Selasa, 21 November 2017

APABILA MOOD @ RASA DOWN DATANG


sedangkan cuaca dan bentuk muka bumi boleh berubah, apa lagi rasa hati

 Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Menulis adalah sama dengan apa sahaja.

Seperti mana pelukis yang rasa down dan lemah apabila lukisan tidak menjadi, mereka yang kecewa asyik ke gym dan bersenam tetap tidak Nampak kurus dan menawan, mereka yang menjaga diet namun tetap sakit, perasaan itu juga di alami apabila menulis,  ada waktu perasaan down dan kecewa itu menjengah diri.

Pernah anda tidak Nampak hasil dengan apa yang sedang anda lakukan atau jalankan?

Idea dan eksperimen yang tidak menjadi?.

Perancangan yang sentiasa kelaut.

Lain yang dirancang , lain yang jadi.

Belum masuk lagi perkara yang anda nampak semakin berhasil namun mula menurun dan menunjukkan tiada perkembangan.

Anda mula rasa lemah dan hilang focus.

Dalam menulis atau apa sahaja bidang.

Baik melukis atau berniaga sekalipun , idea terbaru wajib ada.

Perkembangan terkini harus diikuti.

Ilmu dan pengalaman wajib ditambah.

Bagaimana anda ingin menulis jika anda tiada ilmu dan perkara serta pengalaman baru ingin dikongsikan?.

Ketika ini rasa kecewa mula timbul.

Di tambah lagi jika alat kerja anda mengalami kerosakan atau kesukaran.

Laptop yang semakin lembab, handphone yang mula buat perangai, internet yang semakin slow namun kuota tetap laju habis.

Ini menambahkan rasa kecewa dan anda mula rasa sedikit tewas untuk meneruskan.

Anda mula memarahi diri dan merasakan apa yang anda buat membuang masa dan waktu.

Anda mula melihat media social insan lain.

Mula membandingkan dengan diri sendiri.

Maka anda lebih kecewa lagi.

Membandingkan apa yang sedang anda lakukan dengan individu lain adalah satu perkara paling tidak logik dilakukan kecuali mereka melakukan perkara yang sama dengan anda pada waktu lebih kurang sama.

Ketika anda kecewa, pastikan anda segera mencari tempat untuk menambah semangat anda.

Membaca motivasi di facebook mentor dan sifu popular amat penting.

Sila lihat track anda dan jangan lihat track insan lain.

Jika apa yang anda lakukan bertahun lansung tidak memberi apa-apa efek yang bagus.

Mungkin anda patut ubah cara anda dan belajar dengan sifu sebenar.

Sayangnya ramai antara kita hanya belajar namun tidak mengikut apa yang diajar.

Blog ini contohnya, walaupun setiap hari membaca mengenai SEO , namun sehingga hari ini masih belum menggunakan teknik-teknik yang diajar.

Tahun 2017 , blog ini hanya focus kepada konten semata-mata. Tulis dan tulis.

Ia, realitinya penulis blog ini juga ada masa otak tepu dan tidak mampu focus semua perkara.

Perlu cari ilmu dan idea ingin dikongsikan, perlu bereksperimen produk, perlu fikir apa yang ingin ditaip dan kini perlu tahu teknik SEO yang penting.

Cuma untuk memujuk hati, Alhamdulillah blog dan carta di dashboard menunjukkan peningkatan hari demi hari,  dari seluruh dunia pembaca yang singgah dan membaca di blog ini.

Sayang seribu kali sayang,  sehingga hari ini penulis blog ini tidak tahu membaca google analytic,  dan tidak tahu apa pun bounch rate dan pelbagai perkara lain mengenai keistimewaan blog ini, sekaligus tidak tahu apa yang patut difokus untuk ditulis.

Namun atas asbab dan tujuan baru mulai tahun 2017 maka focus diberikan untuk branding dan produk yang akan dilancarkan peringkat demi peringkat.

Blog ini adalah sekadar pengenalan untuk memberi awareness beberapa perkara yang amat jarang ditekankan dalam media social dan diperjuangkan ramai blogger kecuali blogger yang betul-betul kearah kesihatan semulajadi dari real food.

Begitulah manusia, setiap dari kita pasti ada kelebihan dan kelemahan.

Mana mungkin selama setahun anda lansung tiada rasa down atau kecewa.

Apa yang membezakan sama ada anda cepat bangun atau lambat sahaja.

Tiada siapa yang dapat mengubah nasib kecuali diri anda sendiri.

Ketika memaksa diri menulis, antara yang sering ditegaskan dikepala bahawa, dari anda tidak membuat apa-apa yang membolehkan 100 tahun akan datang anda tidak perlu mengulang benda yang sama tiap hari, maka tulislah sekarang.

Anda telah lewat banyak dan jangan lewat lagi.

Hari ini anda boleh berjumpa 5 orang satu hari.

Tahun depan dengan waktu yang akan terus berlalu pantas mungkin 2 orang sehari pun agak sukar. Kecuali anda sewa dewan atau kumpulkan ramai orang untuk sekali bercakap.

Kumpulkan satu keluarga untuk majlis malam pun  pada masa kini semakin sukar apatah lagi orang luar.

Apa yang tidak pasti, mohon jangan di harap.

Maka anda wajib tulis sekarang.

Itu cara penulis memujuk dan memaksa diri menulis.

Anda bagaimana?.

Ketika kecewa dan tidak tahu membuat apa juga adalah ketika pelbagai artikel akan dipaksa tulis.

Ini kerana kecewa hanya akan membuat kita lebih lemah.

Apabila kecewa dan anda memaksa diri melawan, anda dalam waktu yang sama memotivasikan diri anda ketika menulis.

Tiada manusia yang sudi memotivasikan diri kita jika bukan diri sendiri.

Jika anda ingin individu lain memotivasikan anda , anda harus membayarnya dengan nilai yang tinggi, namun ia kekal berbalik pada diri sendiri.

Sahabat, rakan dan keluarga hanya mampu menasihati, mereka tiada masa 24 jam untuk pujuk dan memotivasikan anda.

Maka ketika anda kecewa lakukan sesuatu yang bukan sahaja memberi manfaat kepada anda malah kepada individu lain.

Mungkin kekecewaan kita hari ini adalah harga untuk kejayaan kita pada waktu akan datang.

Artikel yang anda taip ketika kecewa, adalah motivasi untuk mereka yang juga kecewa dan bangkit bangun.

Ada beza meratap dalam hati dan menulis sesuatu yang akan memberi anda semangat diri.

Sekurang-kurangnya satu atau beberapa artikel siap ditaip.

Dalam satu hari sebelum tidur,  tanya diri sendiri,

Apa yang telah anda lakukan hari ini?.

Kemudian esok anda tukar pertanyaan sebelum tidur,

Apa yang belum anda lakukan hari ini?.

Jika anda rasa lebih tertekan dan kecewa.

Percayalah anda tidak melakukan apa-apa.

Namun jika ada perubahan baik yang anda lakukan.

Anda pasti akan tidur lena.

Tulislah sebelum tidur.

Sekurang-kurangnya anda akan tidur lebih tenang.

Jika anda malas menulis untuk insan lain.

Tulis untuk diri sendiri.


Terima Kasih.






Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...