Cuti sekolah adalah hari dan minggu 'cheatday' dan bersuka ria bersama keluarga dan anak saudara |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Benar kata bijaksana, ada perkara yang anda tidak akan jumpa dan belajar di Google.
Anda hanya akan belajar melalui pengalaman dan orang yang jauh lebih tua.
Ilmu yang akan anda dapat dari perasaan yang tidak akan boleh ditulis dalam artikel atau disampaikan melalui syarahan, kata kata, lukisan atau gambar.
Jika kamu masih muda, duduk dan berbual dengan warga emas yang jauh lebih tua dari kamu, tua dari ibu bapa mu kerana ada banyak perkara mereka yang jauh lebih tua akan memberimu ilmu yang tidak akan kamu baca dan perolehi di mana-mana. Ilmu yang kamu sendiri tidak pandai sampaikan. Sehingga pengalaman yang kamu lalui akan mengingatkan kamu kepadanya.
Buah nona hasil kebun sendiri |
Cuti sekolah baru bermula, dan hari cuti tentu di penuhi dengan aktiviti bersama keluarga.
Tidak perlu tunggu cuti sekolah, cukup Sabtu atau Ahad, itu hari yang sering saya terlepas untuk menjaga diet dan sering menyebabkan saya culas untuk menikmati makanan di luar. Bukan mudah menjaga pemakanan terutama jika aktiviti anda penuh di luar.
Berstatus bujang bukan bererti masa anda tidak dihabiskan bersama kanak-kanak. Hari minggu adalah hari saya menggunakan ia bersama anak anak saudara saya.
Jika keluar bersama Harris dan Zara, mencari dan membeli buah-buahan adalah wajib. Zara dan Harris ialah peminat buah utama semenjak masih kecil.
Semakin cerdik dalam menilai. Belajar melalui pengalaman. Hasil buah di depan mata jauh lebih dipercayai berbanding buah di pasaran walaupun dilabel organik kecuali ia sah mendapat persijilan organik.
Maka hobi baru kini mula ditanam, mahu serius menjadikan hobi bercucuk tanam salah satu dari hobi terbaru.
Teh cendawan mekah dan buah mangga. Lihat buah pisang yang mula menunjukkan hasil. |
Bukan mudah untuk bercucuk tanam di tanah yang dipenuhi batu batu kecil di dalamnya. Namun itu bukan alasan untuk tidak mencuba menanam dan berbudi pada tanah.
Mengetahui betapa harga buah-buahan semakin meningkat naik termasuk harga buah organik maka percubaan menanam lebih banyak pokok mula difikirkan.
Masih belum bersungguh dan mula betul betul menanam benih namun perkara itu sedang bermain di fikiran untuk diteruskan.
Cuaca panas terik mungkin agak menyukarkan aktiviti cucuk tanam, namun agak indah jika berjaya mencabar diri sendiri untuk mula meminati aktiviti bercucuk tanam.
Aktiviti bercucuk tanam bukan sahaja memberi hasil yang bukan sedikit namun turut membantu anda lebih aktif dan mengeluarkan peluh sekaligus menjadikan tubuh lebih sihat.
Maka ia adalah aktiviti berganda keuntungan selain tumbuhan terkenal sebagai penyumbang kepada oksigen yang menjadi nadi utama untuk hidup manusia.
Selain binatang, tumbuhan juga makhluk Allah. Sebagai pencinta alam semula jadi maka tidak pelik jika saya meminati bidang tanaman sebagai hobi.
Setelah mencabar diri menulis dan berblogging. Belajar menjual produk sendiri yang masih bertatih, tidak salah untuk belajar hobi baru. Mana tahu dari hobi baru ini saya berpeluang menjual hasil tanaman organik sendiri.
Baiklah. Tahun baru 2017 sudah berlalu untuk suku tahun pertama.
Masih ada 9 bulan untuk mencipta kenangan baru yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.
Tidak kira apa yang orang lain katakan mengenai tahun 2017 yang paling penting kita tetap akan laluinya jika terus dipanjangkan umur.
Setiap insan diberi ruang rezeki dan nikmat berbeza. Hidup dan kebahagiaan berbeza.
Hargai yang kecil dan sedikit maka yang lebih besar akan datang perlahan lahan.
Waktu inilah waktu sebenar anda akan lebih banyak belajar dari hal sekecil kecilnya.
Bangunan yang kuat dibina dari asas yang kukuh.
Selamat bercuti bagi anda yang bercuti.
Bersuka ria sementara anda masih hidup dan abaikan perkara negatif yang selalu orang lain katakan pada anda.
Cili api tidak akan pedas jika anda biasa menikmatinya namun jika anda tukarkan ia menjadi cili jeruk, ia sekaligus menjadi makanan tinggi probiotik dan amat bagus untuk kesihatan dan usus.
Rasa cili jeruk amat berbeza dari cili segar. Namun dengan cara berbeza, nikmat dan khasiat berbeza akan dirasai.
Begitu juga kehidupan. Terpulang pada kita untuk merasai dan mensyukuri nikmat yang bukan sedikit itu.
Nikmat masa yang tidak perlu bersesak didalam jem jalan raya, kurang stress menghadapi kerenah pemandu, punyai masa lebih untuk berehat dan membaca, kaya idea hasil kerja keras sendiri adalah nikmat yang ramai inginkan.
Kekayaan sebenar iman sendiri tidak boleh di beli dan manusia yang paling kaya ialah manusia yang masih punyai ibu bapa. Maklumlah jutawan dunia pun jika tidak mampu membeli ibu bapanya yang telah tiada.
Ada banyak perkara yang tidak boleh dibeli termasuk kegembiraan dan kesihatan diri sendiri.
Maka dalam hidup sentiasa berdoa yang terbaik untuk diri anda.
Untuk sembuh dari sebarang penyakit yang anda hadapi, bukan setakat diet yang harus dijaga. Emosi juga memainkan peranan yang amat penting.
Andai terjejas emosi dan anda stress serta sering mengeluh maka proses kesembuhan akan menjadi sukar.
Belajarlah bersyukur atas nikmat yang sedikit, pasti banyak perkara yang baik akan terus berlaku dan anda juga mudah sembuh.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan