Isnin, 14 Disember 2015

TEMPAT MAKAN BEST DI KEMAMAN PART 1 - DINNIE KOPITIAM


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera. Ini adalah artikel pertama saya mengenai TEMPAT MAKAN BEST DI KEMAMAN.

Antara tempat makan yang wajib saya pergi jika ke KEMAMAN ialah DINNIE KOPITIAM.

Dinnie Kopitiam ini terdapat beberapa cawangan di KEMAMAN tetapi antara yang paling popular ialah DINNIE KOPITIAM sebelah RHB BANK atau sebaris MAYBANK di bandar KEMAMAN.



Saya dan keluarga saya berpeluang pergi menikmati makanan tengah hari atau lunch di kopitiam ini tempoh hari sempena cuti Sekolah.

Seperti biasa , kopitiam ini di hari CUTI , memang sentiasa di penuhi ramai pelanggan.

Anda boleh melihat pemandangan kesibukan di kopitiam ini melalui gambar-gambar yang saya rakamkan seperti di bawah ini.




Ketika keluarga saya datang menikmati makanan di sini ketika cuti sekolah baru-baru ini, seperti baisa Dinnie Kopitiam ini dipenuhi pelanggan, pada mula-mulanya keluarga saya duduk di meja tengah, tetapi kami bernasib baik kerana pelanggan di meja tepi dalam kopitiam ini akhirnya beransur pulang. Dan kami sekeluarga berpeluang menukar tempat duduk dan memilih meja tepi yang lebih selesa.

dari meja tengah

kami sekeluarga menukar meja tepi
Di bawah ini adalah antara menu yang terdapat di Dinnie Kopitiam ini. Banyak menu-menu baru yang tidak di kemaskini lagi di dalam buku menu ini. Tetapi jangan risau, anda hanya perlu menunjuk gambar sahaja untuk memberitahu menu apa yang anda inginkan. Rujuk sahaja facebook Dinnie Kopitiam ini sebagai menunjukkan menu pilihan anda.







Antara menu-menu saya dan keluarga saya nikmati ialah seperti di bawah :-

chicken chop grill
chicken chop grill
nasi goreng seafood

teh o ais
nasi goreng cendawan pilihan saya- saya memohon menukarkan ayam kepada udang

roti canai kosong
fry chicken chop

Rasa makanan melayu atau goreng biasa di kopitiam ini biasa sahaja, tetapi rasa makanan western di sini boleh tahan, chicken chop disini (goreng) memang sedap terutama sosnya.

Jika anda ke sini jangan lupa menikmati chicken chop disini.

Selain itu, desert dan manisan disini juga tidak kurang hebatnya. Rasa juga boleh tahan dan disukai kanak-kanak

ais krim kelapa yang berharga RM7

banana split
 Dan tentu sekali menu yang kami tunggu-tunggu iaitu TOKBAH dan TOKMI. Milk Shake. Satu perisa vanila dan satu lagi perisa coklat.

TOKBAH dan TOKMI Milkshake








Selain itu disini juga di tawarkan manisan  dan kek-kek pelbagai jenis yang terletak d ibahagian hadapan kaunter untuk pilihan para pelanggan. 



Terdapat juga menu pulut durian dan pulut mangga serta kuih-muih di kopitiam ini.


Keluarga saya dan saya kusyuk menikmati makanan , tetapi saya terlupa mengambil gambar sendiri kerana kelaparan dan sibuk mengambil gambar-gambar.

Anda boleh mengambarkan rasa makanan disini bersandarkan gambar-gambar kekusyukan masing-masing mengadap makanan kerana jam telah menunjukkan lebih dari pukul 3 petang dan kami baru sahaja ingin menikmati makanan tengah hari kerana kami datang ke sini selepas solat JUMAAT.




irfan kusyuk makan ais krim kelapa

saya duduk di kerusi tengah dan saya sendiri lupa mengambil gambar sendiri

Keluarga saya kusyuk menikmati hidangan.




  



Akhir sekali masa untuk mengira. Total semua makanan dan minuman ialah RM115 sahaja.

Jika anda ke KEMAMAN , ini adalah antara tempat pilihan terbaik untuk anda dan orang tersayang.


selesai menikmati hidangan 

Terima kasih.

**** INGINKAN SESUATU YANG LEBIH SIHAT UNTUK KUDAP-KUDAP?

*** MUAK MENIKMATI MAKANAN MANIS DAN TINGGI GULA?

*** PEMINAT KACANG DAN EMPING JAGUNG?

*** RASA KARI KAW! YANG SUNGGUH SEDAP.. 

CRUNCHY FLAKES BY QK di perbuat dari emping jagung asli, dilimpahi pelbagai kacang enak dan diliputi rempah kari Kaw! yang sungguh sedap.

Order sekarang hanya RM12 sebalang.


Crunchy Flakes By QK hanya RM12 sebalang

limpahan emping jagung, kekacang enak, dan rempah kari kaw yang sungguh sedap dan enak

CRUNCY FLAKES .. buatan saya... berminat hubungi dan whatapp saya, Qadeeja 0162762636... tqvm




4 ulasan:

Siti Yang Menaip berkata...

ramai pengunjung.. konfem sedap tu..
lama tak pegi Trengganu.. ehehe..

Qisya Khadeeja berkata...

Memang mskn western dgn minuman disini sedap & murah. Tu famous.

Tanpa Nama berkata...

Waah..menarik..huhu.. bole tahu harga milkshake tu berapa ya?

Qisya Khadeeja berkata...

Ketika kami pergi menu ini tdk ada dlm buku menu. Kami tunjuk ikt gambar dlm fb kopitiam dinnie shj.

Jika tdk silap i tdk smpi rm10, myb dlm rm8.50 krn kira total smua dlm rm115 shj.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...