Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Khamis, 25 Januari 2018

Resepi Mudah Maggi Homemade Versi Sihat


resepi mudah Maggi Home made versi sihat

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Mee maggi atau mee segera ialah antara makanan kegemaran rakyat Malaysia semenjak kecil lagi. Kesedapan mee maggi terutama mee kari maggi terutama baunya sahaja sudah membangkit selera. Malah ia adalah makanan kegemaran tidak kira golongan tua atau muda. Biasa, sederhana, miskin mahu pun kaya.

Seiring kesedaran kearah pemakanan lebih sihat. Semakin ramai sedar kepentingan menjaga pemakanan dan bahan-bahan merbahaya dalam mee segera.

Maka pelbagai resepi digarap dan direka serta diubah untuk menjadikan resepi mee segera ini lebih sihat. Artikel kali ini dikongsikan resepi Home made Mee Maggi Kari Versi sihat hasil olahan dan idea Nurul Aznira di facebook, dan dikongsi di artikel ini untuk anda mencubanya.

Anda juga boleh mengikuti beliau di facebook milik beliau iaitu facebook Nurul Aznira.

facebook pemilik asal resepi maggi home made sihat yang sering berkongsi mengenai resepi sihat

Berikut ialah resepi Maggi Homemade Versi Sihat

Bahan-bahan

Mee Maggi Versi Sihat sama ada Ramen atau apa sahaja janji versi lebih sihat. 
(untuk resepi pertama, saya menggunakan Ramen 5 Vegetable Powder)

Bahan-bahan untuk Rempah

1 sudu besar Serbuk kari ikan Baba's
1/ 4 sudu Rempah Cap Bunga Ros (gulai+rempah asli Terengganu)
Sedikit gula perang atau gula kabung atau gula kelapa
sedikit garam pink himalaya
Sedikit serbuk cili kering Faiza
*** gaul semua bahan diatas bagi sebati

Sayur-sayuran pilihan boleh ditambah sawi, bawang besar, daun kari, telur, tomato atau lobak.

Cara Memasak

Masak sahaja sama seperti anda masak mee maggi. Hanya mee anda gunakan ramen dan perencah anda gunakan perencah ini.

Pilihan lain lebih sihat untuk gluten free diet atau diet tanpa gluten, anda boleh gantikan ramen dengan bihun perang dari beras perang atau ramen dari buckwheat.

Resepi mudah meggi atau maggi versi sihat

Saya telah mencuba resepi ini. Alhamdulillah sedap. Rempah cap bunga Ros itu dibeli oleh sahabat saya dengan harga RM10 sepasang. Rempah ini khabarnya kini boleh di beli online.

Anda boleh pilih sama ada rempah gulai ikan atau rempah gulai ayam.

Ramen organik pilihan saya ialah ramen dari serbuk sayur-sayuran (terdiri dari 5 jenis serbuk sayur-sayuran). Jika anda baru belajar ingin menikmati sayur, anda boleh mulakan dengan ramen sayur-sayuran ini.

Selamat Mencuba resepi mudah ini.


Terima kasih.



Khamis, 7 Disember 2017

Resepi Sihat & Mudah :- Chapati Rendah Gluten, Koko Pisang Tanpa Gula


Chapati Rendah Gluten,  Koko Pisang Tanpa Gula

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Musim hujan dan sejuk ini.  Selera pasti bertambah. 

Anda tentu mahukan sesuatu yang kenyang lama dan menghangatkan tubuh anda. 

Kurangkan nikmati roti,  biskut atau makanan bergoreng.

Tukarkan kepada menu lebih sihat seperti Chapati dan adun resepi lebih enak dan sedap. 

Untuk kali ini menu ringkas dan sihat untuk anda cuba. 

Berikut ialah resepi mudah 

CHAPATI RENDAH GLUTEN,  KOKO PISANG TANPA GULA 

Untuk menu sihat anda cuba baik untuk sarapan pagi atau makan petang anda.


Bahan-bahan 

Tepung wholemeal atau tepung gandum penuh organik 
Minyak sapi asli dan tulen dari susu lembu 100%
Koko asli (organik atau van hauten) 
Pisang masak mengikut citarasa anda
Kismis hitam organik 
Kayu manis ceylon (serbuk atau ditumbuk) 
Garam Pink himalayan 
Telur tanpa hormon (jika suka dan ingin lebih lembut) 


Cara Membuatnya

Lecek pisang bersama koko,  garam,  kismis serta minyak sapi.
Setelah pisang hancur,  campurkan tepung dan kulit kayu manis. 
Tambah telur dalam bancuhan jika suka. 
Goreng di dalam kuali tanpa minyak. 
Siap untuk di makan panas. 
Ia enak di makan bersama buah pilihan anda. 

Selamat Mencuba Resepi Sihat dan enak ini. 

****Pastikan anda kurangkan penggunaan tepung dan lebihkan Pisang. 
Koko yang lebih banyak akan membuatkan Chapati ini lebih enak. 


Terima kasih. 




Sabtu, 7 Oktober 2017

Resepi Mudah :- Nasi Goreng Daun Kari Enak


Nasi Goreng Daun Kari yang kaya kalsium 
 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bagi pengamal diet Gluten free atau tanpa gluten.  Nasi adalah antara bahan utama dalam masakan.

Malah,  mereka yang Eat Clean juga memilih nasi sebagai menu dalam pemakanan mereka.

Nasi goreng adalah antara makanan kegemaran rakyat Malaysia dan merupakan masakan paling mudah dimasak.

Untuk kali ini saya berkongsi dengan anda nasi goreng Daun kari.

Daun kari terkenal dengan khasiatnya yang kaya kalsium dan amat digemari kaum India.

Agak sukar menikmati daun kari kecuali anda jadikan ia sebagai ulam selain pucuk daun kari.

Antara resepi olahan paling mudah menggunakan daun kari ialah nasi goreng.

Berikut disertakan resepi ringkas dan mudah Nasi Goreng Daun Kari.


Nasi Goreng Daun Kari

Bahan-bahan

Nasi (digalakkan masak dengan daun pandan)
Bawang merah
Bawang putih
Cili api
Daun limau purut
Sehiris nipis halia
Sehiris nipis kunyit
Daun kari
Ikan bilis
Minyak untuk menumis
Garam Pink himalayan

Cara-cara memasak
1. Semua bahan di tumbuk bersama kecuali daun kari dan nasi. (Digalakkan menggunakan lesung batu,  dikatakan menumbuk dengan lesung batu menerbitkan aura dari batu ke makanan)
2. Seperti biasa panaskan minyak.
4. Goreng sebenar daun kari dan ikan bilis.  Angkat.
5. Goreng bahan-bahan yang ditumbuk tadi sampai garing.
6. Masukkan daun kari dan ikan bilis yang digoreng tadi.
7. Masukkan nasi.  Tunggu garing.  Tutup api. Isi sedikit garam Pink himalayan sebagai penambah rasa.
8. Siap dan hidangkan bersama ikan goreng atau ikan bakar.

Daun kari selain pucuk kari amat sesuai dijadikan ulam di makan bersama nasi.

Selain itu hirisan halia dan kunyit yang bagus sebagai anti radang dan membuang angin dah toksin dalam tubuh.

Halia dan kunyit lebih digalakkan dimasukkan ke dalam masakan dari menikmatinya mentah terutama kunyit yang dikatakan jika kerap dimakan mentah akan mengeringkan darah.

Tunggu apa lagi,  cuba nasi goreng daun kari hari ini.

Terima kasih.




Jumaat, 29 September 2017

Resepi Mudah :- Lempeng Pisang Gandum Penuh


Lempeng pisang gandum penuh
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Ia bukan mudah untuk kekal dalam menjalani pemakanan sihat atau Eat Clean.

Terlalu banyak halangan,  jika punya Budget dan stok makanan,  masa menjadi punca untuk memasak dan menyediakan menu sihat.

Punyai masa,  Budget pula menjadi isu.

Punyai semangat memasak dan Budget bekalan bahan mentah tiada di pasaraya dan pelbagai lagi isu yang tidak mampu dielakkan.

Untuk kali ini,  perkongsian artikel resepi kali ini adalah menu sihat paling mudah.

Tinggi serat dan gula asli serta mudah dimasak.

Hanya dapatkan pisang dan sebiji telur sahaja.

Di syorkan telur selenium atau telur organik sahaja.

Berikut bahan-bahan dan cara mudah untuk membuar Lempeng Pisang Gandum Penuh

Resepi Lempeng Pisang Gandum Penuh 

Bahan-bahan 

1. Pisang pilihan digalakkan berangan atau emas
2. Sebiji telur 
3. Setengah sudu kecil minyak sapi tulen (optional untuk tambahan lemak sihat) 
4. Tepung gandum penuh (jika anda mengamalkan diet tanpa gluten sila tukarkan ke tepung kelapa atau tepung badam) 
5. Kelapa muda parut (optional @resepi diatas tiada kelapa parut) 
6. Garam Pink himalayan 

Cara Membuatnya 

1.  Lenyek pisang sehingga hancur. 
2. Masukkan sebiji telur.  Kacau sehingga sebati.  Masukkan garam,  kacau lagi. 
3. Masukkan sedikit minyak sapi tulen. Kacau lagi. 
4. Masukkan sedikit tepung demi sedikit. 
5. Pastikan bancuhan sederhana cair (tidak pekat sangat atau keras). 
6. Masak atas Non stick pan dengan api perlahan. Ambik sesenduk bancuhan dan buat bulatan dalam kuali. 
8. Paling-palingkan dengan cermat. 
9. Angkat hidangkan panas. 
10. Hias dengan buah-buahan dan sos kegemaran anda yang sihat. 

Di hidang dan di makan panas. 

Nikmati ia dengan menu sihat lain
Menu Lempeng Pisang Gandum Penuh ini sesuai dijadikan sarapan pagi atau petang.

Sebagai snek sebelum anda melakukan aktiviti sukan dan aktiviti lasak atau post work out.

Pisang yang manis Semulajadi akan mengurangkan keinginan anda kepada makanan manis lain.

Malah pisang adalah dari gula asli yang bukan diproses.

Menikmati Lempeng Pisang Gandum Penuh membuatkan anda lebih kenyang dan tahan lapar lebih lama.

Pastikan anda menikmati Lempeng Pisang Gandum Penuh ini bersama buah-buahan sihat atau salad untuk menu sihat yang jauh lebih baik.

Selamat Mencuba dan menjalani diet dan pemakanan yang jauh lebih sihat.

Terima kasih.



Khamis, 17 Ogos 2017

Resepi Mudah :- Kacang Botak


Kacang Botak 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Untuk anda yang mengidam menikmati sesuatu yang bergoreng yang mudah dan enak, selain cekodok dan pisang goreng anda juga boleh menukar snack anda kepada kacang botak.

Ia kacang panggang lebih sihat,  anda boleh menukar minyak sawit kepada minyak kelapa untuk versi yang jauh lebih sihat.

Minyak kelapa terkenal dengan khasiat yang tersendiri.

Berikut adalah bahan-bahan dan cara membuat Kacang Botak mudah ini.

Bahan-bahan Kacang Botak

Bahan A (Bahan Tumbuk)
3 ulas Bawang Putih
6 sudu gula perang
Setengah sudu kecil garam Pink himalayan
** pastikan tumbuk sebati

2 biji telur
Tepung gandum
3 cawan Kacang tanah (basuh dan toskan awal-awal supaya kering)

Cara Membuat Kacang Botak

1. Pecahkan 2 biji telur dalam besen.
2. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk ke dalam besen berisi telur.  Gaulkan. Biar sebati.
3. Masukkan kacang tanah yang telah di basuh dan betul-betul kering ke dalam besen tadi.  Gaul bagi sebati dan keliling semua kacang.
4. Masukkan tepung gandum sedikit-sedikit,  kemudian gaul lagi kacang bagi sebati.
Lebih mudah anda gunakan ayak.  Sambil ayak kacang di dalam ayak,  anda masukkan tepung sikit demi sedikit bagi lekat banyak tepung tapi kacang nampak sebiji-sebiji terasing dan tidak bercantum.
5. Letakkan kacang yang telah dilumuri tepung ke dalam besen lain dan goreng dengan minyak panas.
6. Goreng hanya sekejap sahaja.
7. Lihat warna berubah putih anda terus angkat. Jangan tunggu sehingga kuning.
8. Jangan lupa guna tapis dan alas tisu.

Kacang tanah ketika panas rasa agak mentah,  seperti kurang masak.  Namun apabila sejuk ia akan masak sendiri.

Selamat Mencuba resepi Mudah versi sihat ini.

Terima Kasih.





Isnin, 19 Jun 2017

Resepi Mudah :- Bebola Oat Coklat


Gambar dari Facebook Puan Malim Datak Siah
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Seiring fenomena diet sihat yang semakin kerap diwar-warkan. 

Hari ini saya ingin berkongsi dengan semua pembaca Blog ini sebuah resepi yang diolah oleh Puan Malim Datak Siah antara sahabat muka buka @ Facebook saya yang aktif. 

Resepi ini telah di tag nama saya Qisya Khadeeja dan di post kan ke wall Facebook milik Qisya Khadeeja namun hanya boleh dilihat oleh mereka yang berkawan dengan Puan Malim Datak Siah sahaja kerana setting @ tetapan Facebook beliau hanya untuk rakan @ friends sahaja. 

Sebagai menghargai resepi beliau yang diolah dari resepi perkongsian saya sebelum ini.  

Saya kongsi kan resepi ini di Blog ini untuk anda yang tidak dapat membaca dan melihat kuih ini.

Sekaligus untuk rujukan masa akan datang bagi mereka yang tidak mempunyai akaun Facebook. 

Resepi dari Facebook milik Puan Dalim Matak Siah

Bebola Oat Coklat

1. Bahan-bahan 

Oat (rolled oat lebih bagus) 
Coklat (pilihan bagus jenama berryls) 
Mentega tanpa garam (digalakkan Pure butter seperti anchor atau tartura) 
Gula (digalakkan gula perang atau jaggery) 
Pisang (berangan atau emas digalakkan) 
Susu tepung (jenama Fernleaf lebih di galakkan) 
Bagi anda yang alah susu tepung gantikan dengan tepung kacang hijau atau tepung badam


2. Cara Membuatnya 

Gaul semua bahan bagi sebati menjadi adunan. 

Bulat bulatkan. 

Bakar pada api dan suhu sesuai mengikut oven anda. 

Siap dibakar anda boleh gaulkan dalam susu tepung. 

Untuk anda yang alah produk tenusu anda boleh gantikan susu tepung dengan tepung badam atau tepung kacang hijau yang digoreng. 


Istimewa resepi ini,  ia tidak menggunakan tepung gandum dan sesuai untuk mereka yang sedang mengamalkan diet tanpa gluten. 

Telur juga tiada dalam resepi ini dan untuk anda yang alah telur dan Gluten,  resepi ini ialah resepi tanpa gluten,  telur dan tenusu (mohon susu tepung di tukar kepada tepung badam atau Kacang hijau). 

Selamat Mencuba resepi Mudah ini. 

*** Dibawah ini link perkongsian facebook milik Puan MALIM Datak Siah.  Terima kasih kepada beliau atas resepi Mudah dan sihat ini. 


Terima kasih. 






Jumaat, 26 Mei 2017

RESEPI MUDAH & SIHAT :- Oat Cookies


Oat cookies versi sihat
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Selamat bersahur untuk anda yang mula berpuasa esok. 

Memikirkan menu untuk bersahur esok,  saya akhirnya terfikir untuk sahur menikmati oat sahaja. 

Bosan menikmati overnight oat,  masa untuk menukar resepi oat berlainan yang juga sihat. 

Akhirnya saya membakar sahaja oat cookies yang paling mudah dan sering di paparkan di Internet terutama instagram. 

Ini Resepi oat cookies versi sihat. 

Tanpa gula,  tanpa gluten,  tanpa tepung,  tanpa tenusu dan tanpa telur untuk anda yang mementingkan diet dan kesihatan. 

Resepi ini juga sesuai untuk anda yang sedang berpantang makan akibat ekzema,  sakit atau tiada selera makan. 

Bahan-bahan 

Organik Rolled Oat
Organik Raisin @ kismis
Organic Prune
Organic Cacao Powder (Koko Van Houten juga boleh) 
Vanilla pod atau ekstrak (jika suka) 
2 biji pisang


** anda boleh menggantikan kismis dengan kurma atau kacang kegemaran anda. 

Cara membuatnya. 

Hancurkan pisang, kemudian masukkan oat,  kismis,  prune, vanilla dan koko. 

Bakar suhu 180-185c selama 20-25 minit. 

Siap untuk dihidangkan sebagai sarapan pagi,  sahur,  minum petang dan kudapan. 

Ini ialah resepi sihat paling mudah.

Untuk anda yang bimbang tidak sempat sampai ke rumah untuk berbuka.

Simpan 2-3 keping cookies ini dalam beg zip lock dan isikan ia dalam beg anda sebagai bekalan untuk berbuka di tengah jalan. 

Selamat Mencuba resepi ringkas dan mudah ini. 


Terima kasih. 



Isnin, 1 Mei 2017

Buat SNEK Sihat Sendiri


Depang @ bepang dari nasi yang di jemur
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kebelakangan ini,  semakin ramai yang hanya ingin menikmati hari di rumah dan jarang keluar.

Maklumlah selain ingin berehat,  waktu ini juga diambil peluang untuk tidak bersesak di jalan raya sekaligus menjimatkan perbelanjaan minyak,  tol dan parking.

Kini semakin ramai peniaga yang menawarkan khidmat makanan Homemade Delivery antara yang enak dan sedap ialah Kitchen By Hermosa.  Anda boleh membaca artikel mengenai Kitchen By Hermosa di link ini Makanan Homemade dan Delivery ke Rumah Anda.
Kitchen By Hermosa menawarkan menu masakan rumah untuk menu makanan tengah hari di rumah atau di pejabat.

Alternatif jika anda malas keluar buat sahaja snek Home made sendiri.

Jika tiada bahan,  ini antara snek mudah yang kebiasaannya bahan-bahan telah tersedia dirumah anda.

Jimat duit dari anda membeli kacang badam yang lebih RM30 sekilogram,  kacang walnut,  biji bunga matahari dan sebagainya.

Ini caranya bagi menjimatkan kos yang sering dijadikan alasan untuk menikmati snek sihat yang jauh lebih baik dari biskut komersial.

Tentu anda biasa berlebihan nasi putih atau nasi beras perang di rumah anda?.

Kebanyakan individu saya jumpa membuang sisa nasi ini,  ini termasuk saya dan keluarga saya sendiri.

Sebelum ini sisa-sisa nasi ini diberi makan kepada monyet dan burung-burung di sekitar rumah.

Namun kebelakangan ini sudah berbulan monyet tidak kelihatan dan burung juga makin berkurang.  Nasi yang ditaburkan kering begitu sahaja di laman tanpa di sentuh.

Akhirnya ibu saya mengambil keputusan dari dibuang lebihan nasi putih semalam yang banyak itu lebih baik ia dibuat snek lebih sihat dan tahan lama iaitu depang atau bepang.

Tentu anda tahu betapa mudah membuat bepang ini sendiri.

Ini RESEPI MUDAH BEPANG

Anda hanya perlukan bahan-bahan berikut

1. Nasi putih yang telah dikeringkan seharian
2. Minyak untuk mengoreng
3. Gula Melaka
4. Air bertapis
5. Daun pisang segar atau loyang

Cara-cara membuatnya

1. Goreng nasi yang telah dikeringkan sebentar dalam 2 minit sahaja.  Angkat toskan. (goreng api kuat tapi sebentar macam goreng keropok keping).

Nota penting :- Anda boleh menyimpan nasi kering yang telah digoreng ini didalam botol berapa lama pun dan boleh memikirkan perasa apa yang ingin anda gunakan,  coklat,  bijan,  cheese atau tradisional seperti gula melaka.

2. Panaskan kuali dengan air yang di didihkan bersama gula melaka.  Masukkan nasi kering yang di goreng tadi dan gaul sebati,  ketika panas terus isikan ia atas daun pisang atau loyang.  Ratakan cepat-cepat,  ini kerana gula akan menyebabkan ia cepat keras.

3. Setelah keras,  potong dan simpan didalam bekas kedap udara.

Nota tambahan

1. Pastikan anda menggunakan minyak kelapa sawit baru bukan didalam peket yang lebih sihat.

2. Pilih gula melaka asli tanpa campuran gula atau pewarna.

3. Nasi ialah bahan paling kurang proses berbanding makanan lain yang siap kering atau dibuat dari tepung gandum.


Selamat Mencuba snek mudah ini.

Semoga artikel ini membantu anda.


Terima kasih.





Isnin, 27 Mac 2017

RESEPI NASI GORENG MUDAH


Nasi goreng ringkas paling mudah
 Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Ketika mengharungi proses TSW (Topical Steroid Withdrawal) 2 tahun lepas, nasi goreng adalah antara menu utama sarapan pagi untuk saya. 

Jangan salah faham,  ekzema memang tidak bagus untuk nikmati makanan berminyak dan bergoreng yang menggunakan minyak sawit atau minyak sayuran lain,  namun ia terkecuali untuk minyak zaitun Dari Palestin atau Turki. 

Harus ditegaskan disini,  nasi goreng diamalkan hanya selepas TSW berada di stage ketiga,  iaitu ekzema telah kering dan hanya tinggal beberapa peratus sahaja lagi. 

Untuk info kulit wajah saya tidak sesuai menggunakan produk berminyak sebagai sapuan,   walaupun minyak itu minyak asli 100% namun ia berbeza dengan kulit tubuh saya yang amat sesuai menggunakan minyak sebagai sapuan. 

Malah,  tubuh saya juga agak tidak sesuai mengamalkan minyak secara terus melalui pemakanan ,  kecuali dicampur kedalam masakan seperti salad atau minuman seperti kopi.  Itulah penerimaan tubuh saya.

 Harus diingatkan setiap manusia tubuh,  kulit muka melibatkan penerimaan berbeza.

Anda sendiri yang harus mengenali kulit,  tubuh dan penerimaan tubuh anda sendiri. 

Smoothie Roselle, kurma,  mangga dan Nenas ditabur Chia seed
Sepanjang proses penyembuhan TSW tentu sekali menu makanan yang terpaksa di pantang untuk sementara waktu ialah telur, susu,  Gluten, tumbuhan nightshade seperti terung, lada Benggala,  lobak merah,  tomato,  keju (makanan berasaskan susu) dan antara makanan paling digalakkan ialah nasi dan minyak kelapa dara juga minyak zaitun. 

Untuk info ketika fasa TSW yang ke 2,  saya telah pun menikmati makanan nightshade,  Gluten dan susu kambing dan susu lembu jenama farm fresh. 

Kembali kepada tajuk asal,  belajar dari pelbagai makanan harus di pantang,  maka saya sering menggunakan apa sahaja yang ada di sekeliling untuk menyediakan makanan ketika pantang TSW. 

Ini Resepi mudah nasi goreng ringkas kegemaran saya tanpa sebarang telur,  ikan bilis atau sayur yang ditakuti mengandungi racun serangga dan sebagainya. 

A.  Bahan-bahan 

Nasi Basmathi parboiled @ rebus (pilihan lain nasi beras perang) - ditanak bersama daun pandan segar 

3 helai daun limau purut 
1 batang serai
Beberapa biji cili api
2 biji bawang besar bersaiz kecil
4 ulas bawang putih 
Minyak zaitun dari Palestin atau Turki
Garam Pink himalayan 

Semua bahan diatas ditumbuk,  kecuali nasi yang di leraikan. 

B.  Penyediaan

Panaskan kuali dengan api perlahan. 

Terus masukkan minyak zaitun. 

Masukkan bahan yang ditumbuk tanpa perlu menunggu minyak panas. 

Automatik minyak akan panas sedikit.  

Terus masukkan nasi ketika bahan diatas hampir masak. 

Gaul sahaja dengan api sederhana. 

Dalam waktu yang sekejap nasi goreng anda telah siap. 

Nikmati ia panas panas bersama ulam segar. 

C.  Info lain

Tidak seperti anda menggunakan lada kering,  lada kering perlu dimasak lebih lama sehingga garing,  cara diatas lebih mudah. 

Tanpa mengisar dan tidak menggunakan sebarang air,  bawang lebih mudah dimasak dalam waktu yang pantas. 

Lada kering tinggi kandungan bahan kimia,  cili api juga tinggi kandungan racun kimia namun khabarnya lada kering lebih banyak. 

Penderita Ekzema anda tidak digalakkan menggunakan lada kering dalam masakan.  Sesekali boleh namun jangan selalu. Kadar yang sedikit dibenarkan,  namun pastikan anda detoks kembali dengan amalan diet sihat. 

Untuk resepi lebih enak,  anda boleh menambah sehiris nipis halia dan kunyit dan ditumbuk serta dicampurkan ke dalam masakan ketika menumis. 

Masukkan juga daun pandan segar untuk bau lebih harus ketika menggoreng nasi. 

Pilihan lebih segar,  tomato yang dibuang isi di dalamnya (buat smoothie),  bahagian luar yang keras dicampur ke dalam nasi goreng untuk rasa jauh enak. 

Nikmati nasi goreng bersama Smoothie buah-buahan untuk menyempurnakan hidangan lebih sihat dan berkhasiat. 

Selamat Mencuba resepi mudah dan ringkas ini. 

Terima kasih. 







Ahad, 26 Mac 2017

Smoothie Rozelle @ Roselle Mudah


Roselle atau Rozelle yang di proses menjadi Smoothie 
 Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Musim panas ini,  bercinta rasanya untuk keluar dan berjalan jalan. 

Namun rasa panas membahang sering membuat anda lapar dan dahaga. 

Begitu juga saya. 

Membeli Rozelle atau Roselle di kedai organik semalam,  saya sempat merebus Roselle tersebut menjadi Smoothie yang amat enak. 

Istimewa mengenai Smoothie Roselle ini ia amat enak dan wangi tanpa gula.

Tiada sebarang pembaziran hampas Rozelle atau Roselle yang di buang. 

Untuk resepi mudah Smoothie Roselle atau Rozelle ini sila lihat resepi dan cara membuatnya di bawah :-

Bahan-bahan diperlukan :-

Roselle atau Rozelle yang siap dibasuh dan dibuang biji.

Daun pandan segar 3 helai. 

Kurma Madinah atau kurma yang sesuai. 

Air bertapis.

Sukatan bahan-bahan terpulang pada citarasa anda. 

Cara membuatnya. 

Rebus semua bahan diatas sehingga pekat menggunakan api perlahan. 

Tutup periuk anda ketika merebus. 

Setelah masak dan lembut, sejukkan dahulu. 

Buang daun pandan yang telah layu dan digunakan. 

Kemudian Kisar semua bahan dalam periuk tadi menggunakan blender biasa. 

Tuang dalam gelas atau botol. 

Siap untuk dinikmati sebagai Smoothie. 

Jika anda inginkan ia sejuk tambah ais,  jika tidak anda boleh minum sahaja. 

Baki anda boleh simpan didalam peti ais dan ia boleh di minum pada bila-bila masa. 

Ia jauh lebih sedap berbanding sirap Roselle atau Rozelle. 


Antara pilihan Smoothie paling mudah 
Saya merebus Roselle ini semalam. 

Dan pagi hari ini barulah saya Kisar ia. 

Roselle kaya dengan kandungan vitamin C dan antioksidan yang bagus untuk tubuh dan amat terkenal untuk kecantikan kulit. 

Istimewa lagi Smoothie Roselle ini tidak menggunakan gula atau tanpa gula. 

Anda boleh menabur  buah mangga atau buah kegemaran anda dalam campuran Smoothie ini. 

Selain itu Smoothie Rozelle ini juga enak dinikmati bersama Smoothie mangga dan Nenas. 

Lebihan Smoothie saya simpan di dalam peti ais dan boleh diminum pada bila masa. 

Jika anda ingin ia tahan lebih lama,  anda boleh membekukan sahaja Smoothie ini. 

Mudah bukan.  Selain mendapat serat dari Roselle anda juga mendapat khasiat lain dari kurma. 

Bulan puasa yang bakal menjelang jangan buang kurma Yang tidak sempat digunakan. 

Gunakan ia sebagai pengganti gula. 

Untuk khasiat Roselle atau Rozelle anda boleh membaca ia di sini

Khasiat dan Kebaikan Roselle atau Rozelle

Tunggu apa lagi,  kurangkan gula dalam tubuh anda.

Nikmati makanan yang lebih Semulajadi dan dihasilkan sendiri atau oleh penjual yang dipercayai.

Tidak perlu anda menunggu untuk punyai Slow Juicer atau blender berkuasa tinggi untuk menikmati minuman jus atau Smoothie sihat.

Selamat mencuba.

Terima kasih.






Ahad, 31 Mac 2013

Resepi : KUEY TIAW KANTONIS


Kuey Tiaw Kantonis

Khamis, 28 Mac 2013

Fairy tales bersama anak-anak ? JOM MEMASAK !



Nasi goreng yang berbentuk Teddy Bear yang berselimut dan sedang Tidur - di hias oleh Tahrun dan anak-anaknya.

Darling!!!! i taw ramai yang tak sanggup ber"jem" untuk bawa anak-anak bercuti jauh-jauh terutama dalam cuaca yang serius amat panas terik di merata negeri sekarang ini.. bukan tak nak berkorban atau tidak sanggup.. tapi kerana kasihankan anak-anak yang kepenatan di jalan raya.. belum kira lagi jika anak-anak kecil dan masih antibodi lemah.. silap haribulan boleh demam panas... tak kira lagi jika bersesak-sesak membeli makanan terutama dekat tempat famous seperti KLCC atau Pavillion.. even dekat tempat makan yang Famous didalam google dan blog pun berjam tunggu makanan.. apalagi tempat tumpuan manusia bershopping dan berdating..hehehehhe

So, terima kasih kepada Tahrun.. kawan i yang sudah famous dan dikenali dalam beberapa entry i kebelakangan ini.. yang rajin memasak dan mengembirakan anak-anaknya.. so uols tengok latest picture dibawah? nampak tak " teddy bear cute" di bawah ini.. so inilah aktiviti riang ria Tahrun bersama anak-anaknya di waktu pagi.. menyiapkan breakfast.. Fuiyoooo!!! sure uols pun berminat untuk buat bersama anak-anak kanzzzz????

teddy bear yang bersiap sedia untuk tidur. .dah "terbungkang" pun ye.. hahahah.. "mana selimutnya. .sejuknya...?" kata teddy bear didalam hati...hehehhe

So dengan hati yang suci Permaisuri Tahrun serta putera dan puterinya menyelimutkan "teddy bear cute" yang kesejukan itew.. dengan selimut emas... hehehehehehe.. Tidurlah "Teddy Bear Cute" dengan lena....(ala suara latar dalam fairy tale.. heheheh)

teddy bear yang siap diselimuti "selimut emas" (telur) oleh Tahrun dan anak-anaknya..

Begitulah kisah teddy bear cute yang diceritakan oleh Tahrun kepada i uolss.... so jika uols berminat untuk turut serta dalam episod-episod kisah ini untuk seterusnya.. bolehlah tengok macam mana nak hias hidangan ini dan benarkan "teddy bear cute" muncul dalam sarapan pagi anda boleh lah belajar dari link ini ye... actually anak-anak Tahrun sendiri yang mencari dan men"google" nya.. jangan tak percaya ye... huhu.. so please check this link ASAP http://www.youtube.com/watch?v=OqlllgigAbw


Hidangan pagi indah yang menceriakan.. - Pagi yang indah bermula dengan sarapan yang indah...

Thank you very much kepada Tahrun dan anak-anaknya atas gambar-gambar ini... Hidup ini sungguh indah darling... biarkan "Fairy Tales" muncul bukan sahaja dalam mimpi anda.. .hehehehe

Selamat Bercuti Sekolah kepada adik-adik semua (adik-adik lagi ke? hahaha.. adik bongsu i masih bersekolah menengah ye).. jangan nakal-nakal.. luvvv & Muaaahhh!!!!



*** i masih memujuk Tahrun untuk menyertai i buat blog ye... huhu.. so lepas ini. .Tahrun pun akan ada blog juga.. heheheheh..






Jumaat, 22 Mac 2013

Resepi : Puding Roti Pelangi

Salam Pagi Jumaat yang berkat darling... so pagi ini hati yg suci sesangat nihz.. telah mendapat restu Tahrun , my fren yang now still kat Arab tuhz... untuk mengebas resepi yang teramat mudah dan gambar puding roti yang dibuat olehnya.. boleeeehhhh???? hahaha.. yelah.. coz before this dalam my entry "Anak Tiada Selera Makan?" nihz link dia ye... http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2013/03/anak-tiada-selera-makan.html , antara sebab yang diberikan untuk membuatkan anak "bernafsu" nak makan.. ialah kena hias makanan cantik-cantik dan berwarna warni.. selain anak-anak sukakan makanan manis tapi sebolehnya elak gula-gula dan makanan yang tidak berkhasiat... so.. Tahrun yang baik hati pun turut membuat masakan ini untuk anak-anaknya tertarik dan suka makan.. biasalah ibu penyayang katakan.. sentiasa mahu anak-anaknya happy dah berselera.. heheheh.. ok lah darling leh tengok resepi dan gambar di bawah ini ye.. luvvv!!

Puding Roti Pelangi... cantik kannnnz??? decoration itew penting.. heheheh

PUDING ROTI PELANGI
Okey! Siap dan sedia di makan.. so see uols next entry. .thanks untuk Tahrun atas resepi yan serius, amat mudah ini.. so uols semua sila pergi pasaraya ASAP untuk beli bahan-bahan buat puding nihz.. Insyaallah bukan saja anak-anak yang suka silap haribulan papa dan mamanya sekali suka.. heheheh. .. luvvvvv!!!!

Ahad, 17 Mac 2013

Resepi : Snow Cheese Cake

Oklah darling!!! resepi untuk uols lunch or dinner i dah bagi ye.. untuk dihidang kepada suami dan anak-anak tercinta gitew.. resepi Daging Palembang http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2013/03/resepi-daging-palembang.html tuhz pun sure mak mertua dan ipar duai pun suka kalau dah namanya orang melayu ye... so dengan hati yang suci teramat-amat.. i dengan selamba untuk kali ke 2 minta plak resepi dari my frenz yang sekarang stay kat Doha , Qatar yea.. untuk resepi untuk uols buat untuk petang ini ye.. desert ok uols.. desert.. penting ye desert.. hehehhehe.. hatta uols lunch resepi malay.. petang atau desert uols i bagi la ala mat salleh plak.. western gitew.. so uols leh try resepi mudah lagi sedap katernya ini.. tqvm ye darlingz Puan Ruby @ kat dalam facebook di panggil Pen Dragon.. si Puan Pen Dragon ini juga ada blog ok.. so if uols nak try resepi-resepi lain leh tengok her blog ye.http://noname-kakipanjang.blogspot.com/. tapi Pen Dragon nihz.. jarang update blog ye.. kecuali if kerajinan melampau beliau datang... so check it out...

nihz rupa kek yang Puan Ruby buat ye...

  • Snow Cheese Cake

    Bahan-bahan:
    100 g tepung gandum
    60 g tepung jagung / maziena
    1 sudu kecil baking powder
    100 g gula kastor
    6 biji telur
    2 sudu besar ovalet
    50g air sejuk (dari peti sejuk)
    75g mentega cair

    topping:
    1 kotak Philadelphia Cream Cheese (250g)
    1/2 tin susu pekat (boleh kurang atau lebihkan ikut citarasa masing-masing)
    Campurkan kedua-dua bahan dan masukkan dlm mixer sehingga licin dan ringan. Sedia untuk digunakan.
    Untuk bahan tabur:
    1/2 kotak Kraft Cheddar Cheese (parut)
    kaedah:
    1. Letakkan semua bahan kecuali mentega cair ke dalam mangkuk pengadun. Pukul bahan pada kelajuan tinggi sehingga putih dan gebu.
    2. Kurangkan kelajuan dan tambah mentega cair. Pukul selama beberapa minit kemudian kaup-balik adunan menggunakan spatula.
    3. Tuangkan ke dalam 9 inci persegi loyang yg dilapik dengan kertas minyak.
    4. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu pada 180 C selama 30 minit atau sehingga apabila dicucuk dgn lidi ke dalam tgh kek, tiada kek/adunan yg melekat pada lidi.
    5. Keluarkan dari ketuhar dan selepas 5 minit, keluarkan kek dari loyang, sejukkan.
    6. Apabila kek cukup sejuk, potong kek kepada 2 lapisan. Tuangkan sedikit cream cheese (topping utk dijadikan filling) di atas satu keping dan buat sandwich, letak filling kt tgh2 lapisan.
    7. Cover kek dengan baki topping. Kemudian taburkan dengan keju Cheddar parut.
    8. Sejukkan selama dua jam sebelum dihidangkan.
    lagi gambar kek sedap ini. .yang i kebas dari facebook Puan Ruby yang cute itew huhu...

    nyammm!! kek yang di potong ikut slide kasi sama besar ye...

    kek yang siap di potong..
    Serius mudah ok buat kek ini.. so uols please buat segera.. i tak berkesempatan lagi nak buat.. tapi dah janji dengan adik ipar i dan tengah pujuk my sis untuk buat ye.. sedapnya.. katernya cheese kek ini masuk mulut siap mencair didalam mulut lagi ye. .ehhehehe...bagi uols yang tak tahu apa itu "spatula" kat bawah nihz rupa spatula tuhz ye..lebih kurang la ok..  hehehehe

    gambar spatula nihz pun i kebas dari facebook Pen Dragon.. wakakakak

    Bagi uols yang kurang jelas step no. 6 itew.. maksud yang Puan Ruby sampaikan ialah kek tu belah dua, then letak cream cheese kt tgh2 dia akan jadi dua layer la kek tu..ada cream kt tgh2... iaitu buat seperti kita buat sandwich.. kek itu diibaratkan sandwich ye... wakakakaka..


    pun boleh di buat ala cup cake atau mini cup untuk anak-anak tersayang.. sedapnya.. uols tak terliur ke?.. i dah kecur liur nihz.. heheh.. ada gak pi cari kat mana jual cheese cake jap lagi.. .huhu

    Oklah uols sila try cepat ye... dari uols beli punyalah mahal satu slide cheese cake tuhz. .baik uols buat sendiri je yea.. buatlah sama-sama anak-anak uols.. dah siap kot-kot uols rasa nak sedekah kat i.. dialu-alukan ye.. manalah tahu kot-kot time uols masak tuhz i kelaparan dan berada dikawasan berhampiran.. i boleh tumpang sekaki menghabiskan dan beri komen masakan uols.. bolehhh??? ala-ala juri masterchef gitew.. wakakaka.. oklah darlingz see uols next entry.. tqvm ye Puan Ruby yang cute miut ( i dulu time study selalu lepak bilik Puan Ruby datang menumpang makanan ye.. hahahha )... atas resepi mudah ini.. luvvv!!!!

    Resepi : DAGING Palembang


    Darling!!!! selamat hari minggu.. hehehe.. so kali nihz.. i dengan hati yang suci konon-kononnya... dengan ini dengan penuh selamber badaknya.. memohon resepi dari my frenz since sekolah menengah ok.. untuk berkongsi resepi kat my blog... my fren tuhz i panggil Tahrun jek.. dan sekarang stay kat Arab.. dah ala wanita arab ye uols... so ke"terer"an Tahrun tuhz memasak tiada disangkal lagi hokey!!! dari wat mee kuning sendiri , wat kopok lekor sendiri serah saja pada dia ye.. tak termasuk segala jenis kek , tart lagi ok.. dont worry uols ambil dulu resepi nihz.. try masak untuk lunch or dinner uols.. next week i akan wat muka tak tahu malu untuk minta resepi dan pic dari dia lagi ye.. wakakakakak.. so enjoy & please try!! i pun nak try gak wat.. tapi tak taw biler tuhz yea.. wkakakak..

    Daging Palembang yang siap dimasak
    So leh tengok bahan-bahan dan cara membuatnya seperti di bawah ye...

    Bahan-Bahan

    Bahan: (copy & paste dari Blog ye Tahrun cakap resepi ini.. hehehe)
    700 gm daging - potong lebar & nipis
    2 btg serai dititik
    500 ml santan pekat (sedap lg gantikan dgn kerisek - 3 sudu bsr)
    1 cwn kicap pekat manis (akak letak 3/4 cwn je, guna kicap ABC)
    Minyak utk menumis

    Bahan Kisar:
    1 labu bwg besar
    5 bj bwg merah
    3 ulas bwg putih
    2 cm halia
    3 cm lengkuas
    15 tangkai cili kering

    Bahan Tumis:
    3 cm kulit kayu manis
    2 kuntum bunga lawang
    2 kuntum cengkih
    3 biji buah pelaga

    Cara Masak:
    Panaskn minyak, tumis bhn tumis sebentar. Masukkan bhn kisar dan masak hingga pecah minyak.
    Masukkan daging, gaul sebati. Tutup kuali dan masak dgn api sederhana hingga keluar air daging, masak seketika lg.
    Masukkan kicap diikuti dgn santan ( atau kerisek). Gaul dan masak hingga daging benar2 lembut, kacau sesekali.
    Akhir sekali masukkan garam secukup rasa shj. Masak hingga kuah agak pekat dan naik minyak.. Tutup api.
     

    sedap di makan panas-panas dengan nasi panas ok...
    Oklah darlingz.. confirm sedap ye masakan daging nihz.. so please try asap.. dah try tuhz.. kalau ada lebih, jgn segan-segan ajak sekali i makan ye.. mana taw i berada berdekatan kawasan uols time uols dah siap masak tuhz.... wakakakakaka.. oklah darlingz.. see uols next entry! tqvm Tahrun yang cantik  (actually Tahrun nihz my frenz paling HOT ye kak sekolah dulu.. harap maklum.. heheheh) atas gambar dan resepi ini.. luvvvv!!!!

    **** Need desert untuk di hidangkan untuk family petang ini? nak jimat duit tak perlu beli kek sedap?? leh try resepi best nihz ye...  http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2013/03/resepi-snow-cheese-cake.html luvvv & muaaahhhhzzz!!!


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...