Rabu, 13 Januari 2016

9 KHASIAT & KEBAIKAN BUAH MENGKUDU

BUAH MENGKUDU SEGAR
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai KHASIAT DAN KEBAIKAN BUAH MENGKUDU untuk kesihatan dan kecantikan anda.

Berikut adalah antara KHASIAT BUAH MENGKUDU untuk makluman anda :-

1. Buah mengkudu yang juga dikenali sebagai BUAH NONI ini , satu waktu dahulu menjadi fenomena dalam pembuatan jus mengkudu atau jus noni untuk kesihatan dan pengubatan kerana khasiat buah mengkudu yang tiada taranya. Malah terdapat beberapa syarikat MLM yang mempopularkan JUS MENGKUDU sebagai bahan dan produk utama syarikat keluaran mereka. Ini kerana buah MENGKUDU dikenali sebagai RATU TUMBUHAN.

2. Jika buah nenas terkenal kerana kandungan BROMELAIN, buah nenas juga mengandungi proxeronine. Buah MENGKUDU pula mengandungi proxeronine dan proxeronase yang lebih tinggi dari kandungan di  dalam buah NENAS ,ini adalah berdasarkan kajian Dr. Heinicke di Hawai.

3. Dr. Heinicke juga merumuskan bahawa buah noni atau buah mengkudu adalah antara sumber terbaik pembentukan protein dalam badan manusia.

4. Kandungan dua bahan ini dalam Buah Noni atau mengkudu sekaligus membantu meransang sistem pencernaan, sistem peredaran darah, sistem doktrin dan sistem pembiakan dalam tubuh badan manusia. Jika anda ingin mengelakkan sebarang risiko pada sistem-sistem ini, anda boleh masukkan buah mengkudu atau buah noni dalam diet anda.

5. Xeronine juga mampu mencegah pelbagai jenis penyakit seperti diarrhea, asma, diabetes, arthritits, migrain, masalah haid, batuk, sakit tekak, sakit mulut dan gusi, merendahkan tekanan darah tinggi, mencegah pertumbuhan kulat dan parasit, merencatkan pertumbuhan sel-sel tumor atau barah dan pelbagai penyakit berbahaya lain.

6. Fungsi xeronine turut menyumbang dalam pertumbuhan tisu dan mengaktifkan fungsi sel-sel badan. Ia amat bagus untuk menyembuhkan kesan patah tulang, salah urat, serangan serangga, barah, kulit melecur dan terbakar, serta mampu menghalang proses penuaan awal sekaligus bagus untuk awet muda dan sebagai rawatan kecantikan.

7. Jika anda menghadapi masalah kegemukan atau diabetes (jenis 1 & 2) , dengan menikmati buah mengkudu atau buah noni ini, ia akan membantu merawat penyakit ini.

8. Selain itu buah mengkudu juga berpotensi untuk menyembuhkan penyakit strok, afrodiasiak, masalah kegemukan, alergik,rheumatismn, masalah pencernaan, insomnia, masalah fungsi otak, sakit buah pinggang dan juga tekanan atau stress.

9. Selain BUAH MENGKUDU , daun pokok ini juga boleh dibuat ulam dan tinggi dengan khasiat. Rasa daun mengkudu ini pahit-pahit kelat tetapi lemak serta amat sedap sekali jika di makan dengan nasi. Anda tentu menggemari rasa pucuk daun mengkudu ini.

Jika anda sukar menikmati buah mengkudu mentah, anda boleh memeram buah mengkudu ini didalam tong beras atau menabur garam di atas buah mengkudu ini agar cepat masak.

Anda boleh menikmati buah mengkudu ini dengan mencicah dengan kicap berisi gula dan cili api serta sedikit garam.

Atau pilihan lain, buat sahaja jus buah mengkudu yang lebih enak dan senang diminum. Campur sahaja dengan jus buah asli lain untuk rasa yang lebih nikmat.

Selamat mencuba.

Terima kasih.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...