Jumaat, 17 Mac 2017

Oat untuk Sarapan Pagi Sihat


Rolled oat pilihan lebih sihat
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Selain Smoothie buah dan sayur-sayuran, bagi anda yang bercita cita untuk mengamalkan diet yang lebih sihat.  

Oat adalah antara pilihan terbaik.  Jika anda terlupa atau malas membuat overnight oat anda hanya perlu menambah oat di dalam minuman kegemaran anda sahaja. 

Oat bersama campuran buah-buahan 
Pilihan yang lebih sihat dan mengenyangkan selain overnight oat. Tambah sahaja buah buahan kedalam sarapan pagi oat anda. 

Bancuh oat anda bersama susu seperti biasa.  Dan hidang buah buahan kegemaran anda di atasnya sama ada kismis,  delima, strawberi dan sebagainya. 

Tabur serbuk koko atau serbuk kayu manis untuk lebih rasa
Jika anda pengemar koko asli,  tabur koko asli,  pilihan lain serbuk kayu manis atau Vanilla.  Rasanya pasti lebih sedap untuk memulakan pagi hari indah anda.

Menikmati sedikit makanan berkhasiat sekadar alas perut penting sebelum anda ke pejabat. Sama ada anda menaiki kenderaan awam atau memandu itu bukan alasan anda tidak meluangkan sedikit masa menyediakan sarapan pagi untuk mengalas perut.

Menikmati sarapan pagi sihat di rumah menghindarkan anda dari menikmati makanan kurang sihat di luar paling penting menjimatkan banyak kos anda.

Kesihatan anda adalah aset paling bernilai berbanding perkara lain.  Ingatkan kesihatan yang baik akan membawa kepada kehidupan lebih bahagia.

Jika anda ingin memilih oat.  Pilih oat organik yang tertera tanpa GMO,  tanpa pewarna,  tanpa pengawet dan lebih bagus anda memilih Rolled oat berbanding instant oat atau quick oat.

Quick oat dikatakan mempunyai gula di dalam proses pemprosesan ia.

Jangan risau Rolled oat tidak perlu dimasak,  hanya gunakan air panas sahaja.

Harga oat organik pilihan saya kurang RM10 dan ia kini makin mudah didapati di AEON, Jaya grocer dan pelbagai kedai organik di seluruh Malaysia.

Semoga artikel ini memberi semangat dan dorongan kepada anda.

Terima kasih.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...