Memaparkan catatan dengan label Other. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Other. Papar semua catatan

Sabtu, 30 Jun 2018

Aidilfitri 2018


1 Syawal 1438h 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Syawal 1438h berkunjung tiba,  alhamdulillah masih di panjangkan umur untuk meraikan kemenangan Ramadhan tahun ini. 

Kemeriahan tahun ini disambut ringkas,  seiring usia yang bertambah. Jika di zaman kanak-kanak inilah hari paling di nantikan. 


Raya Aidilfitri pertama di 2018


Agak lama blog tidak dikemaskini,  termasuk semakin berkurangan masa di beri kepada Blog menyebabkan Blog ini terlihat tidak aktif. 

Malah di instagram Qisya Khadeeja sendiri gambar makanan jarang dikongsikan. 

Ia bukan sahaja ketika Aidilfitri,  malah ketika bulan Ramadhan dan berbulan sebelum itu diet yang konon Eat Clean dan ingin dijaga semakin jauh ditinggalkan.  Jika dikira hampir setahun azam konon ingin Eat Clean makin kelaut.  Sukar untuk mempertahankan diet eat Clean ketika anda sering dihadap makanan enak,  malah lebih teruk jika penyakit malas memasak anda datang. 

Lebih-lebih lagi harus diakui masakan bukan Eat Clean jauh enak berbanding masakan Eat Clean yang sukar untuk dihabiskan dan dipaksa makan. 

Dari pelbagai makanan di bazar Ramadhan, makanan segera termasuk Pizza dan sebagainya turut dinikmati walaupun realiti makanan ini bukan makanan sihat malah penyebab pelbagai masalah kesihatan. 

Sedangkan saya yang mengetahui hakikat dan Info ini sekali pun tetap tewas dari menolak,  apatah lagi individu yang tidak pernah mengambil tahu Info ini. 


Syawal ke 10 tahun 2018 dan majlis akikah anak saudara ke 11

Hari raya Aidilfitri ke 10 pada tahun ini,  di adakan majlis akikah anak saudara saya ke 11, Syed Hassan iaitu anak pertama adik lelaki saya Imran yang berkahwin pada Syawal tahun lalu.

Semakin bertambah umur dan semakin bertambah ahli keluarga, sekaligus menambah keceriaan sambutan hari raya Aidilfitri bagi mereka yang berkahwin juga yang mempunyai keluarga. 

Tidak tahu bila akan bermula menjaga kembali diet dan pemakanan harian,  tentu sekali saya ada impian untuk itu. 

Insyallah saya akan kembali aktif menulis Blog dan mohon doa dari anda semua yang baik-baik. 

Selamat hari raya Aidilfitri dan maaf zahir dan batin untuk semua. 


Terima kasih. 

Isnin, 19 Februari 2018

Idea Aktiviti Masa Cuti @ Terluang



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Masa cuti atau hari minggu kebiasaannya akan diluangkan bersama keluarga, rakan-rakan atau insan tersayang.

Hari minggu juga ialah hari untuk memanjakan diri dan tubuh sendiri atau 'me time'.

Ramai lebih suka melakukan aktiviti sihat seperti bersukan, berjogging, mandi pantai, berjalan mengelilingi taman dan menikmati makanan diluar ketika cuti dan hujung minggu.

Selain aktiviti diatas melakukan aktiviti menyediakan stok untuk makanan sihat atau meal prep juga kebiasaannya turut dilakukan pada hari cuti atau minggu.

Kebanyakan suri rumah juga melakukan perkara yang sama, memasak stok yang banyak sebelum disimpan dan dibekukan di dalam peti ais. Perkara ini tentu jauh lebih menyenangkan, selain menjimatkan masa.

Hari cuti baru-baru ini, dihabiskan dengan mengukur lebih 20 biji kelapa hasil tanaman sendiri.

Oleh kerana ia kelapa gading atau jenis kecil, ia tidak sesuai menggunakan mesin kelapa yang tersedia dirumah. Asyik tercampak dan melukakan tangan, lebih-lebih lagi mata mesin kukur itu jenis besar atau untuk kelapa besar. Maka, kukur kelapa digunakan untuk mengukur 20 biji kelapa.

Hari pertama 10 biji kelapa, dan hari esoknya 10 biji kelapa lagi. Semua stok kelapa ini dikukur dan disimpan dalam peti.

Perbezaan ketara yang kelihatan apabila mengukur kelapa ini, tiada banyak sisa hampas kelapa kerana ia dicuci dan diambil habis dari matak kukur. Kelapa muda jauh lebih lembut dan lembab sekaligus amat sedap ketika dibuat lempeng kelapa.

Lebih-lebih lagi kelapa muda ini baru dipetik dan air kelapa juga terasa amat manis. Untuk petua lempeng kelapa muda sedap anda perlu gunakan air kelapa untuk bancuhan supaya ia lebih manis enak dan lemak.

Beberapa biji kelapa muda turut dikikis isinya dengan sudu dan dibuat smoothie buah-buahan bersama kelapa. Antara resepi smoothie kelapa yang dicuba ialah campuran smoothie kelapa muda dengan buah nenas pada hari pertama, dan hari kedua campuran kelapa muda dan mangga di hias buah goji berry. Memang sedap dan lemak. Anda patut mencubanya.

Stok kelapa muda dan kelapa yang hampir tua yang dikukur disimpan didalam peti ais. Mujur peti ais rumah ini ada 2, maka tiada isu tempat simpanan stok. Beberapa biji kelapa turut diberi ke beberapa buah jiran sebagai buah tangan.

Adalah lebih baik anda membeli kelapa dan kukur sendiri kerana ia lebih segar berbanding anda membeli santan kelapa yang anda sendiri tidak tahu kesegaran kelapa itu sendiri.

Jika anda melihat sendiri situasi di pasar-pasar, untuk penjimatan kos peniaga santan mencampurkan kelapa lama dan kelapa yang lebih elok untuk mengelakkan pembaziran.

Terlalu berbeza santan dan kelapa dipasar berbanding kelapa yang baru dipetik apa lagi kelapa muda.

Beberapa hari ini sarapan pagi saya hanya lempeng kelapa dimakan bersama gula perang, lempeng kelapa dicicah kari ayam organik. lempeng pisang kelapa, nasi lemak, lepat pisang dan pelbagai lagi resepi berunsur kelapa.

Kelapa ialah pokok tradisi yang kaya khasiat dan manfaat. Malah tempurung kelapa turut digunakan oleh saya (hanya beberapa biji) sebagai mangkuk smoothie dan mangkuk untuk bancuhan skrub dan lulur.

Cadangnya saya ingin membakar beberapa tempurung kelapa untuk dijadikan arang, namun ia memerlukan tempurung kelapa yang tua, namun ibu saya awal-awal telah membuangnya. Insyaalah ada rezeki akan datang saya sendiri akan membuat arang sendiri.

Banyak khasiat dan manfaat dari sepohon kelapa, saya akan menulis khasiat dari buah kelapa, air kelapa dan segalanya dalam artikel akan datang. Insyaallah.

Jika anda menanam pokok kelapa, jangan lupa manfaatkan ia dan selamat mencuba masakan berasaskan kelapa dari hasil tanaman sendiri juga air tangan sendiri.

Mengukur kelapa itu tidak sesukar mana walau ia untuk 10 biji janji kukur kelapa itu tajam.

Sempena baru belajar membuat video,  saya sengaja abadikan aktiviti dalam satu hari mengukur kelapa,  memasak lempeng kelapa dan membuat Smoothie kelapa ini dalam video ringkas di bawah.




Jangan pelik, ia diambil oleh saya sendiri menggunakan handphone,  maka hanya satu tangan sahaja nampak seperti mengukur kelapa,  sebenarnya saya menggunakan 2 tangan ok.


Sila terima hakikat saya masih baru belajar membuat video.

Terima kasih.




Rabu, 7 Februari 2018

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI MINYAK PATI, JUGA 10 KESILAPAN MINYAK PATI YANG ANDA PATUT ELAKKAN.



10 Info Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Menggunakan Minyak Pati Tulen


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Minyak pati ialah bahan asli dan semulajadi yang digunakan berkurun lampau dalam bidang meditasi dan perubatan malah masakan.

Minyak pati adalah unsur utama dalam kecantikan asli. Bahan semulajadi dari pati pelbagai tumbuh-tumbuhan ini adalah bahan utama penjagaan kecantikan dan kesihatan zaman berzaman dan digunakan bertahun lampau sama ada dalam perubatan yunani, Ayurveda, peradaban Mesir dan perubatan islam sendiri.

Kini terdapat ribuan minyak pati yang anda boleh dapati di pasaran. Apa yang membezakan sama ada ia betul-betul asli atau tidak.

Melihat video yang dikongsikan oleh DR.AXE mengenai minyak pati dalam video beliau bertajuk DANGERS OF Essential Oils : Top 10 Essential Oil Mistakes to Avoid, disenaraikan apa yang ditekankan oleh Dr.Axe mengenai minyak pati ini.

10 Kesilapan Yang Harus anda Elakkan Mengenai Minyak Pati

1. Anda fikir anda harus tahu segalanya mengenai minyak pati.

Kebanyakan inidvidu merasakan mereka perlu tahu semua perkara mengenai minyak pati sebelum mula menggunakan minyak pati dalam kehidupan mereka untuk kesihatan, kecantikan juga penjagaan diri.

Dr.Axe mengesyorkan untuk anda bermula dengan ilmu mengenai 5 jenis minyak pati iaitu :-

  • Minyak pati frankincense (luban atau kemenyan arab)
  • Lavender
  • Lemon
  • Peppermint
  • Tea tree


2. Memberi Informasi dan Penerangan yang Salah

Minyak pati ialah ‘potent’. Ia bermaksud powerful form atau minyak pati dari bahan semulajadi yang berkuasa dan pekat dari penghasilan ekstrak tumbuhan yang banyak. Ia mempunyai kimia tertentu. Jika ia salah digunakan ia akan memberi kesan sampingan kepada tubuh mengikut jenis minyak pati itu sendiri. Paling penting anda harus ada asas dalam penggunaan minyak pati dan bijak menyesuaikan dengan tubuh dan cara hidup anda.

3. Anda Mengabaikan Kualiti Minyak Pati

Ditegaskan dan diulang beberapa kali. Kualiti minyak pati adalah berbeza dari satu jenama ke satu jenama. Terlalu banyak minyak pati yang dilabelkan 100% semulajadi namun realitinya berbeza. Bayangkan anda boleh mendapatkan minyak pati dengan harga yang murah sedangkan jika anda selidiki untuk mendapatkan sebotol minyak pati 5ml memerlukan ribuan Bunga dan buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan.

Anda juga harus peka adalah tumbuh-tumbuhan itu disembur racun atau tidak. Bagaimana proses ekstrak pati minyak pati tersebut dan pelbagai faktor lain yang harus diambil kira.

Terlalu banyak minyak pati fake atau palsu di pasaran yand dicampur bahan lain. Belajar cara mengenal dan mendapatkan minyak pati yang berkualiti. Asas paling utama nama syarikat, founder, lading mereka dimana, cara tanaman dan pengekstrak yang dilakukan untuk mendapatkan mnyak pati.


4. Menggunakan Minyak Pati Sensitif kepada cahaya matahari ketika siang hari

Sila pastikan anda mengelakkan menggunakan minyak pati ini ketika berada di panahan cahaya matahari jika anda tidak ingin kulit anda sunburn atau mengakibatkan alergi yang tidak diingini. 

Pastikan anda hanya menggunakan minyak pati ini pada waktu malam sahaja.

  • Lime atau limau nipis
  • Orange atau oren
  • Bergamot atau bergamot
  • Grape fruit atau limau gedang
  • Cumin atau jintan putih


5. Menggunakan Semua Minyak Pati Dengan Cara Yang sama

Harus diingatkan disini tidak semua minyak pati boleh digunakan dengan cara yang sama.

Bukan semua minyak pati boleh digunakan untuk dalaman. Tidak semua boleh digunakan dalam makanan atau masakan.

Tidak semua boleh digunakan untuk jangka waktu lama dan ada yang hanya boleh digunakan untuk waktu terhad atau pendek sahaja.

Tidak semua minyak pati boleh digunakan terus ia harus dibancuh terlebih dahulu kecuali minyak pati itu ialah minyak pati yang telah sedia diadun atau blend essential oil.

Tidak semua minyak pati boleh digunakan terus ke kulit walaupun minyak pati tersebut ialah ramuan untuk kecantikan kulit.


6. Menggunakan Minyak Pati Terlalu Lama dan Dalam Jangka masa lama

Anda hanya boleh menggunakan diffuser yang user friendly atau mudah diguna pakai dan dirancang untuk 8 jam. Elakkan lebih dari jangka masa 8 jam ini.

Jika anda menghidu secara terus pastikan ia tidak lebih dari 5 minit.

Sesetengah minyak pati tidak digalakkan digunakan untuk dalaman dan secara terus untuk jangka masa yang lama. Sila ambil perhatian jenis minyak pati ini.


7. Anda Berfikir Bahawa Minyak Pati SELAMAT untuk Binatang Peliharaan

Realitinya tidak semua minyak pati selamat untuk haiwan kesayangan anda. Sila GOOGLE dahulu sebelum anda menggunakan minyak pati tertentu kedalam diffuser jika anda mempunyai haiwan kesayangan sama ada kucing atau anjing .

Minyak ini sama sekali tidak disyorkan jika anda mempunyai binatang peliharaan :-

  • Birch
  • Clove
  • Oregano
  • Tea tree
  • Tyme
  • Wintergreen


Minyak PATI jenis ini selamat untuk anjing :-

  • Lavender
  • Frankincense
  • Helichrysum


8. Anda Menggunakan Dan Merasakan semua minyak pati selamat digunakan oleh golongan Dewasa Dan Kanak-kanak

Tidak semua minyak pati selamat digunakan keatas kanak-kanak. Contoh minyak yang harus dielakkan keatas bayi dan kanak-kanak ialah lemongrass dan oregano. Sila elakkan dan jauhkan ia dari kanak-kanak.

Sesetengah minyak pati harus di guankan secara berbeza seperti harus di dilute (Campurkan dalam carrier oil seperti minyak zaitun atau minyak kelapa dara), dan harus diletakkan dibahagian tertentu ditubuh. Ada bahagian sesetengah tubuh juga tidak boleh diletakkan jika ia masih bayi dan kanak-kanak.


9. Tidak Menggunakan Minyak Pati Lansung Ketika Mengandung kerana Bimbang dan Takut


Anda harus tahu bahawa beberapa jenis minyak pati juga boleh menyebabkan :-

  • Konstraksi
  • Menyebabkan keguguran atau pendarahan
  • Menganggu hormone termasuk estrogen


Minyak pati berikut harus dielakkan ketika mengandung :-

  • Cinnamon
  • Clove
  • Birch
  • Clary sage
  • Fennel
  • Wintergreen
  • Myrrh


10. Tidak Mengemaskini Diri anda dengan latihan atau ilmu mengenai minyak pati

Jika anda bercadang menjual atau mempromosikan minyak pati pastikan anda menghadiri beberapa latihan atau kelas mengenai cara dan penggunaan minyak pati.

Alternative lain anda boleh menambah ilmu dengan membaca pelbagai blog dan melayari youtube. Ilmu dan pengguanan Minyak pati tidak sesukar yang anda bayangkan . Adalah disyorkan, anda mengoogle setiap nama minyak pati atau baca buku rujukan minyak pati yang diberikan sebelum anda menggunakan minyak pati tersebut.

Pengalaman Saya sebagai Pengguna Minyak Pati Young Living Oil dan kini sebagai perunding Minyak Pati Young Living Essential Oils

Belajar menggunakan minyak pati asli dari jenama YOUNG LIVING atau Young Living Essential Oil semenjak 2015, ketika itu menghadapi masalah eczema dan mengharung proses Topical Steroid Withdawal (TSW), minyak pati pertama yang saya beli ketika itu ialah minyak pati lavender.

Ia harus dicampur carrier oil (anda boleh pilih sama ada ingin menggunakan jojoba oil, minyak zaitun, minyak kelapa).

Pada masa itu harga minyak pati lavender 15ml Young Living Essential Oil ialah dalam anggaran RM99 ke RM128 sebotol 15ml ia berubah harga seiring kenaikan USD ketika itu.

Ia agak mahal jika dilihat pada 15ml namun anda hanya memerlukan 10 titik minyak pati lavender untuk dicampurkan dalam botol 30ml bersamaan 15ml itu saya boleh gunakan untuk 500 ml minyak kelapa dara.

Bagi anda yang tidak tahu, minyak kelapa dara meninggalkan bau tengit pada baju jika dipakai, apabila menambah minyak pati lavender ini ia mengurangkan bau tengik sekaligus minyak pati lavender juga terkenal dalam merawat masalah kulit termasuk alergi dan eczema.

Setelah habis satu botol, saya membeli satu botol lagi minyak pati lavender , kemudian minyak pati lemon dan seterusnya minyak pati stress away.

Setelah menggunakan minyak pati ini dan berpuas hati serta rajin membaca dan melakukan research mengenai jenama YOUNG LIVING ESSENTIAL OILS, saya akhirnya menjadi ahli dan bercita-cita menjadi salah seorang perunding Berjaya untuk jenama Young Living Oils ini.

Saya akan menulis lebih banyak artikel mengenai minyak pati, keistimewaan dan cara penggunaan minyak pati ini dalam lebih banyak artikel akan datang.

Jika anda berminat menggunakan minyak pati ini dan ingin membeli minyak pati YOUNG LIVING ESSENTIAL OIL ini anda boleh terus whatapps ke

016 276 2636


Untuk pembelian dan konsultansi.

Ingin ditegaskan disini, ketika ini terdapat terlalu banyak produk fake atau tiruan dipasaran termasuk produk YOUNG LIVING ESSENTIAL OILS.

Sila jauhkan produk tiruan dan fake ini. Pihak IBU Pejabat Young Living Essential Oils telah meletakkan harga standard untuk ahli dan harga dipasaran adalah berbeza dan lebih murah dari harga ahli ini belum termasuk kos pengeposan kepada ahli.

Adalah tidak logic harga seperti itu dijual dipasaran terutama secara atas talian. Ahli Young Living Essential Oils hanya dibenarkan meletakkan harga paling rendah dengan tambahan 10% dari harga asal.

Anda harus tahu kesan menggunakan produk tiruan pada kesihatan.

Terima Kasih.



Selasa, 5 Disember 2017

REVIEW BUKU: BERFIKIR GAYA TRUMP



Buku , BERFIKIR GAYA TRUMP , tulisan Nazri Kadir


Assalammualaikum dan salam sejahtera

Untuk artikel kali ini saya memilih untuk berkongsi review buku yang telah lama ditulis oleh penulis terkemuka NAZRI KADIR iaitu BERIKIR GAYA TRUMP.

Buku Berfikir Gaya Trump tulisan Nazri Kadir ini di tulis dan diedarkan pada tahun 2010.

Apa yang paling jelas, segala yang ditulis didalam buku ini , semakin galak diajar dan diberi didikan kepada orang muda di facebook oleh pelbagai sifu dan coach pada tahun 2017.

7 tahun setelah buku ini diterbitkan dan dibaca.

Antara yang ditekankan dalam buku, BERFIKIR GAYA TRUMP tulisan Nazri Kadir ini ialah :-

1.       Bagaimana kita haruangs lakukan perkara yang kita cintai. Amat penting untuk kita sentiasa bermotivasi dan bijak mengawal kuasa minda sendiri.

2.       Sentiasa berfikiran positif baik ketika jatuh, ketika gawat, ketika sakit, ketika gagal dan ketika kecewa.

3.       Wajib berfikiran realistic. Tidak kira betapa positifnya diri kita , kita harus realistik dan sentiasa berkeyakinan tinggi.

4.       Tidak perlu membuktikan pada dunia atau orang lain. Paling utama anda harus membuktikan pada diri sendiri . Kita adalah apa yang kita fikirkan. Ini jelas menunjukkan betapa berfikiran positif amat ditekankan dalam buku, Berfikir Gaya Trump ini.

5.       Setiap manusia yang Berjaya, biasa gagal beberapa kali, termasuk Trump. Buku ini menjelaskan bagaimana Trump bangun dari kegagalan dan belajar dari kegagalan beliau untuk kejayaan besar seterusnya.

6.       Realitinya , zaman digital, perubahan akan sering berlaku. Maka kita wajib sedia berubah bila-bila masa supaya tidak ketinggalan. Trump adalah antara pemimpin dan usahawan yang sedia berubah walaupun mempunyai prinsip sendiri, beliau sanggup berubah mengikut keadaan semasa.

7.       BERFIKIR GAYA TRUMP, turut mengajak anda belajar mengikuti cara Trump yang menjadikan masalah sebagai latihan minda dan bagaimana kita haru menguruskan masalah dan tekanan.

8.       Dalam setiap apa yang dilakukan, ilmu adalah perkara paling penting dan menentukan perjalanan kejayaan seseorang sama ada cepat atau lambat. Trump tidak pernah berhenti mencari dan mendalami ilmu. Ilmu yang kerap beliau cari dan gali ialah ilmu Keusahawanan dan perniagaan.

9.       Antara tajuk paling menarik dalam buku, BERFIKIR CARA TRUMP, ialah Trump Dan Ciri-ciri Usahawan. Antara factor utama ialah kejayaan usahawan ialah mereka bijak memperoleh dan memproses maklumat. Pakar dalam membina pangkalan data dan memiliki data-data penting . Pada zaman digital kekuatan data dan maklumat amat berguna dalam perniagaan.

10.   Di dalam buku, Berfikir Cara Trump ini juga turut ditekankan betapa pentingnya perudingan dalam menjalankan perniagaan dan betapa perundingan itu adalah satu kesenian. Usahawan harus bijak berunding dan Trump amat bijak dalam hal ini.

11.   Perkara yang semakin kerap dibicarakan dalam dunia digital ini ialah, Penampilan dan Personaliti. Penampilan yang menarik dan personality tersendiri akan membuahkan rasa percaya dan membantu membina imej yang baik di mata masyarakat dan golongan sasaran. Personaliti Trump telah membina imej yang berkualiti dan dipercayai. Ini kerana Trump sendiri sentiasa mementingkan kualiti. Malah TRUMP sendiri merupakan sebuah jenama. Apabila menyebut nama TRUMP , bakal pembeli dan golongan sasaran sudah dapat membayangkan bagiamana ciri dan kualiti yang diberikan dari Jenama TRUMP tersebut.

Setelah merujuk sekali imbas, buku BERFIKIR GAYA TRUMP ini, penulis merasa sedikit sesal kerana lambat membaca buku yang telah dibeli oleh adik penulis semenjak tahun 2010 ini lagi.

Ini jelas menunjukkan bahawa, buku berbahasa Melayu dan penulis melayu sendiri bijak dalam penulisan mudah faham dan bermotivasi.

Kini penulis buku, Berfikir Gaya Trump turut menghasilkan 2 buah buku lagi mengenai Trump.

Jika anda mencari buku motivasi dan bercita-cita menjadi usahawan Berjaya anda boleh mendapatkan buku , BERFIKIR GAYA TRUMP tulisan Nazri Kadir ini di kedai buku berhampiran.


Terima kasih.








Sabtu, 2 Disember 2017

Berhenti Ikut-ikutan


Jangan kerana melihat kawan anda asyik minum teh hijau, beliau semakin kurus,  anda juga ikutkan cara beliau tanpa menyesuaikannya dengan tubuh sendiri 


Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Kini menulis bukan untuk saja-saja atau suka-suka. 

Blogging bukan untuk main-main. 

Cukuplah membuang masa tanpa fokus dan agenda.. 

Waktu yang semakin pantas berjalan.  Pengalaman yang semakin mengajar diri membuatkan bahawa,  ia bukan masa sekadar mengikut orang lain. 

Suatu waktu dahulu.  Kawan ada Blog,  minta Blogging terus ikut. 

Kawan melabur dalam saham,  lihat beliau untung,  juga ikut. Langsung tanpa ilmu. 

Kawan-kawan syarikat join pelaburan yang tidak tahu ialah skim cepat kaya,  pun ikut. 

Banyak sungguh yang diikuti namun tidak menjadi.. 

Terjun diri dalam bidang niaga Online dan off line. 

Jual Crunchy Flakes by QK. 

Beli bahan-bahan hantar di pelbagai restoran dan kedai. 

Bulan pertama hingga ketiga laku keras,  masuk bulan seterusnya semakin berbaki.

Stok tidak laku.  Bahan mentah tidak digunakan dan expired dibuang. 

Ia itulah berniaga ada untung rugi.  Dan sehingga kini anda akan tetap merasakan ia. 

Dari belajar dari resepi insan lain dan olah resepi berlainan sedikit ke arah lebih sihat. 

Semakin cerdik mengenali makanan proses dan tidak proses. 

Maka emping Jagung ialah bahan makanan proses dan apabila ia diproses bermaksud tinggi gula,  agak tidak sesuai dengan prinsip maka fokus diberikan kepada produk yang digunakan sendiri dan bahagia serta gembira menggunakan ia. 

Maka Original Body Scrub diperkenalkan. 

Ia seterusnya di iringi dengan produk seterusnya. 

Kajian dan eksperimen terus dijalankan hari demi hari. 

Ketika semakin meningkat lambakan produk dengan tagline Semulajadi dan organik. 

Tanpa melihat segala bahan-bahan yang digunakan. 

Apa yang paling penting,  jangan sesekali ikut orang lain. 

Ada pendapat yang boleh didengar.  Ada pendapat boleh diterima pakai. 

Namun yang membuat keputusan adalah diri sendiri. 

Pengalaman banyak mengajar kita. Namun hanya kita sahaja yang tahu realiti sebenar. 

Namun ada satu yang benar. 

Ada waktunya,  asal dari main-main dan suka-suka,  akhirnya jadi bersungguh minat dan yang membawa kita kepada kejayaan sebenar. Insyallah. 

Kita boleh mengikut, namun perlu dengan ilmu. 

Semoga kita akan kekal positif dan bersemangat setiap hari.

Terima kasih. 




Jumaat, 24 November 2017

Tekanan


Makanan turut melibatkan emosi dan otak 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Tekanan.  Tanpa tekanan bukan hidup namanya. 

Tekanan juga penting untuk memotivasikan kita.

Malah tekanan juga bagus untuk tubuh dan otak untuk jumlah sedikit. 

Ia membantu anda lebih berfikir dan bermotivasi dengan cara yang betul jika anda pandai menguruskan tekanan. 

Perasaan ketika tertekan dan ingin makan benda mengarut selalu ada. 

Ada yang tertekan terus tiada selera untuk makan dan minum. 

Kebiasaannya ketika tertekanlah,  diet semakin ke laut. 

Malah mereka yang sakit semakin sakit. 

Mereka yang ingin berdiet sihat semakin ke laut. 

Mood memasak tiada. 

Mood ingin makan luar sahaja ada walaupun ketika hujung bulan,  bukan minggu gaji. 

Realitinya makanan tidak sihat akan menyebabkan emosi anda lebih tidak keruan. 

Sedangkan emosi yang tidak stabil,  memerlukan makanan sihat yang boleh membantu otak mengawal emosi. 

Sayangnya ramai ketika tertekanlah, akan makan yang bukan-bukan. 

Pengalaman mengajar,  jika menikmati makanan bukan-bukanlah,  emosi semakin tidak stabil, idea tidak kunjung tiba. Malah mood bekerja dan mencari idea juga semakin hilang dan kabur. 

Semangat yang membuak-buak hilang begitu sahaja. 

Semua makanan yang kita makan dan amal, melibatkan emosi dan otak juga semangat harian anda. 

Cuaca yang mendung juga ada waktunya akan menyebabkan anda malas dan tidak bersemangat. 

Ada kajian mengatakan cahaya matahari pagi yang kaya vitamin D amat bagus untuk menceriakan hari anda,  dan memberi semangat terutama ketika anda tertekan. 

Tidak hairanlah mengapa mereka yang menghadapi masalah dan sering murung digalakkan keluar dan menikmati cahaya matahari pagi, dan berjalan-jalan mengambil angin untuk menambah semangat dan membangkitkan emosi. 

Ketika anda tertekan cuba cari buah-buahan segar. 

Ia buah-buahan segar juga semakin mahal seiring kenaikan minyak dan kos sara hidup.

Pilih sahaja buah tempatan kampung yang lebih murah dan selamat. Pilih banyak warna buah-buahan. Setiap warna membantu anda dari pelbagai khasiat dan membantu memberi mood gembira. 

Jika anda terikat dengan Budget, hanya makan makanan sihat, jauhkan makanan proses. Lebih bagus anda berpuasa. 

Insyallah,  tekanan anda semakin berkurangan.

Rajin mendekatkan diri dengan Allah dan ilmu pengetahuan. 

Strategi dan ilmu amat penting. 

Mohon sentiasa dari Tuhan dan jangan lupa doa di jauhkan Stress dan di beri semangat dan kekuatan dalam setiap ujian. 

Hargailah tekanan. 

Tanpa tekanan,  anda tidak akan berubah menjadi lebih hebat. 


Terima kasih. 





Selasa, 19 September 2017

Kesan Negatif Media Sosial


Media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram mempunyai kesan sampingan tersendiri 


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Zaman millennium ini,  social media adalah antara medan manusia berhubung. 

Tidak dinafikan social media banyak membantu dari segi promosi dan perhubungan. 

Malah ada yang bertemu jodoh dan bidang rezeki bermula dari media sosial. 

Namun dalam baiknya media sosial serta kuasa media sosial. 

Tetap terkandung kesan buruk yang tidak disedari. 

Antara paling ketara,  ialah ketagihan untuk melayari media sosial. 

Jika anda tergolong golongan yang kecewa kerana gambar atau status anda kurang mendapat like dan ketagih like dan komen maka anda antara yang terkena sindrom social media effect.

Selain itu tingkah laku anda yang 24 jam bersama telefon bimbit dan asyik melayari Facebook dan instagram untuk mengetahui update terbaru malah mengulang melayari benda yang sama dalam satu hari juga bermaksud anda mengalami ketagihan media sosial yang serius. 


Lebih dasyat lagi jika bangun sahaja dari tidur perkara pertama yang anda lakukan ialah melayari social media juga adalah tanda ketagihan anda di tahap melampau. 

Ramai yang sibuk melayari media sosial sehingga terlupa jalinan hubungan sebenar yang terjalin di dunia luar.

Jalinan hubungan di media sosial tidak seperti yang anda gambarkan. Ramai individu yang tertipu dengan hubungan dan folower yang ramai baik di Facebook,  instagram mahupun Twitter. 

Realitinya hubungan seperti ini mungkin mengakibatkan anda kehilangan kehidupan sebenar dan hidup dalam dunia media sosial yang kebanyakannya adalah 'drama'  semata-mata. 

Andai anda langsung tidak boleh tidak mengemaskini status mengenai perasaan anda dan apa yang sedang anda lakukan dalam sehari dan ketagih melakukannya. 

Ini jelas menunjukkan anda ketagihan perhatian dan mengalami kesan buruk dari penggunaan sosial media. 

Malah anda akan tertekan jika mengalami kesukaran ketiadaan line Internet atas alasan tidak dapat melayari laman web dan sosial media. 

Harus ditekankan disini ia berbeza dengan media sosial yang anda gunakan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan perniagaan dan kerjaya anda. 

Terdapat KPI dalam penggunaan Facebook dan sosial media lain terutama dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan. 

Untuk perkara berkaitan perniagaan dan perkhidmatan dan melibatkan imej perniagaan dan jenama,  ia tidak dikira untuk kes ini. 

Perkara paling ketara kesan negatif dari sosial media ialah anda membezakan hidup anda dengan insan lain dalam Facebook,  instagram,  twitter dan sebagainya. 

Tidak cukup itu,  anda juga turut membezakan personaliti pasangan anda dengan pasangan lain dan membuatkan hubungan realiti terjejas hanya kerana paparan di sosial media. 

Paling ditakuti,  ketagihan media sosial juga boleh mengakibatkan perasaan cemburu dan dendam yang boleh membawa bencana dan bahaya kepada pihak lain dan diri sendiri. 

Malah kajian juga menunjukkan mereka yang kerap melayari sosial media sering mengalami depresi yang melampau. 

Harus diingatkan disini.  Tidak semestinya anda mempunyai ramai kawan di social media menunjukkan kehidupan sosial anda semakin bagus dan anda mempunyai ramai sahabat. 

Rakan di sosial media adalah rakan visual yang tidak sesekali akan sama dengan rakan di dunia realiti. 

Jika anda masih kekal tidak mampu berenggang dengan sosial media anda, sila lakukan sesuatu. 

Tidak salah mempunyai sosial media terutama jika anda inginkan kemas kini berita dan ilmu tertentu namun pastikan ia tidak mengakibatkan ketagihan sehingga privasi anda turut terganggu dan mengakibatkan anda depresi. 

Banyak artikel yang ditulis kesan bahaya sosial media. 

Antara artikel popular adalah di link berikut



Semoga kita semua bijak dalam menggunakan teknologi media sosial.

Harus diakui setiap benda ada baik dan buruk. 

Kita sama-sama ambil yang baik dan berusaha tinggalkan yang buruk. 

Terima kasih. 




Masa untuk DuckDuckGo


Laman web DuckDuckGo melalui telefon bimbit 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Penguasaan sesuatu syarikat akan mengakibatkan monopoli sekaligus mengancam pihak lain yang bergantung kepadanya. 

Ini juga berlaku kepada Google. 

Sebuah enjin carian dan syarikat Internet yang memonopoli enjin carian dan pelbagai lagi. 

Semakin kerap muncul kontroversi mengenai Google di artikel dalam kebanyakan Blog kesihatan dan kesedaran. 

Antara artikel yang popular ialah artikel di link di bawah 


Seiring penguasaan,  monopoli Google dan pergantungan billion pengguna kepada Google,  semakin banyak kontroversi yang perkembangan yang agak tidak sihat untuk pengguna setia Google. 

Artikel sebelum ini turut menceritakan 40 laman web yang dihilangkan dalam carian Google. 

Tentu anda sendiri sedar,  tentu ada 'udang di sebalik batu'  jika perkara seperti ini terjadi dan cuba disorokkan. 

Anda boleh membaca artikel mengenai perkara ini di link di bawah yang ditulis khas di Blog ini


Tahukah anda dikatakan bahawa Google kini dikatakan bekerjasama dengan institut atau syarikat dadah dalam mempromosikan ubat untuk mengurangkan depresi atau tekanan dengan menggunakan dadah?. Anda boleh membaca Info selanjutnya dengan lebih mendalam di artikel di link ini 


Google juga dikatakan menggunakan teknologi menjejak penggunaan pengguna Google dari segi carian, Email dan sebagainya yang datang dari produk Google termasuk penggunaan Internet dan sosial media. 

Mungkin bagi sesetengah individu ini perkara biasa. 

Lebih menyenangkan kerana pihak Google memahami kehendak pengguna carian berdasarkan pengalaman penggunaan sebelum ini,  namun ada banyak perkara 'besar' yang akan dikembangkan dengan perkara yang mungkin kecil bagi pendapat sesetengah pihak. 

Agak tidak selamat bagi anda yang mementingkan privasi dan kesan jangka panjang dan masa hadapan yang langsung tiada privasi dan kuasa monopoli. 

Sebagai pencegahan dan mengurangkan kuasa monopoli,  masa untuk anda mula menggunakan enjin carian DuckDuckGo. 

Ini adalah alamat  laman web carian  bagi DuckDuckGo 


Anda boleh terus ke enjin carian ini dan meletakkan enjin carian ini terus di bahagian desktop dan terus install browser DuckDuckGo di telefon bimbit anda. 

Malah jika anda melayari laman web DuckDuckGo. 

Ayat pertama yang akan anda baca ialah

We don’t store your
personal information. Ever.

Our privacy policy is simple:
we don’t collect or share any
of your personal information.


Sesuatu yang harus disyukuri dan tidak boleh diambil mudah. 

Sebagai Blogger yang menggunakan Blogger sebagai medan menulis Blog. 

Tidak disangkal lagi ada perkara yang memberi keuntungan harus digunakan seperti membuat duit melalui penulisan Blog dengan kewujudan Google Adsense yang membayar dalam mata wang USD. 

Ia tidak bermakna anda meninggalkan terus Google. 

Ia bermaksud anda harus bijak dalam menyoal dan memilih yang terbaik untuk masa hadapan dan jangka panjang sekaligus melindungi privasi dan kepentingan anda di masa akan datang. 

Jika anda rasa ia penting,  mula menggunakan enjin carian DuckDuckGo segera menggantikan Google. 

Saya telah menggunakan carian ini dan ia tidak kurang lebih dari enjin carian Google. 


Semoga artikel ini membantu membuka sedikit mata anda untuk mengetahui bahaya monopoli dan mengapa privasi amat penting.

Dan sesiapa privasi amat penting,  anda akan mengakuinya apabila ia terjadi pada anda. 

Terima kasih. 







Selasa, 12 September 2017

Berita Dunia Kesihatan Holistik ( Semulajadi )



Perkongsian link artikel di Facebook Qisya Khadeeja 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Dunia Kesihatan sering berubah. 

Info dan kajian baru semakin di kemaskini. 

Semakin banyak hasil kajian menunjukkan kebaikan makanan Semulajadi dan lemak yang baik. 

Malah kajian terbaru juga menunjukkan bahawa kopi yang sering di war-warkan tidak bagus kerana kafein juga semakin menunjukkan betapa penting kopi asli sebagai minuman untuk kesihatan.  

Tinggalkan sebentar bab hasil kajian terbaru dan keajaiban setiap ciptaan tuhan. 

Untuk artikel kali ini lari dari artikel yang sering di kongsi di Blog ini, ini berita yang harus anda peminat bab kesihatan ketahui. 

Mengenai apa yang terjadi dalam dunia Holistik atau kesihatan Semulajadi yang semakin menjadi-jadi diterima oleh masyarakat dunia terutama di kalangan intelektual dan terpelajar terutama golongan Milenial.

Malah dapatan kajian dan kaji selidik tahun 2016 menyenaraikan hampir 100 doktor paling berpengaruh di Amerika Syarikat kini di kalangan doktor Holistik Yang semakin menggalakkan pemakanan dan rawatan Semulajadi. 

Tahukah anda,  kini di carian Google mengenai rawatan secara Semulajadi dan pemakanan kesihatan asli semakin di 'sembunyikan'  di Google. Ini termasuk Blog-blog kesihatan doktor  Holistik berpengaruh di Amerika Syarikat.

Malah penulis sendiri pernah melakukan carian dan berjumpa artikel yang bertahun di baca namun ketika merujuk di link jurnal kajian.  Jurnal kajian itu telah hilang.  Sama ada ia telah dibuang atau tidak lagi valid itu di luar pengetahuan penulis,  namun perkara itu tidak terjadi sekali dua.

Sebagai peminat Blog kesihatan mungkin tiba masanya anda terpaksa mengingati sepenuhnya nama penuh laman web atau Blog kesihatan yang anda gemari dan percayai,  bimbang selepas ini jika anda Google ia tidak lagi di temui di carian Google.

Untuk rujukan link artikel Link Kesihatan dan pelbagai lagi yang di sorok dan di hilangkan di carian Google anda boleh merujuk artikel di link ini  https://www.healthnutnews.com/bookmark-this-over-400-links-google-doesnt-want-you-to-visit/

Tidak cukup dengan alamat Blog dan laman web yang di 'sembunyikan'  dan dihilangkan oleh Google,  lebih menggemparkan lagi kini semakin ramai pejuang pemakanan dan rawatan Holistik meninggal dunia dalam 18 bulan lepas terutama pejuang ternama.  Malah jumlah ini kini meningkat kepada 30 orang. Anda boleh membaca mengenai beberapa nama pejuang dan kesihatan Holistik yang meninggal dunia di artikel di link ini http://yournewswire.com/holistic-author-big-pharma-dead/.

Terdapat pelbagai perkara dan berita yang berlaku di dunia kesihatan Holistik.  Namun tidak ditulis dan dipaparkan di media sosial dan media massa.

Malah ada banyak perkara yang mungkin luar dari pemikiran untuk difikirkan.

Jika anda adalah pembaca setia dan pemerhati yang tajam anda tentu lebih dari tahu permainan pelbagai industri besar di akhir zaman ini.

Rajinlah membaca,  mencari maklumat untuk diri anda dan orang tersayang.

Terima kasih.



Rabu, 6 September 2017

Pelbagai Info Dari Buletin Persatuan Pengguna Pulau Pinang


Antara Buletin Utusan Pengguna dan paparan laman web Persatuan Pengguna Pulau Pinang 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Zaman millennium ini,  informasi berada di hujung jari.

Anda boleh membaca pelbagai Info kesihatan di kebanyakan Blog kesihatan tulisan doktor holistic dan moden dari luar negara dan kebanyakannya dalam bahasa Inggeris.

Malah tulisan dan artikel tulisan mereka kebiasaannya panjang dan kebanyakan dari golongan yang ingin cepat menghabiskan pembacaan,  jarang melawat artikel panjang seperti ini.

Bagi golongan yang cenderung inginkan Info dari Blog berbahasa Malaysia,  agak sukar untuk berjumpa Blog yang cenderung memberi informasi yang terkini dan penuh maklumat.

Anda boleh membaca Blog berbahasa Inggeris dengan menggunakan Google translate namun sesetengah artikel sukar di fahami.

Bagi anda yang ingin mencari maklumat dan berminat untuk membaca serta terbuka dengan Info terkini kesihatan dan 'drama'  di sebaliknya,  pilihan lebih mudah dari anda terpaksa mengoogle dan terus ketinggalan info terkini.

Anda boleh melayari laman web Persatuan Pengguna Pulau Pinang  di

www.pengguna.org.my

Anda boleh membaca sedikit perkongsian Info yang dikongsi di laman Sesawang milik Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Selain itu anda juga boleh mendapatkan buku-buku keluaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang yang turut dijual secara atas talian atau Online dan kedai buku terkenal seperti kedai buku Popular.

Untuk mendapatkan informasi terkini mengenai maklumat kesihatan,  kewangan,  perbankan dan pelbagai lagi.

Anda digalakkan untuk melanggan Buletin Pengguna.

Untuk setahun bayaran Buletin Pengguna hanya RM12.  Di mana anda akan mendapat 6 naskhah Buletin Pengguna  (2 bulan 1 cetakan berharga RM2 sahaja).

Pelbagai Info mengenai berita kesihatan dan maklumat penting pengguna yang anda akan ketahui dan juga anda juga akan lebih mengetahui hak anda sebagai pengguna dan memperjuangkan hak anda.

Hanya download borang langganan.  Sediakan wang pos dan poskan sahaja ke alamat pejabat Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan Email yang disediakan di borang langganan untuk terus berhubung melalui Email untuk maklumat lanjut.

Kita adalah apa yang kita baca.

Apa yang kita minat dan apa yang kita usahakan.

Pelbagai Info menarik dan kesedaran akan anda perolehi jika anda terus rajin membaca dan mencari maklumat.

Berikan sokongan anda kepada Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Dengan melanggar Buletin Pengguna yang di keluarkan untuk memperkukuhkan hak anda dan generasi seterusnya sebagai pengguna demi untuk kesihatan baik tubuh dan mental.

Biar ada sedikit perubahan dari tiada langsung.

Semoga anda akan membantu diri anda dengan mencari Info terkini dengan maklumat tanpa berat sebelah dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang.


Terima kasih.






Rabu, 9 Ogos 2017

Pengalaman Membeli Belah di Signature Market


Komunikasi dan perkhidmatan yang pantas dari Signature Market dan Ninja Van
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini

Beli Produk Semulajadi di Signature Market

Setelah selamat membeli produk Soba Noodle Organik dan terpilih untuk mendapatkan percuma Chocolate Chips cookies yang di tawarkan untuk promosi 3 hari belian dari 4-6 Ogos lalu melalui belian secara Online.

Akhirnya belian saya dari Signature Market selamat tiba hari Selasa (semalam).

Untuk info saya membeli produk ini pada hari Ahad.

Pada hari Isnin pagi saya menerima Email dari Signature Market memaklumkan bahawa cookies saya sedang di masak (produk cookies ini dimasak segar dari dapur) dan akan diposkan kepada saya segera.

Saya mengandaikan ia akan sampai dalam seminggu,  atas asbab promosi menarik Signature Market ini.

Ingin ditegaskan disini Signature Market sentiasa membuat promosi baru seperti yang kerap dibaca di Facebook dan instagram sponsored yang sering lalu depan mata saya ketika saya melayari Facebook dan instagram.

(Semalam,  saya lihat ada promosi RM1 untuk belian pertama untuk Mix Nut yang berharga Rm20,  selain itu promosi harga Rm8 untuk pelbagai kekacang juga berlangsung)

Paling istimewa Signature Market turut mengadakan promosi istimewa percuma 3 bulan ahli Signature Market.

Untuk info anda bayaran untuk menjadi ahli Signature Market setahun ialah RM200.

Wajar promosi ini di ambil sebelum ia tamat, Sekurang-kurangnya anda ada 3 bulan untuk membeli belah dengan harga potongan ahli sehingga 50% di Signature Market.

Anda tidak perlu risau dengan perkhidmatan Signature Market ini.

Perkhidmatan Signature Market ini cukup pantas.

Saya membeli produk pada hari Ahad,  terima Email pemberitahuan snack dan produk saya siap di packing berserta reference box saya dari Ninja Van pada hari Isnin.

Pada hari Selasa,  saya selamat menerima bungkusan ini.

Servis dari Ninja Van juga harus di puji.

Dari SMS yang dihantar memaklumkan barang saya dalam perjalanan dan Email memaklumkan ketibaan menunjukkan komunikasi yang mantap.

Saya memberi 10 bintang untuk servis Ninja Van apabila di minta untuk kaji selidik.

Anda juga harus melakukan perkara yang sama.  Rajin mengisi soalan kaji selidik,  ini akan membantu masyarakat menerima perkhidmatan lebih baik.  Jika tidak bagus,  sila maklumkan pengalaman anda,  mereka pasti akan  tingkatkan perkhidmatannya dan masyarakat termasuk kita sendiri akan mendapat manfaatnya.

Malah saya juga akan memberi 10 bintang jika Signature Market juga melakukan kaji selidik untuk perkhidmatan mereka.

Selain saya,  ibu saya turut mendaftar menjadi ahli Signature Market.

Saya juga turut menggalakkan kakak saya dan sahabat saya yang lain menjadi ahli.

Sebagai insan biasa,  ramai antara kita memberi alasan tidak punya masa untuk membeli belah bahan makanan lebih sihat.

Dengan pelbagai Website dan kedai Online shopping yang muncul ia lebih memudahkan masyarakat untuk membeli belah terutama jika ia disertakan perkhidmatan penghantaran percuma.

Anda juga lebih mudah merancang untuk membeli berpandukan Budget dengan harga paparan yang ditawarkan dan diskaun menarik.

Tidak semua produk Semulajadi mahal.
Anda bukan perlukan portion yang terlalu banyak untuk sekali makan.  Sekurang-kurangnya ia akan mengajar anda makan dalam porsi lebih kecil dan berjimat cermat.
Pilihlah produk yang sesuai Budget anda.

Ada produk kurang RM10 dan ada yang lebih RM30.

Anda harus bijak memilih.

Sekian sahaja artikel ini.

Saya akan berkongsi Website dan kedai shopping makanan sihat lain yang menarik selepas ini.

Terima kasih.





Sabtu, 5 Ogos 2017

Beli Produk Makanan Semulajadi di Signature Market


Email belian dari Signature Market 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Selamat berhujung minggu. 

Jika anda mengikuti instagram Qisya Khadeeja anda pasti tahu ketika ini stok makanan saya kehabisan kerana kereta saya insyallah siap di baiki pada minggu hadapan. 

Maka pada hari ini saya mengexplore media sosial dan berjumpa dengan Signature Market.  Satu website membeli belah produk natural untuk makanan dan keperluan harian. 

Istimewa untuk hari ini saya menggeledah Website ini dan berjumpa promosi yang sedang dijalankan oleh Signature Market ini di mana promosi ini 

1. Anda beli produk dengan diskaun menarik. 

2. Percuma kos pengeposan 

3. Percuma Chocolate chips cookies (sehingga stok habis) 

3. Percuma keahlian Signature Market selama 3 bulan di mana anda boleh mendapatkan sehingga 50% diskaun harga ahli. 

Saya hanya membeli noodle yang berharga RM6.90 sahaja
 Istimewa ketika ini Signature Market mengadakan promosi harga rendah bagi produk tertentu walaupun anda belum mendaftar sebagai ahli. 

Saya hanya membeli noodle atau bihun soba dengan harga promosi RM6.90 dan saya mendapat percuma Chocolate Chips cookies,  juga keahlian percuma selama 3 bulan serta kos penghantaran percuma.  Semua ini hanya dengan bayaran RM6.90. 

Jika lokasi anda jauh dari tempat membeli belah produk natural dan semulajadi serta organik,  lebih baik anda membeli stok yang lebih banyak ketika harga promosi. 

Untuk belian akan datang anda harus membeli Sekurang-kurangnya Rm100  untuk mendapat kos penghantaran percuma bernilai RM10. 
Keahlian Signature Market untuk 3 bulan percuma yang membolehkan anda menikmati diskaun  sehingga 50%
Tunggu apa lagi,  sila lawati Website  Signature Market Di link di bawah 


Dan mula melihat setiap produk yang di tawarkan. 

Jangan bimbang.  Segala keterangan produk turut disertakan. 

Hanya klik nama produk dan segala kandungan dan perincian produk diberikan dengan jelas. 


Selamat membeli belah Online. 

Terima kasih.

Ini kisah pengalaman Membeli Belah di Signature Market saya

Pengalaman Pertama Membeli Belah di Signature Market





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...