Memaparkan catatan dengan label Tempat Makan Best. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tempat Makan Best. Papar semua catatan

Khamis, 13 Jun 2019

TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN PART 57 :- COASTAL STORE



Bahagian hadapan CAFE ANTIK COASTAL STORE ini

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ini adalah sambungan artikel seterusnya dari artikel sebelum ini Tempat Makan Best di Kuantan :- AL DANTE , PASTA PLACE.

Istimewa Jalan Besar, Kuantan, terdapat pelbagai KAFE ANTIK dan hipster muncul di JALAN BESAR ini.

Dari Kula Cakes, Pagi Daisy, Kayu Woods, Coastal Store antara tempat wajib anda pergi terutama jika anda adalah peminat cafe hipster.

makanan enak dan hiasan yang cantik
Kafe Coastal Store ini menghidangkan hidangan ringkas untuk di nikmati antaranya termasuk beef noddles dan nasi ayam. Terdapat pilihan kek seperti kek coklat oren untuk dinikmati sebagai dessert disini.

bersama hidangan ringkas dessert kek coklat oren dan air lemon suam

Bergambar di bahagian hujung rak buku di cafe ini
Cafe Coastal Store ini dihiasi pelbagai barisan buku yang turut dijual disini. Ada yang kelihatan seperti novel lama dan antik. Sebuah piano besar turut diletakkan di cafe ini sebagai hiasan yang cukup menawan.

beef noddles atau mee rebus daging
Di bawah ini sempat dikongsikan gambar-gambar yang sempat saya ambil di cafe hipster ini. Tentu sekali ia amat berbaloi terutama bagi mereka yang gemar bermain instagram kerana cafe ini amatlah instagramable.

berlakon bermain piano..hehe

longgokan buku yang kemas tersusun

air kosong turut disediakan di sebelah piano

bahagian pintu belakang

bahagian hadapan cafe ini yang dihiasi pokok

cafe ini betul-betul terletak di Jalan Besar, kawasan kereta lalu lalang


antara menu yang kami cuba , beef noodles, nasi ayam, kek coklat oren

cafe unik dan cantik

amat sesuai untuk mereka yang meminati photography

menunggu makanan yang di pesan sampai

staff mengambil pesanan makanan dan menu

cafe yang cantik tersusun

memang betul-betul cafe hipster

Disini turut dijual kaset dan cakera padat pelbagai artis, jika anda berminat anda boleh membelinya sebagai kenangan.

kaunter makanan dan pembayaran

suasana di dalam cafe

dari hiasan lampu sehingga hiasan meja semuanya ala hipster
Cafe hipster dan antik ini juga menawarkan harga makanan yang berpatutan, tidak mahal dan tidak murah. Harga makanan disini anggaran dalam RM10 .

Tunggu apa lagi jika anda berada di Kuantan, anda patut cuba singgah menikmati dan merasai suasana di cafe antik ini.

Terima kasih.





Selasa, 11 Jun 2019

Tempat Makan Best di Kuantan Part 56 :- Al Dante Pasta Place


Bersama hidangan buffet Sarapan Pagi di Al Dante
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Berbulan tidak mengemaskinikan blog ini, namun terdapat ratusan draft artikel yang tidak berkesempatan di sudahkan untuk di paparkan di blog.

Hari ini saya cuba menyudahkan draft artikel ini yang telah berbulan tersimpan.

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini di link ini TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN PART 55.

meja yang selesa dan pillihan makanan yang enak
Bagi orang Kuantan yang biasa menikmati hidangan barat di Azam Rooster Balok atau Azam Rooster Indera Mahkota.

Satu lagi restoran dari pemilik yang sama Al Dante Pasta Place menawarkan pelbagai menu menarik untuk sarapan pagi, tengah hari, petang dan malam.

Terletak betul-betul di tengah bandar Kuantan, berhadapan pasaraya MEGAMALL KUANTAN, dan berhampiran Kuantan City Mall, restoran ini adalah pilihan menarik untuk sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.

Malah, Al Dante juga sesuai untuk meraikan keraian penting termasuk majlis hari jadi dan majlis istimewa lain.

Salad turut termasuk dalam menu bufet sarapan pagi di sini
Al Dante menawarkan menu ala carte dari pasta dan pelbagai pilihan makanan barat lain. Selain itu AL DANTE menawarkan buffet sarapan pagi pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada harga promosi RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Harga biasa bufet ini ialah RM15 untuk dewasa.

bergambar bersama Kak Akma di Al Dante
Restoran yang luas serta cantik, di temani penghawa dingin dan tatahias yang ringkas berlatarkan warna putih, membuatkan anda merasa selesa ditemani muzik di restoran ini.

Saya berkesempatan menikmati hidangan bufet sarapan di sini bersama sahabat saya. Terdapat pelbagai jenis hidangan sarapan pagi disini antaranya nasi lemak, mee goreng, puding roti, cornflakes, koko krunch, salad, mee sup dan pelbagai hidangan lain lagi.

Al Dante Pasta Place
Kebetulan pada waktu yang sama kami menikmati sarapan pagi, sekumpulan pelanggan lain meraikan harijadi sahabat mereka disini.

Ruang makan yang luas
Sesuai dengan tempat dan hiasan dalaman yang menarik, tempat ini antara restoran terpilih yang anda boleh senaraikan dalam pilihan anda seterusnya untuk sambutan hari jadi di Kuantan.

berlatarkan hiasan sambutan hari jadi yang diadakan pada waktu yang sama kami sedang menikmati hidangan
sempat bergambar dengan hidangan buffet sarapan pagi disin

Jika anda seorang yang mengemari pelbagai pilihan sarapan pagi. Anda boleh memasukkan Al Dante Pasta Place diantara senarai restoran wajib cuba anda di Kuantan.




Alamat penuh dan lokasi Al Dante Pasta Place ini ialah :-


Al Dante Pasta Place Sri Dagangan Bussiness Centre, 25000 Kuantan, Pahang

Lokasinya berdekatan CIMB BANK di hadapan Megamall Kuantan.  Selamat mencuba hidangan di Restoran Al Dante.

Ini link sambungan artikel seterusnya TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN : COASTAL STORE

Terima kasih.




Khamis, 10 Januari 2019

Tempat Makan Best di Kuantan Part 55 :- Kuantan Picker & Coffee ( KAFE ANTIK DAN HIPSTER)




bergambar di ruangan hadapan cafe antik, Kuantan Picker & Coffee

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ini adalah sambungan artikel sebelumnya TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN PART 54 :- CEKUR MANIS CAFE.

Jika anda mencari tempat makan hipster, antik dan menyediakan makanan enak dengan harga berpatutan, anda boleh mencuba kafe atau restoran antik , KUANTAN PICKER & COFFEE.


bergambar di hadapan Kuantan Picker & Coffee

Mari kita cari sarapan pagi
Menyediakan menu sarapan pagi enak seperti nasi lemak, nasi dagang, nasi lauk ikan, roti dan kacang pool serta sajian jenis kopi enak termasuk kopi vietnam untuk sarapan pagi, CAFE Kuantan Picker & Coffee adalah antara tempat wajib singgah jika anda berada di Kuantan.

bergambar 'garang' di cafe antik ini
Menu Kacang Pool dan roti enak beserta kek markisa


Cafe ini popular untuk sarapan pagi dan petang, antara menu paling popular untuk sarapan pagi disini ialah KACANG POOL dan ROTI yang hanya berharga RM6, disini di turut dihidangkan hidangan kopi VIETNAM yang sunggup enak dan digemari ramai pengunjung cafe ini.

kopi vietnam kegemaran ramai pengunjung disini
Dihiasi denggan pelbagai hiasan antik zaman 70an dan 80an , cafe ini menjadi kegemaran mereka yang gemar mengimbas kembali zaman lampau dan anak muda yang suka bergambar dan melepak di cafe antik ini.

Anda boleh melihat antara ruang sudut yang sempat saya bergambar dan berposing di sini.

hiasan antik dan berbaloi untuk mereka yang sukakan suasana cafe 'instaworthy'

bergambar di sebelah freezer kek

cafe antik yang menawan

CD antik Jamal Abdillah

Typewriter yang popular digunakan pada tahun 1990an
Saya mencuba kek markisa yang sering mendapat permintaan disini, namun ia amat manis di tekak saya, kacang pool dan roti seperti yang diperkatakan memang enak dan lembut, ia menu wajib cuba anda disini.


kek yang dipilih kali ini amat manis rasanya 

sila lihat signboard di belakang, 'please come again'.
Tunggu apa lagi jika anda berada di Kuantan, sila menjengah, menikmati makanan dan mencuba makanan di CAFE ANTIK, KUANTAN PICKER & COFFEE yang terletak di Jalan Besar, Kuantan berhadapan restoran Pagi & Daisy ini.

ok, jom kita balik lepas kenyang perut, suka hati.

Dibawah ini dikongsi kan video ringkas yang sempat di ambil di Kuantan Picker &  Coffee ini



Ini adalah sambungan artikel seterusnya Tempat Makan Best di Kuantan :- AL DANTE PASTA PLACE

Terima kasih.



Khamis, 29 November 2018

Tempat Makan Best Di Kuantan Part 54 :- CAFE CEKUR MANIS





Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini Tempat Makan Best di Kuantan Part 53 :- EAST GRILL STEAK HOUSE

Jika anda berada di Kuantan dan mencari masakan panas melayu atau barat, anda boleh mencuba menikmati makanan di Cekur Manis Café  yang terletak di antara Jalan Gambut atau Jalan Bukit Ubi. Café Cekur Manis ini betul-betul terletak sebelah Hospital Pakar MUIP.




Café Cekur Manis ini selain menyediakan masakan panas ia juga turut menyediakan sarapan pagi. Masakan panas di café ini bermula dari pukul 11 pagi. Selain itu café Cekur Mnais ini turut menyediakan minum petang dan menyediakan pakej keraian, training, mesyuarat, ceramah, kursus, sambutan hari jadi, seminar, pembentangan dan juga kelas pembelajaran. 






Dari serendah menu minuman berharga RM1.50 dan makanan serendah RM2.50, café ini menyediakan menu yang amat berpatutan dengan harganya.

Di khabarkan café Cekur Manis ini tiada campuran MSG dalam masakan. Maka bagi anda yang tidak menyukai MSG, anda boleh memasukkan café ini antara tempat makan kegemaran anda sekeluarga.

Café Cekur Manis ini dihias cantik dan keluasan yang luas amat sesuai untuk apa sahaja majlis. Anda boleh menempah atau menyewa bilik sahaja untuk sehari, separuh hari atau 3 jam dengan bayaran bermula RM50. 






Café ini berhias cantik dengan bunga-bungaan, di tampal dengan banner yang tertera gambar menu yang ditawarkan beserta harga.

Antara sarapan pagi yang disediakan termasuk nasi lemak, nasi impit dan kuah kacang, laksa pinang dan pelbagai lagi.

Bagi masakan panas antara menu yang ditawarkan ialah pelbagai nasi goreng termasuk nasi goreng kambing, nasi goreng seafood, nasi goreng daging merah, nasi goreng kampong, nasi goreng ayam blackpepper dan pelabgai lagi.

Disini turut ditawarkan menu kuew tiaw goreng, laksa pinang, rending ayam, soto, roti arab dan kari kambing, laksa Terengganu, laksa Pahang dan pelbagai menu menarik lain.


tiada campuran MSG digunakan dalam masakan disini

antara menu yang ditawarkan
menu dan harga berpatutan

untuk tempahan seminar dan keraian

Bagi peminat minuman panas terutama koleksi kopi disini turut ditawarkan minuman panas seperti latte, mocha, Americano, cappuccino dan afffogato. Malah bagi peminat dessert atau makanan manis disini juga turut tersedia menu banana split yang berharga hanya RM6.

Set makanan besar untuk 2 0rang , 4 orang, 6 orang hingga 10 orang turut disediakan. Bagi mereka yang ingin menyambut sambutan hari jadi disini, anda juga boleh memilih menu sambutan Hari Jadi yang turut ditawarkan disini.

Antara menu kegemaran saya ialah Alfredo lamb yang ala-ala spaghetti carbonara, manakala sahabat saya Kak Akma amat mengemari roti arab dan kari kambing di sini. Anda boleh melihat betapa ia menjadi kegemaran saya dengan melihat hanya menu ini menghiasi instagram Qisya Khadeeja jika menikmati masakan disini.


kak akma dan roti arab kegemaran

Alfredo kegemaran saya

roti arab dan alfredo lamb

ruang meja makan yang luas

bergambar bersama menu kuew tiaw ladna dan alfredo lamb


Di bawah ini antara gambar-gambar dari Instagram Qisya Khadeeja bersama menu kegemaran disini Alfredo Lamb dan alfredo shrimp.







kuew tiaw ladna dan alfredo lamb










Bagi rakan saya Naemah, beliau mengemari masakan panas disini antaranya ialah kuew tiaw ladna.

Café Cekur Manis ini di buka setiap hari dari jam 7.30 pagi sehinggga 11 malam. Manakala waktu operasi pada Jumaat hingga Ahad ialah 7.30 pagi sehingga 12 malam. 

Untuk tempahan anda boleh menghubungi hotline café Cekur Manis 011 29303977 atau En Izhar 012 9672902.

Selamat mencuba menu dan pakej yang ditawarkan di CEKUR MANIS CAFÉ ini.

Untuk lebih jelas, saya sediakan video CEKUR MANIS CAFÉ yang ringkas untuk tatapan anda.





Terima kasih.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...