Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.
Ketika ini , saya masih menunggu surat dari GOOGLE ADSENSE UNTUK PENGESAHAN ALAMAT.
Sekaligus , IKLAN ADSENSE SAYA TIDAK DIPAPARKAN pada waktu terdekat ini untuk masa yang SINGKAT insyaallah.
Bermula pada JUNE 2015 tahun ini, saya berjaya mendapat AKAUN GOOGLE ADSENSE sebagai HOSTED ACCOUNT.
Hanya pada bulan JULAI 2015 , saya pandai meletakkan IKLAN ADSENSE DI BLOG saya. Itu pun hanya satu sahaja IKLAN ADSENSE.
Pertengahan bulan Julai 2015, barulah saya pandai meletakkan 2-3 IKLAN ADSENSE DIBLOG, kerana ketika mula-mula meletakkan IKLAN ADSENSE, saya ingatkan hanya boleh meletakkan satu iklan adsense sahaja.
Pada bulan JULAI 2015 ,ketika musim Perayaan Aidlfitri ,BLOG SAYA kurang dikunjungi. Ia makin meningkat perlahan-lahan pada BULAN OGOS setelah tamatnya perayaan Aidilfitri.
Jumlah penurunan agak mendadak, kebiasaannya ialah 800-1000 pengunjung untuk satu hari, dan kadang-kadang meningkat sehingga 1200 ke 1500 pengunjung satu hari.
Melihat kepada laporan AKAUN ADSENSE diatas..
Pada Bulan Julai 2015 PENDAPATAN ADSENSE saya ialah USD3.94 dengan kadar penurunan pengunjung dari anggaran 1000 orang sehari kepada 300 orang sehari sahaja.
Pada Bulan Ogos 2015 ialah USD5.68 dengan pengunjung dalam anggaran 500 orang sehari.
Pada Bulan September 2015, di awal minggu , blog ini telah menunjukkan peningkatan pengunjung kembali kepada jumlah normal iaitu 800 pengunjung dan keatas. Alhamdulillah.
Dan pada bulan SEPTEMBER 2015 ini, GOOGLE ADSENSE TELAH MENGINGATKAN SAYA UNTUK MENGESAHKAN ALAMAT untuk memudahkan PENGHANTARAN CHEQUE PEMBAYARAN dan mengelakkan alamat palsu , atau kaitan dengan pengganas, selain ia adalah peraturan BANK NEGARA MALAYSIA kerana ADSENSE kini boleh dijana melalui BAHASA MELAYU.
Walaupun buat sementara waktu IKLAN ADSENSE TIDAK DIPAPARKAN diblog inI sementara menunggu PENGESAHAN ALAMAT, saya tetap bersyukur, kerana sekurang-kurangnya saya tidak dibanned atau mendapat surat amaran dari ADSENSE.
Tidak apalah tidak dapat menjana PENDAPATAN ONLINE buat seketika dari GOOGLE ADSENSE, kerana peraturan ADSENSE ini turut MEMBERI KEBAIKAN KEPADA saya sebagai PEMILIK AKAUN ADSENE.
Jutaan terima kasih kepada SIFU ADSENSE TUAN HASRUL HASSAN , yang menjadi sumber rujukan saya, melalui blog beliau dan jawapan beliau dalam blog beliau juga facebook beliau sendiri.
Beliau adalah rujukan utama saya mengenai GOOGLE ADSENSE.
Jika anda juga masih baru dalam GOOGLE ADSENSE dan berminat belajar , CARA BUAT DUIT ONLINE , anda boleh menjadikan BLOG TUAN HASRUL HASSAN sebagai medan mencari ilmu. Terlalu lumayan ilmu di dalam blog beliau ini.
Sekian, sahaja perkongsian saya kali ini. Terima kasih.
3 ulasan:
Salam sis. Nasib baik naik balik bilangan visitor. Good luck ye. anyway, saya sudah follow blog sis.
try la.. belum cuba belum tahu. .diana..
tqvm radhia... done follow blog u... good luck..
Catat Ulasan