Rabu, 15 November 2017

BAGAIMANA MAHU FOKUS MENULIS?


Bermula Januari 2017 Blog ini meletakkan sasaran setiap hari 1 artikel -  gambar menunjukkan melalui carian Google artikel ini berada di tangga pertama. Gambar seterusnya bukti artikel pada tahun 2016 hanya 111 artikel berbanding tahun 2017 sehingga November yang menghampiri 260 artikel dan insyallah akan terus naik 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Bagaimana anda ingin pastikan anda kekal dan fokus menulis? 


1. TARGET itu Penting 

Blog ini mula meletakkan Target untuk tahun 2017,  satu artikel setiap hari.  Bersamaan 365 artikel setahun.  Sehingga hari ini artikel untuk tahun 2017 (November)  telah mencapai 260 artikel berbanding tahun 2016 hanya 111 artikel. Lebih 2 kali ganda artikel berbanding tahun lepas. 

2. SIFU @ MENTOR 

Dalam ingin mencapai sesuatu. SIFU dan mentor amatlah penting.

Setia menekuni Facebook Puan Ainon Mohd semenjak 2013, kalangan sahabat Puan Ainon Mohd adalah yang kerap diikuti.

Salah seorang yang membina kredibiliti dalam penulisan Blog dan pakar strategi SEO ialah Dr Wan Yusof Wan Jeffery.

Semenjak mengikuti beliau dalam hujung tahun 2016, Blog ini mula meletakkan sasaran.

Tidak mengamalkan Teknik SEO yang di ajarkan oleh sifu Wan Yusof Wan Jeffery namun cerita beliau mengenai kehebatan Blog oleh kebanyakan mereka yang berpengaruh menyebarkan semangat dan sasaran menulis artikel dan Blog setiap hari semakin bersemangat sehingga meletakkan sasaran.

Personal Branding yang diajar oleh Puan Ainon Mohd juga antara yang diaplikasikan di Blog ini.

Mengikuti Azleen Abd Rahim di Linkedin juga menyebabkan semangat berblogging dan mengetahui kuasa Branding menyebabkan setiap artikel yang bakal di tulis ada kena mengena dengan Branding hari ini dan akan datang.

Anda wajib mencari sifu dan mentor untuk diikuti dan memberi semangat serta tunjuk ajar untuk anda walaupun secara Online dan percuma di Facebook dan Blog.


3. MATLAMAT & TUJUAN

Apabila anda tahu kenapa anda menulis.  Tujuan dan sasaran.  Anda akan tahu apa yang perlu ditulis dan apa yang tidak perlu.

Idea akan mudah datang untuk fokus bidang dan sasaran anda.


4. SEO Kekal Penting 

Apabila anda melihat Dashboard anda.

Jumlah bilangan pembaca bagi setiap artikel akan menambahkan semangat anda.

Malah jika artikel anda berada di Pages pertama Google untuk carian itu pasti akan memberi motivasi berganda untuk anda.

Dalam menulis apa yang paling penting ialah konten dan info bermanfaat untuk pembaca.

Namun tajuk yang menarik dan artikel yang 'kena'  dengan SEO lebih memudahkan untuk carian dan artikel anda disebarkan.

Untuk bermula menulis semangat biasanya datang dari perkongsian dan kedudukan artikel maka pastikan  anda tulis artikel yang menarik pembaca.

Artikel yang menarik pembaca kebanyakan lahir dari pengalaman dan pembacaan.  Cari minat anda dan tulis mengenai minat dan pengalaman anda.

Artikel pengalaman dan yang kita minati amatlah mudah ditulis. Ia seperti anda bercerita perkara yang menjadi minat anda. Terlalu banyak sehingga tidak cukup hari.

Begitu juga dengan Blog,  cari kategori artikel yang anda boleh bercakap dan cerita tanpa henti dan tulis dengan gembira serta bersemangat.


5. Bermula dengan satu

Perkara paling mudah ialah bermula sedikit.  Satu artikel untuk seminggu kemudian 2 artikel untuk seminggu sehingga satu artikel untuk sehari.

Anda wajib tahu dari mula, Blog memakan masa yang lama.

Ikuti guru Blogger sebenar yang bermula dari bawah dan memakan tahun.

Personal Branding bukan semudah disangka.

Realitinya mereka yang berjaya dalam Blog mengambil masa sekitar 6 tahun untuk mula dikenali.

Pastikan anda dikenali hanya dengan benda baik dan memberi manfaat kepada masyarakat dan dunia.


6. SASARAN

Apa sasaran anda dalam Blogging?

Sasaran Blog ini adalah makanan.

Semua mengenai makanan.

Sebut makanan ia mengenai diet dan kesihatan juga bahan kegunaan diri.

Penulis percaya makanan adalah satu-satunya benda yang boleh diletakkan di tubuh seperti ditulis dalam buku terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Minat dan cinta penulis tinggi untuk makanan dan fesyen.

Untuk masa ini makanan adalah sasaran utama penulis selain digunakan untuk produk keluaran dibawah label QK.

Blog ini ada sasaran tersendiri.

Maka itu yang mula disasarkan semenjak awal tahun 2017.

Tetapkan sasaran anda dan pastikan anda tahu tiada waktu singkat untuk berjaya terutama melalui Blog.

Namun yang penting anda tahu bahawa penulisan amat 'Berkuasa'  pada masa ini,  lebih-lebih lagi masa akan datang.

Lihat sahaja pelbagai medan penulisan yang semakin muncul di era digital ini.

Kepandaian menulis terutama untuk ilmu dan artikel mudah faham dan hadam adalah antara kepandaian penulisan sosial yang mahal.

Untuk mencapai tahap ini tambah ilmu,  hadiri bengkel penulisan.

Belajar dari sekarang pelbagai ilmu.

Kemudian,

Belajar menulis dan selalulah menulis.

Terima kasih.




Tiada ulasan:

It's Me

Foto saya

BLOGPRENEUR.  

Pencinta,  penjual dan penghasil produk dari bahan Semulajadi. 

Pengalaman perbankan, insurans & takaful. 

Sedang berusaha mengamalkan diet lebih sihat dan ilmu dalam pemakanan serta kesihatan juga keusahawanan. 

Founder Crunchy Flakes by QK,  Original Body Scrub, Hair Gone, Carboness Powder & BLACK SCRUB. 

Sebarang pertanyaan atau jalinan kerjasama sila email ke

qisyakhadeeja@gmail.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...