Jumaat, 26 Disember 2014

KHASIAT TEH ROOIBOS @ ROOIBOS TEA


Assalammualaikum wbt dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang...saya mendoakan agar banjir yang berlaku diseluruh negara cepat pulih dan mangsa-mangsa yang terlibat dilindungi... saya mendoakan juga semoga kita dan seluruh keluarga serta insan tersayang dilindungi illahi...

Baiklah diringkaskan sahaja entry ini , kali ini saya ingin berkongsi dengan anda khasiat rooibos tea.. actually saya baru sahaja tahu yang rooibos tea ini tiada kafein. .dan amat bagus untuk pesakit kulit @ ekzema... dan membantu dalam TSW (Tropical steroid withdraw).. dont worry jika berkesempatan saya akan menulis mengenai ekzema dan  TSW ini.. dan pengalaman saya mengalaminya... insyaallah..

teh rooibos organik yang dibeli oaya di kedai organik hanya RM18.50 untuk 20 uncang

Berikut adalah antara khasiat teh rooibos

  • ulen dan asli, tidak mengandungi kafein, bahan tambahan, pengawet atau pewarna tiruan. Kandungan taninnya kurang
  • Mengandungi S.O.D. (Superoxide Dismutase). S.O.D. dapat meneutralkan kerosakan akibat radikal bebas. Selain menghalang ketuaan, ia juga dapat memperbaiki kerosakan sel
  • Membantu mengurangkan pigmen melanotik dan menjadikan kulit lebih halus
  • Membantu mengurangkan peroksida lipid
  • Kaya denga anti-oksida bioflavonoid yang dapat menambahkan kekuatan kapilari, meningkatkan peredaran, menghalang pendarahan dan melindungi jangkitan
  • Membantu melegakan insomnia, kekejangan perut, sembelit dan bagi bayi yang menghidap kembung (kolik)
  • Membantu melegakan demam, asma serta keresahan dan kegusaran
  • Dapat melegakan kesan pada kulit apabila disapu terutama ruam lampin dan penyakit kulit seperti ekzema dan jerawat
  • Ia adalah minuman tanpa kalori yang dapat menenangkan keadaan, dan sesuai untuk mereka yang mementingkan pengawalaan berat badan
  • Baik untuk menghilangkan dahaga terutama bagi para atlit
  • Bertindaak sebagai tambahan bagi kalsium, mangan dan flourida yang diperlukan tiap-tiap hari oleh kanak-kanak yang sedang membesar dan juga untuk gigi dan tulang yang kuat
  • Membantu mengurangkan jumlah asid urik dalam badan
  • Membantu memulihkan keletihan akibat senaman
  • Membantu memelihara dan meningkatkan tahap tenaga
  • Membantu membersihkan darah dalam sistem dan juga mengawal tekanan darah
  • Dapat membantu mengurangkan paras kolesterol
  • Dapat mengurangkan nafas berbau
  • Dapat membantu mententeramkan rasa tidak selesa yang disebabkan oleh minuman keras
Teh Rooibos dapat membantu:
  • Membersihkan sistem darah dari keracunan dan seterusnya melancarkan peredaran darah
  • Membersihkan sistem penghadaman terutama usus besar yang tersimpan kekotoran sisa
  • Membuang lemak dan kolesterol yang berlebihan
  • Bertindak sebagai anti-oksidan yang melindungi sel-sel dari rosak
  • Melambatkan proses tua
  • Membantu mempercepatkan proses khasiat makanan 
Ciri-ciri kesihatan dan data analitik
Program-program penyelidikan saintifik yang dijalankan oleh banyak institusi yang diiktiraf menunjukkan bahawa Teh Rooibos Organik  mempunyai faedah-faedah kesihatan. Antaranya ialah
  • Kaya dengan bahan ‘volatile’, bebas daripada kafein dan mempunyai kandungan tannin yang rendah
  • Membantu bagi perkembangan tulang dan gigi yang kuat
  • Mengandungi elemen-elemen yang menjadikan kulit sihat
  • Mengandungi mangan, penting untuk sistem urat saraf yang sihat
  • Mengandungi besi, kalium, koprum dan bahan galian untuk fungsi-fungsi metabolic
  • Tidak mengandungi asid oxalic dana oleh itu boleh dinikmati oleh mereka yang mengidapi karang buah pinggang
  • Baik untuk bayi yang bermasalah seperti kolik, kembung perut dan ruam lampin
  • Secara klinikal, ia kerap ditetapkan untuk ketegangan urat saraf, alah dan lain-lain masalah perut dan penghadaman
  • Mengandungi lebih daripada 37 anti-oksidan
  • Tidak mengandungi bahan aditif, pengawet dan pewarna dan ia adalah bersih dan suci. Secara umumnya, ia juga menyumbang secara purata kepada usaha untuk memanjangkan jangka hayat hidup manusia 
  • Mengandungi besi,kalium. zink , mangan, kuprum, kalsium, natrium, magnesium dan fluorida.






Rooibos tea juga mengandungi anti-oxida iaitu Superoxide dismutase (SOD), aspalathin, nothofagin, quercetin, rutin, isoquercitrin, orientin, isoorientin, luteolin, vitexin, isovitexin, chrysoeriol, eugenol, caffeic acid, protocatechuic acid, ferulic acid, ascorbic acid, p-coumaric acid, p-hydroxybenzoic acid, vanillic acid dan syringic acid. 

Jika anda menjadikan minuman rooibos tea ini sebagai rutin ia insyaallah membantu
-- menghalang berlakunya penggumpalan platelet dan
oleh itu menjadikan darah sentiasa lebih nipis dan
memperbaiki peredaran darah
-- anti-radang. Diguna untuk rawatan penyakit usus seperti
buasir dan varises esofgeal
-- menghalang penyakit dyskinesia
-- mengawal kandungan kolesterol jahat (LDL)
-- untuk kesihatan saluran darah
-mengurangkan kolesterol
-mengurangkan asid urik
-membantu pemulihan penyakit kulit termasuk ekzema dan prosorosis
- amat sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan
- untuk pesakit kulit , anda boleh mengunakan air rebusan rooibos tea untuk basuhan kulit anda (ekzema)
- serbuk rooibos tea juga sesuai diletakkan diwajah sebagai masker atau sebagai baja tanaman
- tinggi anti oksida dan melambatkan penuaan




Cara Penyediaan
Masukkan 1 uncang Teh Rooibos  samaada didalam mug atau teko.. kebiasaannya kerana saya minum seorang.. saya akan mengunakan uncang rooibos itu selama 2-3hari... selepas mengunakan rooibos tea itu saya akan simpan didalam peti... sehinggalah tiada lagi warna yang keluar dari uncang teh itu... saya hanya minum rooibos tea kosong, tetapi jika anda ingin campurkan dengan madu atau gula perang atau pun lemon.. terpulang pada citarasa masing-masing
.

jenama teh rooibos ini  amat popular dan banyak dijual difarmasi kerana kisah Dr.Nortier yang menjumpai rooibos tea ini di Afrika , anda boleh google untuk mengetahui kisahnya..

Kerana rooibos tea ini adalah produk semulajadi.. krisis pemulihan biasanya akan berlaku dalam 2-3hari bergantung kepada badan masing-masing... samaada kerap kencing atau sebagainya...

Baiklah sekian sahaja entry untuk kali ini.. terima kasih kerana sudi membaca blog saya ini.. salam sayang dari saya.. love, huge & kiss..

** Rooibos tea dikatakan mengandungi tannin. Ia mengurangkan penyerapan zat besi. Sekaligus ia tidak digalakkan bagi mereka yang menghidapi masalah migrain.

*** terima kasih kepada google atas segala maklumat ini


10 ulasan:

Unknown berkata...

Salam kenal. Good info sharing...

Deeja berkata...

Salam kenal jg. Tqvm

Unknown berkata...

Salam.. Ibu saya minum Tea ini, tapi ibu saya kdg sakit kepala. adakah ibi saya ada migrain? dan org yg ada sakit migrain tdk d galakkan minum tea ini.. selama ibu saya minum tea ini tnpa tahu adakah sakit kpala itu migrain atau bukan.. :)

Unknown berkata...

Kalau masih ad yang berminat dgn teh rooibos ni area kinrara puchong bole hubungi saya call-0133442211 / wassup- 0139740984

Matraof berkata...

Bagi yang ingin mencuba pek percubaan 10 uncang Teh Rooibos harga cuma RM10 termasuk kos penghantaran. Wasap.my/60194587624

Rich berkata...

Saya dah try minum teh ni,dan memang terbaik. Itu pun sebab member yg recommend. Kalau tak,sampai sekarang asyik layan teh boh jer ler...

Deeja berkata...

Agak sukar diberi jawapan kerana saya tidak tahu ubat apa ibu tuan amal dan rekod perubatan ibu tuan.

Deeja berkata...

Sakit kepala ada pelbagai jenis, sakit kepala berdenyut yang menekan kepala, sakit kepala seperti huyung di awangan. Jenis darah sakit kepala tinggi lain, jenis sakit kepala darah rendah lain. Jenis sakit kepala Stress atau tidak cukup tidur juga lain.

Deeja berkata...

Alhamdulillah Sekurang-kurangnya ada perubahan dari segi diet.

subha berkata...

area shah alam..boleh wasap sy utk tempahan..01111911179

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...