Selasa, 29 Mac 2016

Pengembaraan Baru..

syhh.... ini kisah pengambaraan baru saya

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Telah lama saya tidak mengemaskini blog ini kerana kesibukan dan kehidupan baru saya di tempat lain, bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan blog ini dan menjadikan blog saya ini sebagai bahan bacaan dan rujukan, saya ucapkan jutaan terima kasih. 

Saya memohon maaf jika ada komen yang tidak sempat saya balas buat masa ini, saya akan cuba membalasnya di masa akan datang jika mempunyai kelapangan.

menuju ke kawasan tempat makan

Kata orang hidup adalah satu pengambaraan, sampai satu waktu dan usia anda tentu ingin melakukan sesuatu yang baru dalam hidup, setelah selamat dan insyaallah dikategori 'berjaya' mengharungi Proses Topical Steroid Withdrawal (TSW) , dan sebenarnya saya masih dalam proses ini, saya mencabar diri untuk mencuba menjalani proses dan DIET ketat ini ditempat orang. Ia , ia masih di Malaysia , tanah air sendiri.


kura-kura yang selalu akan segera terjun ke dalam kolam apabila saya melalui kawasan ini

itik betina yang selalu membuat bising disini setiap masa

Saya telah menjalani hidup yang baru bersama kura-kura  dan itik betina yang saya masih tidak hafal namanya, sebenarnya saya sendiri tidak pasti sama ada itik betina itu yang bernama OLLIE atau kura-kura tersebut.

Tetapi saya amat baik dengan kucing persian atau siam berbulu kembang hitam putih yang besar bernama TUAH dan seekor arnab tua yang telah berjanggut berwarna coklat gelap bernama BOBOY yang sentiasa meminta lobak merah setiap pagi ketika saya sibuk menyediakan bekalan makanan ke pejabat. 

antara manisan dan cookies yang dijual oleh Kak Tina

Oh, disini juga saya sering menikmati cookies, brownies, lava cakes yang sering dimasak oleh Kak Tina atau Sis Tina, ia memang manis, tetapi bukan senang untuk orang berniaga memberi ia percuma kepada orang seperti saya.

Untuk anda, pembaca setia blog saya, yang selalu mengikuti perkembangan blog ini, dibawah ini adalah antara gambar majlis makan-makan pada perayaan KRISMAS 2014 lalu di TRAVELLER HOUSE ini,

Makanan-makanan ini dimasak oleh Kak Tina dan Michael yang berasal dari BELGIUM dan menjadi traveller , merantau di seluruh dunia.

Jangan risau, semua makanan ini halal dan bahan-bahannya insyaallah tidak diragui.



















Ia pelbagai makanan disediakan untuk jamuan KRISMAS 2014 yang lalu di TRAVELLER HOUSE ini.

Sebenarnya terdapat ramai tetamu dari seluruh pelusuk dunia yang menginap di Traveller House unik dan antik ini, tetapi bagi menghormati privacy mereka semua, saya tidak memaparkan gambar mereka di blog ini.

menikmati nasi lemak sedap bersama Michael , traveller dari Belgium
Antara makanan kegemaran saya di tempat baru ini adalah NASI LEMAK yang kaya lemak santan. Tentu anda tahu , semenjak menjalani proses TSW , santan adalah antara makanan kegemaran saya. Itu antara sebab mengapa hampir setiap hari saya menikmati nasi lemak. Jangan risau, santan tidak mempunyai kolesterol tetapi lemak-lemak dalam ayam goreng anda itu yang patut anda risaukan.

Hari kedua disini, saya bersama Kak Tina dan Michael , sahabat saya dari BELGIUM , yang sering merantau di seluruh dunia kerana beliau sudah pencen. 

Michael adalah seorang wanita yang cukup ramah dan down to earth, merendah diri dan pandai membawa diri, hari ke2 saya disini, beliau menemani saya berjalan kaki seluruh bandar hilir melaka , (hobi beliau setiap pagi ialah morning walk), menunjukkan saya kawasan-kawasan untuk saya membeli penyapu , periuk dan segala kelengkapan untuk saya memasak dan juga pasar menjual buah-buahan. Agak jauh berjalan kaki di tepi sungai dengan cuaca yang panas terik walau di awal pagi. Itu antara alasan kenapa saya kurang menikmati buah ketika ini berbanding dahulu.

Pai daging dan sayur kacang buncis yang dimasak Michael untuk makan malam kami
Istimewa tentang Michael, beliau adalah seorang yang menyambut sahabat baru dengan baik. Ketika pertama kali berjalan kaki bersama-sama mengelilingi bandar Melaka yang bersejarah ini, beliau telah mula bertanya adalah saya seperti Kak Tina yang cerewet makan, kira halal dan haram. Saya memberitahu beliau jawapan sebagai seorang islam.


Malam itu juga beliau memasak pau daging untuk makan malam kami. Ia, saya memang masih dalam proses TSW dan masih dalam diet Ekzema, tetapi saya akui saya memang semakin culas dan semakin mengurangkan "ketatnya" diet itu. Alhamdullillah, kesihatan saya tidak terabai disini. Terima kasih tuhan walau saya menikmati makanan yang 'bukan-bukan'.

laksa baba nyonya dan popia di sebuah restoran antik
Akhirnya saya berjaya menikmati laksa Baba Nyonya, setelah bertahun saya mendengar mengenainya. Agak sedap seperti mee kari tetapi dengan pes istimewa, saya memilih udang sahaja untuk lauk dalam laksa ini, anda boleh menambah ayam dan kerang, saya menikmati laksa baba nyonya ini di sebuah restoran klasik yang amat menarik, saya akan berkongsi dengan anda di artikel seterusnya mengenai restoran menarik ini. Murah, unik dan sedap.

antara makan malam saya, nasi beras perang dengan lobak, terung sambal, kangkung belacan dan terung goreng kunyit

Saya kekadang memasak bekalan makanan untuk ke pejabat dan adakala saya bertuah kerana Kak Tina sering memberi saya lauk yang dimasak oleh beliau. Sungguh sedap sekali masakan beliau, ia harus diakui beliau pandai memasak dan selalu membuat kelas masakan. Saya belajar memasak terung goreng kunyit yang paling simple tapi amat sedap dengan beliau.

antara menu masakan malam yang sempat diambil, ikan pekasam diatas adalah ikan pekasam popular dari Kedah

ubi kayu rebus, kelapa muda dan gula melaka untuk hidangan petang

Ia, menikmati sarapan atau makanan petang bersama mereka yang bujang memang menarik lebih-lebih lagi masakan klasik, disini saya telah dua kali menikmati ubi kayu rebus, memang amat sesuai dinikmati bersama pemandangan cantik di traveller house unik ini.


lava kek yang sering dimasak oleh kak tina
Kak Tina memang rajin memasak kek lava coklat yang manis untuk tetamu disini, dengan suasana malam dan hiasan yang cantik di tempat makan kami, memang ia adalah tempat yang bersuasana romantik dan amat disukai oleh saya yang sukakan gambar dan hiasan yang unik. 

lava kek yang di masak oleh kak Tina, ada cecair coklat panas didalamnya
Seluruh kawasan dapur dan traveller house ini sungguh cantik dan unik, pengambaraan dan hidup baru saya disini juga cukup menarik, ia kata cerdik pandai berjalan dan mengembaralah selama anda masih hidup dan cuba sesuatu yang baru untuk menambah nilai hidup dan ilmu baru. Cabar diri anda membuat perkara yang anda tidak suka, dan rasailah pengalaman baru yang tidak ternilai.

kolam yang sering saya lalui untuk ke tempat makan, cantik tak selipar BATA COMFORT saya? hehehe
Dengan dekorasi rumah pengembara yang menarik, lain dari yang lain, saya amat menyukai kawasan dan rumah serta tempat ini. Doakan supaya saya terus menyukainya.


patung panda yang berada berdekatan tandas tetamu yang unik
Disini segalanya unik dan menarik, kawasan dan rumah pengembara ini, saya akan berkongsi dengan anda gambar penuh dan kecantikan serta keunikan rumah pengembara ini dengan anda lagi kerana saya bercadang menetap di sini beberapa bulan lagi, insyaallah.

kawasan makan yang indah
 Jika saya bosan saya akan mengelilingi bandar Melaka yang bersejarah ini, jika saya malas bersiap dan keluar saya akan berada disini bercerita dan menikmati hidangan yang ada.

resepi dan bahan kari paste
curry paste yang telah siap
Kak Tina adalah seorang yang gemar memasak dan mengeksploitasikan resepi dari google dan sebagainya. Berkawan lama dengan ramai pengembara dan pelancong luar negara yang datang kesini dan mengajar pelbagai resepi menarik, ia menjadikan masakan Kak Tina amat unik dan istimewa. Antara menu masakan baru yang telah saya cuba ialah masakan ayam dengan basil (lupa ambil gambar) ia menu paling sedap setakat ini, pes kari yang dinikmati dengan roti atau nasi, buncis goreng butter bersama udang dan pelbagai lagi.

bersama Dyra, si adik yang muda belia hampir 15 tahun muda dari saya

Ia, setelah sembuh banyak dari sakit Ekzema yang teruk, dan untuk mengembalikan kembali keyakinan diri saya kembali untuk mencari pengalaman hidup baru ditempat orang dengan kembali bekerja dengan waktu pejabat. Ia adalah salah satu motivasi untuk mengenal kembali cara berkomunikasi dan cara untuk saya 'bangkit' kembali. Saya menjadikan ini sebagai motivasi. Ia, permulaan ia adalah 'culture shock', tetapi anda perlu cabar diri untuk melakukan perkara yang sebenarnya langsung anda tidak suka. Walau bagaimanapun apa salahnya?...

kedua-dua mereka adalah pekerja yang amat muda berbanding saya

Memberi masa 2 tahun untuk berkerja dengan 'orang lain' dan kembali 'build up' diri sendiri, saya merancang untuk berada disini untuk 3-6 bulan sebelum berhijrah ke Johor Bharu pula.


mini cocktail di Hotel Equotorial Melaka
Kembali bekerja di waktu pejabat seperti mereka diluar sana , memang agak membuatkan sedikit 'ketegangan' kepada insan yang bekerja sendiri hampir 10 tahun seperti saya. Ia ramai menegur wajah saya nampak lebih ceria, ini adalah kerana saya mulai sembuh banyak dari penyakit Ekzema yang menyerang saya dengan teruk semenjak 2013 lagi.

Alhamdulillah pada hujung bulan September 2014 saya menemui group Ekzema dan saya antara Ekzema Warrior yang melalui pengalaman ini dan insyaalah antara yang berjaya melaluinya.

Paling penting saya adalah antara yang paling 'tua' yang berani melalui proses TSW yang memerlukan masa yang agak lama sesuai umur dan perjalanan proses kesembuhan.

Adalah dipercayai bahawa bayi dan kanak-kanak lebih mudah sembuh dari sakit Ekzema secara semulajadi berbanding mereka yang remaja dan dewasa, Ini adalah kerana perjalanan cara hidup yang panjang dalam menikmati hidup dengan segala makanan yang kaya bahan kimia, penggunaan bahan kimia dan sebagainya.

Bayi atau kanak-kanak lebih kurang penggunaan bahan kimia dan makanan kimia yang pernah mereka nikmati kerana faktor masa dan usia serta Remaja juga lebih mudah sembuh kerana kekuatan antibodi mereka berbanding mereka yang dewasa dan lebih banyak terdedah dengan kehidupan dan cara hidup yang kaya bahan kimia.

Dengan apa yang telah saya kongsikan dengan anda di blog kesayangan saya ini, saya harap mereka yang masih takut-takut dan tidak berani melalui proses TSW, percayalah segala kesembuhan itu dari ALLAH bukan dari cakap-cakap manusia.

Terima kasih atas segala email anda semua untuk saya. Saya hanya mampu memberi kata-kata semangat melalui blog saya dan sesungguhnya saya kini memang jarang dan tidak mempunyai masa untuk memberi komen di dalam group atau menjawab pertanyaan anda walau di whatapps peribadi kerana kekangan masa dan sebagainya.

Mohon difahami. Terima kasih atas segala sokongan anda kepada saya.

TERIMA KASIH.




Isnin, 28 Mac 2016

TSW / EKZEMA : ANTARA BISKUT PILIHAN YANG ENAK DAN BERKHASIAT



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Telah lama saya tidak berkongsi info dan maklumat untuk anda yang sedang diet melawan Topical Steroid Withdrawal (TSW) atau mengharung EKZEMA.

Jika selama ini saya berkongsi dengan anda biskut gluten free , hari ini saya ingin berkongsi dengan anda biskut keluaran BIOGREEN iaitu Prebalance.



Biskut Pre Balance Cracker ini tetap mempunyai kandungan yis dalam bahan-bahannya dan bukanlah gluten free, tetapi bagi anda yang telah lama mengharung TSW dan mula berasa bosan menikmati biskut gluten free anda perlahan-lahan boleh menambah biskut ini dalam diet harian anda sebelum anda semakin sembuh dan boleh bertukar kepada biskut JACOB's.


Istimewa tentang biskut Prebalance ini ia di bakar menggunakan stone atau teknik stone baked yang jauh lebih menyihatkan, banyak bahan-bahan dalam kandungan kraker atau biskut ini tidak mengandungi GMO. malah kandungan oligosaccharide juga membantu menyihatkan lagi tubuh anda.



Biskut yang diperbuat dari bahan organik dan dibakar secara tradisi ini juga mengandungi prebiotik yang bagus untuk usus, turut mengandungi pelbagai pilihan warna makanan dari warna merah, hijau, putih, kuning dan hitam yang terkenal bagus untuk organ-organ tubuh tertentu.


Kandungan bahan-bahan dalam biskut ini membantu mempertingkatkan sistem usus anda berbanding biskut komersial dipasaran yang lain yang kaya GMO dan kaya bahan kimia lain serta pewarna dan sebagainya.

Jika anda inginkan biskut yang lebih sihat anda boleh mencari dan mendapatkan biskut sourdough yang lebih sihat dan selamat atau anda boleh memasak sendiri di rumah.

Harga sepeket biskut PRE BALANCE dari BIOGREEN ini ialah RM20.06, untuk 8 peket yang mengandungi 6 keping biskut jika saya tidak tersilap dan ia memang cukup enak jika dicicah dan dinikmati untuk minum petang bersama kopi tenum sabah dan gula organik atau minuman koko organik.


Jika anda mula berasa bosan dan agak tertekan dengan diet anda yang terlalu ketat dan ingin sesuatu yang ringan untuk mengisi perut anda yang sentiasa lapar kerana kuat bekerja, ini antara pilihan yang boleh saya berikan.

Harap maklumat ini membantu anda.


Terima kasih.





PETUA MEMUTIHKAN DAN MENGHILANGKAN BAU KETIAK


ramuan mudah kapur makan dan limau nipis

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Alhamdulillah saya masih berkesempatan menulis berkongsi ilmu dengan anda walau kesibukan saya yang semakin menjadi sepanjang tahun ini.

Hari ini ini saya ingin berkongsi dengan anda antara petua dan ramuan mudah untuk memutihkan kembali ketiak anda yang hitam akibat penggunaan deodorant atau pewangi serta pemutih ketiak bahan kimia lain.

Juga petua untuk mengurangkan bau badan atau ketiak anda.

bancuhan yang telah siap di bancuh

Petua ini amat mudah anda hanya perlu menyediakan 2 bahan berikut sahaja :-

1. Kapur makan secukupnya
2. sebiji limau nipis

Cara membuatnya :-

Hanya bancuh kapur makan dengan air dan pastikan kapur telah lembut.

Ambil 2 sudu kapur makan yang lembut tadi, isikan dalam mangkuk plastik yang tidak lagi digunakan.

Perah sebiji limau nipis didalam kapur makan tersebut.

Kacau rata. Sapu bahan ini setiap hari diketiak anda sebelum mandi.

Baki bahan ini boleh disimpan dan digunakan kembali sampai habis.

Kesan Penggunaan Petua ini 

1. Kulit ketiak anda lebih kering dan kurang berpeluh.

2. Bulu ketiak juga lebih halus. (Anda sebenarnya hanya perlu menggunakan kapur makan sahaja untuk mencabut bulu ketiak anda tanpa perlu anda mencukur atau menggunakan krim yang mengandungi bahan kimia).

3. Ramuan ini bukan sahaja mengurangkan bau badan malah turut membantu menghaluskan dan memudahkan anda mencabut bulu ketiak anda.


Selamat mencuba petua mudah ini.

Terima kasih.


It's Me

Foto saya

BLOGPRENEUR.  

Pencinta,  penjual dan penghasil produk dari bahan Semulajadi. 

Pengalaman perbankan, insurans & takaful. 

Sedang berusaha mengamalkan diet lebih sihat dan ilmu dalam pemakanan serta kesihatan juga keusahawanan. 

Founder Crunchy Flakes by QK,  Original Body Scrub, Hair Gone, Carboness Powder & BLACK SCRUB. 

Sebarang pertanyaan atau jalinan kerjasama sila email ke

qisyakhadeeja@gmail.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...