Ahad, 12 Ogos 2018

19 KHASIAT & KEBAIKAN TOMATO




Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Tomato adalah antara sayur-sayuran yang sering dimasukkan dalam pelbagai masakan. Malah tomato antara bahan masakan yang digalakkan diamalkan dalam pemakanan seharian. Tomato menjadi antara makanan kegemaran masyarakat timur tengah dan barat dalam pelbagai menu masakan mereka.

Tomato terkenal dengan pelbagai khasiat untuk kecantikan kulit dan kesihatan tubuh. Terdapat pelbagai kebaikan dan khasiat tomato untuk kulit dan kesihatan. Diantara khasiat dan kebaikan tomato yang paling popular ialah :-

1. Tomato tinggi antioksidan. Antara bahan paling popular dalam tomato ialah lycopene dimana kebaikan lycopene ini amat bagus untuk kesihatan tubuh khususnya.

2. Tomato juga terkenal sebagai penawar kepada kesihatan jantung dan kanser.

3. Tomato tinggi kandungan vitamin C, potassium, folat dan vitamin K.

4. Tomato mengandungi 3.9 gram karbohidrat, 18 kalori, fiber sebanyak 1.2 gram dan gula sebangak 2.6 gram.

5. Tomato juga dikatakan antara makanan semulajadi yang tinggi kandungan air sehingga 90%.

6. Tomato terkenal untuk kesihatan mata di mana dikatakan tomato melindungi mata dari kerosakan cahaya, risiko katarak, risiko mata seiring usia.

7. Selain terkenal untuk kesihatan mata dan kulit, tomato juga bagus untuk kesihatan perut. 

8. Amalkan menikmati tomato dalam pemakanan seharian anda, tomato akan membantu melawaskan dan mengurangkan risiko perut buncit.

9. Istimewanya tomato, ia mengandungi 4 kandungan utama karotinoid iaitu alpha dan beta-karoten, lutein dan lycopene. Walaupun setiap dari satu sumber carotenoids ini boleh berfungsi sendirian, dan mempunyai fungsi sendiri kepada kepada kesihatan namun dengan 4 jenis kandungan utama dalam kumpulan karotenoid ini ia akan berinteraksi lebih maksima untuk memberi kesihatan yang lebih baik.

10.Tomato bukan sahaja terkenal dengan sumber antioksidan dan anti radang malah tomato ini juga antara sumber MSG semulajadi dalam masakan. Jika anda inginkan makanan yang enak tanpa MSG (monosodium glutamate) anda boleh menambahkan pes atau kisaran pati tomato asli didalam masakan untuk menambah keenakan masakan anda.

11. Tomato juga dipercayai oleh masyarakat India diantara makanan yang boleh menyingkirkan toksin didalam tubuh. Tidak hairanlah kebanyakan masakan india menggunakan tomato sebagai bahan.

12. Khasiat lycopene dalam tomato dikatakan lebih tinggi jika dimasak. Maka digalakkan anda memasak tomato dan sekali sekala dimakan mentah.

13. Tomato juga bagus untuk mereka yang menghadapi gangguan penafasan. Amalkan minum jus tomato mentah setiap hari untuk mengurangkan gangguan ini.

14. Tomato amat bagus diamalkan kaum lelaki kerana tomato dipercayai membantu mengurangkan risiko kanser prostat dan penyakit jantung.

15. Tomato juga tergolong dalam sayur-sayuran yang membantu mencegah penyakit kardiovaskular.

16. Bahagian kulit tomato adalah bahagian paling tinggi lycopene. Jangan sesekali anda buang kulit tomato ini.

17. Tomato juga antara sayur-sayuran yang mengandungi vitamin C dan Vitamin E. Malah tomato juga dikatakan bagus bagi mencegah gusi berdarah. Jika anda sering mengalami gusi berdarah, rajinkan diri anda menikmati tomato sebagai jus atau menambahnya dalam menu makanan anda.

18. Tomato juga dikatakan bagus bagi mereka yang sering menghadapi sengal tulang.

19. Tomato juga tinggi vitamin A, sekaligus ia baik untuk kesihatan mata. Gandakan vitamin A untuk kesihatan mata anda dengan menambah lobak merah dalam menu harian anda.

Sebaik-baiknya anda mengamalkan tomato organic atau tanam sahaja tomato dirumah anda dalam pasu bunga.

Selamat mencuba dan belajar mengemari tomato dalam pemakanan seharian anda.

Terima kasih.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...