Sabtu, 5 Disember 2015

KHASIAT BUAH MATA KUCING


sedapnya buah mata kucing


Buah mata kucing amat terkenal dengan kemanisan dan keenakkannya . Berharga dalam RM8-RM10 sekilo, seiring kenaikan harga barang , buah mata kucing amat digemari oleh kanak-kanak juga dewasa.

Amat mudah mendapatkan BUAH MATA KUCING di Malaysia terutama pada musim buah mata kucing itu sendiri.

Antara KHASIAT DAN KEBAIKAN BUAH MATA KUCING adalah seperti berikut :-

1.  Amat bagus untuk tenaga dan meningkatkan stamina.

2.  Buah mata kucing mengandungi karbohidrat, sukrosa, protein, lemak, glukosa dan asam tartaric.

3.  Boleh mengurangkan sakit perut dan bagus untuk pencernaan.

4. Membantu mengurangkan suhu badan bagi mereka yang sedang demam.

5. Membantu membunuh cacing di dalam perut.

6. Juga boleh bertindak sebagai penawar racun.

7. Buah mata kucing yang dikeringkan atau air buah mata kucing boleh digunakan sebagai penyegar dan ubat bagi masalah insomnia atau sukar tidur, kelelahan kronik, lemah badan dan tiada nafsu makan.

Buah longan dan buah mata kucing adalah buah yang berbeza dan selalu mendatangkan kekeliruan bagi sesetengah orang.  Buah longan adalah amat popular di kalangan kaum cina di Malaysia dan banyak di jual di kedai-kedai herba sebagai salah satu bahan herba yang berguna bagi kesihatan dan penyembuhan.

Jika anda menghadapi panas badan atau terasa panas badan jangan lupa mencari buah mata kucing jika ia terdapat di sekitar anda bagi menggantikan panadol atau ubat moden lain.


Terima kasih.



3 ulasan:

Siti Yang Menaip berkata...

akak sukaaa makan buah mata kucing..
tapi kalo beli yg dari thai.. elok rendam dalam air campur garam dlu at least beberapa jam.. nanti mesti air jadi hitam / keruh eheh.. kalo ada tu mesti sbb ada kabait or abu..

kita yakin je la makan dah basuh elok2..

Deeja berkata...

Wahhh!! Tips yang bagus siti.. Saya sndiri pn setakat basuh sahaja dgn air... Mmg sewajarnya rendam dlm air garam lg terbaik.

Nur haura afeeya berkata...

Salam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...