Isnin, 13 November 2017

Makan Untuk Sihat


Antara hidangan mudah dan berkhasiat 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Baki 2 bulan lagi ke tahun baru 2018.

Masa untuk anda menanam azam selain untuk kerjaya, ilmu juga kesihatan. 

Antara perkara agak sukar dilakukan ialah mengubah diet atau pemakanan ke arah lebih sihat. 

Berikut antara cadangan yang boleh dilakukan kebanyakan oleh kita. 

Latih lidah dan selera anda,  jangan hanya ingin makan semua benda sedap sahaja. 

Belajar lakukan perkara-perkara berikut :-

1. Cukuplah anda membeli roti komersial yang kaya bahan pelembut dan gula proses itu.  Sesekali anda boleh membeli roti Sihat yang mungkin kurang enak dari segi rasa.  Namun lebih baik anda memasak sendiri sekali sekala.  Chapati antara makanan paling mudah dibuat.  Tepung atta, air,  garam dan minyak sapi asli.  Siap anda boleh terus canai kecuali anda ingin ia lebih lembut dengan membiarkan doh anda naik dalam beberapa jam.  Jika anda ingin cepat tidak perlu tunggu dan buat sahaja chapati anda.  Cicah sahaja madu asli atau makan sahaja juga sedap.  Pilihan lain makan capati anda dengan salad.  Memang enak. 

2. Bau biskut komersial keluar sahaja dari pembungkusan memang enak.  Memanggil untuk dinikmati.  Namun ingat ia sungguh bahaya untuk kesihatan dan membuat anda akan ketagih. Berbeza sekali dengan biskut sihat yang dijual di kedai organik atau biskut natural yang lebih Semulajadi. Kuatkan iman anda,  nikmati buah manis untuk mengurangkan ketagihan anda ketika rakan atau ahli keluarga anda menikmati biskut komersial enak di depan anda. 

3. Ia coklat 99% cocoa memang nampak sihat dan mengurangkan risiko tinggi gula berbanding coklat 55% koko.  Namun realiti kebanyakan coklat hatta 99% tetap punyai minyak refine atau sayuran  RBD yang digunakan dalam pembuatan. Seboleh-bolehnya kurangkan menikmati coklat walaupun ia dikategorikan coklat sihat 99% kandungan koko.  Minum sahaja coklat panas koko asli jika anda teringin coklat. 

4. Nikmatilah buah-buahan dalam satu hari Sekurang-kurangnya sebiji.  Jika anda biasa menikmati epal dan oren,  masa untuk bertukar ke buah-buahan tempatan lebih kerap.  Antara paling mudah dan senang didapati pisang,  jambu batu dan buah naga. 

5. Jika anda Stress dan tertekan nikmati buah pisang di pagi hari supaya mood anda lebih ceria dan bersemangat. Pisang mengandungi vitamin B9 yang bagus untuk meningkatkan mood baik dan membantu tidur lebih lena. 

6. Jika anda masih Stress,  nikmati Yogurt dan kekacang.  Ia mengurangkan rasa Stress anda.  Pisang jangan dilupa.

7. Ramai takut minum teh hijau atas kandungan kafein.  Jangan risaukan kandungan kafein.  Terdapat lebih banyak kebaikan pada teh hijau termasuk meningkatkan metabolisme badan dan boleh mencergaskan otak anda. Tambah madu atau gula asli ke dalam minuman teh hijau anda untuk gandaan khasiat 10x ganda teh hijau anda. 

8. Berpuasa sunat amat dituntut.  Jangan anda berpuasa untuk kurus tetapi untuk agama dan kesihatan anda untuk beribadah.  Puasa menyihatkan badan dan menguatkan organ dalaman tubuh selain mencergaskan otak. Amalkan berpuasa sunat. Ketika bersahur dan berbuka hanya pilih makanan sihat.  Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. 

Perkara seringkas ini sewajarnya mula diamalkan terutama jika anda telah memasuki usia 30an.

Jangan tunggu sehingga 40an untuk berubah.

Jika anda bermula awal seawal belasan tahun adalah lebih baik. 

Ingat tubuh anda satu-satunya yang akan anda gunakan sehingga akhir hayat.

Ia tidak boleh dibeli dan ditukar ganti. 

Terima kasih. 



Tiada ulasan:

It's Me

Foto saya

BLOGPRENEUR.  

Pencinta,  penjual dan penghasil produk dari bahan Semulajadi. 

Pengalaman perbankan, insurans & takaful. 

Sedang berusaha mengamalkan diet lebih sihat dan ilmu dalam pemakanan serta kesihatan juga keusahawanan. 

Founder Crunchy Flakes by QK,  Original Body Scrub, Hair Gone, Carboness Powder & BLACK SCRUB. 

Sebarang pertanyaan atau jalinan kerjasama sila email ke

qisyakhadeeja@gmail.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...