Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
Sayur sawi hijau antara sayur-sayuran popular yang sering dijadikan sayur untuk masakan mee, bihun atau kuew tiaw.
Terkenal dikalangan kaum cina, sayur sawi hijau antara sayur-sayuran yang tinggi khasiat dan antioksidan.
Ketika mengharungi dugaan ekzema 'menjerit' atau Topical Steroid Withdrawal beberapa tahun dahulu, sawi adalah antara sayur hijau yang menjadi bahan untuk juicing yang harus ditelan untuk mempercepatkan penyembuhan.
Sahabat saya yang belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir pernah memberitahu saya, dalam kita perubatan islam yang dibaca beliau di Mesir, ditulis betapa sawi amat bagus untuk mata. Lobak untuk retina mata dan sawi lebih kuat dari lobak untuk penyembuhan mata. Beliau memesan kepada saya untuk mengamalkan jus sawi kerana tahu saya menghadapi rabun mata yang tinggi.
Malah kata ibu saya sawi juga antara tumbuh-tumbuhan mudah ditanam dan tumbuh dengan cepat. Namun pengalaman saya menanam di tanam kampung saya yang kurang subur penuh batu, ia tidak menjadi.
Antara khasiat dan kebaikan sawi yang saya dapati dari sumber bacaan di google dari blog doktor terkemuka dunia adalah :-
1. Sawi Hijau tinggi sumber antioksidan.
Seperti sayur-sayuran hijau lain yang tinggi kandungan mineral, vitamin dan antioksidan. Sawi hijau antara super green yang kaya antioksidan yang amat diperlukan oleh tubuh untuk melawan pelbagai penyakit.
2. Terkenal sebagai makanan sumber paling sihat di dunia.
Dengan kandungan pelbagai vitamin dan galian, enak dibuat sup dan ditambah dengan pelbagai masakan nasi dan bihun, sawi antara makanan sihat paling terkenal didunia.
3. Mengandungi bahan detoks untuk hati dan darah.
Sawi hijau amat tinggi kandungan klorofil yang berfungsi mencuci hati dan darah. Malah sumber ini turut dipercayai membantu mencuci kesan logam berat, bahan chemical dan racun serangga didalam tubuh.
4. Mengurangkan kolesterol tidak baik dalam tubuh
Dikatakan bahawa asid BILE didalam sawi hijau amat bermanfaat dalam mengurangkan kolesterol jahat didalam tubuh.Asid Bile ini juga berfungsi mengurangkan risiko kanser dan sakit jantung terutama jika ia disebabkan oleh lemak jahat.
5. Tinggi phytonutrien
Sawi hijau amat tinggi phytonutrien seperti tumbuhan superfood lain. Phytonutrien ialah sumber yang dijumpai dalam makanan berunsur tumbuh-tumbuhan. Fitonutrien dikatakan bagus dalam mengurangkan penyakit kanser, risiko penyakit jantung, risiko diabetes, risiko obesiti malah ia amat penting untuk melambatkan proses penuaan otak.
6. Sawi Hijau tinggi kandungan Serat.
Serat dan tumbuh-tumbuhan berpisah tiada. Ramai antara kita kini sedar kepentingan serat atau fiber ini dalam pemakanan seharian. Serat berfungsi mengurangkan risiko pelbagai penyakit selain memudahkan proses pembuangan dan mengelakkan kanser kolon. Antara penyakit yang boleh dicegah dengan pengamalan pemakanan tinggi serat ialah strok, hypertension dan penyakit usus.
7. Tinggi kandungan Vitamin K yang amat bagus untuk tulang.
Majoriti masyarakat dunia kini mengalami masalah tulang yang lemah akibat pemakanan dan lifestyle yang semakin mudah dan kurang aktiviti berjalan. Vitamin K ialah antara vitamin yang amat penting dalam pembentukan tulang.
Sawi hijau mengandungi 524% kandungan vitamin K yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari. Vitamin K selain penting untuk pembentukan tulang yang kuat, ia juga berfungsi menyokong fungsi otak juga metabolisme tubuh. Malah ada kajian mengatakan fungsi Vitamin K dalam mengurangkan risiko osteoporosis dikalangan golongan tua. Selain itu vitamin K juga membantu dalam mengurangkan keradangan, malah wanita yang menghadapi isu PMS juga boleh mengamalkan sawi hijau kerana dipercayai vitamin K ini membantu mengurangkan kekejangan ketika haid.
8. Tinggi Kandungan Vitamin C
Bukan sahaja buah oren atau buah sitrus. Sayur-sayuran hijau juga antara makanan yang tinggi kandungan vitamin C. Vitamin C di dalam satu cawan sawi hijau mencukupi keperluan 59% diet harian. Ramai antara kita sedar dan tahu kepentingan vitamin C ini termasuklah dalam melawan radikal bebas, membaik pulih tisu dan sel tubuh, memperkuatkan tubuh dari sebarang serangan jangkitan dan virus , membantu membina kolagen tubuh dan pelbagai fungsi lagi.
9. Sebagai supplement semulajadi memperkuatkan kulit dan mata
Sawi tinggi kandungan vitamin A yang terkenal amat bagus untuk kesihatan mata. Satu cawan sawi hijau yang dimasak mengandungi 177% keperluan vitamin A harian yang diperlukan oleh tubuh. Selain itu vitamin A juga amat penting untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Seperti Vitamin C, vitamin A turut membantu memperkuatkan imuniti, mencantikkan kulit juga mengurangkan risiko kanser.
10. Sawi hijau juga tergolong dalam kategori Cruciferous Vegetables.
Sayur-sayuran dalam kategori Cruciferous Vegetables adalah antara makanan yang digalakkan diamalkan terutama bagi mereka yang sering terdedah kepada penggunaan plastik sama ada bahan kegunaan harian atau dalam penyediaan makanan yang dimakan.
11. Bagus untuk mengawal penyakit ekzema dan psoriasis
Untuk mereka yang menghadapi isu kulit baik jerawat, ekzema atau psoriasis. Tambahkan menu sayur sawi hijau dalam pemakanan anda. Sayur ini amat bagus dalam menangani pelbagai isu penyakit berkaitan kulit dan alahan kulit.
Bagi anda yang kurang mengemari sayur atau sawi hijau, anda boleh mencuba membuat jus dengan mencampurkan sawi dan epal hijau, pilihan lain anda boleh mengisar sawi hijau dan buah mangga masak.
Selamat mencuba sawi hijau dalam pemakanan anda.
Terima kasih.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan