Rabu, 15 November 2017

Info Ini Pasti Menceriakan Hari Anda


Avocado buah yang dikatakan kurang penggunaan racun serangga 

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ada banyak Info ringkas,  yang mudah namun amat berguna dalam kehidupan seharian kita.

Ini 8 Info ringkas yang boleh membantu menceriakan hari anda.

1. Secawan kopi di pagi hari bukan sahaja mampu membuat anda bersemangat dan bertenaga.  Malah kopi amat bagus untuk anda yang ingin memulakan 'work out'.  Pastikan ia kopi asli 100% tanpa trans fat.  Tambah minyak kelapa dara jika anda inginkan lemak sihat menggantikan gula.

2. Buah Avocado adalah antara buah paling sihat.  Ia tinggi lemak baik yang bagus untuk kesihatan tubuh,  kulit dan otak.  Avocado dikatakan antara buah paling kurang penggunaan bahan kimia.  Kulitnya juga tebal. Maka anda tidak perlu risau jika anda beli Avocado bukan organik.

3. Zoo adalah tempat yang sering dilawati keluarga jika membawa kanak-kanak.  Untuk mendapatkan reaksi 'baik'  dari binatang-binatang di zoo anda digalakkan memakai pakaian berwarna tanah dan semulajadi.  Contohnya blaus berwarna hijau seperti daun dan seluar berwarna tanah atau biru gelap. Tentu anda ingin bergembira bersama binatang-binatang ketika melawat zoo.

4. Tidur yang cukup amat penting untuk kesihatan dan otak.  Namun tidur lebih dari 9 jam akan menyebabkan kesan negatif pada kesihatan.

5. Minum teh hijau untuk meningkatkan metabolisme dan semangat anda jika anda bosan dengan kopi.  Teh hijau bagus untuk otak.  Jangan lupa tambah madu atau gula asli untuk mengoptimumkan khasiat yang terdapat dalam teh hijau sehingga 10x ganda.

6. Jika anda setia kepada produk sihat yang terkenal dengan bahan-bahan yang selamat. Jangan terlalu leka.  Produk dari trusted brand sekalipun  akan berubah bahan-bahan.  Pastikan sentiasa membaca bahan-bahan kandungan walaupun anda mungkin membeli produk itu hampir setiap hari.

7. Jika anda menikmati makanan berkeju.  Nikmati ia dengan teh bukan kopi.  Dikatakan kopi tidak sesuai dinikmati dengan keju dan mengurangkan penyerapan khasiat. Pilih teh berbanding kopi. Sebolehnya teh tanpa kafein.

8. Selain epal dan pisang.  Jika anda bosan dan inginkan snek sihat.  Anda boleh belajar mengunyah saderi.  Saderi hanya mempunyai 6% kalori dan 95% air. Saderi juga kaya vitamin K sebanyak 30%. Saderi ialah makanan anti alergi,  antiseptik  dan bagus untuk pembuangan toksid.  Anda tidak perlu risau jika termakan saderi banyak ketika Stress.

Dalam kehidupan seharian,  cari satu perkara kecil yang boleh menceriakan hari anda.

Gembirakan hati anda dan pasti akan terlihat sentiasa berseri.

Terima kasih.






Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...