Daun moringga - imej dari google |
Assalammualaikum wbt dan salam
sejahtera.
Malaysia terkenal dengan pelbagai
ulam-ulaman yang berkhasiat. Antara ulam yang semakin terkenal dan telah lama
ditanam di Negara ini ialah daun kelor atau murunggai atau dalam bahasa English
Moringga.
Daun kelor atau moringga telah
lama diamalkan oleh masyarakat india dan selalunya dimasak bersama kuah kari
dan telur dadah. Bagi sesetengah kaum mereka menjadikan daun moringga ini
sebagai ulam untuk dimakan bersama nasi. Sesetengah pengemar daun ini selalu
memasak lemak kuning telur itik dan sayur masak lemak.
Daun moringga kini semakin
popular di dunia sebagai salah satu sumber antioksidan yang kuat dan digemari
pencinta kesihatan. Malah daun moringga turut tergolong dalam ‘super food’. Di
sesetengah Negara, mereka menggelar daun moringga sebagai ‘ miracle tree’.
Terdapat jutaan khasiat dan
kebaikan moringga serta kegunaan moringga, diantaranya ialah :-
1. Moringga kaya dengan khasiat
untuk kesihatantubuh seperti anti fungal, anti viral, anti depressi dan anti
inflamasi sekaligus ia bagus untuk dikongsumi oleh mereka yang mengalami dugaan
ekzema, kanser, stress, gout, sakit sendi dan sebagainya.
2. Daun Moringga ini mudah dijumpai
di India, Asia, Afrika dan selatan Amerika. Kini daun moringga turut dijual
sebagai supplement kesihatan di pasaran.
3. Moringga kaya kandungan protein,
vitamin dan mineral. Sekaligus ia bagus sebagai sayur-sayuran dalam diet.
4. Antara kandungan vitamin yang
terdapat di dalam moringga termasuk vitamin A, vitamin B1 (Thiamine), B2
(riboflavin), B3 (niacin), B6, Folate, asid ascorbic (Vitamin C), kalsium,
potassium, zat besi, magnesium, fosforus dan zink.
5. Moringga juga dikatakan rendah
lemak dan tidak mengandungi kolesterol tidak baik.
6. Sebagai tumbuhan ‘super food’
yang tinggi vitamin dan galian serta anti oksidan, moringga membantu dalam
melindungi serta mencantikkan kulit dan rambut. Malah mereka yang menghadapi
isu masalah dan kulit muka yang mengamalkan moringga berserta diet sihat
mengalami perubahan kulit dan rambut yang lebih sihat.
7. Moringga juga membantu pesakit
edema dengan fungsi anti radang yang dimilikinya.
8. Moringga juga turut membantu
memperkuatkan organ hati dan membantu membaik pulih fungsi hati. Harus
diingatkan ia juga harus beserta diet sihat.
9. Sebagai makanan tinggi
antioksidan, ekstrak moringga membantu menghindari sel kanser dan membantu
memulihkan penyakit kanser tertentu.
10. Kandungan kalsium yang tinggi
didalam moringga termasuk fosforus membantu tulang yang sihat dan kuat.
11. Jika anda menghadapi kemurungan
dan sering stress serta mudah naik angin, moringga dipercayai antara bahan
makanan yang membantu mendapatkan mood yang lebih baik.
12. Selain cepat menyembuhkan luka,
moringga turut dipercayai mengurangkan risiko diabetis dan membantu
menyembuhkannya, mengurangkan asma dan melindungi dari penyakit buah pinggang.
13. Moringga juga dipecayai membantu
mata untuk lebih sihat dan juga membantu mereka yang mengalami anemia.
14. Dengan segala khasiat moringga
ini, bagi anda yang telah menghadapi penyakit anda digalakkan mendapatkan
pendapat pakar yang merawat penyakit anda.
15. Dikatakan moringga antara bahan
makanan yang mengandungi oxalate yang tinggi serta tidak sesuai dengan pesakit
buah pinggang.
16. Mereka yang mengandung dan
menghadapi isu HB rendah juga tidak digalakkan mengamalkan moringga walaupun
moringga terkenal mengandungi kalsium dan antioksidan tinggi.
17. Moringga tidak digalakkan
diamalkan setiap hari terutama dalam kuantiti yang banyak walaupun bagi orang
yang sihat. Ini kerana moringga tinggi oxalate.
Risiko sakit badan atau sendi bagi mereka yang kerap menikmati moringga
mentah dalam kuantiti yang banyak.
18. Sila amalkan moringga dan apa
sahaja makanan kesihatan walaupun semulajadi secara sederhana dan berpada-pada.
Bagi mereka yang jarang menikmati
sayur-sayuran serta mengamalkan diet yang tidak sihat, jika kali pertama anda
menikmati moringga mentah, kemungkinan besar untuk anda mengalami ‘pening
kepala’. Adalah disyorkan anda menikmati moringga dalam kuantiti yang sedikit
atau celur sahaja moringga sebelum makan. Pilihan lain sila pilih menu moringga
yang dimasak.
Moringga mudah didapati di
pelbagai pasaraya dan dijual segar di bahagian sayur-sayuran seperti pasaraya
Jaya Grocer, selain itu moringga turut dijual di pasar.
Jika anda bukan peminat
sayur-sayuran anda boleh mencuba teh moringga, serbuk moringga yang boleh
dicampurkan dalam air kegemaran anda atau beli sahaja kapsul moringga untuk
mendapatkan khasiat moringga ini.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan