Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Sejujurnya amat sukar untuk Konsisten didalam menulis atau apa sahaja.
Penat memaksa diri menulis artikel di Blog ini hampir setiap hari namun saya masih tewas.
Kagum terhadap pakar motivasi yang mampu memberikan motivasi setiap hari.
Sungguh.
Maka untuk saya menjadi pakar motivasi umpama melihat dinosaur di dalam gambar dan berharap gambar itu satu hari menjadi realiti kembali.
Setiap hari Blogger baru muncul.
Baik dari kalangan mereka yang popular di instagram, mahu pun Facebook.
Artis biasa, doktor, ahli perniagaan, mahu pun model.
Makin ramai mula berblogging.
Terbaru Marion Caunter juga mula berblogging.
Melihat setiap artikel dan status di Linkedln, semakin ramai ahli perniagaan berjaya dan popular mula mempunyai Blog peribadi sendiri.
Malah lebih istimewa, mereka punyai Editor yang ditempah khas untuk Blog penulisan mereka.
Harus di fahami disini.
Editor ialah pakar meng'edit' untuk menjadikan artikel mempunyai lebih rasa dan perasaan.
Pernah mengenali seorang rakan bekerja sebagai Editor.
Beliau pernah memberitahu antara tugasan beliau ialah meng'edit' transkrip novel atau buku.
Penulis novel atau buku individu lain.
Editor juga ialah orang lain.
Baru saya fahami mengapa sesetengah Blog artikel mewujudkan rasa cinta, ketika pertama kali singgah.
Lebih indah mereka yang berkemampuan, turut mengupah photographer atau juru gambar khas untuk setiap artikel Blog mereka juga pereka grafik untuk menjadikan Blog mereka mesra pengguna dan tarikan jutaan pembaca.
Harus diingatkan.
Setiap Blogger punyai sasaran pembaca tersendiri.
Blog biasa target pembaca berlainan.
Blog kesihatan target pembaca juga berbeza.
Blog mengenai gaya hidup juga pembaca punyai ciri-ciri tertentu.
Bak pesanan Puan Ainon Mohd setiap individu punyai trek sendiri.
Maka fokus berlari dalam trek sendiri.
Itu sahaja.
Akan berusaha terus menulis.
Idea yang melimpah ruah namun masa dan mood serta jari masih belum bersungguh menari laju.
Akan cuba terus menulis dan berkongsi artikel bermutu untuk anda.
Insyallah. Doakan.
Selamat berhujung minggu semua.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan