Isnin, 13 November 2017

Pastikan Menulis


Terlalu banyak perkara yang anda nampak sukar dan mustahil boleh dilakukan 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Kita tidak akan tahu apa bakat kita sehingga kita cuba dan buat. 

Potensi diri tidak akan keluar sehingga dipaksa. 

Itu hakikat.

Selagi anda selesa anda tidak akan berubah. 

Tanpa bermula ia tidak pernah akan terjadi. 

Impian dan rancangan harus ada dan anda wajib teruskan walaupun ada perancangan yang lebih baik dari Tuhan untuk anda. 

Bagaimana anda boleh pastikan untuk anda mampu kekal menulis setiap hari? 

1. Praktis.  Tabiat.  Rajin-rajinkan diri menulis dan paksa diri mengomen di Facebook atau forum mahu pun group.  Komen hanya yang bernas dan berinformasi.  Kemudian tulis di notes telefon bimbit anda apa yang anda tahu dan belajar hari ini dan ingin kongsikan satu dunia. 

2. Tulis walaupun satu artikel ringkas. Jika anda tidak puas hati Edit dan tambah baik.  Artikel yang mungkin seolah Info yang sama boleh sahaja diulang di artikel lain dengan cara penyampaian berbeza.  Ketahui tidak semua ratusan dan ribuan artikel anda itu dibaca dan diingati oleh pembaca yang sama.  Proses pengulangan penting untuk pembaca dan untuk anda sendiri. 

3. Tetapkan matlamat.  Kenyataan yang harus diterima.  Apabila anda ada matlamat dan tujuan sebenar untuk menulis.  Anda akan bersungguh untuk menulis. Tahun 2017 semangat datang untuk menulis setiap hari.  Itu azam baru untuk tahun ini.  Dan itu alasan kukuh mengapa Blog ini dipaksa tulis hampir setiap hari. 

4. Hentikan alasan.  Tiada Internet bukan lagi masalah. Tulis dahulu di notes telefon bimbit anda.  Apabila talian Internet sudah ada,  siarkan semua artikel anda.  Itu yang dilakukan oleh Blog ini. 

5. Alasan laptop rosak tidak boleh diguna pakai lagi pada zaman telefon pintar ini.  Fakta sebenar,  telefon bimbit lebih mudah dikemas kini bila-bila masa ketika anda punyai idea menulis berbanding laptop.  Telefon bimbit berada 24jam bersama anda.  Laptop tidak. Namun diakui mengemas kini di telefon bimbit jauh penat menaip berbanding di laptop dan lebih selesa.  Namun itu bukan alasan untuk matlamat anda tercapai. Selenguh mana jari ini menaip di telefon bimbit,  ia kekal memberi semangat untuk berjuang  menyiapkan ratusan artikel.  Untuk tahun 2017 ini,  semua artikel di Blog ini hanya menggunakan telefon bimbit semata-mata untuk menaip. 

6. Siapa kata ada talian Internet 24 jam lebih mudah untuk mengemaskini Blog?.  Pengalaman penulis.  Talian Internet 24 jam menyebabkan sifat tertangguh untuk mengemaskini Blog semakin menjadi-jadi.  Jumlah kuota Internet unlimited itu menyebabkan keselesaan untuk bila-bila masa boleh menulis itu menjadi langsung tiada masa dan matlamat tetap bila wajib menulis.  Hasilnya Internet kuota yang dibeli dalam satu hari lebih digunakan bersungguh berbanding Internet Free dan unlimited.  Apabila anda harus membayar dan tahu ada limit dan masa tamat.  Anda akan berusaha untuk mendapat hasil dari jumlah yang anda keluarkan. Masa untuk anda mengira kos dan Budget Internet anda dari sekarang. 

7. Tidak perlu tetapkan apa yang wajib ditulis hari ini.  Tulis apa sahaja idea yang ada.  Pengalaman penulis apabila ada banyak kategori dalam Blog dan Blog mengenai pengalaman memudahkan untuk penulis menulis apa sahaja yang terlintas di fikiran. Agak sukar jika terlalu banyak syarat dan fikiran yang menyusahkan anda dalam menulis.  Tulis dan ikut sahaja rentak jari jemari anda.  Anda tidak pernah tahu artikel mana paling disukai pembaca dan tentu sahaja lain pembaca lain minatnya. Tiada artikel sempurna di dunia ini.  

8. Jadi diri sendiri adalah paling utama.  Dengan menjadi diri sendiri anda tahu dan yakin menulis. Anda tidak perlu terikut dengan individu lain.  Anda tidak peduli pandangan mereka yang tiada kena mengena dengan minat dan matlamat anda. Anda tahu kenapa anda menulis.  Anda anda Target dan impian.  Butakan mata,  pekakkan telinga. Statistik dashboard Blog anda cukup membuktikan perkembangan dan progress Blog anda.  Pedulikan mereka yang mengeji namun ambil kritikan membina sebagai rujukan untuk membesarkan pengaruh Blog anda untuk seterusnya. 

9. Blog adalah medan paling percuma untuk pengiklanan anda yang kekal lama. Tidak kira walaupun Blog anda berdomain blogspot sekali pun,  paling utama ialah kandungan artikel yang anda kongsikan.  The lorry,  start up popular itu juga bermula dari Blog berdomain blogspot.  Jangan sesekali berfikir hanya kerana anda blogspot anda tidak mampu pergi jauh. Tiba masa anda sendiri akan kembangkan dan besarkan Blog anda menjadi Website professional. 

10. Katakan apa sahaja.  Blog sudah tidak relevan. Orang sudah tidak membaca Blog.  Blog baru muncul berjuta setiap hari. Ramai sudah punyai Blog. Abaikan. Anda berada dalam rentak anda sendiri.  Tidak kira bilion yang muncul sekali pun.  Target dan sasaran anda hanya anda Yang tahu. Katakan apa sahaja. Paling penting anda harus kekal positif dan fikirkan  kembali kenapa anda mulakan dan serius mengenai Blogging. Tanpa matlamat,  anda pasti akan berhenti. Maka matlamat dan tujuan Blogging harus anda tahu mulai saat ini supaya ia membantu anda kuat untuk terus berblogging. 

11. Paling mudah untuk menulis ialah idea.  Idea hanya akan datang melalui pengalaman dan pembacaan.  Cari ilmu dan jumpa mereka yang berpengaruh dan berpengalaman.  Banyak yang akan anda belajar dan tulis serta kongsikan.  Tidak perlu tetapkan hanya belajar itu sahaja tidak berminat dengan perkara ini.  Buka minda anda mengenai banyak perkara.  Ini zaman dunia digital.  Anda banyak perkara dan ilmu baru muncul. Positif dalam menerima perubahan.

12. Jujur. Kejujuran dalam menulis boleh dirasakan. Inilah yang dilakukan ketika menulis artikel ini.  Tidak perlu malu. Apa yang anda lalui ialah apa yang akan menentukan anda pada masa akan datang. Anda wajib tahu kenapa anda bersungguh berblogging.  Dan sebab paling kuat akan menentukan kekuatan anda untuk terus kuat berblogging. Rahsia paling mudah untuk kekuatan itu apabila anda sendiri melihat hasil dari penat lelah anda berblogging menunjukkan tanda.  Setiap perkara mengambil masa.  Begitu juga Blog.  Beri masa.  Kejayaan itu akan datang sendiri kepada anda. 

Tiada apa yang berguna jika anda hanya tahu memberi alasan dan masih belum berusaha menulis. 

Tulis dan tulis.

Lama-lama ia akan menjadi aktif. 

Bukti telah banyak di depan mata. 

Terima kasih. 




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...