Sabtu, 11 Mac 2017

Keluarga dan Info Makanan Laut


Shell out masakan di rumah kakak saya
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Kebiasaannya hari minggu di khaskan khusus untuk hari bersama keluarga. 

Sama ada aktiviti kenduri atau makan luar,  jika lebih rajin aktiviti makan di rumah. 

Shell out Di hias di dalam tray
Mendapat komen 2-3 kali di dalam instagram dari anak saudara saya Irfan,  betapa beliau ingin menikmati Shell out terutama ketam,  akibat mengidam menikmati Shell out air tangan pak cik merangkap adik lelaki saya Fahrouk akhirnya pagi hari Sabtu ini, (hari ini)  saya ke pasar besar mencari beberapa jenis makanan laut. 

Tidak seperti Irfan, Ilham adik Irfan kurang menggemari makanan laut
Berjaya mendapatkan ketam yang berharga sekilogram RM36,  udang sekilo hampir RM40 dan sotong yang hanya dibeli sepiring RM10,  saya seterusnya ke pasaraya mencari telur masin,  brokoli dan lemon serta buah sebagai makanan cuci mulut. 

Puas hati- Irfan bersama hidangan kegemaran 
Harga makanan laut dan makanan lain di Kuantan adalah antara harga makanan termahal berbanding di Kuala Lumpur.

Malah Kuantan pernah di beri jolokan bandar ke 2 termahal dari segi bahan makanan dan makanan.

Agak pelik berada berdekatan pantai yang banyak namun harga makanan laut di sini tetap mahal.

Bayangkan ikan selar kecil mencecah harga RM14 sekilogram.

Menu hidangan shell out kami hari ini hasil air tangan kakak saya,  dan turut dibantu oleh Irfan.  Saya hanya mengupas bawang dan memasak brokoli sahaja.

Maka terhasil lah ketam telur masin,  sambal udang merah,  sotong celup tepung,  brokoli rebus dan brokoli goreng minyak zaitun. 

Udang dari laut
Berdiskusi mengenai makanan laut.  Saya belajar beberapa perkara. 

Jika anda inginkan udang hasil lautan pilihlah udang berkulit merah. 

Kebiasaannya udang berkulit hitam adalah belaan,  jika ia udang hasil dari laut ia tidak akan sehitam dan segelap kulit udang  hasil kolam belaan.  Agak berbeza dari rupa dan rasa isinya. 

Udang belaan
Untuk info jika anda menghadapi alahan kulit atau ekzema anda tidak digalakkan menikmati makanan laut terutama hasil belaan.

Mereka yang menghadapi alahan kulit amat tidak disyorkan menikmati kerang atau sotong.

Kerang dikatakan makan makanan yang kotor apalagi kerang belaan.

Sotong pula terkenal dengan dakwat hitamnya.  Jika anda masih ingin menikmati sotong buang dakwat hitam,  cuci bersih dan buang kulit sotong.

Adalah bagus untuk anda menghentikan sementara sotong dan kerang jika anda sedang menghadapi alahan kulit yang serius atau resdung yang teruk.

Telah sembuh dari ekzema saya masih kekal menikmati makanan laut walaupun ia hasil belaan dalam jumlah berpada-pada.

Maklumlah makan bersama keluarga agak sukar jika menolak ia.

Makanan laut atau hidupan laut belaan komersial dikatakan bertoksid dan kurang sesuai dengan kondisi tubuh golongan yang menghadapi penyakit auto imun seperti resdung,  asma,  ekzema,  gout, arthritis dan sebagainya.

Walau bagaimanapun ada pendapat mengatakan udang merah seperti gambar di atas akan lebih menyebabkan gatal hidung di kalangan penghidap resdung berbanding udang bela.

Saya tidak pasti apakah ia kerana tindak balas histamine atau alasan lain.

Terpulang pada anda untuk memilih apa yang ingin anda makan.

Hanya sebagai ingatan,  andai anda menghadapi masalah kesihatan dan alergi sila terus melakukan detoks setelah menikmati jenis makanan laut ini.

Semoga perkongsian artikel ini memberi manfaat dan ilmu dalam pemakanan anda.

Saya akan berkongsi 5 supplement detoks Semulajadi murah untuk anda selepas artikel ini bagi membantu anda memilih suplemen Semulajadi terbaik dan mampu milik.


Terima kasih


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...