Sabtu, 12 Disember 2015

ROTI TERBAIK UNTUK DIET ANDA


Roti ini berharga RM7.50
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Telah lama saya tidak berkongsi mengenai menu dan makanan yang sesuai untuk diet dan menurunkan berat badan.

Hari ini saya ingin berkongsi antara pilihan ROTI TERBAIK untuk DIET dan kesihatan tubuh anda.

Jika anda sedang mengharungi TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) dan menghadapi masalah EKZEMA , selain roti sourdough , ROTI THE ORIGINAL SPROUTED 3-SEEDS BREAD di bawah ADVENTIST BAKERY ini adalah antara pilihan ROTI TERBAIK yang ada di pasaran untuk di masukkan ke dalam diet atau menu harian anda.


keterangan lanjut khasiat roti tanpa bromat, bahan pengawet, bahan pelembut dan bahan penambah 
ROTI ORIGINAL SPROUTED 3-SEEDS BREAD yang di balut dalam bungkusan plastik merah ini adalah 100 tanpa tepung dan tanpa trans-fat yang tidak bagus untuk kesihatan.

Tentu sekali roti ini tanpa sebarang bahan tambahan, bahan pelembut, tanpa bromat dan tanpa bahan penambah lain yang memberi kesan kepada kesihatan dan mereka yang mempunyai alahan.


anda boleh lihat bahan-bahan roti ini

Roti ini di perbuat dari ramuan gandum tercambah, flax seed, biji-bijian, biji bunga matahari, gula perang, minyak sayur dan yis. Insyaalah ia adalah bahan yang jauh lebih baik dari roti konvensional yang dijual di luar yang menggunakan bahan pelembut dan bahan perasa yang tidak bagus untuk kesihatan.



Roti yang mengandungi minyak yang baik dan membantu mengurangkan kolesterol di dalam tubuh, rendah triglycerides, bagus untuk jantung dan juga untuk otak ini, turut terdapat COP HALAL JAKIM di bungkusan roti ini.

Hanya berharga RM7.50 untuk sebuku besar dan berat 450gram ini , ia memang berbaloi untuk di beli dan di nikmati sebagai sarapan pagi, tengah hari , petang, malam atau sebagai snek.

Nikmati roti ini sebagai sandwich , cicah air panas kegemaran atau sapu sahaja mentega asli kegemaran anda.

Rasa roti ini memang kurang sedap seperti roti biasa, tetapi untuk menjaga kesihatan kadang-kala kita kena berkorban sedikit dari segi rasa.

Dapatkan roti ini di pasaraya terpilih atau kedai organik yang berdekatan.

Selamat mencuba roti ini.

Terima kasih.


2 ulasan:

Siti Yang Menaip berkata...

mmg elok la ni banyak fibre.. bagus2..

Deeja berkata...

Mmg bgus utk sihat & kurus.. Tp seksa nk habiskn & mkn... Xsedap.. Huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...