Selasa, 29 Disember 2015

PETUA AIR REBUSAN SERAI UNTUK KESIHATAN

cara paling mudah, potong serai halus dan masukkan sahaja dalam air panas dalam mug dan tutup. 

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Kebelakangan ini saya kerap membaca petua dan khasiat air rebusan serai untuk kesihatan baik bagi lelaki atau wanita.

Terdapat pelbagai petua dan ramuan yang berbeza. Saya kongsikan dengan anda 2 petua air rebusan serai yang saya temui dari facebook dan dikongsikan dalam group kesihatan yang saya ikuti.


1. PETUA UNTUK KESIHATAN RAHIM WANITA & MENGELAKKAN KANSER


Untuk kaum wanita , amalkan petua mudah ini, masukkan sahaja sebatang serai yang di ketuk kedalam air panas di dalam mug kegemaran anda, kemudian biar 10 minit dan anda boleh minum dan amalkan. Air serai ini amat bagus untuk kesihatan rahim anda dan mencegah kanser.


2. PETUA UNTUK MEREKA YANG MENGHADAPI SAKIT LUTUT.


Jika anda atau sesiapa sahaja yang anda kenali menghadapi masalah sakit lutut dan kekurangan bendalir dikepala lutut tentu anda tahu kesukaran mereka untuk berjalan dan menunaikan ibadah.

Cuba ramuan mudah ini :-


Bahan-bahan


1. 5 batang serai segar

2. 5 biji epal hijau segar yang telah direndam dalam cuka dan air garam selama 10 minit

3. Air Bertapis


Cara Membuatnya :-


1. Masukkan serai yang telah di potong halus dan buah epal hijau yang telah di potong kedalam periuk yang berisi air.

2. Tutup periuk tersebut dan panaskan diatas dapur atau api yang kecil.

3. Biarkan periuk diatas dapur sehingga buah epal menjadi lembek atau empuk sekali.

4. Tutup api dan boleh diminum tanpa tambahan gula atau pemanis lain.

Dari perkongsian di group kesihatan, minuman ini membantu menjana kembali tulang lutut. Malah dengan amalan yang kerap, dikatakan mula berhenti menggunakan suntikan dan ubat-ubatan sakit lutut lain.

Tunggu apa lagi, kongsikan petua ini dengan semua rakan-rakan dan keluarga anda serta orang yang anda kenali.

Terima kasih.

** terima kasih kepada mereka yang berkongsi maklumat ini didalam facebook dan group kesihatan yang saya sertai.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...