Memaparkan catatan dengan label Motivation. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivation. Papar semua catatan

Khamis, 4 Januari 2018

5 REKA BENTUK PLANNER @ PERANCANGAN 2018 YANG MENARIK DAN PERCUMA UNTUK ANDA



Antara pelbagai imej planner menarik di google

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Belum terlewat mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2018 untuk semua pembaca blog tersayang yang sudi dan sering melayari blog ini.

4 hari telah berlalu untuk Januari 2018, belum terlewat bagi anda yang belum melakukan apa pun plan, azam atau perancangan untuk berazam dan mula merancang.

Ia, azam bukan dibina untuk setahun atau hanya untuk tahun baru, ia juga boleh dibina pada hari baru.

Namun aura azam itu sentiasa membara pada awal tahun ketika seluruh dunia meraikannya.

Itu, efek dari keadaan sekeliling, dimana sekeliling anda dan dunia punyai azam.

Baik azam untuk menjadi lebih baik, berjaya dalam kerjaya atau perniagaan, azam untuk percintaan dan perkahwinan juga perhubungan, azam untuk menunaikan haji dan umrah, azam untuk menyelesaikan hutang baik hutang kewangan atau hutang puasa, azam untuk mempunyai anak, azam untuk kurus, azam untuk sihat, azam untuk sembuh dan pelbagai azam lagi.

Dalam membina azam untuk tercapai, ia harus dimulai dengan perancangan. Maka sediakan kertas dan jadual yang terlukis segala perancangan anda.

Jika dahulu anda harus membeli planner atau diary yang telah tersedia dijual di pelbagai kedai buku dan pasaraya.

Kini, dengan kecanggihan dunia digital, anda boleh membuat planner anda sendiri dengan menghasilkan ia melalui perisian percuma di internet atau dapatkan sahaja secara percuma dari laman web yang menyediakan ia secara percuma untuk anda.

 Terdapat pelbagai jenis planner, baik planner untuk perancangan anak-anak anda, perancangan untuk diet, perancangan untuk kewangan, perancangan untuk perniagaan, malah perancangan untuk blogging juga ada.

Tiada alasan lagi dizaman digital ini. Anda hanya perlu google dan ia terus terpapar di papan pemuka anda baik di laptop, komputer, mahu pun telefon bimbit anda.

Bagi anda yang ingin mendapatkan planner 2018 dengan percuma dengan hanya mendownload dari paparan laptop atau laman web anda boleh terus ke link-link yang disediakan dibawah ini untuk pilihan anda.

1.  Untuk pilihan kalender mingguan 2018 anda boleh memilih laman web ini


2. Untuk pilihan perancangan untuk kanak-kanak dan anak-anak anda , laman web ini memberi pilihan yang bagus.



3.  Untuk perancangan plan budget 2018 anda, anda boleh menyusun ia dengan bantuan reka bentuk perancangan plan budget yang menarik di laman web ini



4. Untuk perancangan sepanjang tahun yang memukau, termasuk impian dan goal anda setiap bulan. Anda boleh mendapatkan perancangan untuk 2018 anda disini.



5. Untuk anda yang memerlukan semangat dan azam yang kuat , serta perancangan terperinci. Anda boleh melayari blog speaker terkemuka dunia Mel Robbins. Beliau turut memberi percuma perancangan 2018 khas untuk anda diblog beliau dengan klik ia di link ini



Terdapat banyak lagi pilihan planner percuma lain yang menarik. Anda hanya perlu google sahaja.

Pilihan lain, buat sahaja planner 2018 menggunakan kertas kosong dan pen berwarna-warni atau beli sahaja sebuah buku dan design ia menjadi planner yang menarik.

Ia biasa tidak menarik untuk insan lain, janji ia menarik untuk anda dan penting untuk anda gunakan.

Tiada guna jika anda merancang tanpa apa-apa tindakan.

Pastikan setiap perancangan anda dilakukan seiring apa yang anda tulis.

Pastikan perancangan anda itu penuh dan lakukan ia seperti yang dirancang.

Kajian pernah dilakukan yang menunjukkan mereka yang mempunyai perancangan dan azam jauh berjaya dari mereka yang tidak pernah mempunyai azam, perancangan dan menulis ia diatas kertas dan buku.

Maka tulis perancangan anda diatas kertas dan buku dengan terang dan jelas hari ini.


Pesanan ini juga untuk diri sendiri.


Terima kasih.






Ahad, 24 Disember 2017

PASSION



baru 2 tahun memiliki akaun adsense, pada tahun 2017 akaun adsense menunjukkan perkembangan yang bagus sebagai pemain baru. - ia pemain adsense dan blogger lebih berpengalaman mampu membuat sehingga USD5000 sebulan.

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Seminggu lagi sebelum tahun 2017 menutup tirai.

Mengira beberapa artikel lagi menuju 365 seperti target yang ditetapkan untuk blog ini.

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ia melepasi 300 artikel berbanding, hanya 111 artikel pada tahun 2016.

Malah target untuk memecahkan rekod pendapatan adsense lebih USD20 sebulan (terlalu jauh berbeza dengan pemain adsense dan blogger lebih berpengalaman) juga tercapai pada tahun ini, ketika blog pemakanan dan kesihatan yang semakin berkembang pesat di dunia blogging dan iklan untuk produk kecantikkan dan kesihatan ialah antara iklan yang dibayar murah berbanding iklan produk teknologi, perbankan , gadget dan sebagainya. Mereka yang sering mengikuti blog ini pasti tahu, blog ini bermula dengan USD3 sebulan untuk bulan pertama akaun adsense.

Paling istimewa target dan sasaran untuk mendapatkan 2 kali cash out dari adsense juga tercapai, selain blog ini konsisten dalam paparan view harian dari pengunjung seluruh dunia.

Terus mencuba mempelbagaikan topic dan kategori. Insyaallah selain info graphic dan video untuk perancangan artikel tahun 2018, pelbagai lagi perkongsian akan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk paling ringkas dan difahami untuk pembaca blog ini.

Menjadikan blogging dan bahan semulajadi sebagai passion untuk beberapa tahun ini, hanya diet yang lebih sihat yang masih belum betul-betul konsisten .  Sehingga ini kek-kek manis, tart dan manisan manis komersial masih belum mampu ditinggalkan. Namun semangat kekal ada untuk melawan. Tahun 2018 insyaalah harus menetapkan target yang kuat dan kukuh dalam pemakanan.

Pelbagai perkara hanya akan dicapai dengan konsisten dan focus. Blogging mungkin Nampak mudah, namun apabila anda harus menulis satu artikel hari demi hari berturut-turut ia tidak semudah berbalas mesej di whatapps.

Tidak semua apa anda tulis akan dibaca , dibaca tidak semestinya akan disukai, namun jika anda mampu membuatkan anda membaca sehingga perenggan terakhir sehingga titik noktah terakhir, anda tahu anda mampu kembangkan bakat penulisan anda itu.

Menulis bukan sahaja membantu menenangkan minda jika anda menulis sesuatu perkongsian yang baik. Ia juga mampu membuatkan anda terpaksa rajin membaca menambah ilmu dan mencari pengalaman baru untuk ditulis.

Dalam bidang blogging mahupun penulisan, anda bukan sahaja berdepan dengan isu idea, cara tulis, pengolahan ayat, kerosakan laptop atau telefon bimbit, line internet yang slow, mood swing, mood yang sering dikacau, tiada focus dan perangai insan sekeliling yang tidak tahu keadaan anda dan menghormati anda sebagai penulis atau blogger.

Anda juga akan berhadapan pelbagai kritikan dan sindiran. Namun satu yang anda harus pegang, focus apa yang anda ingin capai. Berkawan dengan kritikan yang membina dan sasarkan pelbagai sasaran untuk dakian anda seterusnya.

3 blog dan ini blog paling aktif. 2 blog lagi akan di pertingkatkan dari segi kualiti dan konten. Bermula satu artikel seminggu, beberapa artikel sebulan, seratus artikel setahun dan kemudian meningkat beratus artikel setiap tahun, akan tiba masanya beribu artikel setahun seiring kebiasaan dan konsisten anda menulis dan lahirnya pelbagai idea yang akan datang secara semulajadi untuk anda menulis seperti ia adalah ‘makanan harian’ anda.

Apa yang biasa anda lakukan , akan menentukan apa kebiasaan anda pada masa akan datang.

Penulisan mungkin kelihatan seperti hobi dan passion yang agak kurang memerlukan modal jika anda bijak memilih penulisan yang tidak memerlukan modal yang tinggi. Namun anda tidak akan mampu menulis tanpa mengeluarkan modal dan pengorbanan yang tinggi dari segi masa mencari, membaca, menimba ilmu serta setiap pengalaman yang anda lalui.

Tidak akan muncul idea dalam penulisan anda tanpa pengalaman kerana penulisan ialah apa yang anda rasai dan tahu dan boleh menulis tanpa memerlukan buku rujukan disebelah kecuali anda menulis sesuatu yang memerlukan rujukan jurnal dan menulis kajian dalam bentuk saintifik.

Anda menulis untuk mereka yang sudi membaca dan berminat dengan tulisan dan penulisan anda. Jika anda menulis untuk diri sendiri tulis untuk diri anda sendiri , jika anda menulis untuk satu dunia , tulis dan tujukan ia satu dunia.

Ketika anda membaca apa yang pernah anda tulis, ia akan memberi anda semangat tentang apa yang pernah anda lalui dan hadapi.

Siapa anda pada hari ini, kematangan anda dengan setiap pengalaman hidup. Anda tidak akan mampu ingat segala ilmu dan apa anda baca kecuali anda membuat ulangkaji atau ada perkara lain yang menyebabkan anda mula mengingatinya.

Blog ialah satu diari atau satu peringatan untuk anda, untuk sumber rujukan dan motivasi untuk anda sendiri dan ilmu yang satu hari nanti anda cari dan ingin rujuk.

Kata cendekiawan dunia, jika anda ingin lebih bijak, rajin kongsikan ilmu anda. Ilmu tidak akan berkembang jika terus disimpan. Sebarkan.

Jika anda inginkan motivasi, beri motivasi kepada satu dunia, motivasi itu akan kembali pada anda.

Apa yang anda beri akan kembali kepada diri anda sendiri.

7 hari lagi dalam menuju 2018, apa yang akan anda beri kepada dunia? , paling penting pada diri anda sendiri?.

Terima kasih.





Sabtu, 23 Disember 2017

Raikan Cinta



ingati segala kenangan indah-indah sahaja


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Beberapa hari lagi 2017 akan melabuhkan tirainya.

Dalam segala perjalalan hidup dan pengalaman di tahun 2017 akan terus dingati sebagai tahun membahagiakan.

Tidak kira bagaimana kisah yang terjadi di tahun 2017, pastikan setiap hari yang kita lalui kekal sebagai hari indah yang dipenuhi dengan aura positif.

Kita adalah apa yang kita fikirkan, setiap dugaan yang melanda jika difikirkan sebagai satu lagi landasan yang harus dilalui untuk capai kepuncak akan membuatkan anda tersenyum dan percaya episode kebahagian akan dicapai jua nanti.

Apabila anda hanya meraikan cinta dan yang baik-baik, yang baik-baik akan datang.

Apabila anda abaikan yang negative tanpa rasa ingin pertahankan sesuatu yang terang-terang anda betul, anda akan rasa aura positif anda mengelilingi anda sepanjang hari .

Ketika anda hanya mengatakan tentang cinta sahaja, cinta akan mengelilingi anda. Anda akan merasakan cinta dari setiap hembusan angin dan panahan cahaya matahari sekalipun.

Tidak perlu anda punyai kekasih hati untuk merasa cinta, cukup cinta pada diri sendiri, belajar mencintai illahi dan belajar menerima segala yang tersurat sebagai anugerah anda akan merasa betapa cinta itu harus dirai setiap hari.

Kita ialah siapa kita hari ini. Jika positif kita hari ini, insyaalah yang akan datang juga positif dan yang berlalu kekal positif di fikiran dan hidup kita.

Dalam beberapa hari yang bakal menjadikan tahun 2018 sebagai satu tahun lagi tambahan usia.

Cukuplah anda raikan cinta anda apabila anda bangun tidur dan dapat melihat dunia atau diberi lagi satu hari untuk bernafas walau dalam keadaan apa pun anda pada hari itu.

Hari anda bermula dengan ketika membuka mata dan apa yang anda fikirkan, maka pastikan ketika anda mula membuka mata , perkara pertama yang anda fikirkan ialah bersyukur dan fikir yang baik-baik sahaja. Raikan cinta tuhan untuk anda yang masih membenarkan anda bernafas dan berubah menjadi lebih baik dan mengejar impian anda.

Dunia membuktikan apa yang kita paling banyak berusaha, itu yang akan memberi hasil pada kita.

Setiap kejayaan yang dimiliki ialah hasil usaha bertahun lama yang konsisten kemudian membuahkan kejayaan.

Maka jika anda baru beberapa tahun bermula , tidak perlu membezakan dengan kejayaan insan lain, anda tidak pernah tahu apa yang mereka lalui 10 tahun atau 20 tahun lepas dalam membina jaringan kejayaan hari ini.

Anda hanya akan bahagia jika berhenti membezakan hidup dan kejayaan serta kebahagiaan anda dengan insan lain.

Focus pada hidup anda dan bina kejayaan dan kebahagian hidup anda sendiri.  Kejayaaan dan kebahagian pasti berpihak kepada anda lambat laun.

Dalam menuju beberapa hari tahun 2018, sama-sama kita berdoa agar tahun 2018 lebih indah, lebih berseri, lebih dipenuhi kejayaan, kebahagian dan cinta berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Raikan cinta anda pada diri sendiri dan apa yang anda miliki dan syukuri.

Selamat Menuju ke tahun 2018 yang penuh warna warni.


Terima Kasih.







Selasa, 19 Disember 2017

Tiba Masanya



Tiba waktunya anda sendiri akan mempunyai cahaya mata dari kedua-dua jantina

 
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Akan tiba masa itu, anda akan mendapat kesedaran sendiri, dapat memaafkan diri, mampu memadamkan kekecewaan berkurun lampau, dapat melupakan dendam, Berjaya move on, tiba waktu sampai jodoh, tiba masa mengandung dan menimang cahaya mata, tiba masa Berjaya dan tiba masa berjumpa insan yang berpuluh tahun anda cari dan rindu.

Ia apabila tiba masanya, tiada satu pun di muka bumi dapat menghalang atau berkata negative kepad anda.

Apa bila tiba waktu itu anda akan tahu mengapa ia tidak pernah menjadi sebelum ini, dan mengapa ketika waktu itu ialah waktu terbaik.

Pelbagai jawapan yang anda tunggu berpuluh tahun itu akan terjawab akhirnya.

Kata-kata negative yang kerap anda sangkal dahulu terbukti negative semata-mata.

Maka jika anda merasa tertekan kerana sentiasa dikelilingi caj negative dan anda mulai negative dengan diri sendiri, sedarlah manusia ini akan tiba masanya rezeki, jodoh, kesedaran, ilmu akan datang sendiri. Tiada siapa yang tahu masa hadapan anda, seperti mana anda sendiri tidak tahu anda akan menjadi seperti ini pada hari ini.

Ramai yang bertahun-tahun menunggu cahaya mata akhirnya sedar bahawa akan tiba masa paling sesuai TUHAN kurniakan mereka rezeki anak dan memang ia terjadi . Setelah berbelas tahun masa dinanti tiba.

Ramai yang menunggu pasangan sedar dari koma, akhirnya setelah berpuluh tahun akhirnya sedar dan hidup bahagia ke akhir hayat.

Ramai yang hampir putus asa mengubati penyakit sihir, kanser mahupun penyakit stroke akhirnya sembuh dan boleh berlari serta bergembira.

Realitinya hanya masa yang menentukan apa yang kita alami pada hari ini akan terus kekal atau hanya sekadar dugaan atau pinjaman semata-mata.

Maka dengan apa yang semua telah tahu, hargai masa anda hari ini. Masa anda sekarang. Apa yang berada di depan mata. Apa yang ada hari ini adalah pinjaman dan dugaan semata-mata.

Hari ini anda rasa bosan dengan waktu yang banyak terluang. Akan datang anda akan merindui waktu terluang anda.

Hari ini anda bosan dengan karenah anak-anak, pasangan dan ahli keluarga anda, tiba masanya anda akan rinduinya nanti.

Hari ini anda bosan dengan perangai kekasih anda yang anda rasakan cukup negative dan memualkan , tiba masanya anda kana merinduinya sebagai bekas kekasih.

Waktu yang anda lalui adalah ketika ini, namun waktu yang anda tunggu dan doa disetiap doa anda ketika sedar, bangun tidur dan mungkin tidur pasti akan makbul satu hari nanti tepat pada waktu paling terbaik.

Ketika itu anda akan sedar, anda seorang yang kurang sabar , sedangkan hadiah dari ALLAH itu telah lama ada , namun hanya pada masa paling sesuai.

Percayalah, jika anda ingin menulis suatu hari nanti, pasti akan tiba masanya anda akan menulis.

Andai anda ada niat berubah kearah lebih baik, tiba masanya anda akan menjadi lebih baik.

Setiap apa yang kita fikir dan kita doa insyaallah akan dimakbulkan.

Anda hanya perlu bersabar dan tunggu tiba masanya.

Abaikan setiap kata negative. Bukan mereka yang menentukan nasib dan masa depan anda.


Terima kasih.





Selasa, 12 Disember 2017

6 CARA UBAH PEMIKIRAN POSITIF ALA ELON MUSK



imej kata-kata Elon Musk di ambil dari Google

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Elon Musk , pemilik TESLA ini, antara pelopor dalam PAYPAL yang semakin mendominasi dunia digital ketika ini.

Sering mengikuti kisah beliau yang berwawasan tinggi dan berjiwa besar serta tidak mengaku kalah ini.

Ini antara perkara yang boleh dipelajari dari beliau.


6 CARA UBAH PEMIKIRAN POSITIF ALA ELON MUSK


1.       Terima Kritikan

KRITIKAN memang menyakitkan. Ia umpama kerja anda sia-sia. Ketika baru bermula ia memang memerlukan ketabahan dan kekurangan serta banyak kelemahan. Namun seiring waktu anda akan berjumpa dengan mereka yang akan memberi kritikan dan sokongan yang membina. Kritikan akan memberi kita banyak peluang bagus dan berguna untuk jangka masa panjang. Dari kritikan ia akan membantu kita lebih maju dan anggap kritikan itu sesuatu yang sihat dan kita juga boleh menjalinkan hubungan jangka panjang dengan menghormati dan menerima kritikan


2.       Hadapi Realiti

Selagi anda berfikir dengan cara yang sama, tidak mengikut zaman dan teknologi. Tidak menambah ilmu dan berani berubah, selagi itu anda akan kekal ditempat yang sama. Kembangkan bakat anda, cari ilmu, eksplore perkara baru  dan jadikan ia ‘big why’ anda untuk Berjaya. Hadapi reality, persaingan dan teknologi 20 tahun lepas tidak sama dengan hari ini.


3.       Fokus Perkara Utama

Ketika membuat sesuatu, Tanya diri sendiri adakah ini perkara paling penting?. Apa yang anda akan dapat dari hasil ini?. Apakah ada lagi perkara lebih penting dan bermanfaat. Perkara paling utama focus dengan apa yang paling penting dan menunjukkan hasil bagus dan utama.


4.       Kurangi Risiko Peratusan Kegagalan

Dalam setiap projek, kejayaan dan impian. Kegagalan itu ada peratusannya. Namun adalah lebih baik jika anda mengkaji dan cuba mengelakkan kegagalan. Kurangkan peratusan kegagalan itu dan tambah baik apa yang perlu. Minimakan kerugian yang bakal ditanggung. Kurangkan apa yang perlu dan tambah baik factor yang boleh mengurangkan kerugian. Selagi boleh kurangkan, kurangkan. Pastikan anda punyai ‘backup plan’ atau Pelan Keselamatan.


5.       Jauhkan Kebimbangan Yang Tidak Munasabah

Kebimbangan bukan sahaja memberi risiko kepada kesihatan dan organ tubuh malah menjadikan emosi dan hidup anda tidak keruan. Tiada kebimbangan yang perlu difikirkan terutama jika anda masih ada makanan untuk dimakan pada hari ini. Lakukan apa yang perlu anda lakukan dan terus berusaha. Cara ini jauh meringankan pemikiran anda dan mengurangkan emosi kebimbangan anda.


6.       Selesaikan Masalah Sendiri


Manusia, perniagaan, pembelajaraan tidak pernah lepas dari masalah. Jika projek dan impian anda itu cukup besar, segala masalah adalah kecil. Lebih besar masalah yang anda hadapi, lebih tinggi kejayaan yang akan anda hasilkan. Setiap masalah yang mendatang harus ditukar menjadi peluang untuk membina lebih banyak kejayaan. Kebanyakan perniagaan besar dan Berjaya serta berpengaruh hari ini, lahir dari membantu menyelesaikan masalah segmen pelanggan sasaran yang wujud. Tanpa masalah, peluang tidak akan muncul. Pastikan anda sentiasa memberi ‘big impact’ dalam perniagaan dan kepuasan kepada pelanggan anda.


Dalam pelbagai kisah TESLA, semangat ELON MUSK dalam membina kereta letrik dan roket, ini jelas menunjukkan jiwa berani dan mencabar sesuatu yang jarang terfikir oleh individu lain.

Elon Musk turut digelar 'Iron Man' atas perwatakan dan kejayaan beliau.

Malah, ada gosip mengatakan ELON MUSK ialah pencipta bitcoin , mata wang digital paling popular ketika ini dan menggunakan nama samaran pengasas bitcoin, 'SATOSHI NAKAMOTO' untuk menutup identiti beliau.

Benar atau tidak. Elon Musk kekal unggul antara individu berpengaruh di zaman milenia ini.

Ambil apa yang boleh diambil sebagai pelajaran hidup ke arah lebih cemerlang.

Semoga artikel ini memberi semangat dan harapan kepada anda yang mencari motivasi.


Terima Kasih.



Sabtu, 9 Disember 2017

Mendidik


Anak kecil harus di ajar makan buah semenjak kecil -  sumber gambar instagram Qisya Khadeeja 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Manusia harus dididik.  Hati juga harus di didik setiap hari.  Begitu juga nafsu. 

Kesedaran sentiasa ada. Namun melakukan yang terbaik atas kesedaran agak sukar. 

Pengetahuan dan ilmu ramai memiliki namun untuk melakukan belum tentu.

Pentingnya mendidik hati bukan sahaja mendidik insan lain mahupun keturunan sendiri. 

Rasa bersyukur, redha, positif perlu di didik.  Ia bukan makan masa satu hari malah makan masa seumur hidup. 

Mendidik insan lain jauh lebih sukar berbanding mendidik diri sendiri yang pastinya mudah tewas jika tiada kecekalan hati yang kuat. 

Makan makanan sihat harus di didik semenjak kecil.  Namun apabila dewasa,  mereka mula memilih rentak dan menu serta diet sendiri.  Apa yang di didik ketika kecil belum bermaksud akan kekal sehingga dewasa,  walau kesedaran mungkin telah lama ada. 

Sedangkan kita yang tahu banyak perkara mengenai agama,  Diet,  kesihatan,  bahan kimia dalam produk harian kekal sambil lewa ke saat ini,  apa lagi individu yang sekali sekala membaca dan diingatkan. 

Sedangkan menulis dan membaca yang diajar semenjak kecil,  kekal harus di didik setiap hari agar mencari idea dan menulis sehingga dewasa. Apa lagi anak kecil yang akan mengharung dunia yang penuh mencabar dan penuh tipu daya dari iklan,  media sosial 
 dan sebagainya di masa akan datang. 

Sedangkan kita yang setiap hari berazam untuk lebih mementingkan kesihatan dan menjaga satu-satunya tubuh, tetap terpedaya dengan kek coklat dan kek keju enak.  

Fikirkan mereka yang jauh lebih sibuk dan tertekan dengan perjalanan hidup seharian lebih dari kita. 

Banyak perkara yang harus dilakukan dalam mendidik.  Perkara utama didik diri sendiri dahulu. 

Ramai cendekiawan seiring menekankan kepentingan mendidik, namun untuk mendidik ia buka  memerlukan masa yang singkat dan pengorbanan yang banyak.

Bermula dengan diri sendiri,  kita semua akan sedar,  betapa sukarnya mendidik diri dalam pelbagai perkara. 

Maka untuk mendidik dan mengajak insan serta masyarakat melakukan perkara yang sama tentu anda dapat mengagak betapa lagi kuat penglibatan dan pengaruh serta pengorbanan yang harus anda lakukan. 

Insan yang berniat untuk kesihatan lebih sihat akan kecundang tanpa sokongan sekeliling jika hanya berlawan seorang diri.

Maka adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membantu 'create awareness'  Hari demi hari,  waktu demi waktu. 

Ini kerana dengan bertambah individu yang berubah dan golongan masyarakat yang semakin peka,  maka kita sendiri akan mendapat sokongan dan mudah mencapai matlamat. 

Apabila kita menolong dan membantu insan lain sebenar ia jauh membantu kita sendiri. 

What you give,  u get back. 

Dalam menjadi golongan pemula,  memang banyak pengorbanan yang harus dilakukan. 

Namun jika anda tahu kesannya akan datang anda pasti bersyukur dan puas hati. 


Terima kasih. 






Khamis, 7 Disember 2017

Manusia Biasa


Menikmati makanan kegemaran adalah antara perkara yang cukup indah 

Assalammualaikum dan salam sejahtera.. 

Dalam hidup ini positif amat penting. 

Lebih tinggi usia, lagi anda wajib berfikiran positif. 

Kurangkan Stress dan tekanan. 

Ada waktunya,  perancangan anda tiba-tiba berubah. 

Maka anda perlu nikmati makanan di luar dan tidak sempat mengalas perut. 

Jadual dan perancangan kita tidak sehebat perancangan tuhan. 

Ada waktunya anda bersemangat menyudahkan azam dan kerja anda. 

Namun di sisi lain semangat anda untuk kembali diet sihat diuji.  Anda tidak sempat menyediakan sesuatu yang lebih sihat. 

Mahukan mood yang baik,  maka anda memilih menikmati makanan kegemaran anda di luar.

Ia Cheat diet lagi.  Namun Cheat menu lebih berbaloi.  Makanan kegemaran sendiri. 

Pastikan makanan kegemaran anda jika kek manis pilih yang lebih kaya bahan sihat seperti kek buah atau kek lobak. 

Pilih kebab kambing berbanding makanan proses lain. 

Jauhkan kentang goreng dan gantikan dengan salad lebih.

Anda perlu sentiasa positif terutama jika kerjaya anda memerlukan idea dan semangat yang kuat. 

Ada waktu kertas kerja dan perancangan harus disiapkan pada waktu ditetapkan. 

Maka nak tak nak anda harus redha dan berfikir positif. 

Emosi tetap berkait rapat dengan makanan yang kita nikmati,  namun jika anda kuat dan mampu melawan,  ada waktu anda kena faham apa maksud sebenar rezeki.

Jika itu rezeki anda redhalah. 

Sekurang-kurangnya anda kekal gembira menikmati makan yang anda suka. 

Namun ajar lah diri menyukai yang lebih sihat. 

Makanan enak membantu membuatkan mood bahagia dan bersemangat. 

Pelajaran yang saya sendiri dapati,  apabila mendapat rezeki menikmati makanan kegemaran,  satu hari saya penuh kegembiraan dan semangat. 

Malah pelbagai kerja dapat diselesaikan. 

Kita penentu fikiran dan semangat kita. 

Maka, pastikan hanya fikir yang indah-indah sahaja. 

Ada waktunya anda harus fikirkan hari ini dari asyik mengingati masa lepas dan memikirkan masa depan yang belum pasti. 

Kita hidup masa sekarang. Dan nikmati lah waktu sekarang yang anda jalani. 

Ia waktu sebenar yang ada dan lakukan yang paling terbaik waktu ini.

Selamat terus mendidik diri menjadi positif. 

Sebagai manusia biasa,  ada waktunya redha dan gembira itu penting walaupun dalam waktu penuh ujian. 

Terima kasih. 





Rabu, 22 November 2017

PERLU SEMANGAT



Anda harus meninggalkan perkara lepas dan memandang apa yang ada di hadapan 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Realitinya down,  putus asa,  kecewa,  rasa lemah,  tidak nampak masa depan dengan apa yang baru kita bermula adalah biasa. 

Ketika ini anda mula memikirkan apakah apa yang anda sedang buat ini tidak betul. 

Anda kena tukar strategi dan bidang. 

Follow kawan-kawan anda yang berjaya. 

Namun instinct dan hati anda berkata lain. 

Anda tahu apa anda buat,  dan anda rasa anda nampak masa depan mengenainya. 

Anda teruskan lagi usaha anda. 

Berbulan kemudian,  anda rasa kecewa melihat hasil kejap ada, kejap tiada. 

Anda melihat media social rakan anda. 

Oh!  Dia semakin berjaya dan aku masih tidak Nampak masa depan. 

Sekali lagi anda kecewa dan berasa ingin mengikuti bidang rakan anda itu. 

Namun anda kuatkan hati,  merenung kembali. 

Anda tidak sampai setahun fokus dengan apa yang anda lakukan. 

Selama ini 4 tahun anda main-main dan tidak tahu arah tuju. 

Tahun ini baru anda nampak,  namun anda sudah putus asa. 

Bagaimana anda pujuk diri sendiri. 

Berkawan dan folow mereka yang sama seperti anda. 

Lebih lama dari anda. 

Ada waktu anda kecewa dengan ketiadaan modal berbanding syarikat dan individu lain. 

Namun anda ada otak dan tenaga yang sukar di jatuh kan. 

Itu beza manusia yang cepat lemah dan putus asa dengan mereka yang terus berjuang. 

Realitinya lebih ramai yang cepat putus asa dan berhenti. 

Ada yang putus asa tukar kepada bidang lain dan berjaya. 

Ada yang tidak putus asa, namun masih tidak Nampak bayang masa hadapan. 

Ada yang tidak putus asa akhirnya berjaya. 

Nasib dan perjuangan seseorang ada waktu tersendiri yang telah di tetapkan. 

Sedangkan ada Nabi yang memerlukan beratus tahun untuk berdakwah,  namun umat yang mengikuti hanya beberapa orang. 

Begitu juga kita sebagai insan. 

Yang pasti setiap kejayaan itu akan datang sendiri tepat pada waktunya. 

Selagi kita hidup di dunia ini,  selagi itulah ada harapan untuk kita terus berjaya. 

Jika anda masih tidak nampak bayang dengan apa yang anda lakukan. 

Sila susun dan lihat betul-betul apakah betul cara anda selama ini. 

Jika anda mampu Berkolaborasi lebih baik. 

Jika anda ada niat,  namun tidak berjumpa dengan mereka yang sesuai,  tiba masa ia akan datang sendiri. 

Buat sahaja apa yang anda mampu perbuat sekarang. 

Jangan putus asa. 

4 tahun berblogging suka-suka. 

Hampir memasuki tahun kelima,  baru penulis sedar,  betapa satu Blog itu harus ada fokus dan impian serta sasaran. 

Mengikuti Puan Ainon Mohd selama 3 tahun membuka mata bahawa,  Blogging juga boleh menjadi medan Branding. 

Terpukul dengan setiap motivasi yang di post di setiap wall sahabat handai Puan Ainon dan lingkungan usahawan berjaya. 

Akhirnya tahun ke 4 memasuki tahun kelima baru Blog ini mula fokus dari Blogger separuh masa untuk suka-suka untuk menjadi Blogpreneur. 

Mungkin memerlukan masa hampir 4 tahun untuk sedar,  namun sekurang-kurangnya matlamat berblogging akhirnya nampak dan kesungguhan itu bermula akhirnya. 

Memasuki hampir 1 tahun,  Blog ini cuba memperjuangkan produk Semulajadi dan bahan Semulajadi maka ia akan diteruskan untuk tahun seterusnya. 

Ia kesedaran hanya datang setelah 4 tahun berblogging. 

Dan atas kesedaran itu juga minat kepada produk natural semakin meningkat. 

Jika anda sendiri tidak tahu apa yang anda tulis dan perjuangkan ketika ini. 

Akan tiba waktunya,  anda akan tahu apa yang ingin anda perjuangkan. 

Sama ada untuk terus suka-suka selamanya,  atau tukarkan ia sebagai medan dan senjata lain. 

Sebagai cabaran,  medan penulisan dan mencari ilmu adalah semangat kuat untuk terus berblogging dan menimba ilmu. 

Malah Blogging ini memaksa untuk mengetahui apa yang terjadi dalam dunia digital dan perkembangan dunia digital hari demi hari. 

Kategori Era Digital akan diperkenalkan dalam Blog ke 2 nanti. 

Blog ke 2 


Ini adalah Blog perkongsian maklumat yang lebih ke depan. 

Blog pertama ini kekal sebagai Blog Perkongsian pengalaman peribadi dan perjuangan dalam mengagahkan diri menggunakan bahan semula jadi. 

Saya hanya mampu berdoa agar follower dan pembaca yang sering membaca setiap artikel di Blog ini tidak bosan dan bersemangat bersama-sama saya dalam mempertahankan pendirian masing-masing asalkan pendirian itu bermanfaat untuk semua. 

Hormat kekal ada untuk mereka yang memilih cara lain.  Setiap manusia ada pandangan dan pendapat serta pengalaman tersendiri. 

Sedangkan dalam satu daerah berdekatan, ada tempat sedang hujan, ada tempat sedang panas terik. Maka siapa kita untuk berbahas. Mengatakan itu betul dan ini salah. 

Ketika anda ingin menegakkan pendapat anda. 

Bayangkan anda sedang memandu dalam hujan lebat dan petir,  kemudian tiba-tiba di depan anda awan bertukar panas terik. 

Anda melihat kereta di belakang anda masih mengharungi hujan lebat dan petir tadi. 

Begitulah hidup,  tidak sama setiap orang. 

Anda kata sekarang panas ,  rakan di belakang kereta anda kata sekarang hujan. 

Semakin anda dewasa semakin anda sedar. 

Semua teknik dan ilmu walau berlainan namun tetap betul dengan caranya. 

Semoga kita akan terus bersemangat dan berusaha tanpa mempedulikan kata negatif. 

Lemah dan down itu biasa. 

Namun cepat bangun dan buat sesuatu. 

Makan makanan sihat.  Otak dan mood memerlukan makanan sihat. 

Exercise dan berjalan kaki di halaman rumah. 

Anda akan bersemangat kembali. 

Jika anda masih lemah. 

Buat sesuatu agar anda sedar. 

Mula Google ' motivasi'. 

Baca dan insaf serta bangun kembali. 


Terima kasih. 







Selasa, 21 November 2017

APABILA MOOD @ RASA DOWN DATANG


sedangkan cuaca dan bentuk muka bumi boleh berubah, apa lagi rasa hati

 Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Menulis adalah sama dengan apa sahaja.

Seperti mana pelukis yang rasa down dan lemah apabila lukisan tidak menjadi, mereka yang kecewa asyik ke gym dan bersenam tetap tidak Nampak kurus dan menawan, mereka yang menjaga diet namun tetap sakit, perasaan itu juga di alami apabila menulis,  ada waktu perasaan down dan kecewa itu menjengah diri.

Pernah anda tidak Nampak hasil dengan apa yang sedang anda lakukan atau jalankan?

Idea dan eksperimen yang tidak menjadi?.

Perancangan yang sentiasa kelaut.

Lain yang dirancang , lain yang jadi.

Belum masuk lagi perkara yang anda nampak semakin berhasil namun mula menurun dan menunjukkan tiada perkembangan.

Anda mula rasa lemah dan hilang focus.

Dalam menulis atau apa sahaja bidang.

Baik melukis atau berniaga sekalipun , idea terbaru wajib ada.

Perkembangan terkini harus diikuti.

Ilmu dan pengalaman wajib ditambah.

Bagaimana anda ingin menulis jika anda tiada ilmu dan perkara serta pengalaman baru ingin dikongsikan?.

Ketika ini rasa kecewa mula timbul.

Di tambah lagi jika alat kerja anda mengalami kerosakan atau kesukaran.

Laptop yang semakin lembab, handphone yang mula buat perangai, internet yang semakin slow namun kuota tetap laju habis.

Ini menambahkan rasa kecewa dan anda mula rasa sedikit tewas untuk meneruskan.

Anda mula memarahi diri dan merasakan apa yang anda buat membuang masa dan waktu.

Anda mula melihat media social insan lain.

Mula membandingkan dengan diri sendiri.

Maka anda lebih kecewa lagi.

Membandingkan apa yang sedang anda lakukan dengan individu lain adalah satu perkara paling tidak logik dilakukan kecuali mereka melakukan perkara yang sama dengan anda pada waktu lebih kurang sama.

Ketika anda kecewa, pastikan anda segera mencari tempat untuk menambah semangat anda.

Membaca motivasi di facebook mentor dan sifu popular amat penting.

Sila lihat track anda dan jangan lihat track insan lain.

Jika apa yang anda lakukan bertahun lansung tidak memberi apa-apa efek yang bagus.

Mungkin anda patut ubah cara anda dan belajar dengan sifu sebenar.

Sayangnya ramai antara kita hanya belajar namun tidak mengikut apa yang diajar.

Blog ini contohnya, walaupun setiap hari membaca mengenai SEO , namun sehingga hari ini masih belum menggunakan teknik-teknik yang diajar.

Tahun 2017 , blog ini hanya focus kepada konten semata-mata. Tulis dan tulis.

Ia, realitinya penulis blog ini juga ada masa otak tepu dan tidak mampu focus semua perkara.

Perlu cari ilmu dan idea ingin dikongsikan, perlu bereksperimen produk, perlu fikir apa yang ingin ditaip dan kini perlu tahu teknik SEO yang penting.

Cuma untuk memujuk hati, Alhamdulillah blog dan carta di dashboard menunjukkan peningkatan hari demi hari,  dari seluruh dunia pembaca yang singgah dan membaca di blog ini.

Sayang seribu kali sayang,  sehingga hari ini penulis blog ini tidak tahu membaca google analytic,  dan tidak tahu apa pun bounch rate dan pelbagai perkara lain mengenai keistimewaan blog ini, sekaligus tidak tahu apa yang patut difokus untuk ditulis.

Namun atas asbab dan tujuan baru mulai tahun 2017 maka focus diberikan untuk branding dan produk yang akan dilancarkan peringkat demi peringkat.

Blog ini adalah sekadar pengenalan untuk memberi awareness beberapa perkara yang amat jarang ditekankan dalam media social dan diperjuangkan ramai blogger kecuali blogger yang betul-betul kearah kesihatan semulajadi dari real food.

Begitulah manusia, setiap dari kita pasti ada kelebihan dan kelemahan.

Mana mungkin selama setahun anda lansung tiada rasa down atau kecewa.

Apa yang membezakan sama ada anda cepat bangun atau lambat sahaja.

Tiada siapa yang dapat mengubah nasib kecuali diri anda sendiri.

Ketika memaksa diri menulis, antara yang sering ditegaskan dikepala bahawa, dari anda tidak membuat apa-apa yang membolehkan 100 tahun akan datang anda tidak perlu mengulang benda yang sama tiap hari, maka tulislah sekarang.

Anda telah lewat banyak dan jangan lewat lagi.

Hari ini anda boleh berjumpa 5 orang satu hari.

Tahun depan dengan waktu yang akan terus berlalu pantas mungkin 2 orang sehari pun agak sukar. Kecuali anda sewa dewan atau kumpulkan ramai orang untuk sekali bercakap.

Kumpulkan satu keluarga untuk majlis malam pun  pada masa kini semakin sukar apatah lagi orang luar.

Apa yang tidak pasti, mohon jangan di harap.

Maka anda wajib tulis sekarang.

Itu cara penulis memujuk dan memaksa diri menulis.

Anda bagaimana?.

Ketika kecewa dan tidak tahu membuat apa juga adalah ketika pelbagai artikel akan dipaksa tulis.

Ini kerana kecewa hanya akan membuat kita lebih lemah.

Apabila kecewa dan anda memaksa diri melawan, anda dalam waktu yang sama memotivasikan diri anda ketika menulis.

Tiada manusia yang sudi memotivasikan diri kita jika bukan diri sendiri.

Jika anda ingin individu lain memotivasikan anda , anda harus membayarnya dengan nilai yang tinggi, namun ia kekal berbalik pada diri sendiri.

Sahabat, rakan dan keluarga hanya mampu menasihati, mereka tiada masa 24 jam untuk pujuk dan memotivasikan anda.

Maka ketika anda kecewa lakukan sesuatu yang bukan sahaja memberi manfaat kepada anda malah kepada individu lain.

Mungkin kekecewaan kita hari ini adalah harga untuk kejayaan kita pada waktu akan datang.

Artikel yang anda taip ketika kecewa, adalah motivasi untuk mereka yang juga kecewa dan bangkit bangun.

Ada beza meratap dalam hati dan menulis sesuatu yang akan memberi anda semangat diri.

Sekurang-kurangnya satu atau beberapa artikel siap ditaip.

Dalam satu hari sebelum tidur,  tanya diri sendiri,

Apa yang telah anda lakukan hari ini?.

Kemudian esok anda tukar pertanyaan sebelum tidur,

Apa yang belum anda lakukan hari ini?.

Jika anda rasa lebih tertekan dan kecewa.

Percayalah anda tidak melakukan apa-apa.

Namun jika ada perubahan baik yang anda lakukan.

Anda pasti akan tidur lena.

Tulislah sebelum tidur.

Sekurang-kurangnya anda akan tidur lebih tenang.

Jika anda malas menulis untuk insan lain.

Tulis untuk diri sendiri.


Terima Kasih.






Sabtu, 4 November 2017

Penulisan Dan Media Sosial



Bermula dengan hanya 114 artikel,  menurun ke 103 artikel dan kenaikan 164 artikel pada tahun 2015 sempena baru mendapat akaun Adsense di pertengahan tahun 2015 kemudian menurun pada tahun 2016 dan naik mendadak pada tahun 2017. Apa yang penting jangan berhenti. Sama ada menulis,  mahupun berniaga juga diet sihat. Teruskan sahaja sehingga anda sendiri akan berjumpa rentak anda. 


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Ramai yang punyai Blog. 

Namun tidak ramai yang konsisten. 

Ramai yang mampu berblogging untuk setahun atau 2 tahun. 

Namun realiti ramai berblogging hanya untuk sementara,  masuk tahun kelima Blog,  password dan user name entah ke mana. 

Begitu juga Facebook,  instagram dan Twitter. 

Ada waktunya medan itu menjadi kegemaran. 

Adakala Linkedln juga antara medan tempat anda asyik melayari Internet dan berhubung dengan insan lain. 

Malah ada yang aktif dalam Group whatapps dan telegram. 

Apa sekalipun,  walau apa medan keaktifan anda,  pesan Mentor,  jangan tersilap membina personal Branding sendiri. 

Personal branding bukan sahaja dibina di Facebook malah social media lain termasuk instagram, twitter,  blog Dan sebagainya. 

Malah di luar juga untuk artis dan personaliti,  personal Branding juga di ambil kira. 

Tidak kira siapa pun anda,  masing-masing punyai follower tersendiri terutama jika anda aktif berhubung dengan rakan-rakan media sosial dan follower anda. 

Setiap dari satu medan sosial mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. 

Facebook lebih mudah dihubungkan dengan pelbagai komen dan status. 

Anda cuma perlu pastikan status anda lalu di wall rakan-rakan anda yang lain dengan teknik yang diajar oleh ramai sifu Facebook. 

Lebih banyak status yang dikemaskini oleh anda berdasarkan idea sendiri dan Share oleh ramai follower lebih tinggi peratusan status anda akan timbul di kebanyakan wall rakan-rakan Facebook anda. 

Facebook ads juga adalah antara iklan yang cepat menuju ke sasaran jika anda tahu sasaran sebenar.

Termasuk instagram sponsor (iklan di instagram) yang turut mensasarkan sasaran yang paling sesuai untuk mereka follow atau mengikuti anda. 

Dalam iklan yang berbayar dan kesan yang lebih pantas. 

Blog ialah medan yang memerlukan jangka masa lebih panjang. 

Lebih banyak artikel informatif dan bermanfaat yang di kongsi,  lebih mudah Blog anda berada di tahta Pages pertama Google. 

Namun ada teknik SEO yang perlu dipelajari selain artikel anda mesti penuh dengan informasi yang saling berhubung kait. 

Pernah rakan saya memberitahu ketika beliau pergi seminar Fb Ads,  sifu Fb Ads sendiri memberitahu,  "apa sekali pun,  Blog juga paling tahan lama". 

Ia Blog paling tahan lama jika anda terus aktif dan berada di Pages pertama Google. 

Jika anda tidak aktif dan artikel anda cukup penuh dengan maklumat lengkap tanpa Copy paste ia walaupun ia tidak dikemaskini bertahun ia kekal berada di Google, itu yang sering dibicarakan ramai. 

Lihat artikel pertama di Pages carian Google,  anda akan perasan ada Blog yang telah bertahun tidak dikemaskini namun kekal di tangga teratas,  atas keaslian artikel dan Info bermanfaat yang di kongsi di artikel tersebut. 

Banyak lagi kriteria yang menentukan mengapa sesebuah artikel itu berada di Pages pertama Google. 

Berapa lama seorang pembaca itu Kusyuk membaca artikel anda dan melayari Blog anda dan pelbagai lagi. 

Maka ia alasan kukuh di zaman Milenia ini,  tiada apa yang perlu dibuat sekadar sambil lewa. 

Pastikan ketika anda menulis bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. 

Tulis sehabis baik. 

Anda mungkin asalnya tiada idea. 

Namun kekerapan mencuba dan menulis akhirnya akan membuahkan lebih banyak. 

Anda seharusnya mempelajari teknik menulis dengan Mentor yang popular di media sosial atau diluar. 

Jika anda tidak berkesempatan mengikuti kelas,  belajar melalui Blog dan Facebook status insan berpengaruh dalam penulisan juga amat banyak membantu. 

Konsisten,  tidak putus asa,  terus belajar adalah asas utama kejayaan dalam penulisan. 

Penulisan di zaman Milenia ini amat berpengaruh dan mempunyainya kuasa luar biasa. 

Tidak hairanlah 'storytelling'  dan status facebook dari mereka yang berpengaruh dan pandai menulis sentiasa di Share dan di tunggu. 

Sebagai penulis,  tidak cukup hanya berbekalkan semangat dan konsisten. 

Ilmu dan idea serta kaji selidik serta pertanyaan pendapat insan lain amat diperlukan. 


Terima kasih. 






Sabtu, 28 Oktober 2017

Langgar Dinding


Tidak cukup langgar dinding, pijak batu, terlanggar kayu,  tersadung semua ada termasuk nyaris lemas dalam lautan


Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Dalam proses belajar,  langgar dinding adalah biasa. 

Pengalaman langgar dinding berkali-kali itu akan mengajar kita untuk berwaspada dan berhati-hati untuk masa akan datang. 

Malah langgar dinding itu akan membuatkan kita bertambah pakar dalam sesuatu perkara. 

Ramai yang melihat menghasilkan sesuatu perkara itu mudah,  baik produk yang nampak ringkas dan senang dihasilkan. 

Juga tulisan yang sepertinya siap ditulis tidak sampai 5 minit. 

Percayalah produk yang anda nampak Simple dan mudah itu dihasilkan dari Try &  error.

Seperti masakan yang nampak mudah dan cepat,  namun apabila cuba dibuat pertama kali ia tetap gagal dari segi rasa dan mungkin rupa. 

Mudah meniru namun hasil belum tentu anda akan puas hati. 

Menulis Blog juga begitu. 

Lihat setiap artikel yang di tulis di tahun-tahun pertama Blog ini. 

Menyedihkan.  Baik dari segi ejaan ringkas dan bahasa yang langsung tidak menunjukkan profesional dan kematangan. 

Begitulah realitinya pertama kali menulis di Blog sebagai mencuba,  langgar dinding itu biasa. 

Berubah dari segi susunan ayat,  emosi dan tutur kata malah ejaan penuh,  terasa indah menulis apabila masuk tahun ke 4.

Begitu juga dalam penghasilan produk.

Kali pertama menghasilkan Crunchy Flakes by QK.  Emping jagung dari kedai biasa seperti bakery langsung tidak sesuai,  mudah hancur.  Jenama kellogg's terlalu lembut dan mudah hancur juga.  Seterusnya jenama Nestlé paling terbaik untuk penghasilan produk ini. 

Ketika ini ilmu kurang dari segi bab pemakanan.  Percaya 100% kepada iklan bahawa emping jagung ialah makanan sihat. 

Percaya jagung ialah Gluten free dan emping jagung diperbuat dari jagung atas asbab tidak pandai melihat bahan-bahan yang ditulis di kotak produk. 

Tidak cukup itu harus bijak memilih kekacang agar bukan kacang tengik.  Jika tersalah pilih rasa Crunchy Flakes juga berlainan. Begitu juga dari setiap bahan. 

Ia nampak senang dan mudah namun perjalanan itu tidak semudah difikirkan. 

Begitu juga dengan Original Body Scrub.  Bahan-bahan ia mungkin mudah,  namun dari segi mencari formula terbaik sesuai kulit dan keperluan tetap memakan idea dan masa serta pembacaan dan mencari ilmu berterusan. 

Tidak kira sama ada dalam penghasilan produk dan memasak. 

Pengalaman perbankan dan insurans serta pelaburan juga menyebabkan berkali-kali melanggar dinding. Sebelum semakin tahu pelbagai perkara dan pengalaman penting. 

Teringat saya singgah ke rumah rakan yang membela udang galah. 

Beliau membela udang galah kerana memasang impian untuk mempunyai kolam udang galah sendiri seterusnya berniaga udang galah. 

Namun anak udang galah yang dibeli dalam RM50 seekor dan dibeli oleh beliau sebanyak 5 ekor hanya tinggal seekor sahaja. 

4 ekor lagi selamat di makan oleh udang galah terakhir yang tinggal. 

Rupanya begitulah hidup udang galah,  yang paling kuat akan tinggal.  Makan dan berlawan sesama sendiri. 

Itu pengalaman yang rakan saya belajar dalam proses pembelajaran untuk membela udang galah. 

Ada banyak perkara dan cerita.  Kisah kesulitan yang ramai dari kita tidak tahu di sebalik kejayaan mereka yang berjaya. 

Sedangkan perkara yang dirasakan seperti kecil ini juga banyak dugaan dan kesulitan mendatang apa lagi mereka yang jauh lebih hebat berbakti pada dunia. 

Terimbas kisah antara bahan yang bakal digunakan untuk produk terbaru insyallah sebelum tahun hadapan. 

Mengirim antara satu bahan herba untuk suami rakan saya belikan di Pasar Siti Khadijah,  akhirnya nyaris di saman kemudian terpaksa bagi duit kocek RM30 hanya untuk membeli satu bahan menunjukkan betapa pengorbanan amat perlu untuk berjaya. 

Saya harus membayar untuk itu dan untuk tenaga suami rakan saya yang saya pasti rakan saya juga agak kasihan dengan apa yang dihadapi oleh suami beliau. 

Maka belanja kopi bawah RM10 mengopi perlu diisi. Hidup ini memerlukan khidmat dan pertolongan rakan dan orang lain yang juga terpaksa mengisi minyak dan menggunakan tenaga. Motor atau kereta bukan jalan kaki lagi macam zaman dahulu kala.  Esok lusa kita tidak tahu kita masih memerlukan khidmat mereka. 

Itu kisah kecil dunia.  Banyak lagi kisah lebih pahit yang tidak dikongsi. 

Hanya kisah ringkas sahaja.  Belum kisah dikhianati sebagainya. 

Selagi bernama manusia untuk mengejar kejayaan selain melanggar dinding secara tidak sengaja,  banyak pengorbanan harus dilakukan. 

Mentor amat diperlukan walaupun sekadar anda mampu membaca ilmu beliau di media sosial. 

Bersyukurlah dengan teknologi Internet zaman ini kerana terlalu banyak manfaat dan peluang yang didapati darinya. 

Ia sama ada kita bijak atau tidak menggunakan ia sebagai manfaat dan keuntungan untuk kita di masa ini atau akan datang. 

Dalam hidup ini pandang ke hadapan adalah perlu,  jangan terus langgar dinding berterusan.

Tiba masa jalan akan lebih cerah dan anda akan lebih faham dengan pelbagai perkara, juga hikmah sebaliknya. 

Dalam meniti hidup untuk belajar perkara baru dari mula,  hanya tuhan tahu kesukarannya. 

Pengalaman dan ilmu adalah satu perkara yang takkan mampu di bayar dan dibeli selamanya. 

Atas kekuatan itu, memulakan sesuatu yang baru akan terus dianggap sebagai penggambaran hidup baru dalam dimensi seterusnya. 

Sekurang-kurangnya anda tidak punya pengalaman dalam satu dua bidang sahaja. 

Terima kasih. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...