Khamis, 24 September 2015

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDULADHA





Assalammualaikum wbt.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDULADHA untuk semua umat Islam di seluruh dunia.

Mohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran kata saya yang menyingung atau mengasari anda selama saya menulis di blog ini atau di blog-blog lain.

Semoga kita belajar berkorban untuk mereka yang lebih susah dan mereka yang menyayangi kita serta yang kita sayangi.

Hargailah pengorbanan mereka yang telah berkorban untuk kita sebelum kita lahir sehingga kini.

Hidup ini bukanlah mengenai diri kita sahaja, tetapi juga mengenai insan lain dan makhluk Allah yang turut menumpang seperti kita di bumi Allah ini.

Walau apa pun yang ingin kita capai, kita tidak akan terlepas untuk melakukan pengorbanan, samaada dari segi masa, tenaga dan wang ringgit malah kadang-kala perasaan sendiri.

Walau apa pun jangan sekali-kali anda putus asa dengan kehidupan anda, kerana tanpa pengorbanan kita tidak akan mungkin berjaya dalam perhubungan, kasih sayang, jalinan siratulrahim atau perniagaan mahupun cita-cita dan impian kita.

Jauhi sifat tamak dan penting diri . Jangan selalu mengungkit pengorbanan kita terhadap anak-anak, suami, isteri, ibu, ayah , keluarga ,kawan-kawan, kekasih dan sebagainya.

Setiap apa yang kita lakukan dan korbankan hari ini pasti ada balasannya di dunia atau pun akhirat.

Tahniah buat anda yang melakukan korban pada tahun ini.

Juga tahniah untuk mereka yang sering berkorban untuk kebahagiaan insan lain atau makhluk sejagat.

Selamat Menyambut Hari Raya Eiduladha.

Maaf Zahir dan Batin.






2 ulasan:

Unknown berkata...

Selamat hari raya aidiladha :)

qisya khadeeja2 berkata...

selamat hari raya sharifah amarina..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...