Alhamdulillah, saya berjumpa RESTORAN ARAB SEDAP seterusnya DI KUANTAN. Istimewanya RESTORAN ARAB , RESTORAN QASAR SABA ini , menu yang disediakan dan ditawarkan agak berbeza dengan RESTORAN ARAB, RESTORAN DALLAH, KUANTAN.
RESTORAN ARAB, RESTORAN QASAR SABA ,KUANTAN ini beroperasi setiap hari dari jam 12 tengah hari sehingga 12 Malam. Tutup ketika solat Jumaat dan buka kembali pada pukul 2 petang.
Banyak sekali menu yang ditawarkan di RESTORAN ARAB , RESTORAN QASAR SABA , KUANTAN ini, tetapi kerana kehabisan bateri, saya tidak dapat merakamkan segala menu yang ditawarkan disini.
Diringkaskan sahaja artikel ini , Restoran Arab ini memberi percuma lentil sup atau sup kambing dengan setiap pembelian sajian menu tertentu direstoran ini. Sup kambing atau lentil sup kosong sahaja yang diberikan percuma.
Walau bagaimanapun terdapat pilihan sup lain yang disediakan tetapi dengan harga yang ditetapkan. Setiap sup didatangkan dengan hirisan setengah biji buah limau nipis.
|
hanya menu ini yang sempat saya rakamkan. |
|
lentil soup atau lamb soup kosong dihidangkan percuma dengan hirisan limau nipis |
|
lamb arayes yang enak |
|
antara menu kegemaran kami |
|
menu wajib cuba Arayes |
Kami hanya memesan air suam sahaja, dan saya mengisi @ memerah lebihan limau nipis kedalam air suam saya sahaja.
|
adik saya menikmati nasi lamb maqluba |
|
lamb kabsha RM18 |
|
lamb kebab beserta mulawwah bread RM18 |
|
Lamb cubes beserta Mulawwah bread RM18 |
|
Roti Mulawwah yang besar , lembut dan sedap. Dibeiri percuma dengan hidangan lamb kebab dan lamb cubes |
|
lamb kabsa ini adalah kabsa paling lembut pernah dinikmati diKuantan, ayah saya menghabiskan sepinggan nasi dan kambing seorang diri, walau hidangan nasi disini amat banyak |
|
LENTIL SOUP BERHARGA RM6 |
|
masa untuk menikmati makanan |
|
saya sempat selfie bersama lentil soup |
Jika anda berada di Kuantan, dan tercari-cari RESTORAN ARAB dan MAKANAN ATAU SAJIAN ARAB YANG SEDAP DAN BERPATUTAN , anda patut mencuba menikmati MAKANAN ARAB disini. Ramai pelanggan cina yang datang menikmati sajian direstoran ini samaada seorang diri dan bersama keluarga.
RESTORAN ARAB, RESTORAN QASAR SABA ,KUANTAN tidak mengenakan sebarang service caj ekstra atau pun GST. Harga yang tertera adalah harga bersih. Sila datang bersama keluarga dan rakan tersayang segera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan