Rabu, 23 Disember 2015

13 KHASIAT & KEBAIKAN BUAH TIN

sedapnya buah tin segar...


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda, khasiat dan kebaikan buah yang turut disebut dalam AL-QURAN iaitu buah tin (dalam surah At-Tin ayat 95).

Buah Tin yang kini boleh diperolehi segar di Malaysia dan telah mula ditanam di Malaysia ini, amat terkenal dengan khasiat dan manfaatnya. 

Di bawah ini saya kongsikan KHASIAT DAN KEBAIKAN BUAH TIN untuk info kita semua:-

1. Buah tin di katakan buah dari SYURGA dan dikatakan amat bagus untuk penyakit buasir seperti mana sabda Rasullah SAW , "Kalau aku perkataan tentang buah yang diturunkan dari syurga,niscaya aku katakan inilah kerana buah- buahan syurga tidak berbiji.Oleh karena itu, makanlah buah ini. Sesungguhnya buah ini menghentikan penyakit buasir dan menyehatkan badan."

2.  Buah Tin mengandungi ,karbohidrat , pelbagai vitamin, zat besi , protein , kalsium dan potasium.

3.  Buah Tin amat bagus dalam menyembuhkan penyakit buasir.

4. Buah Tin kering mengandungi 6 kali ganda kalori berbanding buah tin segar.

5. Professor J.A  Vinson dari universiti di AMERIKA SYARIKAT telah membuat kajian dan membuktikan bahawa buah tin mengandungi lebih banyak khasiat berbanding buah-buahan lain. Buah tin tidak mengandungi garam, lemak dan juga kolesterol tetapi ia mengandungi kandungan lain yang jauh lebih berkhasiat seperti kalium, serat dan zat besi.

6. Kajian Professor J. A Vinson juga turut menyatakan buah tin mampu meningkat dan mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia. 100 gram buah tin atau 1/4 cawan buah tin mengandungi 20% keperluan  serat seharian yang di perlukan oleh tubuh badan manusia.

7. Kajian Professor J.A Vinson ini juga turut menunjukkan 28% dari serat buah tin ialah serat terlarut di mana serat terlarut berfungsi mengurangkan kolesterol dalam darah dan mengikatnya dalam saluran pencernaan.

8. Serat tidak larut berfungsi melindungi dan mencegah penyakit kanser usus besar atau kanser kolon. Sekaligus buah tin amat bagus untuk mereka yang menghadapi masalah sembelit , buasir dan masalah usus.

9. Buah tin turut membantu menurunkan berat badan kerana tinggi serat yang dikaitkan dengan fungsi penurunan berat badan.

10. Buah tin juga mengandungi 'polyphenols' yang berfungsi sebagai antioksidan. Dalam kajian Professor J.A Vinson, didapati bahawa buah tin adalah paling tinggi kandungan polyphenols berbanding buah-buahan dan sayur-sayuran lain.

11. Buah tin juga mengandungi sebatian anti kanser iaitu benzaldehyde dan coumarins di mana bahan ini berfungsi sebagai anti-tumor dan bagus untuk merawat masalah kulit dan kanser prostat.

12. Buah tin yang kaya kandungan  kalium dan magnesium selain serat turut membantu mengurangkan risiko angin ahmar dan juga mengurangkan tekanan darah tinggi.

13. Bagi pesakit kencing manis, jangan bimbang, anda boleh menikmati buah tin kerana buah tin kaya serat dan ia boleh memperlahankan proses penyerapan glukosa di usus kecil. Gabungan zat karbohidrat dan serat dalam buah tin dalam bentuk gula ringkas (glukosa dan fruktosa) mampu mengawal aras gula dalam darah seseorang.


Kini terdapat ramai peniaga yang mula menjual benih pokok tin dari serendah RM70 - RM90 sepokok. 

Pokok tin ini kini sesuai di tanam di cuaca di MALAYSIA, saya melihat ramai juga pekebun-pekebun yang mula menanam buah tin di dalam facebook.

Jika anda sukar mendapatkan buah tin segar, anda boleh dapatkan buah tin kering di kedai-kedai makanan sunnah atau di kedai-kedai organik. Harga buah tin sepeket kecil dalam anggaran RM5 sahaja sebungkus.

Tunggu apa lagi, sila dapatkan buah tin anda sekarang.

Terima kasih.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...