Khamis, 7 Januari 2016

TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN PART 30 - RESTORAN ALIF CURRY HOUSE


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ini adalah sambungan untuk artikel sebelumnya iaitu  TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN :- AKAR KOPI

Restoran masakan india seterusnya yang popular dan sedap di KUANTAN ini ialah RESTORAN ALIF CURRY HOUSE.

Restoran ALIF Curry House ini amat terkenal dengan masakan nasi daun pisang untuk menu hidangan tengah hari.


Terletak di JALAN BESAR, Kuantan, RESTORAN ALIF CURRY HOUSE ini dibuka awal pagi untuk hidangan sarapan pagi dan seterusnya ke lewat malam.


Restoran ini juga luas dan turut menggunakan perkhidmatan hawa dingin.


Dengan ruang yang luas dan selesa serta bersih restoran Alif ini adalah wajar untuk dijadikan pilihan untuk anda bersarapan pagi jika anda mahukan masakan indian atau mamak.



Saya dan sahabat saya , Wan memesan menu sarapan pagi kami iaitu idli.

Harga satu set idli di sini ialah RM2.20 yang terdiri dari 2 biji idli dan kuah dal serta 2 jenis kuah ala sos yang diperbuat dari campuran kelapa parut.

Ini adalah menu kegemaran saya di restoran mamak vegetarian. 

Untuk anda yang tidak tahu, idli diperbuat dari ramuan yang sama seperti tosai cuma idli di kukus dan tosai di masak menggunakan teknik goreng seperti roti canai dan capati.

menu idli pilihan kami

selain itu Ravi Tosai juga sedap dan merupakan antara menu pilihan kami

Di bawah ini adalah antara pilihan menu yang terdapat disini.







Restoran ini sentiasa ramai pengunjung kerana masakan disini memang sedap dan enak sekali. Malah pemilik restoran ini juga ramah tamah orangnya.



sempat selfie

saya memang mengemari masakan idli di sini bersama kuahnya
selfie lagi.. jom makan idli.. nyam!


Tunggu apa lagi, jika anda berada di KUANTAN , anda boleh mencuba masakan restoran ini bersama keluarga, sahabat dan rakan tersayang anda.

Terima kasih.

Ini adalah sambungan artikel seterusnya http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.my/2016/01/tempat-makan-best-di-kuantan-part-31.html

**** INGINKAN SESUATU YANG LEBIH SIHAT UNTUK KUDAP-KUDAP?

*** MUAK MENIKMATI MAKANAN MANIS DAN TINGGI GULA?

*** PEMINAT KACANG DAN EMPING JAGUNG?

*** RASA KARI KAW! YANG SUNGGUH SEDAP.. 

CRUNCHY FLAKES BY QK di perbuat dari emping jagung asli, dilimpahi pelbagai kacang enak dan diliputi rempah kari Kaw! yang sungguh sedap.

Order sekarang hanya RM12 sebalang.


Crunchy Flakes By QK hanya RM12 sebalang

limpahan emping jagung, kekacang enak, dan rempah kari kaw yang sungguh sedap dan enak

CRUNCY FLAKES .. buatan saya... berminat hubungi dan whatapp saya, Qadeeja 0162762636... tqvm




2 ulasan:

idzwa kamaruddin berkata...

skrg kuantan bnyk tempat mkn sedap sedap kan ;)

Qisya Khadeeja berkata...

Tu la.. Semakin maju.. Dgn pelbagai restoran😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...