Ahad, 26 November 2017

TAHU NAMUN TIDAK MAMPU LAKUKAN


alangkah indahnya jika mampu diet sihat konsisten setiap hari

Assalammualaikum dan salam sejahtera.


Tahun 2017 tinggal hanya berbaki hamper sebulan sahaja lagi.


Maka pelbagai perancangan cuti dan azam baru dibuat.


Azam tahun 2017 masih berbaki belum tertunai maka ia dibawa ke tahun 2018.


Niat dihati tahun 2018 mampu Eat Clean dan semakin kuat dan tabah menahan nafsu.


Namun di musim hujan November ini, diet dan pemakanan semakin ke laut.


Rasa lapar oleh cuaca sejuk dan musim hujan menyebabkan , perut asyik berbunyi dan makan apa sahaja yang terhidang.


Semua jenis masakan mengandungi trans-fat dimakan, gluten diabaikan termasuk gula.


Sedangkan saya manusia yang sedar dan tahu keburukan setiap bahan-bahan makanan namun kekal menikmati tidak mampu melawan nafsu , apa lagi mereka yang lansung tidak tahu.


Ramai yang begini. Serupa saya. Ada yang masih bertekak mengatakan sakit itu tuhan bagi, makan sihat pun jika sakit akan sakit juga, walaupun mereka sedar dan tahu kajian demi kajian menunjukkan meraka yang sakit adalah disebabkan pemakanan, keturunan, factor sekitar, udara , gaya hidup dan stress.


Realitinya, ramai yang mengatakan makanan sihat mahal.
Ia itu hakikat. Anda boleh mendapatkan makanan sihat yang murah dan jauh lebih berkhasiat di pasar atau bercucuk tanam sendiri, namun apabila anda tidak cukup tanah atau tiada tempat bercucuk tanam, maka anda pasti akan terasa cabarannya terutama jika anda diuji dengan masalah kewangan.


Begitu juga mereka yang tidak menghadapi masalah budget, mereka ini menghadapi masalah tiada kesedaran dan tidak cukup ilmu selain tidak mampu sama sekali melawan nafsu.


Itu belum kira cara hidup atau life style yang memaksa menikmati makanan sihat diluar.


Realitinya , ramai antara ktia tahu kesan sampingan bahan makeup. Bahan kegunaan diri namun tiada kekuatan untuk berubah.


Berapa ramai antara kita selepas makan makanan tidak sihat rasa sesal , namun masih meneruskan lagi diet sebegitu kerana tidak cukup kuat.


Ia sukar sungguh melawan nafsu sendiri.


Maka sebelum berlawan dengan perkara lain sekeliling, nafsu dahulu harus dididik.


Dalam meniti sebulan lagi tahun baru 2018 memasuki , pelbagai semangat cuba dipupuk.


Puas memujuk dan memerah otak untuk menulis 365 artikel sebelum hujung tahun, namun menikmati makanan yang ntah  apa-apa menyebabkan ketandusan idea dan semangat terus menjunam.


Bayangkan untuk membaca info dan mencari ilmu juga sudah ketiadaan mood apa lagi memproses segala data.


Jelas ketara kesan makanan kepada otak dan mood yang semakin disedari kini.


Dalam memaksa diri dan memujuk diri belajar mengawal nafsu, beberapa minggu dan bulan diet yang semakin kelaut ada kalanya menimbulkan rasa sesal kerana ia membabitkan banyak perkara.


Maka seperti biasa, semangat dan matlamat serta azam baru mula di tetapkan.


Semoga Berjaya.


Insyaalah.


Semoga tuhan membantu.


Aamiin.


Terima kasih.





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...