Ahad, 26 Ogos 2018

Terus Berusaha Diet Eat Clean





Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Akhirnya diri sendiri harus akui, amat sukar untuk konsisten dalam blogging, bukan sahaja blogging atau semangat malah dalam menjaga pemakanan.

Membaca mengenai diet sihat setiap hari dalam facebook mahu pun melayari facebook yang sentiasa memaparkan mengenai pentingnya pemakanan dalam kesihatan dan betapa penyakit jantung yang kian menyerang masyarakat termasuk golongan muda tidak cukup kuat untuk menguatkan diri untuk menikmati makanan sihat.

Dikelilingi pelbagai makanan yang sering dibeli oleh orang sekeliling baik rakan taulan mahupun ahli keluarga, malah ada masanya diri sendiri yang membelinya hanya untuk 'Cheat  Day' akhirnya seperti yang sering diwar-warkan oleh kebanyakan pakar pemakanan menyebabkan diri terus tewas dan menjadikan ia kebiasaan.

Amatlah sukar kembali ke track rupa-rupanya jika anda bukan seorang yang kuat semangat, tidak cukup hanya tahu mengenai segala khasiat dan bahaya makanan jika anda sendiri tidak kuat untuk menepisnya.

Pernah menjaga diet sebulan dua, namun kembali ke diet yang semakin terabai akhinya menyebabkan eat clean semakin jauh dan sayur-sayuran dan juicing juga berbulan ditinggalkan. Amat bahaya rupanya bila anda terus terbabas dengan diet tidak sihat, dari berbulan masuk tahun.

Namun tidak semestinya anda terbabas dan terus terbabas, ada masanya jika tersedar anda harus bangun untuk kuatkan diri kembali untuk diet sihat. Mencuba beberapa kali malah puluh kali, kemudian tewas lagi bukan bermaksud berhenti mencuba, paling penting punyai niat untuk terus mencuba dan mencuba lagi.

Dengan pelbagai keraian dan cuti yang pelbagai di Malaysia, menikmati makanan diluar dan beramai-ramai antara cara meraikan pelbagai kegembiraan. Agak sukar untuk memupuk tabiat makanan sihat terutama di Malaysia ini makanan kegemaran masyarakat melayu khususnya kaya dengan makanan bergoreng dan berminyak baik dari sambal nasi lemak dan pelbagai makanan goreng teramsuk kerepek dan goreng pisang, itu belum termasuk kuih muih, kek dan biskut serta pelabagai makanan manis lain.

Sebagai manusia biasa kita hanya mampu berdoa dan berusaha untuk menjalani hidup ini lebih baik dan mengurangkan stress dalam kehidupan.

Salam sayang dari saya untuk semua pembaca blog ini. Selamat hari minggu.


Terima kasih.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...