Selasa, 22 Disember 2015

10 KHASIAT BUAH LIMAU GEDANG

sedapnya jus limau gedang

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda KHASIAT BUAH LIMAU GEDANG atau lebih dikenali dengan GRAPEFRUIT untuk anda.

Buah limau gedang ini mudah diperolehi di pasaraya-pasaraya berdekatan anda. Harga sebiji buah limau gedang ini biasanya jika tidak sampai RM3 , biasanya saya membeli dan memilih buah yang bukan datang dari CHINA.

Buah limau gedang ini , kurang sedap jika dimakan begitu sahaja, ia jauh lebih sedap jika dibuat jus. Saya hanya menggunakan mesin kisar biasa atau blender sahaja jika ingin menikmati buah limau gedang ini. Ia adalah alternatif terbaik selain buah oren biasa atau buah nenas untuk dibuat jus.

Dibawah ini saya kumpulkan KHASIAT BUAH LIMAU GEDANG untuk info anda , para pembaca blog ini :-

1. Buah LIMAU GEDANG ialah antara buah-buahan yang paling tinggi kandungan VITAMIN C di kalangan buah-buahan citrus malah jus buah limau gedang adalah pilihan paling terbaik untuk keperluan vitamin C di musim sejuk.

2. Buah Limau Gedang mengandungi pelbagai vitamin dan galian antaranya ialah kalsium, glukosa, fosforus, kalium, lycopene, potasium dan serat yang tinggi.

3. Kandungan bioflavonoid di dalam limau gedang membantu mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti kanser, penyakit jantung dan tumor.

4. Buah limau gedang turut membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan membantu tahap insulin yang lebih stabil dan membekalkan rasa kenyang yang lebih lama.

5. Buah limau gedang juga membantu mengurangkan masalah keletihan , demam, malaria, penyakit kencing manis ,sembelit, masalah kencing, masalah tubuh berasid, masalah pencernaan dan banyak lagi.

6. Buah limau gedang juga turut berfungsi sebagai antiseptik untuk luka, malah ia juga sesuai sebagai tonik hati. 

7. Kandungan air di dalam limau gedang turut membantu mencantikkan kulit dan membuatkan kulit lebih lembab dan sihat serta membantu kulit kelihatan lebih muda terutama dengan kandungan potasium di dalam buah limau gedang membantu menghilangkan garis-garis halus  dan kedutan di tubuh,

8. Kajian juga menunjukkan dengan pengambilan buah limau gedang di dalam menu yang konsisten turut mengurangkan risiko penyakit  kanser prostat.

9. Kandungan tryptophan di dalam limau gedang turut membantu dalam masalah insomnia bagi mendapat tidur yang lebih berkualiti.

10. Kandungan vitamin A dan vitamin C di dalam buah limau gedang juga turut membantu pembentukan kolagen kulit sekaligus membantu mengekalkan keanjalan kulit, selain itu khasiat limau gedang juga turut membantu dalam mengurangkan risiko sinar matahari yang merbahaya kepada kulit.


Jika anda inginkan kulit yang sihat dan cantik, limau gedang adalah alternatif terbaik untuk rawatan semulajadi yang murah dan selamat. Minum sahaja segelas jus limau gedang kerana semua khasiat dari vitamin C, kolagen dan perlindungan sinaran matahari telah terdapat dalam sebiji buah citrus bermutu tinggi ini. Ia jauh lebih sihat dan menjimatkan.

***Perhatian : Bagi anda yang mengambil ubat doktor atau supplement mengandungi dadah lain, sila pastikan anda tidak menikmatinya bersama-sama limau gedang. Ini kerana kandungan bahan kimia tertentu yang terdapat di dalam buah limau gedang seperti Naringin boleh berinteraksi dengan kandungan dadah didalam ubat-ubatan sekaligus boleh merosakkan sistem organ anda. Sila pastikan anda mendapat nasihat doktor sebelum menikmati buah limau gedang.

Terima kasih.



11 ulasan:

Siti Yang Menaip berkata...

woaaah as antiseptic lukaa eh.. kena letak kat tempat luka..
tapi adeh x pedih ka.. =o

Qisya Khadeeja berkata...

Luka kena air pn pedih.. Apa lg antiseptik siti 😩😉

Shafika Rahim berkata...

Jus pure or boleh campur gula ni kak??

Qisya Khadeeja berkata...

Pure tanpa gula

Sharmilah Kata berkata...

Jika makan ubat darah tinggi boleh tak minum orang makan buah ini

Qisya Khadeeja berkata...

Soalan yang bagus.

Buah limau gedang tidak boleh dimakan atau di campur jika mengamalkan ubat darah tinggi.

Ini termasuk ubat jenis dadah dan statin lain.

Ubat kolesterol juga harus menjauhkan jus limau gedang ini.

Tanpa Nama berkata...

Jika makan asid folic boleh x makan or minum jus limau gedang ni??

Qisya Khadeeja berkata...

Untuk kepastian lebih baik tanya doktor atau klinik yang beri asid folik itu sendiri.

kawaii pikachu 26 berkata...

Jika makan ubat kolesterol, bkh x sy ambilmnuman yg mengandungi limau gedang tp mjarakkan penggunaannya?

kawaii pikachu 26 berkata...

Jika ambik ubat kolesterol, blh ambil x jus limau gedang tp mnjarakkan pengambilannya?

Qisya Khadeeja berkata...

Doktor puan lebih pasti apa kandungan dalam ubat puan dan kesesuaian ia dengan jus limau gedang berpandukan rekod perubatan puan.

Lebih bagus jika puan mendapatkan pandangan mereka yang arif tentang kesihatan, diet, life style Dan Perubatan puan.

Terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...