Ahad, 5 Ogos 2018

Tiada Idea Menulis Lagi


lamb shank antara makanan kegemaran
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Niat di hati ingin menulis hampir tiap hari pada bulan Ogos ini setelah berbulan, blog ini tidak dikemaskini dengan penuh konsisten.

Namun, niat hanya niat, beberapa hari di minggu pertama bulan Ogos berlalu begitu sahaja.

Tiada mood dan idea yang timbul, namun kata cendikiawan, anda tetap harus menulis walau pun satu patah perkataan setiap hari. Dari satu patah perkataan akan menjadi 'habit' dan ia akan membawa anda kepada satu artikel lengkap.

Pizza Ayam dan nenas dari Azam Rooster
Hari minggu atau sabtu semalam, cadangnya sekurang-kurangnya satu artikel harus di tulis. 

Maka hari ini dengan paksa rela saya menulis dengan dihiasi gambar menikmati makanan bersama bff, 10 tahun saya, Mizi.

Ia jika bukan dihabiskan hari minggu bersama keluarga atau rakan-rakan, tentu sahaja anda kena habiskan hari minggu anda dengan kerja.

Nampak gayanya bukan sahaja menulis blog tidak konsisten, diet 'eat clean' juga menunjukkan gaya yang sama.

Malah, kononya ingin terus 'bare face' tanpa bedak dan foundation serta gincu dan lipbalm. Namun seiring masa, foundation dan bedak kembali menjengah muka ini.

Hakikat harus diterima, agak berbeza wajah tanpa foundation dan bedak serta gincu yang jauh berseri dari 'bare face'.

Namun pembelajaran mengajar bahawa untuk kulit sihat dan mudah bernafas, kulit tanpa bedak dan foundation lebih bagus dan selamat.

bff lebih 10 tahun

Sebagai insan yang sukakan makanan, agak sukar menolak pelawaan sahabat yang datang dari negeri jiran sebelah, sedangkan godaan keluarga belanja makan sukar ditolak apa lagi sahabat yang telah kian lama bersama susah dan senang.

Masih berfikir idea dan tajuk artikel seterusnya untuk ditulis. Namun nampaknya idea diet sihat tidak kunjung tiba. Mungkin blog ini harus dimulakan kembali fokus kepada khasiat pelbagai makanan dan tumbuhan yang terdapat dan dijual disini.

Hari Ahad ini tidak tahu apa program seterusnya. Namun alhamdulillah, sekurang-kurangnya sebelum pukul 12 saya telah menaip artikel ini untuk diterbitkan di blog ini.

Mungkin ia nampak seperti artikel ringkas yang tidak memberi makna apa-apa, namun bagi blog ini, asalkan ada artikel dikemaskini ia akan memberi semangat dan 'habit' untuk terus menulis blog ini dari ia terus dibiarkan usang begitu sahaja.

Selamat hari minggu.

Terima kasih.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...