Ahad, 12 Mac 2017

Bekal Smoothie Hari Bekerja


Bekukan buah dan Smoothie anda dalam peti ais untuk bekal hari bekerja- gambar atas mangga dan Nenas siap sedia untuk dibekukan.  Smoothie Nenas dan mangga.
Gambar bawah,  delima siap untuk dibekukan dan Smoothie oat dan coklat dihias puri mangga dan delima 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Hari minggu adalah hari paling sesuai untuk anda menyediakan stok sarapan anda ketika hari bekerja.

Maklumlah di hari bekerja, waktu yang terkejar kejar menyebabkan anda tiada masa untuk menyediakan sarapan sihat dan menikmati buah buahan.

Untuk memudahkan semangat anda untuk menjaga pemakanan sihat anda.

Amat digalakkan untuk anda menyediakan semua keperluan pada hari minggu anda.

Potong buah-buahan pilihan anda,  dan Bekukan ia didalam peti ais.

Jika anda lebih rajin,  terus buat buah-buahan menjadi Smoothie, simpan di dalam beberapa bekas dan simpan ia didalam peti sejuk.  Smoothie anda ini terus siap untuk dibawa ke pejabat anda sebagai bekal.

Andai anda tidak pasti resepi Smoothie yang ingin dinikmati,  hanya Bekukan pelbagai jenis buah-buahan dan Kisar ia pada hari esoknya untuk dibawa sebagai bekalan anda.

Smoothie Nenas dan mangga

Smoothie buah-buahan adalah Smoothie paling mudah untuk disediakan.
Jika anda peminat koko dan oat.  Anda boleh terus membuat Smoothie oat dan coklat dengan tambahan pisang dan buah-buahan lain untuk rasa lebih kenyang.

Pemerhatian saya,  kebanyakan mereka yang bersemangat untuk menjaga pemakanan akan membawa bekalan sendiri ke pejabat.  Ia bukan sahaja membantu menyihatkan tubuh malah menyihatkan poket dan budget anda.

Jadikan hari Sabtu sebagai hari membeli stok makanan dan hari ahad untuk menyediakan stok.

Ada golongan yang berpendapat cara ini agak kurang segar dan sedikit menjejaskan nutrien.  Namun cara ini sekurang-kurangnya mengurangkan risiko anda menikmati masakan luar dan kekurangan zat nutrien dari buah-buahan yang lebih berkhasiat dan segar tanpa terkena api.

Anda boleh mengucapkan selamat tinggal untuk alasan:

Tidak sempat

Bangun tidur lewat

Terkejar-kejar masa

Kena cari blender

Bekas tidak jumpa

Air tidak ada

Dan pelbagai alasan lain lagi.

Buah-buahan terpilih yang di bekukan
Smoothie juga ialah minuman musim panas yang enak dinikmati ketika waktu petang bersama snek kegemaran anda.

Bulan Mac dikatakan ialah musim yang mulai panas di Malaysia,  Smoothie amat sesuai untuk menyegarkan tekak anda dan menyejukkkan badan.

Selamat mencuba cara ini dan semoga ia akan membantu dan memberi anda lebih semangat.

Terima kasih.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...