Memaparkan catatan dengan label Blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blogger. Papar semua catatan

Rabu, 12 September 2018

ADAKAH BLOG YANG KURANG AKTIF AKAN MEMBERI KESAN KEPADA PENDAPATAN ADSENSE?


imej akaun adsense yang jelas menunjukkan penurunan 61%  berbanding bulan sama tahun lepas 2017


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Beberapa  persoalan mengenai Adsense sering ditanya terutama bagi blogger yang baru sahaja memiliki akaun adsense ini tidak terkecuali blogger yang masih berusaha untuk memiliki akaun adsense.

Seperti mana marketing atau pemasaran produk yang sering harus dilakukan setiap hari, begitu juga bagi pemilik akaun adsense. Mempunyai blog dan memiliki akaun adsense tidak menjamin anda akan kekal mendapatkan pendapatan pasif ini jika anda semakin berkurangan aktif mengemaskini blog.

Ia, pendapatan adsense meningkat berpandukan berapa ramai pembaca yang datang singgah membaca blog anda, bonus jika pembaca anda klik dan beli. Namun untuk mendapatkan pembaca tentu sekali blog anda harus digemari google terutama jika anda berada di page teratas dalam carian secara organic.

Pengalaman penulis sendiri sebagai blogger adsense, pendapatan pasif dari adsense ini semakin menurun seiring berkurangnya pembaca yang singgah di blog ini. Tidak seperti tahun lepas, blog ini aktif dikemaskini setiap hari dan jumlah pembaca harian mencecah ribuan berbanding jumlah pembaca yang berkurang hampir separuh berbanding tahun lepas. Ini tidak pelik kerana pada tahun ini jumlah penulisan artikel amatlah sikit berbanding tahun lepas.


pengurangan artikel pada tahun 2017, lebih dari 300 artikel dan tahun ini memasuki akhir bulan Ogos hanya 64 artikel setakat ini


Dari imej yang disertakan tentu sekali ia jelas memaparkan penurunan pendapatan adsense setiap bulan berbanding tahun 2017 seiring berkurangannya artikel yang dikemaskini.

Anda akan dapat melihat dengan jelas pada kedua-dua imej, penurunan pendapatan bulan ini yang menurun 61% dari tahun lepas dan jumlah artikel tahun 2018 setakat bulan Ogos baru 64, berbanding tahun 2018 lebih dari 300 lebih artikel. Sedangkan sewajarnya jika mengikut rekod tahun lepas, pada bulan Jun sahaja blog ini mempaparkan lebih dari 150 artikel pada bulan Jun.

Google mengemari blog yang sentiasa dikemaskini dan penuh info. Untuk sentiasa berada di pages pertama, blogger harus sentiasa mengemaskini blog, barulah pengunjung akan setia mengunjungi blog anda. 

Jika sebuah blog mempunyai pembaca setia, pembaca atau follower setia itu mungkin akan berubah ke blog lain jika blog yang menjadi kegemaran mereka semakin tidak aktif.

Penulisan membantu menghubungkan pengunjung dan pembaca, dengan penulisan pembaca dan pengunjung akan mula menyukai sesebuah blog, lebih-lebih lagi jika blog ini sentiasa di kemaskini.

Bagi mengekalkan prestasi blog, keaktifan dan konsisten amatlah penting. Berbeza dengan blog yang tidak aktif, blog yang aktif kebiasaannya akan mengandakan pendapatan adsense hari demi hari.

Jika anda adalah blogger separuh masa dan rajin menulis anda boleh menjadikan blogging sebagai kerjaya anda, namun jika anda sekadar suka-suka anda boleh menjadikan blogging sekadar hobi yang memberi manfaat kepada anda dan masyarakat dunia.


Jika sehingga hari ini anda mempunyai impian mendapatkan akaun Adsense, teruskan mencuba. Dan jika anda telah mempunyai akaun adsense, namun seperti saya yang punyai mood untuk mengemaskini, ada sesuatu yang tidak boleh dipaksa-paksa dan hanya mengikut rasa hati untuk menulis, apabila menulis atas paksaan seperti tidak ingin blog terbiar, maka tulisan artikel paksaan itu, seperti saya menulis ketika ini. Ada rasa, namun rasa seperti yang tidak sampai benar kepada hati pembaca.

Ada perkara yang perlu dipaksa, seperti saya  yang sedang memaksa diri menulis walaupun mata saya terasa berat. Bimbang jika terus blog ini tidak dikemaskini, penyakit malas mengemaskini dan menulis menjadi 'habit' atau tabiat.

Semoga artikel ini tetap membantu anda yang baru menulis atau sekadar singgah diblog ini untuk membaca, menambah ilmu dan semangat.

Terima kasih.





Ahad, 5 Ogos 2018

Tiada Idea Menulis Lagi


lamb shank antara makanan kegemaran
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Niat di hati ingin menulis hampir tiap hari pada bulan Ogos ini setelah berbulan, blog ini tidak dikemaskini dengan penuh konsisten.

Namun, niat hanya niat, beberapa hari di minggu pertama bulan Ogos berlalu begitu sahaja.

Tiada mood dan idea yang timbul, namun kata cendikiawan, anda tetap harus menulis walau pun satu patah perkataan setiap hari. Dari satu patah perkataan akan menjadi 'habit' dan ia akan membawa anda kepada satu artikel lengkap.

Pizza Ayam dan nenas dari Azam Rooster
Hari minggu atau sabtu semalam, cadangnya sekurang-kurangnya satu artikel harus di tulis. 

Maka hari ini dengan paksa rela saya menulis dengan dihiasi gambar menikmati makanan bersama bff, 10 tahun saya, Mizi.

Ia jika bukan dihabiskan hari minggu bersama keluarga atau rakan-rakan, tentu sahaja anda kena habiskan hari minggu anda dengan kerja.

Nampak gayanya bukan sahaja menulis blog tidak konsisten, diet 'eat clean' juga menunjukkan gaya yang sama.

Malah, kononya ingin terus 'bare face' tanpa bedak dan foundation serta gincu dan lipbalm. Namun seiring masa, foundation dan bedak kembali menjengah muka ini.

Hakikat harus diterima, agak berbeza wajah tanpa foundation dan bedak serta gincu yang jauh berseri dari 'bare face'.

Namun pembelajaran mengajar bahawa untuk kulit sihat dan mudah bernafas, kulit tanpa bedak dan foundation lebih bagus dan selamat.

bff lebih 10 tahun

Sebagai insan yang sukakan makanan, agak sukar menolak pelawaan sahabat yang datang dari negeri jiran sebelah, sedangkan godaan keluarga belanja makan sukar ditolak apa lagi sahabat yang telah kian lama bersama susah dan senang.

Masih berfikir idea dan tajuk artikel seterusnya untuk ditulis. Namun nampaknya idea diet sihat tidak kunjung tiba. Mungkin blog ini harus dimulakan kembali fokus kepada khasiat pelbagai makanan dan tumbuhan yang terdapat dan dijual disini.

Hari Ahad ini tidak tahu apa program seterusnya. Namun alhamdulillah, sekurang-kurangnya sebelum pukul 12 saya telah menaip artikel ini untuk diterbitkan di blog ini.

Mungkin ia nampak seperti artikel ringkas yang tidak memberi makna apa-apa, namun bagi blog ini, asalkan ada artikel dikemaskini ia akan memberi semangat dan 'habit' untuk terus menulis blog ini dari ia terus dibiarkan usang begitu sahaja.

Selamat hari minggu.

Terima kasih.




Ahad, 29 Julai 2018

ILHAM & KREATIVITI DALAM BLOGGING




Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Realitinya mengikut target hari ini saya ingin menulis kembali blog dengan aktif. Perancangan sebenar 3 artikel termasuk satu artikel mengenai produk takaful dari Hong Leong MSIG Takaful.


Namun perancangan dan target tinggal perancangan. Berbulan tidak fokus kepada blog ini semenjak December 2017, akhirnya ingin menulis dan mencari idea saya sendiri tidak mampu.

Malah, fokus kepada video berbentuk kesihatan juga lari. Telah berbulan tidak diteliti dan didengari untuk mencari idea dalam penulisan blog.

Copy & paste atau menulis hanya info ringkas agak tidak mencabar minda, lebih-lebih lagi blog ini telah berusia 5 tahun. Itu alasan mengapa saya sendiri sebagai penulis dan blogger merasa 'tepu' dengan penulisan sendiri.

Blogging dan menulis adalah satu kepuasan peribadi yang sukar digambarkan terutama jika artikel yang ditulis itu mencabar untuk diterangkan dengan mendalam supaya pembaca lebih mudah untuk faham dan hadam.

Penerangan yang ringkas dalam satu artikel terutama kerana kita semua tahu masa yang pantas berjalan ini menyaksikan pembaca mencari satu blog yang paling mudah faham namun berinfomasi.

Maka untuk memastikan diri ini kembali menulis, paksaan keatas diri menulis artikel ringkas ini agar ia menjadi satu 'habit' untuk kembali menulis dan kembali mencari aura dan semangat untuk berkongsi artikel di blog ini.


Melihat 'viewer' atau statistik pengunjung blog yang semakin berkurang semenjak blog ini tidak aktif jelas menunjukkan betapa penulis sendiri harus mengambil inisiatif untuk aktif kembali.

Blog ini tentu sahaja diwujudkan sebagai panduan dan dorongan kepada insan lain terutama diri sendiri. Namun sayang, seiring diri sendiri yang semakin tidak menjaga pemakanan dan life style, blog ini juga semakin kurang aktif.

Sedang berusaha perlahan-lahan untuk kembali menjalani diet sihat, saya terpaksa mencari kekuatan sendiri kerana jika anda telah mula menikmati makanan 'segera' anda pasti tahu agak sukar meninggalkan sesuatu yang enak dan mempunyai 'MSG'.

Selain itu blog ini juga semakin kurang berkongsi khasiat dan manfaat sesuatu bahan dan tumbuh-tumbuhan sedangkan ilmu ini sebenarnya akan memberi kita semangat untuk mencari makanan baik itu untuk tubuh sendiri.

Sedang melatih diri untuk mula kembali menjaga kesihatan.  Namun sebagai manusia biasa latihan itu pasti bermula dari yang paling kecil kembali.


Selamat berhari minggu untuk semua. Realitinya hari minggu bersama keluarga dan rakan-rakan adalah hari yang agak sukar untuk menjaga pemakanan, namun ia akan dianggap sebagai cabaran baru dalam kehidupan.


Salam sayang dari saya untuk semua pembaca. Semoga saya mempunyai kesempatan dan idea serta ilmu untuk terus dicurahkan dalam blog pertama saya ini.


Terima kasih.



Khamis, 8 Mac 2018

PERKEMBANGAN ARTIKEL DAN KATEGORI BLOG




Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Bermula dari artikel ringkas seperti tempat makan best dan tempat menarik kini blog ini semakin berkembang kearah gaya hidup sihat.

Dari artikel khasiat herba dan makanan, blog ini semakin berkembang menyentuh pelbagai isu kesihatan dan perkara lain termasuk panduan blogger dalam kategori blogger, ekzema atau TSW, petua dan pelbagai lagi.

Seiring kematangan penulisan blog dan kedatangan pengunjung dan pembaca dari seluruh dunia yang konsisten, maka blog ini akan memberi tumpuan kepada tajuk lebih mendalam termasuk hormon, depresi dan jenis diet juga cara hidup.

Bagi permulaan, artikel dalam kategori dan sentuhan baru ini akan ditulis ringkas dan ringan, ia tidak berat dan tanpa huraian panjang. Hanya point penting.

Seiring waktu ia akan ditulis dengan lebih panjang dan huraian yang mudah difahami. Untuk mendidik ia harus dimulai secara perlahan-lahan, paling mudah supaya otak tidak rasa berat dan malas serta putus asa untuk terus mencuba dan belajar menghadam maklumat.

Ini termasuk produk semulajadi yang akan terus diperkenalkan diblog ini, untuk masa ini produk dari bahan makanan diperkenalkan, kemudian produk semulajadi sedikit demi sedikit.

Bermula dengan diet, cara hidup, hormon sehingga penggunaan bahan peribadi, blog ini akan cuba melengkapi pelbagai artikel bermanfaat sebanyak-banyaknya pada tahun ini.

Hanya menggunakan seorang penulis yang perlu mengolah pelbagai perkara dan data, ia memerlukan masa dan cara paling mudah untuk setiap artikel disampaikan agar setiap golongan yang membaca faham dan tidak bosan membacanya.

Untuk anda yang setia menjadi pembaca dan pengunjung setia, juga anda yang baru singgah membaca blog ini, anda boleh merujuk pelbagai artikel dalam setiap kategori blog ini. Bagaimana cara penulisan berubah dari mula ia dibina sehingga hari ini. Ia sebagai tanda bahawa setiap apa yang bermula pasti punya banyak kelemahan dan perlahan-lahan dibaiki tanpa berhenti sekaligus ia sebagai bukti untuk mereka yang baru belajar atau ingin belajar menulis dan berblogging.

Sebagai blogger, setiap apa yang ditulis didalam blog ini hanya pandangan peribadi penulis dan hasil dapatan kajian dan bacaan serta pengalaman penulis. Adalah disyorkan anda merujuk mereka yang lebih pakar atau mengkaji sebelum mencuba apa yang ditulis di blog ini kerana apa yang anda lakukan akan kembali kepada diri anda sendiri. Penulis tidak akan bertanggung jawab atas salah kefahaman anda.

Terima kasih untuk anda dan sesiapa sahaja yang terus menyokong blog ini, berkongsi setiap artikel blog ini di media sosial, di group whatapps atau telegram, juga mereka yang mengamalkan ia jika ia sesuai dengan tubuh dan cara hidup anda.

Doakan semoga penulis terus diberi kekuatan menulis, mencari ilmu, membaca, mengkaji, melakukan research, diberi ilham dan semangat untuk terus memberi ilmu dan sokongan dalam memartabatkan kecintaan kepada makanan sebenar dan bahan semulajadi.


Terima kasih.





Sabtu, 9 Disember 2017

Perancangan Artikel Tahun 2018


Seperti buku dan majalah yang terdiri dari pelbagai kategori tidak terkecuali, Blog. 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Tahun 2017 kebanyakan artikel di Blog ini menceritakan perjalanan dan pengembaraan hidup. 

Bagaimana setiap rasa dan perjalanan melawan nafsu,  berjaya dan tewas dalam pelbagai kategori dari diet, kesihatan,  Biz yang menyerlahkan sisi emosi. 

Tahun 2018 ialah tahun konten power. 

Artikel akan diberi perhatian  kepada yang bermutu dan berfakta.

Cukup  tahun 2017 untuk menunjukkan perjalanan melawan emosi diri dan sebagai manusia biasa. 

Banyak yang dipelajari dari tahun 2017 bahawa ilmu dan kesedaran itu kadangkala tidak datang bersama. 

Selain Info dari Blog,  pelbagai fakta dan Info serta kajian sains dari buku-buku terpilih akan cuba di kongsikan di Blog ini. 

Tentu sekali pelbagai perancangan lain turut di fikirkan untuk Blog ke 2 dan Blog ke 3. 

Anda dijemput untuk singgah dan melayari Blog ke 2 dan ke 3 di link di bawah

Wake Up & Be Awesome

Life's Amazing


Terdapat pelbagai Info dan perkongsian maklumat serta kisah cabaran hidup yang dikongsi di Blog ini. 

Masih setia dengan bidang insurans dan Takaful.  Setiap perjalanan dan pengalaman serta Info insurans dan Takaful turut dikongsi dan diterjemahkan dalam artikel mengenai takaful di Blog ke 2 ini.

Wake up & Be Awesome

Ada banyak yang ingin ditulis,  namun sebagai manusia biasa ada benda yang tidak terjangkau dan waktu yang sentiasa mengejar selain otak yang kadang kala tidak mampu mengingati dan mengolah maklumat dengan terperinci untuk diceritakan dalam satu artikel berkualiti. 

Ia,  harus diakui artikel berkualiti bukan mudah terutama jika emosi dan paksaan dilakukan untuk menulis. 

Kualiti lebih penting dari kuantiti.  Insyallah itu yang akan diutamakan untuk perancangan artikel tahun 2018 akan datang.

Pasti sebagai manusia biasa,  kita hanya inginkan perkembangan dan pembangunan yang lebih baik seiring zaman supaya tidak terus ketinggalan dan relevan. 

Dalam jutaan Blog yang tumbuh seperti cendawan lepas hujan. 

Bertambah manusia di Facebook dan media sosial lain yang menulis dan berkongsi fakta. 

Blog sehingga kini masih kekal relevan dan dominan selagi pengisian yang dikongsi relevan dan bermanfaat. 

Untuk berada seiring yang terbaik,  maka anda harus menghasilkan Info dan artikel terbaik. 

Realitinya tanpa pengorbanan anda tidak akan mendapat yang terbaik. 

Tiada ilmu baru dapat anda pelajari tanpa bacaan dan pengalaman baru. 

Tiada idea baru jika anda tidak pernah bereksperimen. 

Dalam beberapa minggu terakhir 2017 yang tinggal ini. Berlawan dengan penyakit malas dan cuaca yang sejuk untuk terus membaca dan menulis memerlukan semangat bukan sedikit.

Namun atas sasaran yang wujud maka pembacaan dan pemahaman diteruskan. 

Nantikan pelbagai artikel yang tidak pernah di kongsikan selama ini di Blog ini yang akan di terjemahkan dalam bahasa dan Info ringkas mudah faham,  khas untuk anda pembaca Blog tersayang yang tidak putus-putus menyokong Blog ini sejak mula. 

Segala yang ditulis buka  sahaja untuk diri sendiri,  juga untuk semua. 

Semoga anda yang membaca Blog ini akan sentiasa mendapat manfaat dan maklumat berguna yang dapat membantu anda dalam melayari kehidupan. Juga agar ilmu yang bermanfaat di Blog ini turut disampaikan dan difahami serta digunakan dari keturunan ke keturunan seterusnya sebagai pahala yang tidak putus mengalir hingga kiamat. 

Jutaan terima kasih untuk anda. Realitinya tiada manusia yang akan terus menulis jika tiada siapa yang membaca. 

Dan sebagai manusia biasa,  menulis ini adalah kerana kewujudan anda sebagai pembaca yang setia menyokong dan memberi peluang untuk kekal menulis dan membantu melalui Blog. 

Terima kasih. 






Sabtu, 11 November 2017

Perjalanan


Rebranding untuk tagline Blog terbaru 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Bermula dengan 

Journey of Fear & Joy 

Bertukar ke 

WALK IN MY STILETTOS 

kemudian kepada 

KEEP WALKING 

Dan kini 

BREAKING THE IMPOSSIBLE 

Menjadi tagline terbaru Blog ini. 

Dari warna coklat ke warna merah jambu dan kekal merah jambu untuk jangka masa lama kini pertukaran warna biru sesuai untuk fokus dan sasaran Blog untuk tahun-tahun seterusnya. 

Pelbagai perancangan untuk kategori dan artikel seterusnya insyallah akan cuba di laksanakan. 

Akan cuba sedaya upaya meningkatkan prestasi penulisan dan mengubah cara dan pandangan lebih jauh untuk penulisan akan datang. 

Tiba masanya seiring hampir 5 tahun blog ini mempunyai perkembangan yang jauh berbeza dari sebelumnya. 

Menghargai setiap pembaca dan masa yang diluangkan untuk mencari info dan motivasi di Blog ini,  Blog ini akan cuba seiring zaman dan dunia digital berkongsi pelbagai maklumat penting dan terkini untuk anda. 

Insyallah blog ini akan cuba lari dari kebiasaan sebelum ini. 

Seiring kemunculan jutaan Blog seperti cendawan lepas hujan,  diharapkan agar Blog ini akan terus kekal dan memberikan info terbaik dan tidak lari dari tujuan ia dibina. 

Perancangan terbaik insyallah akan di laksanakan untuk tahun 2018 dan tahun mendatang. 

Sebagai penulis saya berdoa dan berharap agar impian saya tujuan Blog ini terus aktif akan tercapai maksud dan sasarannya. 

Akan banyak masa digunakan untuk melakukan Research,  kajian dan pencarian ilmu untuk di kongsi di Blog ini. 

Semoga artikel jauh lebih berkualiti dari sebelumnya dapat diterjemahkan dengan paling ringkas,  mudah faham dan diterima ramai. 

Komen anda amat diperlukan untuk menambah baik cara penulisan dan kategori terbaru untuk Blog ini. 

Sebagai penulis dan pencari idea saya tentu mengharapkan sokongan dan idea dari persoalan anda. 

Sila tinggalkan komen di ruangan disediakan,  saya amat menghargai setiap komen anda. 

Blog ini bermula aktif dan berubah cara penulisan juga atas asbab komen yang membina termasuk ilmu penulisan dari Puan Guru Ainon Mohd yang dikongsi oleh beliau di Facebook. 

Sebelum 11.11 Menutup tirai,  dengan rendah diri sekali lagi saya ucapkan Jutaan terima kasih untuk anda yang terus setia menyokong Blog ini. 

Ketahuilah setiap kali membaca komen anda di Facebook,  mahupun di Group whatapps dan telegram memuji Blog Keep Walking Di Pelbagai status insan lain, ia sesuatu yang amat bermakna dan memberi semangat untuk terus menulis dan mencari Info untuk dikongsi manfaatnya bersama anda. 


Terima kasih. 






Ahad, 22 Oktober 2017

Main-main


Komen pertama yang menegur cara tulisan di Blog ini
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Main-main menulis. 

Tahukah anda betapa mudah bermain-main  menulis. 

Seperti suka-suka Blogging. 

Maklumlah fikir ketika itu bukan siapa-siapa yang membaca. 

Orang yang suka-suka untuk menghabiskan masa. 

Saya suruh anda baca,  saya baca anda punya Blog. 

Awak follow saya,  saya follow awak. 

Betul kata pujangga. 

Ketika anda bermain-main ada yang mengambil serius.

Pertama kali membaca komen di Blog betapa serius dan padu kata-kata pembaca,  ia menyebabkan Blog ini sendiri dari Blog main-main menjadi serius. 

Ia hanya asbab satu komen,  terus Blog berubah rentak.

Dan sebagai penulis yang mula sensitif dan sedar bahawa ada kalangan pembaca bukan main-main untuk datang membaca dan mencari ilmu serta jawapan. 

Maka bermula perubahan sepenuhnya dari susun kata ayat dan ejaan penuh di Blog ini. 

Jutaan Terima kasih atas komen pembaca budiman tersebut juga atas tunjuk ajar Puan Guru Puan Ainon Mohd yang sering menekankan penggunaan ejaan penuh dan ayat positif dalam setiap status beliau. 

Puan Ainon Mohd adalah antara guru rujukan untuk cara penulisan Blog ini. 

Malah ayat-ayat dan aura positif beliau cuba di terapkan di Blog ini. 

Seiring waktu dan hampir 5 tahun usia berblogging (Februari 2018 cukup 5 tahun usia), doa dan harapan agar Blog ini bukan menjadi Blog biasa-biasa sahaja. 

Namun sebagai rujukan dan motivasi kepada mereka yang membacanya. 

Kita perlu berubah seiring keadaan sekeliling, jika komen di Blog ini dahulu di pandang sebelah mata,  mungkin Blog ini kekal sebagai Blog main-main dan masih suka-suka sahaja. 

Terima kasih. 



Khamis, 28 September 2017

Terus Menulis


3 Blog di mana penulis berkongsi penulisan dan pengalaman 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Pertambahan Blog yang muncul hari demi hari di seluruh dunia bukan hanya ribuan namun makan jutaan.

Realitinya jutaan Blog juga berhenti dikemaskini dan berlalu sepi. 

Begitulah bidang penulisan atau apa sahaja. 

Ada waktu ianya gemilang ada waktu ia suram dan ada waktu ia kembali naik, juga ada yang terus diam sampai mati. 

Sebagai Blogger,  menulis harus dilakukan setiap hari. 

Menjadi aktiviti wajib. 

Andai ditinggalkan sehari,  makan minggu agak sukar untuk dikemaskinikan kembali. 

Ia bukan mudah kembali mendapat idea penulisan. 

Punyai idea,  puas pula mencari gambar yang sesuai. 

Ada waktunya menunggu gambar yang sesuai dan menarik menyebabkan artikel tidak dikemaskini. 

Sekaligus ia agak tidak bagus diamalkan,  di mana ia hanya akan merencatkan semangat penulisan. 

Itu alasan mengapa menunggu gambar menarik bukan sesuatu yang bagus untuk diamalkan. 

Menulis 3 Blog,  dan mengemaskini 3 Blog bukan satu perkara mudah. 

Ada masa Blog pertama ini dikemaskini setiap hari. 

Ada waktunya Blog ke 2 dan ke 3 dikemaskini sebulan atau 6 bulan sekali. 

Cuba dan berusaha untuk tidak membiarkan Blog ke 2 dan ke 3 mati,  usaha untuk mencari dan menghasilkan artikel terbaru di 2 lagi Blog di bawah nukilan dan penulisan penulis diteruskan. 

Selain Blog Keep Walking sebagai blog pertama, 


Dan 


Juga adalah Blog cetusan ilham dan penulisan dari penulis yang sama. 

Anda boleh melawati ke 2-2 Blog ini yang lebih mengkhususkan topik dan kategori tertentu. 

Tidak seperti Blog Keep Walking (blog pertama)  yang kerap dikemaskini,  Blog ke 2 dan ke 3 ini jarang di kemaskini. 

Ada waktunya hanya sebulan atau 3 bulan sekali sahaja ia dikemaskini. 

Namun ia kekal dilawati oleh pembaca yang datang dari Google atau pembaca dari Blog ini. 

Sebagai Blogger atau penulis Blog yang menjadikan bidang Blogging sebagai hobi utama,  alhamdulillah bidang Blogging dan penulisan ini banyak mengajar penulis untuk membaca dan mencari pelbagai ilmu dan melakukan pelbagai aktiviti sebagai perkongsian di blog-blog ini. 

Jika anda minat menulis dan ingin mempunyai Blog sendiri yang rajin di kemaskini, belajar menulis dari sekarang.

Tulis sikit-sikit dahulu,  sama ada di Facebook, Twitter mahupun Blog.

Mungkin jika anda pemalu belajar menulis diari untuk tatapan sendiri.

Pilihan lain menulis catatan ilmu yang anda pelajari dalam buku catatan untuk rujukan anda.

Lambat laun anda sendiri akan bijak menulis dan menjadikan penulisan sebagai aktiviti harian yang lahir dari habit anda sendiri.

Belajar menulis apa sahaja,  kemudian tapis apa yang ingin ditulis di media sosial.

Letak garisan 'privasi'  dalam penulisan anda dan tulis apa yang wajar di kongsikan tanpa menjemput kontroversi.

Jauhkan penulisan negatif,  mengutuk atau mengeji juga memuji diri sendiri.

Insyallah penulisan anda pastu akan di gemari, rajin berkongsi Info dan motivasi amat digalakkan.

Tiada penulis paling sempurna dan paling hebat yang lahir sendiri.

Ia lahir dari keberanian,  kesungguhan dan komitmen yang tidak berbelah bagi.

Selamat menjadi penulis bagi yang terus menulis dan selamat mencuba dan belajar menulis bagi anda yang berimpian menjadi Blogger atau penulis.

Doakan jua untuk saya.

Terlalu banyak perkara yang ingin dilakukan dan dicapai dalam hidup ini oleh kebanyakan dari kita.

Semoga kita berjaya mencapainya.


Terima kasih.






Khamis, 18 Mei 2017

Momentum Dalam Blogging


Ini dashboard Adsense saya pada bulan April baru-baru ini

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ada 2-3 perkara yang agak 'struggle'  untuk di maintain kan.

Blogging, eat clean Dan marketing berterusan.

Itu yang sehingga kini tidak tercapai azam yang telah dibuat beberapa tahun dahulu.

Dari pembacaan tidak di galakkan untuk anda menulis ketika kebosanan dan ketandusan idea.

Namun terpaksa memaksa diri untuk menulis jua.

Bimbang andai sekali tertinggal penulisan, Blogging semakin di lupakan.

Khas untuk anda yang masih tertanya mengenai pendapatan Adsense m

Anda yang keliru adakah bayaran adsense Blogging dan vlogging (vlogger) dalam bahasa lebih mudah saluran YouTube berbanding Blog.

Ingin saya maklumkan anda.  Kita dalam kumpulan yang sama.

Saya juga tidak tahu menahu tentang bayaran itu.

Sepanjang pengetahuan saya,  Adsense membayar mengikut jenis iklan dan juga lebih mahal untuk iklan 'mahal'  dan bonus besar jika anda yang klik iklan Adsense anda.

Tidak terkecuali,  istimewa Adsense,  ia membayar mengikut mata wang yang dilayari pembaca.

Bonus jika pembaca anda dari negara mata wang jauh mahal dari Malaysia.

Jangan bimbang.

Tidak semestinya anda wajib mempunyai akaun YouTube untuk mendapat USD1.70 sehari.

Blogger atau Blog juga mampu memberikan pendapatan sehari dari USD100 mahu pun USD1000 berdasarkan jenis iklan,  pengunjung dan klik.

Untuk anda yang mahukan bukti kecil dari saya yang berblogging suka-suka dan sebagai cara mengenalkan imej diri.

Cukuplah saya berkongsi antara jumlah pendapatan harian Blog ini yang diambil (bulan April lepas) ,  jumlah pengunjung Blog pada hari tersebut tidak sampai 1000 orang.

 Dan pendapatan Blog ini pada hari tersebut ialah USD2.10.

Saya tidak tahu iklan apa yang mahal keluar di Blog ini.

Dan berapa orang pengunjung yang klik iklan di Blog ini.

Untuk info,  saluran YouTube atas nama Qisya Khadeeja masih baru dan masih tidak memberi sebarang hasil lagi di dalam akaun Adsense.

Masih belum berkesempatan untuk belajar Google Analytic yang memaparkan statistik Blog yang lebih details.

Saya sendiri tidak tahu jumlah pengunjung Blog lama atau baru dan berapa lama pengunjung Blog ini berada di Blog untuk terus membaca artikel seterusnya.

Dari pembacaan,  details terperinci sebegitu saya boleh mendapatkan maklumat itu dengan mendalami ilmu membaca Google analytic.

Ingin saya tegaskan pendapatan Blog yang artikel hanya anggaran 5ratus lebih ini tidak boleh dibandingkan dengan Blog dengan artikel ribuan yang jauh berkualiti dan lama.

Ingin juga diberitahu ada waktunya pendapatan harian Blog ini tidak sampai USD0.50.

Anda harus rajin mengemaskini Blog.

Memastikan ia menghasilkan artikel bermutu.

Insyallah pendapatan anda jauh dari USD10 untuk sehari.

Jika anda rajin menulis,  fokus,  konsisten untuk 3 tahun berturut-turut.

Di samping pelbagai artikel lebih dari 3 dalam satu hari.

Anda pasti mampu mendapat pendapatan dari Blog yang mampu memberikan anda pendapatan pasif yang tinggi.

Antara Blog yang memberi pendapatan pasif yang tinggi termasuk Blog hiburan,  resepi,  percutian,  informasi dan Blog peribadi.

Selamat belajar menulis.

Dan selamat berblogging.

Terima kasih.




Sabtu, 22 April 2017

Belajar Membalas Komen Di Blog


Semalam baru saya perasan komen ini di balas dengan cara yang salah oleh saya.. 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Menulis Blog terlihat senang, termasuk membalas komen. 

Namun perkara yang nampak mudah itu,  memang di ambil mudah oleh saya,  sehingga saya tidak sedar satu waktu dahulu cara saya menjawab komen adalah salah. 

Bayangkan,  dahulu saya hanya membalas komen pembaca dengan hanya menaip di kotak kosong sahaja tanpa menekan butang balas yang disediakan. 

Maklumlah ketika itu saya tidak perasan butang balasan itu yang hanya boleh dilihat jika saya menggunakan paparan telefon bimbit. 

Itulah saya yang asalnya hanya suka-suka menulis Blog. 


Lihat komen ini pada tahun 2015 dan Saya hanya perasan ia pada tahun 2017 ini
Ada sedikit rasa kesal seolah-olah saya tidak mengambil berat komen Pembaca Blog ini. 

Sedangkan tanpa pembaca,  apalah yang Ada pada Blog. 

Pembacaan saya juga penting untuk seorang Blogger membalas setiap komen dan berinteraksi bersama pembaca Blog.


Satu komen bukan mudah di dapati okey. 

Maka bersyukur jika artikel anda sanggup pembaca singgah dan komen. 


Segera saya membalas komen pembaca dengan cara yang betul 
Maka saya terus membalas komen pembaca yang baru semalam saya sedari tersalah cara balasan.

Istimewa artikel ini

Pendinding Sihir Dan Kesembuhan Penyakit Karangan Ustaz Harus Din

Di sinilah pertama kali saya tersentak membaca komen pembaca di atas yang menyedarkan saya betapa penting menulis menggunakan ejaan yang mudah di fahami.

Agak sayang tulisan saya langsung tidak di fahami pembaca.

Bermula dari komen di atas saya mula menulis setiap artikel dengan ejaan yang tidak terlalu singkat dan mudah faham.

Kemudian apabila rajin membaca status Puan Ainon Mohd di Facebook,  baru saya menggunakan bahasa melayu tinggi dan ejaan penuh di dalam setiap artikel saya.

Begitu perjalanan menjadi Blogger.

Banyak perkara terlepas pandang.

Dan perkara mudah sering tidak di ambil berat.

Belajar dari kesilapan saya.

Dan percayalah biar silap dari anda tidak pernah belajar apa-apa.


Terima kasih.






Khamis, 20 April 2017

Pendapatan ADSENSE turun dan naik


Paparan dashboard Adsense yang di gabungkan

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Syukur alhamdulillah saya masih diberi rezeki untuk menulis dan mendapat pendapatan pasif dari Blog. 

Ada beberapa pembaca yang keliru mengenai pendapatan dari saluran YouTube dan Adsense. 

Maka saya cuba untuk jelaskan dengan mudah. 

Anda sebagai Blogger harus punyai iklan di Blog atau YouTube untuk mendapatkan pendapatan pasif. 

Iklan ini dibayar berdasarkan jenis iklan dan harga bayaran juga berdasarkan klik iklan. 

Dengan ringkasnya ada iklan mahal. Ada iklan murah. 

Iklan yang dipaparkan berdasarkan artikel yang dibaca oleh pelayar Blog. 

Jika anda bernasib baik pelayar Blog akan klik iklan itu dan iklan yang di klik akan dibayar lebih mahal. 

Itu terpakai di saluran YouTube dan Blog. 


Paparan jumlah pengunjung semalam 19/4/2017

Untuk info,  jumlah pendapatan harian Adsense berlainan setiap hari. 

Ada waktu ia turun ada masanya ia naik. 

Untuk info pendapatan pertama pendapatan pasif dari Blog ini pada bulan pertama memegang akaun Adsense dalam USD3. 

Kini hampir 2 tahun menjadi pemegang akaun Adsense pendapatan bulanan dari Blog ini mencecah USD20 sebulan kurang dan lebih berdasarkan jumlah pengunjung iklan dan klik. 

Ada pembaca bertanya adakah bayaran iklan Adsense di Blog lebih murah berbanding di video YouTube. 

Saya tidak pasti.  Namun apa yang pasti Adsense membayar berdasarkan jenis iklan dan klik. 

Ia pasti bergantung kepada berapa jumlah paparan dan pengunjung. 

Untuk info saluran YouTube saya masih tidak punyai pengunjung yang ramai. 

Ia masih berusia 2 hari dan masih banyak yang belum dikongsi kan. 

Anda boleh melihat paparan dashboard akaun Adsense saya yang di printscreen pada pagi ini dan tengah malam tadi diatas. 

Sengaja saya gabungkan keduanya. 

Anda boleh lihat perbezaan naik turun yang ditunjukkan. 

Di bawah ialah dashboard Blog ini. 

Jumlah paparan pengunjung Blog ini semalam 1 ribu lebih dan pendapatan akaun Adsense ini semalam hanya USD1.11.  Ia adalah satu jumlah yang banyak untuk Blog ini yang hanya mempunyai berapa ratus artikel. (Blog ini pernah mencapai jumlah pengunjung 2500 paparan sehari). 

Ada waktunya pendapatan harian Blog ini kurang USD0.50. Ada waktu ia mencanak naik. 

Untuk info pemilik akaun Adsense yang aktif dan Blogger  atau vlogger sepenuh masa ada yang mendapat pendapatan Adsense sehari melebihi USD100 malah USD1000 sehari terutama jika Blog itu Blog yang punyai jutaan pengunjung,  viral dan musimnya.  Contoh saluran YouTube bola sepak atau Blog bola sepak. 

Ia kerap di tonton dan dibaca ketika musim bola sepak dunia. 

Anda boleh memilih untuk menjadi Blog atau saluran viral mahupun Blog atau saluran organik yang berinformasi tinggi. 

Terpulang pada tujuan dan sasaran anda. 

Nasib dan rezeki serah sahaja pada tuhan. 

Semoga artikel ini menjawab kekeliruan anda. 


Terima kasih. 







Mesej Security Warning @ Amaran Keselamatan Muncul Di Blog


Mesej security Warning atau amaran keselamatan 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Tiada perkara yang sentiasa mudah dalam hidup ini. 

Ujian dan pengalaman akan mematangkan anda dan menambah ilmu dalam perkara yang terjadi dalam hidup. 

Dalam pengalaman dunia blogging juga begitu. 

Pelbagai isu kecil atau besar dalam Blogging akan anda hadapi dan pastinya seiring masa dan tekad ia insyallah berjaya di uruskan. 

Pagi semalam ketika melayari Blog ini tiba tiba mesej Security Warning @Amaran Keselamatan Muncul Di Blog ini beberapa kali. 

Tentu sekali saya merasakan amat takut jika mesej amaran keselamatan ini terus muncul terutama bagi pembaca yang melayari Blog ini. 

Teringat status yang di kongsi oleh salah seorang sifu Blogger dan SEO tuan Dr Wan Yusof Wan Jeffery,  saya terus cuba menukarkan setting http: blog Ini kepada https: yang lebih selamat. 

Untuk info,  atas status facebook Dr Wan Yusof Wan Jeffery itulah baru saya tahu bahawa https atau huruf 's'  itu mewakili perkataan Security (keselamatan).  Ia tentu sekali disukai Google atau SEO. 

Saya tidak perlu membayar untuk perkhidmatan ini kerana saya ialah pengguna Blogspot.  Ada sesetengah domain anda perlu membayar untuk menggunakan perkataan 's'  atau security ini untuk muncul di alamat Blog anda. 

sijil amaran atau Security Certificate itu datang dari Nuffnang 
Setelah menukar setting (tetapan)  blog dari http ke https.  Blog ini kembali kepada sediakala.  Tentu sekali saya bersyukur. 

Ketika waktu petang saya kembali melayari Blog ini,  saya terkejut. 
Mesej amaran keselamatan masih di terima. 

Saya melihat paparan sijil amaran (view Certificate). 
Info di sijil amaran itu ia datang dari Nuffnang. 

Segera saya membuka dashboard Nuffnang dan membuang Blog ini dari dashboard Nuffnang itu. 

Saya turut membuang kod atau coding nuffnang di Blog saya di bahagian html dan bahagian theme html. 

Mesej amaran keselamatan masih muncul. 

Saya menghubungi beberapa orang sifu Blogger di Facebook. 

Antara nasihat dan balasan mesej yang diterima termasuklah dari Tuan Hasrul Hassan yang memberitahu isu itu ada kaitan dengan Nuffnang dan saya perlu menghantar tiket ke Nuffnang. 

Pagi ini saya melawat kembali Blog saya. 

Alhamdulillah ia kembali kepada sedia kala. 

Paparan dan pengunjung Blog ini semalam lebih seribu pengunjung. 
Syukur alhamdulillah,  sekurang-kurangnya ia kekal ramai. 

Saya tentu sekali akan menambahkan kembali nuffnang di Blog ini. 

Saya akui nuffnang membayar terlalu sedikit seperti bumi dan langit berbanding bayaran Adsense. 

Namun baki dalam akaun nuffnang saya berjumlah RM46+ membuatkan saya terpaksa mencukupkan jumlah RM50 untuk di Cash out.. 

Tentu sekali saya perlu meletakkan kembali iklan nuffnang ini sehingga bayaran RM50 boleh dikeluarkan.

Namun hampir tengah hari,  masalah sijil amaran ini timbul semula.

Saya mengikut ajaran sifu Blogger di Facebook, dan mula menghantar tiket ke Nuffnang.

Isu ini harus di tangani oleh pihak nuffnang. 

Untuk anda yang masih baru berhadapan dengan isu ini,  di harap artikel ini membantu. 

Doakan yang baik-baik untuk semua. 

Terima kasih. 




Selasa, 18 April 2017

Miliki Channel @ Saluran YouTube Sendiri


Channel @ Saluran YouTube sendiri 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Percaya pada kata kata,  buat sahaja sikit demi sikit asalkan ada progress atau pembaharuan,  itu antara kata semangat yang digunakan dalam bidang Blogging. 

Bermula hanya menulis suka-suka tanpa ejaan penuh dan ayat tunggang langgang serta terbalik.  Bahasa budak muda 4 tahun lepas akhirnya kini saya kekal menulis dalam bahasa Melayu Tinggi ejaan penuh. 

Dari tahun ke tahun,  seperti kata setiap sifu dan mentor anda sendiri akan pelajari dan jumpa rentak sendiri. 

Itu perjalanan yang berlaku di Blog ini,  dari bahasa tunggang langgang,  ke bahasa Melayu namun ejaan tidak penuh,  seterusnya perlahan lahan dan kekal menggunakan ejaan penuh sehingga kini dan doanya hingga ke akhir hayat insyallah. 


Artikel cat Cafe yang di link atau disambungkan ke video YouTube qisya khadeeja 
Pernah menulis di artikel di Blog ini bahawa,  impian saya satu hari nanti punyai saluran YouTube sendiri dan dihubungkan ke Blog dan artikel yang bersangkut paut untuk rujukan pembaca Blog saya yang TERSAYANG,  akhirnya semalam saya berjaya mendapatkan saluran YouTube sendiri. 

Amat mudah rupa-rupanya,  jauh dari sangkaan saya yang menyangkakan ia sukar. Ia semudah ABC.  Andai saya tahu bertahun dulu ketika mula menulis artikel mengenai wanita berpantang saya pasti telah mulakan.  Mohon jangan jadi seperti saya. 

Untuk info,  jika anda pemilik akaun Adsense,  untuk 1000 tontonan atau viewer video anda USD1.70 akan dibayar ke akaun anda berdasarkan iklan yang di klik.  Ada juga sehingga USD2. 

Ia, bukan mudah untuk mendapatkan tontonan 10 sehari jika video anda tidak sepopular dan viral seperti utuber lain,  lebih-lebih lagi jutaan video di upload hampir setiap hari. 

Setiap dari anda punyai Target golongan sasaran masing-masing. 

Saya sendiri sebagai Blogger menggunakan saluran YouTube saya yang dihubungkan dalam setiap artikel saya untuk rujukan para pembaca yang bersangkut paut dengan tajuk artikel. 

Untuk penonton menggunakan carian di YouTube untuk video saya agak sukar kecuali ia betul-betul kena dengan carian,  namun untuk pembaca Blog saya singgah dan klik video di artikel yang disertakan,  potensi amatlah tinggi. 

Satu waktu dahulu saya percaya setiap kata-kata buat dan mulakan. 

Anda tulis dan seiring waktu orang akan mencari anda. 

Tulis dan tulis fikirkan apa lagi perkembangan dan kemajuan yang anda boleh lakukan untuk Blog dan diri anda juga seiring era teknologi sosial. 

Baru belajar mengambil video.  Maka 3 video pertama di saluran YouTube saya amat banyak kekurangan. 

Namun itu harga yang perlu dibayar dalam proses baru memulakan dan belajar. 

Saya ingin setiap pembaca dan follower saya sendiri melihat dan rasa kesukaran dan kekurangan saya dalam memulakan penulisan Blog,  mencari idea dan kini melihat kekurangan saya dalam memulakan video di YouTube dan setiap perkembangan atau progress yang dimulakan. 

Percayalah tiada benda yang terus sempurna serta merta. 

Usah bezakan saya dengan mereka yang telah lama dalam bidang vlogger atau YouTube. 

Juga usah bezakan Blogger setahun jagung dengan Blogger yang telah lama. 

Jarak kami bagai langit dan bumi. 

Antara kritikan dan pujian. 

Semua akan diterima dan disukai. 

Tidak adil untuk membenci salah satu darinya. 

Doakan saya makin bijak,  pandai dan cerdik mencari idea untuk Blog dan vlog saya. 

Saya percaya doa dari mereka dalam diam untuk saya cepat dikabulkan,  lebih lebih lagi dari pembaca yang lansung saya tidak tahu sedang membaca dan melihat Blog dan vlog saya.

Bukankah doa untuk insan lain dalam diam lebih kabul juga kembali kepada kita sendiri. 

Terima kasih untuk semuanya. 

Dan syukur kepada Tuhan memudahkan saya dalam banyak rancangan yang diaturkan oleh NYA untuk saya. 

Dalam perancangan jangka pendek dan panjang ini,  saya akan mula mengupload video dan menyambungkan di setiap artikel di Blog ini termasuk artikel lama terutama yang berada di carian tangga teratas Google. 

Doakan hanya yang baik-baik  dan percaya semua yang datang hanya baik-baik sahaja. 

Abaikan kata kata orang sekeliling yang tidak membantu. Hanya anda sahaja yang faham dan tahu apa kehendak dan idea anda. Sukar untuk terjemahkan idea dan perancangan anda kepada mereka yang berbeza dunia,  minat dan pandangan. 

Terima kasih 






Jumaat, 7 April 2017

8 Keistimewaan Blogger


Tagline dan header Untuk Blog Keep Walking 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Ramai bertanya apa istimewa Blogger. 

Banyak istimewa bergelar Blogger terutama jika Blog anda mengenai konten dan Info berguna serta bermanfaat. 

Antara keistimewaan menjadi Blogger. 

1. Paksaan untuk rajin membaca pelbagai Info dan maklumat terkini mengikut kategori yang di persembahkan di Blog. 

Satu waktu dulu,  saya peminat fesyen.  Kini saya masih peminat fesyen namun atas alasan kekurangan Budget,  Blog ini lebih kepada memberi manfaat mengenai kesihatan,  pemakanan,  pengalaman Ekzema @ eczema,  motivasi,  petua dan pelbagai lagi. 

Sekaligus memaksa saya atau Blogger itu sendiri meminati dan mencari maklumat terbaru dan mendalaminya.

2. Kurangkan masa dengan aktiviti tidak berfaedah

Jika selama ini masa dihabiskan dengan Blog fesyen dan hiburan 24 jam,  kini Blog berbentuk ini masih dibaca namun Blog informasi perniagaan,  penulisan,  kesihatan dan pemakanan turut kerap di kunjungi,  malah di Facebook saya berhenti terus mengikuti pages hiburan,  jika terlintas di wall saya mula membiarkannya sahaja. 

3. Kurang tekanan dalam komunikasi 

Sebagai Blogger,  perkara yang membuat anda agak tertekan apabila cuba mendapatkan pendapat rakan sekeliling yang berlainan dunia dengan anda.  Agak sukar mendapat idea dari rakan yang bukan pembaca Blog anda apa lagi jika mereka bukan berjiwa penulis. 

Bonus besar jika anda punyai rakan atau sahabat dalam bidang penulisan. 

Bonus sebagai Blogger anda sudah tidak peduli jika rakan atau sesiapa sahaja membalas what apps atau pesanan teks anda. 

Anda ada banyak waktu untuk membaca dan mencari idea penulisan. 

Paling penting kini anda boleh meluah rasa dan pendapat diatas Blog yang membantu ramai orang dan masyarakat berbanding bergosip atau mendengar keluhan yang tidak sudah. 

4. Sentiasa mencari idea 

Menjadi Blogger membuatkan anda wajib berfikir sentiasa untuk terus menulis. 

Memperkenalkan produk di bawah label sendiri antara pengalaman yang boleh di tulis di Blog dan lebih mematangkan hidup selain menambah cabang kerjaya baru. 

Itu alasan kuat mengapa saya salah seorang Blogger inginkan produk hasil pengalaman dan Kegunaan sendiri bukan OEM sebagai antara hasil produk pertama idea diri sendiri untuk masa akan datang saya tidak pasti. 

5. Menambah minat baru

Suka atau tidak,  minat baru akan datang sendiri seiring anda rajin menulis dan berkongsi pengalaman dan maklumat. 

Minat saya datang sendiri seperti rajin memasak makanan lebih berkhasiat,  mula terfikir untuk menanam sendiri,  belajar menghasilkan produk sendiri,  berkongsi manfaat apa yang digunakan bersama pembaca dan sebagainya. 

6. Keuntungan jangka panjang

Menulis Blog pastikan artikel anda evergreen. 

Artikel yang bermanfaat untuk hari ini esok,  akan datang,  5 tahun atau 10,20,30 atau 100 tahun lagi sekali pun. 

Cepat atau lambat,  hakikatnya  jika anda berkongsi Info dan manfaat untuk insan lain,  kebaikan dan keuntungan akan kembali pada anda. 

Biarkan sahaja masa dan tuhan menentukan. 

7. Menjadikan anda lebih berdisiplin 

Bermula dengan satu komen,  teks atau mesej anda pasti akan lebih bersemangat membantu insan lain melalui penulisan artikel anda.  Jika anda rasa tiada siapa mendapat manfaat,  anggap sahaja ia manfaat untuk memotivasikan  diri anda dan sebagai ingatan untuk diri anda. 

Buat sehingga anda merasakan artikel itu ditujukan untuk diri anda sendiri jika masa boleh di perbaiki. 

Ini supaya setiap orang terasa pengajaran dan manfaat dari setiap artikel anda. 

Menulis Blog juga menjadikan anda lebih berdisiplin. 

Tidak memandang ke belakang lagi. 

Pengalaman lampau sesekali datang hanya sebagai peringatan agar ia tidak berulang. 

Pastikan anda menulis setiap artikel setiap hari. 

Latih diri anda sehingga membuatkan anda tidak boleh tidur jika langsung tidak menulis artikel di Blog dalam satu hari. 

Itu disiplin istimewa yang dilatih ketika anda bergelar Blogger. 

8. Pendapatan Pasif

Realiti,  berapa ramai ahli perniagaan berjaya dan popular lahir dari Blogger dan minat berblogging.

Vivy Yusof,  fashion Blogger berjaya sehingga kini aktif berblogging.

Malah ramai Blogger muncul sebagai model,  celebrity dan artis.

Tidak dinafikan menjadi Blogger juga adalah medan untuk memperkenalkan diri dan mencipta jenama diri dan produk sendiri. 

Sejujurnya kebanyakan jualan produk di bawah label QK untuk setakat ini majoriti datang dari Blog. 

Terlalu jarang dan lama tidak mempromosikan produk QK di Facebook,  jarang sekali di instagram,  namun Blog membantu saya untuk kekal memperkenalkan produk ini untuk sebutan setiap pembaca yang singgah di Blog ini. 

Paling istimewa,  alhamdulillah rezeki dari Allah yang memberi saya akaun Adsense turut memberi pendapatan pasif untuk saya. 

Akaun Adsense jika anda bijak menggunakan ia,  ia akan menghasilkan keuntungan ang banyak terutama jika anda mempunyai akaun YouTube. 

Saya sendiri bercadang untuk mempunyai akaun YouTube sendiri dan bergelar Vlogger di masa akan datang insyallah. 

Link akaun dan video YouTube saya tentu sekali akan di kepil di Blog ini untuk rujukan yang lebih mudah dan mendalam.  Insyallah.  

Doakan. 

Ini sahaja keistimewaan Blogger yang dapat saya fikirkan untuk petang ini. 

Jika anda bercita-cita menjadi penulis atau Blogger,  belajar menulis dari sekarang. 

Jangan bandingkan anda yang masih baru dengan Blogger yang telah lama. 

Usah merendah-rendahkan diri sendiri. 

Tiada semangat yang lebih kuat dan kuasa kepercayaan lebih tinggi selain diri anda sendiri. 

Bermula sekarang. 

Fakta yang tidak boleh disangkal, semakin hari semakin ramai Blogger dan vlogger serta penulis muncul di alam maya. 

Lupakan persaingan.  Hanya berikan yang terbaik. 

Jadi diri anda sendiri. 

Dan sentiasa bersyukur. 

Alhamdulillah. 

Semoga artikel penulisan saya semakin hari semakin baik dan semakin memberi anda info. Dan motivasi yang hebat. 


Terima kasih. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...