Isnin, 6 Ogos 2018

15 KHASIAT KUS KUS @ COUS COUS , BIJIRIN ALTERNATIF KEPADA NASI PUTIH


KHASIAT KUS KUS @ COUS COUS BIJIRIN ALTERNATIF KEPADA NASI

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Telah lama ingin berkongsi mengenai khasiat Kus Kus atau Cous Cous di blog ini.  Kus Kus atau Cous Cous adalah antara pilihan alternatif penganti nasi selain bihun perang, spaghetti, quinuo dan pelbagai lagi bijirin popular di dunia.

Kus Kus atau cous cous ialah makanan popular di Timur Tengah termasuk morocco, Turki, malah dikatakan bijirin ini turut popular di Perancis dan Afrika.

Kebiasaanya di masak bersama pelbagai sayur-sayuran dalam menu 'vegetarian'. Cous cous atau kus kus ialah bahan yang tidak asing lagi dikalangan pencinta diet sihat dan diet sayur-sayuran.

Berikut ialah 15 Dari Khasiat Kus Kus atau Cous Cous untuk info anda.

1. Mengandungi pelbagai nutrisi seperti karbohidrat 26%, protein 26%, fiber 20% dan kalori hanya 19%. Vitamin yang terdiri dari Niacin 17% , Panthoniec Asid 12%, Thiamin 11% dan vitamin  B6 6%. Juga kaya mineral seperti manganese 39%, fosforus, copper dan magnesium.

2.  Membantu mengcegah risiko penyakit atherosclerosis, penyakit jantung dan strok.

3. Mengandungi selenium yang dikatakan bagus dalam mengurangkan risiko kanser prostat. Malah selenium juga dikatakan membantu membaiki sel rosak di dalam tubuh selain membantu mengurangkan keradangan. Selenium juga bagus untuk kesihatan tiroid dan membantu dari sudut hormon. Di anggarkan dalam satu cawan cous cous atau kus kus mengandungi 60% keperluan selenium dalam diet harian. Malah dikatakan selenium ini turut membantu merendahkan kadar kolesterol dan menguranggkan risiko sakit jantung.

4. Selenium didalam kus kus juga dikatakan membantu mencegah beberapa penyakit kanser. Pastikan anda sertakan makanan tinggi vitamin C dan E untuk mengurangkan risiko kanser paru-paru dikalangan perokok.

5. Dengan pelbagai khasiat yang terdapat dalam kus kus , makanan ini turut membantu meningkatkan antibodi tubuh dan mengelakkan pelbagai penyakit.

6. Sebagai sumber tumbuhan yang mengandungi protein bagus yang terdiri dari pelbagai asid amino.

7. Bagi mereka yang mengamalkan diet rendah kalori, kus kus lebih rendah kalori berbanding nasi dan quinuo. Satu cawan kus kus hanya mengandungi 200 kalori.

8. Dengan kandungan protein dan fiber di dalam kus kus, menikmati kus kus turut membantu mengstabilkan gula dalam tubuh. Glisemix index bagi kus kus ialah 61.

9. Khasiat yang terdapat dalam kus kus turut membantu menyembuhkan luka dengan cepat.

10. Tinggi sumber antibakteria dan antiviral.

11. Mengurangkan risiko sembelit dan memudahkan penghadaman usus.

12. Membantu menggalakkan pertumbuhan otot, sekaligus membantu dalam pengurusan berat badan ideal.

13. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

14. Kus Kus amat mudah dimasak. 

Cara Paling Mudah Memasak Kus Kus

Cara penyediaan paling mudah untuk mengantikan kus kus dengan nasi. 

Hanya panaskan air dalam periuk, setelah air mendidih masukkan kus kus, hanya pastikan kus kus tengelam dalam air (jangan terlalu banyak air, bimbang risiko kus kus lembik).

Gaul kus kus dalam periuk sebentar seperti anda gaul nasi untuk 2-3 minit. Kemudian tutup periuk dan api perlahan selama satu minit. Tutup api dan biarkan lagi selama 5 minit sebelum makan. Siap untuk dihidangkan.

Kus kus enak dimakan dengan kari dan pelbagai ulam-ulaman. 

Pilihan lain anda boleh tambah kus kus dalam salad dan buat bubur kus kus.

15. Info penting lain mengenai kus kus khas untuk mereka yang menghadapi alahan gluten dan mengamalkan diet gluten juga mereka yang mempunyai risiko penyakit kencing manis dan diabetes.

Kus kus tidak sesuai bagi mereka yang alah gluten kerana kandungan gluten yang terdapat dalam bijirin yang asasnya ialah gandum.

Walaupun kus kus mengandungi protein dan fiber, namun satu cawan kus kus tetap mengandungi 36 gram karbohidrat. Bagi penghidap kencing manis atau diabetis adalah disyorkan anda menikmati kus kus dengan sayur-sayuran yang banyak. Malah jika diperhatikan kebanyakan masyarakat timur tengah memasak kus kus dengan memasukkan sayur-sayuran yang banyak sehingga hampir menengelamkan kus kus itu sendiri.

Walau pun kus kus mengandungi pelbagai nutrien dan sejenis bijirin yang berfungsi sebagai prebiotik, namun khasiat fiber dalam kus kus sedikit berbanding quinuo, beras perang dan oat. 

Khasiat potasium di dalam kus kus juga boleh ditandingi oleh pisang, avocado dan kentang.

Bagi anda yang berminat mencuba kus kus anda boleh dapatkan kus kus ini dipasaraya terpilih atau beli sahaja di kedai Arab. 

Pengalaman saya harga kus kus di kedai arab lebih murah berbanding kus kus yang di jual di dalam kotak cantik di pasaraya.

Semoga info ini membantu anda dalam mempelbagaikan lagi bijirin dan makanan sihat dalam pemakanan harian anda.

Selamat mencuba kus kus dalam diet anda.

Terima kasih.










Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...