. Ini yang diberitahu oleh ibu saya. Biji BUAH DUKU dahulunya dijadikan ubat cacing mudah bagi meyembuhkan masalah kecacingan.

Harga buah duku di tempat saya adalah dalam RM3-RM3.50 sekilo. BUAH DUKU amat enak dimakan segar.

Dengan kelebihan buah tanpa racun, buah tempatan seperti BUAH DUKU adalah alternatif jauh lebih baik dari buah-buahan import.

Belilah buah DUKU ini sementara musim-musim akhirnya yang masih tinggal sedikit masa lagi.


Untuk BUAH TEMPATAN YANG LEBIH TINGGI VITAMIN C DARI BUAH OREN, anda boleh menikmati BUAH JAMBU BATU , maklumat lanjut dalam artikel ini KHASIAT JAMBU BATU

Terima kasih.



IKLAN ADSENSE TIBA-TIBA MUNCUL KEMBALI

iklan adsense yang muncul pagi ini di blog saya- alhamdulillah - Untuk imej yang lebih besar dan jelas, sila klik imej.

Alhamdulillah. Tiada apa yang mengembirakan lebih-lebih lagi, diawal pagi, melihat IKLAN ADSENSE menari-nari kembali diblog kesayangan saya ini.

Sungguh saya tidak menyangka ia akan muncul dalam waktu terdekat ini, kerana saya BELUM MEMBUAT PENGESAHAN ALAMAT SURAT-MENYURAT ADSENSE saya.

Walaupun saya agak hairan , kenapa IKLAN ADSENSE SAYA TIBA-TIBA HILANG, tetapi saya hanya fikirkan yang baik-baik sahaja dan lebih positif, mungkin kerana penukaran domain dari blogspot.com ke blogspot.my di blog saya, membuatkan IKLAN ADSENSE saya merajuk untuk beberapa hari. 

Atau mungkin juga kerana saya pernah menukarkan SETTING atau TETAPAN . blog saya ini dahulu dibahagian  BLOG AUTHOR atau pemilik blog. Dimana dari status ADMIN, bagi akaun kedua google saya QISYA KHADEEJA , saya telah mengubahnya kepada AUTHOR atau penulis sahaja.

Saya terlupa bahawa AKAUN GOOGLE ATAU IMEJ KEDUA GOOGLE saya itu adalah nama email yang digunakan oleh saya untuk memohon GOOGLE ADSENSE setelah penggunaan email pertama saya sentiasa ditolak atau gagal kerana permohonan AKAUN ADSENSE saya dahulu adalah melalui Docstoc.

Saya bernasib baik, kerana perasan perkara ini kurang 5 minit kemudian. Ini disebabkan, apabila saya melihat di setting atau tetapan blog pertama saya ini, segala setting atau tetapan adsense, dan tetapan lain telah hilang, saya terus mengubah kembali status QISYA KHADEEJA, akaun kedua saya sebagai ADMIN kembali.

Selepas mengubah setting atau tetapan itu, blog saya masih memaparkan IKLAN ADSENSE, saya tidak pasti apakah kerana pertukaran STATUS ADMIN kepada STATUS AUTHOR itu yang menyebabkan IKLAN ADSENSE saya tidak dipaparkan untuk beberapa hari ini atau atas sebab lain. Wallahualam.

Bagi mereka yang telah lama menulis blog dan ingin memohon AKAUN ADSENSE, anda boleh cuba memohon sekarang. Jika permohonan anda pernah ditolak , mohon sekali lagi menggunakan AKAUN GOOGLE ATAU GMAIL TERBARU . Buat akaun gmail atau google lain atau yang kedua.

Bagi mereka yang baru ingin menulis blog dan ada keinginan ingin menulis blog, menulislah dari sekarang. CARA BUAT DUIT MELALUI ONLINE seperti blog telah terbukti melahirkan ramai blogger-blogger ADSENSE yang berpendapatan lebih dari puluh ribu USD sebulan.

Anda boleh mula belajar menulis blog melalui artikel yang ditulis dalam blog kedua saya ini, di link ini CARA MUDAH BUAT BLOG.

Mulakan menulis blog dari sekarang.

Terima kasih.






Isnin, 7 September 2015

PENGESAHAN ALAMAT UNTUK GOOGLE ADSENSE



paparan akaun adsense saya- untuk imej lebih jelas dan besar, sila klik imej

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Ketika ini , saya masih menunggu surat dari GOOGLE ADSENSE UNTUK PENGESAHAN ALAMAT. 

Sekaligus , IKLAN ADSENSE SAYA TIDAK DIPAPARKAN pada waktu terdekat ini untuk masa yang SINGKAT insyaallah.


Bermula pada JUNE 2015 tahun ini, saya berjaya mendapat AKAUN GOOGLE ADSENSE sebagai HOSTED ACCOUNT.

Hanya pada bulan JULAI 2015 , saya pandai meletakkan IKLAN ADSENSE DI BLOG saya. Itu pun hanya satu sahaja IKLAN ADSENSE.

Pertengahan bulan Julai 2015, barulah saya pandai meletakkan 2-3 IKLAN ADSENSE DIBLOG, kerana ketika mula-mula meletakkan IKLAN ADSENSE, saya ingatkan hanya boleh meletakkan satu iklan adsense sahaja.

Pada bulan JULAI 2015 ,ketika musim Perayaan Aidlfitri ,BLOG SAYA kurang dikunjungi. Ia makin meningkat perlahan-lahan pada BULAN OGOS setelah tamatnya perayaan Aidilfitri.

Jumlah penurunan agak mendadak, kebiasaannya ialah 800-1000 pengunjung untuk satu hari, dan kadang-kadang meningkat sehingga 1200 ke 1500 pengunjung satu hari.

Melihat kepada laporan AKAUN ADSENSE diatas..

Pada Bulan Julai 2015 PENDAPATAN ADSENSE saya ialah USD3.94 dengan kadar penurunan pengunjung dari anggaran 1000 orang sehari kepada 300 orang sehari sahaja.

Pada Bulan Ogos 2015 ialah USD5.68 dengan pengunjung dalam anggaran 500 orang sehari.

Pada Bulan September 2015, di awal minggu , blog ini telah menunjukkan peningkatan pengunjung kembali kepada jumlah normal iaitu 800 pengunjung dan keatas. Alhamdulillah. 


Dan pada bulan SEPTEMBER 2015 ini, GOOGLE ADSENSE TELAH MENGINGATKAN SAYA UNTUK MENGESAHKAN ALAMAT untuk memudahkan PENGHANTARAN CHEQUE PEMBAYARAN dan mengelakkan alamat palsu , atau kaitan dengan pengganas, selain ia adalah peraturan BANK NEGARA MALAYSIA kerana ADSENSE kini boleh dijana melalui BAHASA MELAYU.

Walaupun buat sementara waktu IKLAN ADSENSE TIDAK DIPAPARKAN diblog inI sementara menunggu PENGESAHAN ALAMAT, saya tetap bersyukur, kerana sekurang-kurangnya saya tidak dibanned atau mendapat surat amaran dari ADSENSE.

Tidak apalah tidak dapat menjana PENDAPATAN ONLINE buat seketika dari GOOGLE ADSENSE, kerana peraturan ADSENSE ini turut MEMBERI KEBAIKAN KEPADA saya sebagai PEMILIK AKAUN ADSENE.

Jutaan terima kasih kepada SIFU ADSENSE TUAN HASRUL HASSAN , yang menjadi sumber rujukan saya, melalui blog beliau dan jawapan beliau dalam blog beliau juga facebook beliau sendiri.

Beliau adalah rujukan utama saya mengenai GOOGLE ADSENSE.

Jika anda juga masih baru dalam GOOGLE ADSENSE dan berminat belajar , CARA BUAT DUIT ONLINE , anda boleh menjadikan BLOG TUAN HASRUL HASSAN sebagai medan mencari ilmu. Terlalu lumayan ilmu di dalam blog beliau ini.


Sekian, sahaja perkongsian saya kali ini. Terima kasih.




Jumaat, 4 September 2015

UBAT DAN SUPPLEMENT BAGI MENGHARUNGI TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) ATAU EKZEMA


lidah buaya juga adalah antara supplement dan bahan penting dalam mengharungi dan mengubati EKZEMA . Buat jus epal hijau dan lidah buaya , minum, ia mampu membuang toksin didalam tubuh anda.

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Ini adalah sambungan bagi artikel sebelumnya iaitu Topical Steroid Withdrawal (TSW) / EKZEMA dan Musim Perayaan .

Baiklah, bagi anda yang sedang menghadapi proses TROPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) ATAU SEDANG MENGHARUNGI DERITA DISERANG EKZEMA, atau sedang berkira-kira untuk berhenti MENGGUNAKAN KRIM STEROID dan ingin mengambil keputusan untuk mengharungi TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) , ini adalah antara SENJATA atau UBAT DAN SUPPLEMENT UNTUK RAWATAN EKZEMA ATAU TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW).

Anda boleh memilih UBAT ATAU SUPPLEMENT DIBAWAH INI yang SESUAI DENGAN TUBUH DAN BUDGET ANDA.

1. MINYAK KELAPA DARA ORGANIK  - COLD PRESS (ada brand Country Farm, Radiant, Rainforest) - pastikan anda membeli yang organik dan tanpa bahan pewarna dan perasa yang lain. Harga  VIRGIN COCONUT OIL (VCO) ATAU MINYAK KELAPA DARA ini ada yang serendah RM39 untuk 500ml. Anda boleh MENDAPATKANNYA DI STOKIS COSWAY, FARMASI atau KEDAI ORGANIK. Anda boleh menyapu DIKAWASAN SERANGAN EKZEMA dan minum pada pagi , petang dan malam Minyak Kelapa Dara Organik INI.

Untuk info khasiat minyak kelapa dara di artikel ini KHASIAT MINYAK KELAPA DARA

2. MINYAK ZAITUN ASLI COLD PRESS - asalkan ia asli 100% dan sebolehnya organik. Jika ada budget yang lebih anda boleh beli MINYAK ZAITUN KELUARAN PALESTIN atau MINYAK ZAITUN ORGANIK DARI PALESTIN . Ia sesuai untuk disapu dan dimakan.

3. CUKA EPAL ORGANIK 'WITH MOTHER & UNPASTEUR' - (brand yang dicadangkan ialah BRAGG , LOHAS, yang penting 'WITH MOTHER DAN UNPASTEUR. Harga CUKA EPAL atau APPLE CIDER VINEGAR (ACV) ini adalah dalam RM29 untuk 950ml. Ia sesuai sebagai mandian (dicampur dalam air mandian) atau sebagai sapuan keatas kawasan ekzema (dicampur sedikit air , takut pedih) juga sebagai minuman pagi dan malam.

3. OLIVENOL (diperbuat dari jus ektrak Zaitun) - minum beberapa titis ikut sesuai budget dan badan anda . Harga dalam lingkungan RM199 sebotol boleh dibeli di Farmasi-farmasi terkemuka. Sebagai supplement atau makanan.

4. LACTOGG  (PROBIOTIK KAPSUL) atau PROBIOTIK DALAM BENTUK CECAIR  (harga lebih mahal) - boleh didapati dari farmasi terkemuka. Harga dalam lingkungan RM140. Sebagai supplement atau makanan.

5. KEFIR - minuman probiotik yang bagus untuk usus dan proses detokfikasi. Anda boleh mendapatkan KEFIR GRAIN ATAU BENIH KEFIR secara percuma di group FACEBOOK.tertentu.

6. KAMBUCHA - CENDAWAN MEKAH atau CENDAWAN MUD-MUD , Anda juga boleh mendapatkan SCOOBY atau CENDAWAN MEKAH percuma dalam group FACEBOOK tertentu Ia adalah minuman probiotik yang bagus.

Untuk khasiat Kambucha Tea ATAU TEH KAMBUCHA DI LINK INI KHASIAT TEH KAMBUCHA ATAU TEH CENDAWAN MEKAH

7. MANNA (GUM ARABIC)  - amat bagus dalam MERAWAT EKZEMA dan MEMPERKUATKAN USUS.  Anda boleh membaca khasiat Manna atau Gam Arabic ini disini KHASIAT GUM ARABIC ATAU MANNA

8. NEUTRAX - keluaran FGV dari EKSTRAK KULTUR KELAPA bermutu tinggi - Boleh didapatkan difarmasi harga dalam RM70 sebotol.

9. LUBAN - juga amat bagus diamalkan oleh penghidap EKZEMA dan sedang mengharungi TOPICAL STEROID WITHDRAWAL. Saya akan menulis mengenai luban dalam artikel akan datang.

10. BELALAI GAJAH- daun belalai gajah amat bagus untuk RAWATAN EKZEMA dan mereka yang sedang mengharungi TOPICAL STEROID WITHDRAWAL. Anda hanya perlu mengisar DAUN BELALAI GAJAH atau beli sahaja TEH BELALAI GAJAH untuk minuman.

12. EPSOM SALT - Epsom salt amat bagus untuk mandian dan proses detoks mereka yang sedang menghadapi EKZEMA dan mengharungi TOPICAL STEROID WITHDRAWAL. Hanya perlu mengguankan EPSOM SALT sebagai rendaman kaki atau mandian sahaja.

13. ROOIBOS TEA - ia amat bagus untuk proses detoks , sebagai mandian dan minuman. Anda boleh merujuk khasiat rooibos tea disini KHASIAT ROOIBOS TEA

14. DAUN BIDARA - anda boleh mengamal minum daun bidara atau beli sahaja teh daun bidara.

15. BAOBAB - buah baobab kaya dengan vitamin C dan kebaikan lain. Ia juga amat bagus bagi pengidap EKZEMA dan sedang mengharung TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW)

16. VITAMIN C  ORGANIK ATAU SODIUM ASCORBATE - ia juga adalah supplement yang amat bagus untuk pengidap EKZEMA dan yang sedang mengharungi TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) , terutama jika anda membuat megadose vit c. Megadose Vitamin C ini, anda kena banyak belajar sebelum mula menjalaninya. Saya akan menulis mengenainya di artikel akan datang.

Pilihan jenama Vitamin C Organik di artikel ini Vitamin C Organik l

17. JUICING - minum banyak green juice atau jus sayur hijau yang dibuat sendiri. Serta kurangkan gula dan kanji.

Anda digalakkan juicing daun betik dan kunyit atau epal hijau dan peria.

Anda juga boleh membaca maklumat lanjut mengenai JUICING di blog ketiga saya di link ini http://qk99.blogspot.my/search/label/juicing

18. AIR KELAPA MUDA SEGAR - Ini juga adalah antara supplement penting bagi mengharungi EKZEMA atau TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) kerana ia adalah supplement atau bahan yang boleh membunuh parasit atau membuang toksin dari tubuh.

19. NENAS - empulur nenas mempunyai nilai ENZIM BROMELAIN yang amat bagus untuk tubuh dan membunuh parasit. Anda boleh mengamal menikmati nenas muda terutama bahagian empulurnya.

20. DELIMA - buah delima merah dan bijinya juga bagus untuk membunuh parasit dan detoks. Ia amat bagus untuk MELAWAN EKZEMA dan mengharungi TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW)

21. BIJI BETIK MENTAH - biji buah betik juga amat bagus untuk membunuh parasit. Anda boleh menikmatinya mentah-mentah atau menambah sebagai perisa didalam salad atau minuman smootie pilihan anda.

22. BAWANG PUTIH MENTAH SEGAR - ini adalah antara supplement atau SENJATA UTAMA BAGI MELAWAN EKZEMA , CANDIDA dan juga TOPICAL STEROID WITHDRAWAL. Anda kena menikmatinya mentah-mentah, cincang halus atau tumbuk atau ketuk bawang putih anda. Biarkan selama 10 minit supaya allicin atau bahan penting dalam BAWANG PUTIH keluar, dan nikmatinya mentah-mentah dengan air atau nasi panas. Ia amat bagus untuk tubuh anda yang sedang lemah dan sakit. Pilihan terakhir , beli sahaja kapsul bawang putih Allimax DI COSWAY atau difarmasi berdekatan anda.

23. LIDAH BUAYA - lidah buaya atau aloe vera juga amat bagus untuk sapuan dan dibuat jus bagi menghadapi PROSES TROPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) DAN MENGUBATI EKZEMA. Anda boleh mengisar epal hijau dan lidah buaya untuk jus yang enak dan berkhasiat serta mampu membuang toksin didalam badan.


Walau ,bagaimana pun , bagi mereka yang masih diperingkat permulaan mengharungi TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) , anda tidak digalakkan menikmati makanan yang mengandungi gula walaupun gula asli dalam masa 3 bulan atau mengikut tubuh badan anda. Selepas tiga bulan anda boleh menikmatinya sedikit demi sedikit. Ini termasuklah buah-buahan yang manis, malah air kelapa yang manis dan nenas yang manis juga tidak digalakkan. Tetapi jika proses TROPICAL STEROID WITHDRAWAL berjalan lancar, selepas 3 BULAN anda perlahan-lahan boleh menikmatinya.

KURANGKAN JUGA MAKANAN YANG MENGANDUNGI KANJI, YIS DAN BERTEPUNG TINGGI SEBOLEH MUNGKIN. TUKARKAN BERAS BIASA KEPADA BERAS PARBOILED ATAU BERAS BASMATI ATAU  BERAS PERANG.

TUKAR JUGA GULA ANDA KEPADA GULA ORGANIK ATAU GULA PERANG.

BANYAK MAKAN SAYUR-SAYURAN HIJAU SERTA MAKANAN PREBIOTIK DAN PROBIOTIK.

TEMPOYAK , TEMPE , TAPAI digalakkan makan selepas proses TROPICAL STEROID WITHDRAWAL dilalui lebih dari 3 bulan.

Ini sahaja yang saya dapat kongsikan untuk kali ini, saya akan menyambung artikel mengenai EKZEMA DAN TOPICAL STEROID WITHRAWAL (TSW) lagi dimasa akan datang. DOAKAN.


Assalammualaikum .Terima kasih..




BLOGGER : IKLAN ADSENSE TIBA-TIBA HILANG?

mendapat notis meras dari loceng di hujung akaun adsense

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Salam Jumaat yang berkah.

Minggu ini ujian demi ujian yang menimpa saya dalam blogging. Bermula dengan talian internet yang teruk sejak minggu lepas, masalah dalam imej dan akaun google dan terbaru petang semalam IKLAN ADSENSE saya tiba-tiba TIDAK DIPAPARKAN atau dengan kata lain IKLAN ADSENSE SAYA TIBA-TIBA HILANG. Hanya tuhan yang tahu debaran rasa hati saya.

Rasa BIMBANG DAN RESAH yang kuat telah memaksa saya melihat email beberapa kali , jika TERDAPAT EMAIL AMARAN DARI ADSENSE, alhamdulillah tiada EMAIL AMARAN DARI ADSENSE. 

Saya juga MENUKAR SETTING ATAU TETAPAN ADSENSE saya beberapa kali, tetapi IKLAN ADSENSE MASIH TIDAK MUNCUL DI BLOG saya.

alhamdullilah & bersyukur sangat, rupa-rupanya ia adalah berita baik untuk saya, saya perlu mengesahkan alamat surat menyurat dan mengisi nombor pin yang diberi barulah Iklan Adsense akan disiarkan kembali di blog saya ini

Saya melawati FACEBOOK beberapa kali, menanya soalan di status facebook SIFU GOOGLE ADSENSE Tuan Hasrul Hassan , komen beliau agar saya cuba menukar bahasa saya di tetapan atau setting.

Tiba-tiba baru saya perasan yang BLOGSPOT.COM telah bertukar menjadi BLOGSPOT.MY sekaligus alamat blog saya dari www.little-queen-qkhadeeja.blogspot.com telah bertukar kepada www.little-queen-qkhadeeja.blogspot.my , jadi fikir saya kemungkinan besar kerana pertukaran ini ia membuatkan iklan atau PAPARAN IKLAN ADSENSE TIDAK MUNCUL ATAU BLANK.

SIFAT TIDAK PUTUS ASA SAYA, MENDORONG SAYA LOGIN KE AKAUN ADSENSE UNTUK MELIHAT REPORT , alangkah berdebar-debar bila melihat notification atau notis di loceng @bell di hujung kanan dashboard GOOGLE ADSENSE.

Alhamdulillah ADSENSE HANYA MENGINGATKAN SAYA UNTUK MENGESAHKAN ALAMAT SURAT MENYURAT SAYA.

Rupa-rupanya dalam sebulan ini, AKAUN ADSENSE saya telah sampai kepada peringkat VERIFICATION THRESHOLD iaitu USD10.

Alhamdulillah saya bersyukur sangat kerana dalam sebulan sahaja , akaun adsense saya telah sampai jumlah sebanyak itu, sedangkan pengunjung saya pada 2 bulan lepas semenjak bulan puasa sehingga bulan perayaan Aidilfitri menurun dengan mendadak. Benarlah , kata orang betapa ADSENSE MEMANG MEMBERI PULANGAN YANG MENAKJUBKAN.

Jika anda juga seperti saya , YANG BARU MENDAPAT atau MEMILIKI AKAUN ADSENSE atau pemegang HOSTED ACCOUNT ADSENSE, jangan terkejut jika perkara yang sama seperti terjadi saya iaitu IKLAN ADSENSE TIBA-TIBA HILANG ATAU IKLAN ADSENSE TIBA-TIBA TIDAK DIPAPARKAN. Lebih-lebih lagi jika anda tidak berkesempatan mengesahkan alamat surat menyurat anda.

Ini sahaja yang boleh saya kongsikan untuk anda sebagai pengalaman bersama dalam dunia blogging dan DUNIA ADSENSE. 

Doakan saya selamat dari dibanned atau selamat dari mendapat surat amaran dari Adsense. Sebagai pemegang akaun ADSENSE saya harus menjaganya dan mengikuti syarat-syarat ADSENSE yang ketat. Doakan kejayaan saya dalam dunia BLOGGING dan dunia ADSENSE.


Assalammualaikum. Terima Kasih.




It's Me

Foto saya

BLOGPRENEUR.  

Pencinta,  penjual dan penghasil produk dari bahan Semulajadi. 

Pengalaman perbankan, insurans & takaful. 

Sedang berusaha mengamalkan diet lebih sihat dan ilmu dalam pemakanan serta kesihatan juga keusahawanan. 

Founder Crunchy Flakes by QK,  Original Body Scrub, Hair Gone, Carboness Powder & BLACK SCRUB. 

Sebarang pertanyaan atau jalinan kerjasama sila email ke

qisyakhadeeja@gmail.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...