Ahad, 26 Mac 2017

Smoothie Rozelle @ Roselle Mudah


Roselle atau Rozelle yang di proses menjadi Smoothie 
 Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Musim panas ini,  bercinta rasanya untuk keluar dan berjalan jalan. 

Namun rasa panas membahang sering membuat anda lapar dan dahaga. 

Begitu juga saya. 

Membeli Rozelle atau Roselle di kedai organik semalam,  saya sempat merebus Roselle tersebut menjadi Smoothie yang amat enak. 

Istimewa mengenai Smoothie Roselle ini ia amat enak dan wangi tanpa gula.

Tiada sebarang pembaziran hampas Rozelle atau Roselle yang di buang. 

Untuk resepi mudah Smoothie Roselle atau Rozelle ini sila lihat resepi dan cara membuatnya di bawah :-

Bahan-bahan diperlukan :-

Roselle atau Rozelle yang siap dibasuh dan dibuang biji.

Daun pandan segar 3 helai. 

Kurma Madinah atau kurma yang sesuai. 

Air bertapis.

Sukatan bahan-bahan terpulang pada citarasa anda. 

Cara membuatnya. 

Rebus semua bahan diatas sehingga pekat menggunakan api perlahan. 

Tutup periuk anda ketika merebus. 

Setelah masak dan lembut, sejukkan dahulu. 

Buang daun pandan yang telah layu dan digunakan. 

Kemudian Kisar semua bahan dalam periuk tadi menggunakan blender biasa. 

Tuang dalam gelas atau botol. 

Siap untuk dinikmati sebagai Smoothie. 

Jika anda inginkan ia sejuk tambah ais,  jika tidak anda boleh minum sahaja. 

Baki anda boleh simpan didalam peti ais dan ia boleh di minum pada bila-bila masa. 

Ia jauh lebih sedap berbanding sirap Roselle atau Rozelle. 


Antara pilihan Smoothie paling mudah 
Saya merebus Roselle ini semalam. 

Dan pagi hari ini barulah saya Kisar ia. 

Roselle kaya dengan kandungan vitamin C dan antioksidan yang bagus untuk tubuh dan amat terkenal untuk kecantikan kulit. 

Istimewa lagi Smoothie Roselle ini tidak menggunakan gula atau tanpa gula. 

Anda boleh menabur  buah mangga atau buah kegemaran anda dalam campuran Smoothie ini. 

Selain itu Smoothie Rozelle ini juga enak dinikmati bersama Smoothie mangga dan Nenas. 

Lebihan Smoothie saya simpan di dalam peti ais dan boleh diminum pada bila masa. 

Jika anda ingin ia tahan lebih lama,  anda boleh membekukan sahaja Smoothie ini. 

Mudah bukan.  Selain mendapat serat dari Roselle anda juga mendapat khasiat lain dari kurma. 

Bulan puasa yang bakal menjelang jangan buang kurma Yang tidak sempat digunakan. 

Gunakan ia sebagai pengganti gula. 

Untuk khasiat Roselle atau Rozelle anda boleh membaca ia di sini

Khasiat dan Kebaikan Roselle atau Rozelle

Tunggu apa lagi,  kurangkan gula dalam tubuh anda.

Nikmati makanan yang lebih Semulajadi dan dihasilkan sendiri atau oleh penjual yang dipercayai.

Tidak perlu anda menunggu untuk punyai Slow Juicer atau blender berkuasa tinggi untuk menikmati minuman jus atau Smoothie sihat.

Selamat mencuba.

Terima kasih.






Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...