Memasuki tahun 2018 segala perancangan mula disusun dan dikemaskini |
Pelaburan
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Realiti dalam belajar dan menambah ilmu.
Ketika insan lain mungkin mengeluarkan duit untuk perkara lain.
Anda harus mengeluarkan ia untuk pelaburan ilmu dan perniagaan anda.
Ada yang menghabiskan beribu untuk menyertai bengkel penulisan.
Juga mengeluarkan beribu untuk membeli buku-buku rujukan.
Menghabiskan wang untuk membeli kuota Internet mendalami setiap bacaan Blog, jurnal, kajian dan sebagainya.
Segelintir mereka yang mula berniaga mengeluarkan banyak modal untuk pelbagai perkara dari kecil hingga besar.
Itulah pengorbanan. Terpaksa meninggalkan cinta untuk pelaburan seperti Saham @ Share, digital currency @ mata wang digital seperti bitcoin dan euthereum (maaf belum di luluskan oleh Malaysia) dan pelbagai lagi sama ada makanan kegemaran mahu pun membeli belah pakaian dan bercuti.
Ada waktunya duit cukup untuk bercuti namun masa tiada untuk menggali ilmu dan mengkaji.
Kadangkala penulisan dihentikan sementara untuk mencari ilmu dan idea serta bahan lain untuk perkongsian ilmu dan pengalaman.
Penulis sendiri ada waktunya mencari idea untuk penulisan dan produk serta perniagaan seterusnya selain ilmu dalam menulis dan membina Branding serta Start up.
Banyak sebenarnya pengorbanan yang harus dilakukan dan kita hanya boleh memilih satu dua.
Paling utama ilmu adalah Investment paling utama untuk diri.
Pengalaman dalam mencari ilmu dan melihat sekeliling insyallah amat membantu dalam pelbagai perkara.
Satu perkara yang wajib di pelajari, cabaran itu membawa kita lebih waktu untuk berfikir dan mencari idea yang bagus untuk masa hadapan.
Tanpa cabaran agak mustahil untuk kita melakukan sesuatu yang baru.
Sedangkan membina Blog, setakat design yang anda hanya perlu pilih dan masukkan kotak yang telah tersedia punya cabaran apakah lagi perkara lain.
Dari satu cabaran ke cabaran yang lain adalah satu nikmat penggambaran yang sukar diterjemahkan.
Semoga penulis sendiri diberi peluang menulis dan menterjemah ke bentuk paling mudah dihayati oleh pembaca sehingga setiap insan dapat merasai pelayarannya.
Pelbagai perkara boleh dipelajari seiring masa dan apa yang kerap kita lakukan.
Apa yang sering kita lakukan dan fikir itu akan menentukan siapa kita seterusnya.
Tiada erti terlambat atau gagal.
Paling utama anda tidak pernah putus asa dan berhenti mencuba.
Memegang pesanan Puan Guru Ainon Mohd, berlari dan fokus dalam trek sendiri.
Tidak perlu ikut dan pandang pelari lain. Bimbang tersadung dan tidak fokus.
Jalan terus.
Dalam Zaman millennium ini, ikan pecut akan terus berlari, ikan perlahan akan ketinggalan.
Maka pecutan harus dilakukan namun dalam strategi yang betul.
Diizinkan tuhan kita akan berjumpa rakan dan kumpulan kolaborasi yang betul, anda hanya perlu buat apa yang anda perlu lakukan dari sekarang.
Perkara lain serahkan pada Tuhan.
Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan