Rabu, 22 November 2017

PERLU SEMANGAT



Anda harus meninggalkan perkara lepas dan memandang apa yang ada di hadapan 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Realitinya down,  putus asa,  kecewa,  rasa lemah,  tidak nampak masa depan dengan apa yang baru kita bermula adalah biasa. 

Ketika ini anda mula memikirkan apakah apa yang anda sedang buat ini tidak betul. 

Anda kena tukar strategi dan bidang. 

Follow kawan-kawan anda yang berjaya. 

Namun instinct dan hati anda berkata lain. 

Anda tahu apa anda buat,  dan anda rasa anda nampak masa depan mengenainya. 

Anda teruskan lagi usaha anda. 

Berbulan kemudian,  anda rasa kecewa melihat hasil kejap ada, kejap tiada. 

Anda melihat media social rakan anda. 

Oh!  Dia semakin berjaya dan aku masih tidak Nampak masa depan. 

Sekali lagi anda kecewa dan berasa ingin mengikuti bidang rakan anda itu. 

Namun anda kuatkan hati,  merenung kembali. 

Anda tidak sampai setahun fokus dengan apa yang anda lakukan. 

Selama ini 4 tahun anda main-main dan tidak tahu arah tuju. 

Tahun ini baru anda nampak,  namun anda sudah putus asa. 

Bagaimana anda pujuk diri sendiri. 

Berkawan dan folow mereka yang sama seperti anda. 

Lebih lama dari anda. 

Ada waktu anda kecewa dengan ketiadaan modal berbanding syarikat dan individu lain. 

Namun anda ada otak dan tenaga yang sukar di jatuh kan. 

Itu beza manusia yang cepat lemah dan putus asa dengan mereka yang terus berjuang. 

Realitinya lebih ramai yang cepat putus asa dan berhenti. 

Ada yang putus asa tukar kepada bidang lain dan berjaya. 

Ada yang tidak putus asa, namun masih tidak Nampak bayang masa hadapan. 

Ada yang tidak putus asa akhirnya berjaya. 

Nasib dan perjuangan seseorang ada waktu tersendiri yang telah di tetapkan. 

Sedangkan ada Nabi yang memerlukan beratus tahun untuk berdakwah,  namun umat yang mengikuti hanya beberapa orang. 

Begitu juga kita sebagai insan. 

Yang pasti setiap kejayaan itu akan datang sendiri tepat pada waktunya. 

Selagi kita hidup di dunia ini,  selagi itulah ada harapan untuk kita terus berjaya. 

Jika anda masih tidak nampak bayang dengan apa yang anda lakukan. 

Sila susun dan lihat betul-betul apakah betul cara anda selama ini. 

Jika anda mampu Berkolaborasi lebih baik. 

Jika anda ada niat,  namun tidak berjumpa dengan mereka yang sesuai,  tiba masa ia akan datang sendiri. 

Buat sahaja apa yang anda mampu perbuat sekarang. 

Jangan putus asa. 

4 tahun berblogging suka-suka. 

Hampir memasuki tahun kelima,  baru penulis sedar,  betapa satu Blog itu harus ada fokus dan impian serta sasaran. 

Mengikuti Puan Ainon Mohd selama 3 tahun membuka mata bahawa,  Blogging juga boleh menjadi medan Branding. 

Terpukul dengan setiap motivasi yang di post di setiap wall sahabat handai Puan Ainon dan lingkungan usahawan berjaya. 

Akhirnya tahun ke 4 memasuki tahun kelima baru Blog ini mula fokus dari Blogger separuh masa untuk suka-suka untuk menjadi Blogpreneur. 

Mungkin memerlukan masa hampir 4 tahun untuk sedar,  namun sekurang-kurangnya matlamat berblogging akhirnya nampak dan kesungguhan itu bermula akhirnya. 

Memasuki hampir 1 tahun,  Blog ini cuba memperjuangkan produk Semulajadi dan bahan Semulajadi maka ia akan diteruskan untuk tahun seterusnya. 

Ia kesedaran hanya datang setelah 4 tahun berblogging. 

Dan atas kesedaran itu juga minat kepada produk natural semakin meningkat. 

Jika anda sendiri tidak tahu apa yang anda tulis dan perjuangkan ketika ini. 

Akan tiba waktunya,  anda akan tahu apa yang ingin anda perjuangkan. 

Sama ada untuk terus suka-suka selamanya,  atau tukarkan ia sebagai medan dan senjata lain. 

Sebagai cabaran,  medan penulisan dan mencari ilmu adalah semangat kuat untuk terus berblogging dan menimba ilmu. 

Malah Blogging ini memaksa untuk mengetahui apa yang terjadi dalam dunia digital dan perkembangan dunia digital hari demi hari. 

Kategori Era Digital akan diperkenalkan dalam Blog ke 2 nanti. 

Blog ke 2 


Ini adalah Blog perkongsian maklumat yang lebih ke depan. 

Blog pertama ini kekal sebagai Blog Perkongsian pengalaman peribadi dan perjuangan dalam mengagahkan diri menggunakan bahan semula jadi. 

Saya hanya mampu berdoa agar follower dan pembaca yang sering membaca setiap artikel di Blog ini tidak bosan dan bersemangat bersama-sama saya dalam mempertahankan pendirian masing-masing asalkan pendirian itu bermanfaat untuk semua. 

Hormat kekal ada untuk mereka yang memilih cara lain.  Setiap manusia ada pandangan dan pendapat serta pengalaman tersendiri. 

Sedangkan dalam satu daerah berdekatan, ada tempat sedang hujan, ada tempat sedang panas terik. Maka siapa kita untuk berbahas. Mengatakan itu betul dan ini salah. 

Ketika anda ingin menegakkan pendapat anda. 

Bayangkan anda sedang memandu dalam hujan lebat dan petir,  kemudian tiba-tiba di depan anda awan bertukar panas terik. 

Anda melihat kereta di belakang anda masih mengharungi hujan lebat dan petir tadi. 

Begitulah hidup,  tidak sama setiap orang. 

Anda kata sekarang panas ,  rakan di belakang kereta anda kata sekarang hujan. 

Semakin anda dewasa semakin anda sedar. 

Semua teknik dan ilmu walau berlainan namun tetap betul dengan caranya. 

Semoga kita akan terus bersemangat dan berusaha tanpa mempedulikan kata negatif. 

Lemah dan down itu biasa. 

Namun cepat bangun dan buat sesuatu. 

Makan makanan sihat.  Otak dan mood memerlukan makanan sihat. 

Exercise dan berjalan kaki di halaman rumah. 

Anda akan bersemangat kembali. 

Jika anda masih lemah. 

Buat sesuatu agar anda sedar. 

Mula Google ' motivasi'. 

Baca dan insaf serta bangun kembali. 


Terima kasih. 







Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...