Khamis, 10 Disember 2015

1001 KHASIAT DAN KEBAIKAN BUAH NENAS @ NANAS


Tahukah anda , BUAH yang paling DISEBUT-SEBUT di setiap blog-blog kesihatan terkemuka selain BUAH DELIMA dan buah kelapa ialah BUAH NENAS??

Buah yang dikatakan PANTANG bagi wanita kerana tajam dan boleh menyebabkan keguguran di awal kehamilan bagi wanita yang mengalami masalah rahim lemah, BUAH NENAS sebenarnya mempunyai 1001 kebaikan dan khasiat yang menakjubkan terutama untuk kesihatan anda.

Saya kongsikan dengan anda antara KHASIAT DAN KEBAIKAN BUAH NENAS untuk makluman anda.

1. Kaya dengan  segala mineral dan zat galian penting termasuk Vitamin A, C , Kalsium, Potassium, magnesium dan mangan (manganese)

2. Buah Nenas atau Nanas membantu membina tulang yang lebih kuat dengan kandungan manga (manganese) yang terdapat di dalamnya.

3.  Membantu sistem pencernaan menjadi lebih lancar dengan kandungan bromelain yang terdapat dalam buah nenas.

4. Dengan kandungan Vitamin C yang tinggi sehingga 105%  yang diperlukan tubuh untuk sehari, menikmati buah nenas segar membantu dalam kesihatan gusi yang lebih kuat dan sihat.

5. Buah nenas ialah makanan atau buah anti radang atau anti inflamasi. Sekaligus ia amat sesuai untuk mereka yang menghadapi sakit-sakit tulang , arthitis, gout , ekzema dan penyakit autoimun lain.

6. Kandungan potassium di dalam buah nenas membantu menurunkan tekanan darah tinggi dan hipertensi.

7. Kandungan antioksidan yang tinggi didalam buah nenas membantu menentang radikal bebas sekaligus mengurangkan risiko penyakit kanser.

8. Sebagai ubat dan supplement yang menyembuhkan batuk dan penyakit berkaitan kesejukan. Dikatakan bahawa menikmati jus nenas boleh menyembuhkan batuk dan kesejukan lebih efektif berbanding ubat batuk biasa terutama kerana kandungan Vitamin C dan bromelain di dalam buah nenas turut membantu mengurangkan dan menghilangkan mukus yang terdapat di dalam tekak.

9. Kandungan betakaroten di dalam buah nenas turut membantu dalam kesihatan mata yang lebih baik.

10. Kandungan pelbagai vitamin dan antioksidan di dalam buah nenas juga turut membantu dalam kesihatan kulit. Malah pesakit ekzema atau pesakit kulit boleh menikmati jus buah nenas untuk mengurangkan masalah kulit yang dihadapi.

Buah nenas atau nanas adalah antara makanan tambahan atau supplement penting dalam mengharungi PROSES TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) atau Ekzema. Ia membantu membunuh parasit dan bagus untuk sebagai anti radang atau anti inflamasi.

Jika anak anda demam atau batuk, anda boleh memberikan jus nenas sebagai remedi kesihatan yang bagus.

Selamat Mencuba dan menikmati buah nenas.

Terima kasih.








Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...